Skip to main content

UNBOXING : The first Cult Box ever.



It's time for beauty box update ! Actually Cult Box ni dah lama dah dapat . Before raya haji lagi . Tapi tak berkesempatan nak update pasal ni . Hehe . Cult Box ni merupakan salah satu beauty box keluaran The Lilac Box . Cult Box 1 ni merupakan Cult Box pertama dari The Lilac Box . And fyi , this is my first time subscribe beauty box dari The Lilac Box .


My first impression bila tengok packaging  macam WOWWW . Bagusnya . Dalam kotak coklat baru ada the real beauty box kaler hitam siap ada ribbon lagi . Exclusive sangat okei . Kotak dia memang keras sangat . Such a good quality of The Lilac Box . Packaging dia sangat teliti so that kotak hitam tu takkan rosak . 


Then bila bukak , ada welcoming notes kat satu card ni . Nampak kaler purple tu ? Haaaa . . dah boleh mula intai - intai produk yang ada dalam tu keyh , hihi .


Tadaaaaa . . !!

Okei , close up sikit !


Ada 8 items semua . Okei , jom kita tengok satu persatu produk yang ada dalam kotak hitam ni .

.
.
.
.


Eugene Perma Paris - Product penjagaan rambut dari French . Yang kanan tu Nourishing Hair Bath 50 ml . Yang kanan pulak Nourishing Mask 30 ml . Jangan terpedaya dengan nama tau . Bukan mandian atau mask k . Ianya adalah shampoo dan perapi rambut . Eugene Perma memang guna istilah macam tu untuk produk diorang. Ya Allah , produk Eugene Perma Paris ni seriously aku suka . Dah try . Bau dia memang shampoo paling best la aku pernah try . bau tak macam bau shampoo . Wangi sangat - sangat macam bau fruity gitu ha . Rasa lembut je rambut bila lepas guna . Hihi . Tapi palin aku suka memang bau dia la . 



Vagheggi Equilibrium - Produk penjagaan muka dari Italy . Dari kiri , Vagheggi Rebalancing Face Lotion 50 ml , tengah Vagheggi Equilibrium Cleansing Milk 50 ml , dan yang kanan sekali tu Vagheggi Oligominerals 10 ml . Honestly belum berkesempatan try yang ni lagi sebab right now tengah pakai produk lain untuk muka . So tunggu la habis yang sekarang ni dulu . 



Mistral Verbena Bath & shower Gel - Ni pun produk dari French jugak . Dia bagi yang 60 ml . Yang ni dah try . Best . bau macam lemon sikit , macam mint sikit . . tak tahu la nak explain . Tapi bau dia memang best , not bad .



Malu Wilz Eyeshadow - This one product from German . Dia kasi satu warna je , tapi alhamdulillah nasib baik dapat color ni . Suka color ni . Lately ni kalau nak pi jenjalan ke , suka pakai eyeshadow ni sebab warna dia sangat natural . Nasib baik dapat color ni . Baca review orang lain , ada yang dapat color yang kurang cantik . Hihi .



Haaa . time for the last one . Yang ni superb lah . Tengok kotak kat atas tu , comel je kan ? 



Bukak kotak , tengok ada lotion tangan fullzise ! Fullsize okei . It's Yes! Nurse Hand Cream 50 ml . Subhanallah , suka sangat - sangat . Lembut je tangan rasa bila pakai . Rasa nak cium selalu , hikhik . Baunya nyaman sungguh rasa . Benda alah ni kalau habis nanti aku memang nak beli lagi la . Memang nak pakai brand ni untuk lotion tangan . Ada cerita menarik tahu disebalik nama lotion ni .Tapi malas nak story , korang google la sendirik . Hehe . Btw harga lotion ni RM29.90 . Benda alah ni memang aku bawak pi memana je , letak dalam beg even time pergi ofis . Duk ofis tangan asyik kering sebab air-con , so sangat perlukan lotion tangan .




Berbaloi kan bayar RM50 untuk satu kotak yang mengandungi benda alah ni semua ? Yes , harga Cult Box ni RM50 sahaja . Berbaloi . . yela , harga Yes ! Nurse  Hand Cream tu pun dah RM29.90 , yang lain - lain lagi . Semua brand oversea . Pulak tu , kotak dia memang reusable lah pendek kata . Keras elok je , boleh guna buat simpan barang or kasi hadiah kat kawan . Heheh :P




Untuk tahun ni , kalau tak silap la , The Lilac Box dah tak keluarkan apa - apa beauty box dah . Tahun 2014 pulak baru dia keluarkan beauty box lagi . Cannot wait lah , hehe . Jom register kat The Lilac Box untuk dapatkan notification bila dia nak keluarkan box baru . For your information , The Lilac Box ni adalah beauty box paling laris kat Malaysia ni . Memang nak kena stand by kat depan laptop la pada tarikh dia keluarkan beauty box ni kalau memang nak beli . Kalau tak , memang tak sempat . Kadang - kadang 40 minit lepas dia release diorang punya beauty box , semua dah sold out . Hot bukan ? Hihi  



Klik SINI kalau nak join The Lilac Box ni :)



Comments

uiks..macam best je semua dalam box tu..box pun cute je
Cinta Misteri said…
wahhh...mcm best jer. kena segera terjah ni tengok any other awesome item kat The Lilac Box. thanks for sharing and thanks for visiting my blog.
Aiman Aziz said…
Sonoknyaaa dapat barang yang kawaiii !

Aiman nak jemput ke sini : HILANG SUDAH!
IntaNBerliaN said…
patutlah "hot" cpt hbs... tgklah kotak dia.... cantik sungguh!!

feel cam dpt surprise dari kesayangn plak... hihii
nanakimie said…
wah,best2,macam2 ada:) memang comelje box tu,heeeeee

p/s:tula dear,nana pun nak beli sendiri tak keja lagi,hihi..dapat adiah contest syukur sangat:)

sekarang ni pun duk pegang2 je muka,lembut ase.hihi..baru ari kedua pakai:)
nanakimie said…
hihi....teruja ase kan:)
singgah.. up kan traffic cik emi.. kot2 dpt tudung free ker.. wakakaka
Sobri Yaacob said…
owh bayar
rm 50 inggit..
utk semua product..
memng cool la.. packaging pun lawa..
Liza Licha said…
dulu langgan modbox je. murah. RM15
tenku butang said…
Pergh.. entri ni buat teman rasa nk memveli jea.. mmg mempengaruhi betullah..
Liza Licha said…
tak igt la box mana, tapi pernah bagi brg watson je. haha
Haziza said…
Re'use ! Hahaha
Haziza said…
Cantik kotak tu, serious boleh bagi kawan hadiah dgn tu ><
Haziza said…
Berpatutan la dgn harga mcm tu..

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…