Student life akan berkhir tidak lama lagi :( - emilinda

Sunday, December 15, 2013

Student life akan berkhir tidak lama lagi :(



Alhamdulillah , hari Khamis lepas lecturer dari faculty dah datang ke company praktikal saya untuk tujuan lawatan penyeliaan kali kedua . Berdebar tahu tunggu dia datang . En Firkhan datang dah petang dah masa tu . Kebetulan pulak my sv industry which is Kak Ayu , teramat lah busy minggu ni . Sebab next weeknya ada UAT , so memang ramai yang busy la kan . Nasib baik la En Firkhan tu baik orangnya . Dia datang tak lama pun . Tanya sikit - sikit , borak - borak kejap , bagi nasihat sikit , then dia mintak diri untuk balik . Everything was so smooth . Saya je yang risau tak bertempat . Haha .

Report , log book , dan borang markah .


Btw agak berat hati actually bila En. Firkhan nak balik tu . Why ? Sebab the moment dia balik tu , i realized that my life as a student will come to the end very soon . Berakhirnya latihan industri bermaksud permulaan baru bagi fasa hidup yang lain iaitu alam pekerjaan . Sedih kot . Rasa berat je hati ni . Tak ready lagi nak kerja . Masih mahu jadi student . Walaupun hujung tahun depan baru grad , tapi secara tak langsungnya saya akan habis belajar hujung bulan Disember ni . Grad je lambat . Sekarang pun memang tengah job hunting la . Tapi hati ni memang berat nak melangkah ke alam pekerjaan . Berat sangat . Haihhh , move on Emi . Takkan selamanya nak jadi student . Kan ? Nyesal tahu zaman universiti dulu tak betul - betul enjoy join macam - macam aktiviti . Huhu . Rasa nak je ambik degree lagi sekali . Haha . Memang la boleh sambung Master , tapi dah tak sama dah dengan zaman degree punya study . I know it .


Then keesokannya which is hari Jumaat , team saya buat simple farewell party untuk student praktikal . It's not really a party la , just jamuan simple - simple before balik kerja . Dalam team saya ni ada 6 orang student practical which is me , Mazni , Suhaili , Fiza , Sara , & Nazim . Diorang semua ni student UPM dan hari tu merupakan last day diorang kat company . Saya pulak ada lagi 2 minggu untuk habiskan tempoh praktikal . Walaupun takde la rapat sangat , takde la selalu lepak pun dengan diorang , but still i feel a bit sad . Lepas ni mesti rasa lain sikit bila pergi keje pagi - pagi . Takde dah dorang . Ah sedih pulak rasa !

My team kasi ini sebagai tanda perpisahan & penghargaan . 





p/s : Maaf lately ni saya agak busy sebab banyak kerja kat ofis . So saya tak sempat nak pantau progress giveaway , tak sempat nak review pihak sponsor lagi . InshaAllah saya akan mula buat semua tu esok . One by one la , curi masa sikit bila free :)


2 comments:

Kindly leave your comment/feedback here.