Skip to main content

Cara mudah, berkesan dan praktikal untuk tanggalkan mekap - SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes



Hai korang! Kebiasaannya macam mana cara korang remove make up dari kulit muka korang? Ada yang remove make up guna cotton bud dan minyak johnson's baby, ada yang sekadar guna pencuci muka je, ada yang guna cecair make up remover, ada yang guna wet tissue, dan ada jugak yang terus tidur tanpa tanggalkan bahan mekap dari kulit. Haha. Baik ngaku bahawasanya korang pernah je tidur tanpa tanggalkan mekap. Aku pun pernah jugak balik kepenatan dan terus tidur tanpa buang bahan mekap dimuka dan tanpa cuci muka langsung. Mwahaha. Biasa la, kadang-kadang rasa malas tu ada jugak, especially kalau dah penat sangat. Rasa leceh je kan nak tanggalkan mekap bagai ni. Penat nak tonyoh-tonyoh muka semata nak tanggalkan mekap. Kadang-kadang pedih jugak muka sebab sental kuat sangat nak bagi hilang segala bentuk bahan mekap kat muka tu. Tapi, seperti yang kita sedia maklum, bahan mekap ni tak elok dibiarkan lama kat kulit apatah lagi terus tidur tanpa dibersihkan. Boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jugak lama-kelamaan boleh menyebabkan kulit nampak lebih tua dari usia. Nak ke nampak tua walhal masih muda? Haha takmooo !!

Cara aku tanggalkan make up samada 2 cara iaitu,

  1. Guna make-up remover. Ada a few brand yang aku pernah guna, biasanya aku beli dekat Watson, Guardian or Sephora. Tapi kadang-kadang kurang berkesan jugak sebab nak kena tonyoh kuat-kuat dan berkali-kali baru betul-betul hilang sisa make up tu. Take time jugak la nak hilang, dan kebiasaannya tak hilang semua. Lepastu dah cuci muka dengan cleanser pun still boleh nampak ada macam kesan mascara & eyeliner. Haha itu yang paling susah nak tanggal. Tension.
  2. Guna wet tissue. Kalau korang perasan, wet tissue untuk muka ni banyak dijual di kedai-kedai macam Watson, Sephora dan Guardian. Ada a few brand jugak la yang boleh korang pilih. Aku pernah try brand apa ntah dulu, tapi guna tak habis pun. Entah ke mana dah pun aku letak benda alah tu. Tak suka, sebab payah nak tanggal mekap tu. Kena tonyoh jugak banyak-banyak kali dan ianya sometimes buat kulit jadi pedih gara-gara wet tissue tu yang terasa agak kasar pada kulit muka. End up lagi prefer guna make up remover.

Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan SkinSoul Untra-Soft Facial Towelettes yang sangat praktikal dan best digunakan untuk membuang sisa mekap dan kotoran pada muka. Kenapa aku cakap best dan praktikal untuk digunakan? Haaa teruskan pembacaan. SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ni boleh hilangkan kesan bahan mekap dengan sangat mudah. Tak payah nak sental kuat-kuat, waterproof mascara pun senang hilang. Ianya sejenis wet tissue jugak la, cuma ia tak kasar pada kulit. Bila guna terasa lembut je kat kulit kita, lepas guna tu boleh rasa kulit jadi smooth, hydrated dan tak kering. Ianya bukan sahaja PARABEN FREE dan LANOLIN FREE, tapi jugak tiada pewarna dan pewangi tiruan serta takde bahan kimia yang boleh merosakkan kulit. Sesape yang ada kulit sensitif tu memang recommended sangat la untuk guna produk ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Sangat mudah nak guna SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ni. Hanya tekapkan dekat kulit untuk beberapa saat, then boleh la mula lap sampai hilang semua kotoran dan sisa mekap tu. Aku dah try, dan sekarang memang aku dah in love sangat dengan facial wipe ni. Mudah, berkesan dan praktikal. Meh sini aku tunjuk nak kasi korang rasa excited macam aku. Haha


So aku selongkar a few barang mekap macam dalam gambar kat atas yang boleh aku gunakan untuk bereksperimen kali ni. Dari kanan Revlon Nearly Naked Pressed Powder, Simplysiti Simply Elegant Blusher, Avon LipLiner, Avon Glimmersticks Eyeliner, Cozuma Mattifying Lipstick, Revlon ColorStay Ultimate Suede Lipstick, Seqy Beauty BB Cream, dan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara.

Tadaaa! Siap mekap. Simple je mekapnya

Okay, masa untuk menguji keberkesanan SkinSoul Ultre-Soft Facial Towelettes ni. Maaplah, gambar masa tengah lap guna facial wipe ni sekadar gambar camni je. Almaklum la, duk main mekap-mekap sensorang kat rumah, bukan ada sesape tolong snap gambar. Satu tangan untuk lap muka, satu tangan lagi untuk pegang camera. Mwahaha.

Omakkauu!! Horror jugak muka aku kalau bare face. Hahaha. Pucat je siap ada dark circle lagi sekitar mata. Ini muka lepas guna SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes, dah hilang habis semua kesan mekap. Rasa lembut dan selesa je muka. Tak rasa oily macam make up remover yang biasa aku guna tu. Tak payah nak sental kuat-kuat, memang senang hilang. 

 Kesan make up yang ditanggalkan. Hanya sekeping SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes aje dah memadai untuk hilangkan kesan mekap dan kotoran kat muka aku. Bagus betul. Kejap aje semua bahan mekap dah boleh hilang dari muka ni. 

Mudah, berkesan dan lebih praktikal untuk digunakan. Senang bawak ke mana-mana, masukkan je dalam handbag. Tak payah fikir nak bawak botol make up remover + kapas muka + pencuci muka.


Kalau korang berminat dengan produk ni, silalah ke mana-mana outlet SkinSoul. Boleh check dekat website http://www.skinsoul.com.my untuk maklumat tentang lokasi outlet SkinSoul ni. Oh ye, ada berita baik untuk korang yang tengah baca blog ni. Special untuk readers blog ini je. Korang boleh dapat deal yang awesome dekat mana-mana outlet SkinSoul ni bila korang ikut langkah mudah kat bawah ni :

Like Facebook SkinSoul dan tunjukkan code #SSRosnie

Antara privileges yang korang boleh dapat bila tunjuk code #SSRosnie ni kat mana-mana outlet SkinSoul adalah korang boleh dapatkan SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan harga special RM388 (harga asal RM500). Selain tu korang juga akan dapat produk SkinSoul SkinShield bernilai RM100 sekiranya korang beli apa-apa produk dengan minimum RM100 dalam satu bil. Kalau korang nak beli SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes yang macam aku ceritakan kat entry ni, harganya RM53 sahaja (60 keping). Kalau korang beli 2, dan tunjukkan code #SSRosnie korang akan dapat FREE limited edition SkinSoul Lip Balm.




Nak tahu lebih lanjut boleh ke http://www.skinsoul.com.my


Comments

ieyra h. said…
Thanks for the review! Tak pernah lagi try brand ni sebab I'm currently using the one from Simple. Boleh lah lepas ni singgah skinsoul outlet g beli~ xD

ieyra h. | blog
Shiqin Sunshine said…
heheh yess..next review plak hahha xD banyak plak yang ni haha
Meeya Techik said…
Thanaks for sharing.. dan follow sini :)

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…