Sepatutnya entry ni dua bulan lepas aku karang dan publish . Tapi entah apa yang aku sibukkan sangat , sampai tak sempat nak mengarang entry . Masa cuti Chinese New Year hari tu , aku dan kawan-kawan pergi bercuti kat Langkawi . Pergi 3 hari 2 malam ( 20-22 February 2015 ) . Actually kitorang ni dari zaman belajar lagi kemain plan nak pergi bercuti tapi asyik tak jadi Ni dah tak lagi bergelar pelajar baru la berkesempatan pergi bercuti sama-sama . Bertolak berempat dari KL ke Kedah around pukul 1 pagi kalau tak silap . Aku , Nad , Yana dan Wan kawan Nad . Wan tak ikut pergi Langkawi , dia orang Kedah kebetulan nak balik Kedah time tu . Wan yang drive . Aku dan Yana elok je layan mimpi kat belakang , kahkah . Sampai dekat Kedah dah dekat Subuh , singgah hospital kat Sungai Petani buat surprise kat Wahida yang tengah kerja kejap . Wahida kena kerja hari tu , so dia takleh gerak sama - sama dengan kitorang ke Langkawi . Hari kedua kat sana baru dia join kitorang .
HARI PERTAMA 20 FEB 2015
Siap melepak-lepak di lobby hospital lagi pepagi buta
Lepas tu teruskan perjalanan ke . Memandangkan ada baanyak lagi masa sebelum kitorang gerak ke Langkawi , so Wan bawak kitorang pusing-pusing kat Kedah tu . Pergi Menara Alor Setar pepagi buta memang takde orang . Breakfast roti jala dekat area stadium . Pusing - pusing lagi sekitar Kedah Jelapang Padi tu . Apa yang dapat aku simpulkan , life dekat Kedah memang lebih kurang dengan life dekat Kelantan .
Menara Alor Setar
Apa tah nama masjid ni , lupa dah . Tapi cantikkk .
Memandangkan tiket ferry kitorang agak lambat lagi , tengah hari . So Wan bawak kitorang singgah makan kat rumah dia dulu kat Pokok Sena . Emak Wan siap suruh makan lagi kat situ . Perut aku ni pulak sejak dari KL sebelum bertolak ke Kedah lagi asyik masuk angin tak henti-henti . Nak makan pun seksa . Sampai kampung orang terus feeling-feeling balik kampung sangat ha . Ditambah pulak kampung yang penuh dengan sawah padi . Padahal kampung aku kat Kelantan pun ada padi jugak . Dan dan je bila kat orang lain punya kampung baru nak teruja tengok padi . Haha . Tapi seriously suasana kat kampung Wan tu buat aku teringat suasana kat kampung sendiri zaman aku kecik-kecik dulu . Zaman kecik dulu selalu jalan-jalan pusing kawasan sawah padi yang orang kampung aku usahakan , ikut abang dan adik-adik aku main waktu petang . Kejar rama-rama la , pepatung la . Kejar biri-biri yang ayah bela la . Haha . Rindunya . Tapi sejak dah tak kanak-kanak lagi ni , tiap kali balik kampung memang memerap dekat rumah je. Segan nak jalan-jalan pusing kampung .
Tengah hari sket , Wan hantar kitorang ke Jeti Kuala Kedah . Kitorang pergi time peak season , memang penuh la orang dekat jeti tu . Kebetulan seat aku dalam ferry tu betul - betul dekat dengan air-cond , memang sejuk gila . Ditambah pulak aku macam selesema siket time tu . Sampai Langkawi , makin menjadi-jadi selesema . Ambik teksi kat Jeti Pulau Langkawi ke airport sebab kitorang janji nak ambik kereta yang kitorang sewa tu dekat airport . Sampai airport , memang agak panas hati jugak la bila brader tu cakap kereta sewa yang kitorang nak guna tu ada problem sikit , kena tunggu kejap . Lama weyh tumggu , siap melantak dekat Marry Brown lagi nak tunggu kereta siap . Dah la penat . Sewa kereta untuk 2 hari tak silap aku RM200 , lupa dah . Dah dua bulan berlalu , memang dah banyak lupa lah . Kereta Viva kalau tak silap . Haha , memang dah banyak yang aku lupa ni . Lama sangat nak tulis entry sampai lupa serba serbi .
