Aidijuma lancarkan Scarf Machine - emilinda

Sunday, March 27, 2016

Aidijuma lancarkan Scarf Machine



Ada penggemar Aidijuma tak kat sini? Kalau yang suka pakai bawal, normally akan sangat suka dengan tudung bawal Aidijuma ni. Aku pun tak ketinggalan zaman belajar dulu sukaaa sangat tudung Aidijuma ni. Sekarang aku dah kurang pakai bawal, banyak pakai shawl. So koleksi tudung bawal yang terbaru memang aku takde sangat. Ada yang lama-lama je. Tapi sometimes aku pakai jugak tudung bawal, Kat mana korang beli tudung Aidijuma kebiasaannya? Ada yang beli dekat butik Aidijuma, ada yang beli online melalui agent. Depends la maisng-masing kan. Kalau aku dulu kebiasaannya aku beli tudung Aidijuma dekat karnival Jom Heboh atau dekat pesta konvo universiti. Sebab biasanya ada sale time kat situ, kekeke. Dah nama pun student masa tu kan.


Baru-baru ni, pihak Aidijuma  telah melancarkan Scarf Machine. Scarf Machine ni macam kedai jual tudung bergerak la. Alahh, macam zaman sekolah dulu van Milo selalu datang sekolah, cuma yang ni bezanya kat dalam van tu ada tudung. Yang dijual adalah tudung. Kreatif betol Datin Norjuma ni. Senang la peminat Aidijuma nak dapatkan tudung lepas ni. Majlis pelancaran yang diadakan di Piazza The Curve ini bukan sahaja dihadiri oleh pihak media, tetapi dipenuhi orang ramai. Yang lalu lalang pun singgah nak tengok pelancaran Scarf Machine ni.


Artis jemputan untuk majlis pelancaran Scarf Machine tu merupakan Dato' Siti Norhaliza. Wahhh, riuh rendah kat situ bila Dato Siti datang. Dato' Siti siap menyanyi live dua buah lagu kat situ. Oh, tak lupa jugak, pengacara untuk majlis tu adalah Faizdickie.

Lawanya Dato' Siti dan Datin Norjuma ni

Semasa majlis pelabcaran Scarf Machine tu, pihak Aidijuma juga bermurah hati memberikan tudung Aidijuma secara percuma kepada para hadirin. Aku pun tak terkecuali untuk beratur ambik tudung free tu. Tak cukup dengan itu, aku pi Aidijuma store dekat The Curve, beli lagi 5 helai bawal. Kekeke. Almaklum, pada hari tu, Aidijuma store yang dekat The Curve tubuat sale, semua tudung RM10 sahaja kecuali white label, Rugi kalau tak beli. Nasib baik cash kat tangan cukup untuk beli 5 helai je, kalau tak makin banyak aku borong. Aku yang jarang pakai bawal ni pun boleh terbeli sampai 5 helai, ini kan pulak yang memang tetiap hari pakai bawal. Lawa betol tudung bawal Aidijuma ni.


FB : Tudung Aidijuma - cetusan idea Datin Norjuma 
Youtube : Aidijuma Channel 
Instagram : @aidijuma @aidijuma_brunei #BawalScarf #SehelaiPelbagaiGaya 
Customer Service : 0193252111 
9.00 pg-6.00 ptg (Monday-Jumaat sahaja) 

12 comments:

  1. cantik Siti ngan Norjuma..comel keduanya..tahniah Aidijuma diatas kejayaan meluaskan empayar....

    ReplyDelete
  2. Suka dengan barangan daripada aidijuma... Btw, cantiknyaa Dato Ct.. sweet je muka dia

    ReplyDelete
  3. Dato' Siti is so beautiful and sweet-looking :) it's been a while since i last met her

    ReplyDelete
  4. Good idea of mobility truck to sell pretty scarfs! Both Datin are so beautiful and lovely! :D

    ReplyDelete
  5. I haven't started wearing the scarf but I do find the scarves from Aidijuma very pretty and affordable... and wow.. the owner herself is so cute...

    ReplyDelete
  6. So nice to be able to meet Dato' Siti! She's so beautiful!!

    ReplyDelete
  7. Bagus bisnes plan ni. Boleh buat rujukan. :)
    Dato Siti n Datin Norjuma ni dua2 comel..

    ReplyDelete
  8. nice outlet.. wow siti nurhaliza does look good .

    ReplyDelete
  9. Congrats to the opening and wish that their business will prosperous.

    ReplyDelete
  10. So long have not meet Dato Siti in media d, you are so lucky to have me her personally :) nice event!
    Cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.