Skip to main content

International Baby Expo (IBEX) 2013 KLCC 15-17 November


Walaupun hari ni hari Sabtu , pagi - pagi lagi kakak dah kejut . Suruh siap - siap , nak pergi International Baby Expo [IBEX] kat KLCC . Nak cari barang - barang Qaseh katanya . Kena pergi awal takut jalan sesak . Kitorang memang suka pergi event - event macam ni . Seronok sebab macam - macam promosi ada , dan paling suka bila dapat free gift . * dah macam emak - emak dah 


Okei , lepas breakfast kitorang gerak . Sampai awal , hall tak bukak pun lagi . So lepak - lepak la cuci mata kat taman kejap .

Dengan si anak sedara , Qaseh Izz Zara

Dah jam 10:30 pagi , kitorang pun menapak ke dalam dewan , before tu register kat counter dulu . Dapat satu beg kaler putih . Terkejut bila tengok dalam beg tu . Ada susu Dumex Mamil All In One 500 gram . Perghhh . Apa lagi , si gadis bujang macam saya ni pun tumpang eksaited la . Benda free katakan :P *macam la ada anak nak kasi makan


International Baby Expo ni dah mula semalam lagi . Sampai la esok . So sesapa yang belum pergi , don't worry . Esok boleh terjah lagi . Pergi jangan tak pergi .


Malas la nak cerita pasal promosi segala bagai tu . Sebab tak ambik port sangat pun pasal tu tadi . Almaklum la takde anak , so tak tahu sangat la kalau sesuatu barang baby tu murah ke mahal . Ada yang memang murah la kot . Tapi nama je International Baby Expo , sebenarnya takde la international sangat sebabnya mostly booth yang ada kat situ adalah product malaysia punya booth . Ada la satu dua booth dari Singapore , Korea , Taiwan . 


Okei , ni part paling suka nak cerita . Freebies , atau bahasa senang nya adalah benda - benda free yang dapat hasil menyebok kat IBEX tadi . Bab benda - benda free ni memang laju je kan . Haha . Haaa ? Korang tak suka benda free ? Ahhh . . tipu . Tak caye langsung . Rakyat Malaysia ni sememangnya suka benda free , tak gitu ? Heee . Biasalah tu . Rasa puas hati tau bila dapat benda free , walaupun benda tu bukanlah keperluan . 


Banyak tak ? Banyak tak ? Mwahaha ! Ini hasil 3 orang pergi expo baby ni . Macam - macam dapat . Yang dalam gambar kat atas ni , semua free tau . Yang beli tak masukkan sekali dalam gambar ni . Jom layan gambar kat bawah ni untuk tengok lebih detail apa freebies yang diberi .


Ini Dumex Mamil All In One 500g , ada dalam beg putih yang dia kasi masa kita register kat kaunter before masuk dewan . Seriously 500g kot . Untuk 4 - 6 tahun . Harga kalau beli kat kedai RM38 something jugak la . Qaseh baru umur 7 bulan , so tak boleh minum susu ni . Nasib baik ada ramai anak sedara lain . Tapi kena kasi dorang try dulu la nanti . Kalau dorang tak minum , kitorang kasi la kat anak orang lain yang memang minum susu ni .


Ini sample pampers untuk si Qaseh . Brand Whoopee dengan Joy Links . Brand Joy Links ni first time dengar kot . Hehe .


Ini pulak sample nestum baby brand Ninolac . Yang ni pun first time dengar . Hehe


Yang ni mesti ramai dah biasa dengar kan ? Almaklum , Nestle punya produk katakan . Nestle Cerelac punya nestum .


Yang ni Pureen Liquid Cleanser 20ml . Alah , yang guna buat basuh botol susu baby tu .


Pureen Antibacterial Wipes .


Mainan . Smart Role - Play , daripada Enfagrow A+


Ini brand dari Taiwan . Not sure la benda apa ni . Pantyliner kot . Tak bukak tengok lagi . Brand Hibis .


Mainan . From Flex Babies .


Ini yang buat sangkut puting baby tu . Tapi anak - anak sedara saya sorang pun takde yang hisap puting . Memang tak pernah ajar hisap puting . Huhu . Brand Little Bean . Dapat lepas like Facebook Little Bean . Dapat 4 sebab saya dengan kakak saya masing - masing ada 2 akaun Facebook . Haha


This one ada dua cara nak dapatkan benda ni . First , beli satu kotak Cerelac . Second , register kat booth Nestle , dapat benda alah yang comel ni .


Last but not least , dapat Dibo School Bag dari Nestle sebab my sis beli banyak Nestle Cerelac . Comel gila beg ni . Kecik je . 




Okei , penat menaip . Sesape yang belum pergi , silalah pergi . Terutama yang ada anak / adik .


Comments

QasehnyaRania said…
best ni. hari ni last day kan
byk tu brg free.hihi

kalau dapat boleh bg dekat member.hihi
IntaNBerliaN said…
wah banyaknyaaaaaaaaaaaa..... akak pun suka benda2 free ni.. hihii

*btw, utk yg sponsored post nestle tu... emi baca semula emel tu... nanti ada link, dia suh isi nama n link blog n apa ntah lagi satu... emi g isi yg ni dulu...

dia nak 50org.. bila kita terpilih baru dorg akan gtau kita n masa tu baru wat entry... dorg akan bg arahan nak wat camne :)
tenku butang said…
Wahhh.. untunggg.. teman pun suka benda free nii.. heee
kalau ade baby memang seronok pergi expo baby ni..brg mesti banyak dan murah..so tak rugi pergi sebab benda free pun boleh dapat kan..
Liza Licha said…
takde anak lagi. kwhin pon blom. skrg ni asyk pergi pameran pengantin je lah. hehe
Anis Shahira said…
wah, banyaknya free gift. tak rugi pergi. ni yang buat saya bersemangat nak pergi mana-mana expo ni.
fuhhhh.. jeles u olls~~~
Haziza said…
Banyaknya barang O.o

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…