Hari pertama kitorang tak buat apa sangat . Penat sangat kot . Masing-masing tertidur , lepas Maghrib baru bangun siap-siap pergi makan . Oh ya , kitorang menginap dekat 8 Doors Inn berdekatan Pantai Chenang . Nad tempah awal-awal dekat Agoda . Satu bilik untuk dua orang , so kitorang tempah dua bilik . Satu bilik RM89 per night kalau tak silap . Actually boleh dapat yang lagi murah kalau pergi bukan time cuti perayaan macam ni . 8 Doors Inn ni memang dekat sangat-sangat dengan pantai Chenang , jalan kaki je . Underwater World pun depan tu je . Tapi kitorang tak masuk pun Underwater World . Waktu malam memang hidup betul suasana kat area situ , penuh dengan foreigner . Terus rasa macam tak duk kat Malaysia dah , kahkah .
Malamnya kitorang makan dekat restoran dekat-dekat situ je , dekat D'Khas Cafe . Lupa dah apa yang aku makan . Maggi goreng ke ? Dengan teh o panas . RM10 for both . Memandangkan time tu selesema aku makin teruk , memang tak larat dah nak pikir pape . Makan , survey-survey pakej island hopping , then jalan-jalan melepak dekat Pantai Chenang . Ada orang buat pertunjukan api . Bestnya kalau setiap hari dapat lepak kat pantai camtu .
HARI KEDUA 21 FEB 2015
Perancangannya nak bangun pagi-pagi pastu pergi naik cable car sementara tunggu Wahida sampai Langkawi . Wahida maybe around 12 tengah hari baru dia sampai . So aku , Nad , dan Yana plan nak naik cable car lepas tu naik parasailing . Pukul 2 nak pergi Island Hopping . Tapi memandangkan time tu musim cuti , ramai gila orang beratur nak naik cable car . Fikir punya fikir end up kitorang tak jadi nak naik cable car sebab kalau kitorang tunggu jugak nak naik cable car tu memang tak sempat la kitorang nak naik parasailing . Pukul 12 dah nak kena pergi pick up Wahida kat jeti . Faham-faham jela kalau pergi time cuti camtu , jalan nak masuk jeti tu memang jammed teruk . So kitorang bertiga pergi naik parasailing dekat Pantai Chenang . Actually bukan kat Pantai Chenang pun . Dorang akan bawak kita pergi satu pulau kecik dan akan naik parasailing dari pulau tu . Tak sure apa nama pulau tu . Before tu singgah makan dekat satu kedai ni , lauk pauk dia bagi aku sedap la . Not bad . Macam masakan orang Kelantan pun ada . Hihi .
Tak jadi naik cable car , bergambar jela . Haha
Get ready nak naik parasailing for the first time
Memula risau gak nak naik parasailing ni . Tapi dah alang-alang kat situ , try jela . Bila lagi kan ? RM60 per person . Mula-mula aku rasa macam mahalnya RM60 . Tapi bila dah naik , aku rasa berbaloi . Walaupun hanya sekitar 6 minit kat udara , tapi pengalaman tu memang priceless . Bila dah kat atas tu , tak sempat nak rasa gayat sebab dapat tengok pemandangan yang cantik dari atas . Dapat tengok pulau-pulau dan lautan dari atas tu cantik sangat sampai tak sedar senyum sensorang kat atas tu . Dengan tiupan anginnya , memang tak sempat pun nak rasa gayat . Haha . Omg seronok sangat-sangat naik parasailing ni . Nasib baik sekali naik RM60 , kalau sekali naik RM10 , dah berkali-kali kitorang naik . Hihi
Nasib baik landing smooth je tepi pantai . Nad pulak sampai terseliuh kaki dia sebab kaki macam terpeleot sikit masa landing . Bagi yang takut-takut nak naik parasailing ni , don't worry . Biasanya kalau kita tak biasa naik parasailing ni , sorang instructor dia akan naik sekali dengan kita . Yang aku kagumnya , instructor tu tak pakai life jacket pun , dan hanya berpaut pada tali je . Instructor tu akan berpaut pada tali dan kiranya dorang akan berada kat belakang kita , Selit kaki dia sikit dekat tempat kita duduk tu so that dia tak terjatuh . Naik tinggi kot , tanpa pakai life jacket . Kalau jatuh kang sia-sia je . Instructor kat situ terdiri dari orang Thailand . Dorang boleh cakap bahasa Melayu jugak la . Dorang ni nampak je kurus keding tapi sekali tolak tarik bot memang kuat .
Masing-masing muka puashati dah berjaya naik parasailing . Then kitorang balik ke Pantai Chenang , balik bilik tukar baju . Tak sempat rehat terus keluar konon nak pergi pick up Wahida kat jeti . Tapi jalan jammed pulak . End up Wahida naik teksi dan kitorang jumpa dekat tanjung apa ntah untuk pergi island hopping .
Wahida.
Island Hopping ni dia bawak pergi 3 tempat iaitu Pulau Dayang Bunting , Pulau Singa Besar , dan Pulau Beras Basah . Harga RM25 per person . Masa dekat Pulau Dayang Bunting tu , kena jalan dan mendaki sikit la untuk ke Tasik Dayang Bunting .
Dalam perjalanan nak ke Pulau Dayang Bunting , kita boleh nampak gunung yang menyerupai seorang perempuan terbaring dengan bentuk kepala , dada , dan perut yang sedang bunting . Nampak tak ?
Ramai jugak orang yang mandi manda kat Tasik Dayang Bunting . Ada disediakan kawasan cetek untuk mandi . Tapi kitorang tak mandi pun . Duduk-duduk berendam kaki sambil cuci mata je . Wahida terpaksa bawak beg-beg dia sekali sebab dari jeti dia terus pergi island hopping , tak sempat balik bilik .
Paling suka gambar ni .
Dekat Pulau Beras Basah pulak , kitorang just lepak-lepak sambik borak-borak tepi pantai bawah pokok kelapa . Tak mandi pun . Oh ye , dekat Pulau Beras Basah ni pun boleh naik parasailing jugak tapi tak sure berapa harga kat sini .
Balik bilik , rehat . Malam kitorang keluar pergi Haji Ismail Group , shopping coklat . Ambik punya ambik , amboiiii banyak jugak ye . Haha . Aku punya RM222.40 . Itu pun setelah di tapis berkali-kali , kahkah . Yela , takkan nak beli untuk diri sendiri je kan ? Mesti la beli untuk family jugak . Pastu perut dah lapar , kitorang terus makan dekat kedai-kedai yang macam food court depan HIG tu je . Dah siap makan , kitorang pergi Dataran Helang kejap . PErgi kejap je sebab ramai orang dan masing-masing dah lemau . Kesian kat Nad dengan kaki terseliuhnya .
Bapak helang .
Balik bilik . Memandangkan esoknya dah nak balik , so kitorang gagahkan diri pergi jalan-jalan lepak-lepak tepi pantai . Tapi Nad tak ikut sebab kaki dia sakit . Nad stay kat bilik je . Around pukul 2 pagi camtu , balik bilik then packing barang siap-siap .
HARI KETIGA 22 FEB 2015
Lepas Subuh pepagi kitorang pergi mandi pantai . Hihi . Yela pagi-pagi best sikit mandi sebab lengang lagi takde orang . Around pukul 8.30 pagi , kitorang balik bilik siap-siap untuk check out . Lepas check out , pi airport untuk hantar kereta . Then terus ke jeti . Penat gak . Tak sempat nak makan . Makan roti je masing-masing . Sampai jeti Kuala Kedah , Wan datang ambik dan terus gerak balik KL . Singgah hospital Sungai Petani kejap hantar Wahida , sebab dia dapat call mengatakan mak sedara dia kritikal . Balik KL jammed gila kot . Tengah malam baru sampai . Yana sampai terlepas tiket bas nak balik Johor . Tak pepasal kena skip kerja keesokan hari .
Balikkkkkk
Bestnyaaa pergi Langkawi . Rasa taknak balik . Terus rasa nak kawen dengan orang pulau , kehkeh ! 3 hari 2 malam tak cukup . Next time nak pergi kena pilih weekdays dan bukan musim cuti . Oh ya , budget keseluruhan aku taktau berapa sebab aku asyik tunda je nak buat kira-kira . End up aku lupa dah harga tol berapa , kos minyak berapa , kos makan berapa , semua-semua la lupa, Tapi aku agak around RM600 lebih kot sorang . Yeke ? Ntah .
Oh lupa pulak , ini la Wan yang drive dari KL-Kedah , Kedah-KL . Yang bawak kitorang pusing-pusing Kedah . Thanks Wan .
Thanks korang . Next time ada rezeki kita pergi bercuti sama-sama lagi ye :D










































