Ingat lagi tak before ni aku pernah buat satu entry tentang Cafe Pretz n' Beanz yang bertempat di Solaris Mont Kiara. Kalau tak ingat, boleh baca balik kat Pretz n' Beanz Cafe - Pretzel Pizza pertama di Malaysia. Aku memang suka pada konsep yang diketengahkan oleh cafe Pretz n' Beanz ni. Suasana cafe sangat selesa, sesuai untuk hang out dengan family mahupun member. Nak celebrate birthday party, atau nak jumpa client pun sesuai. Hidangan takyah cakap la, memang tiptop dari segi rasa dan juga presentation. Baru-baru ni Pretz n' Beanz dah bukak cawangan terbaru yang bertempat di Bangsar. Haaaa, orang kata area Jalan Telawi tu memang syurga makanan. Macam-macam cafe dan restoran ada kat sana. Pretz n' Beanz dah bukak outlet baru kat situ, makin senang la. Dah ada dua pilihan, samada nak ke cawangan di Solaris Mont Kiara, atau nak ke cawangan di Bangsar. Dari segi jarak, dua-dua pun takde la jauh sangat dari tempat aku menyewa. Nasib baik!
Bila dapat tahu branch baru dah bukak, memang laju aje aku ajak akak ke sana. Memandangkan kami tak biasa sangat area Bangsar tu, so a bit lost la. Tak tahu mana nak park kereta, tak tahu Pretz n' Beanz tu dekat sebelah mana. End up kami park kereta dekat Bangsar Village je. Then jalan kaki ke Pretz n' Beanz. Tak jauh pun. Kami pergi weekdays, lepas Maghrib.
Pretz n' Beanz Bangsar konsepnya sama dengan Pretz n' Beanz Solaris Mont Kiara, cuma aku perasan yang Pretz n' Beanz Bangsar lebih luas berbanding yang dekat Mont Kiara. Memandangkan kami pergi weekdays dan lepas Maghrib terus gerak dari rumah, so masa kami sampai tu belum ramai customer lagi. Masuk aje, terus disapa oleh pekerja Pretz n' Beanz yang ramah.
Nota-nota comel, rasanya mesti yang launching day punya
Actually ada disediakan meja di bahagian luar cafe jugak, tapi kami pilih untuk duduk bahagian dalam cafe memandangkan waktu malam suasana agak bising kat luar (bising dari kedai-kedai lain yang berdekatan). Bila dah masuk dalam cafe, aman damai. Tak dengar dah bising-bising kat luar. Siap boleh bersembang bercerita dengan aman sekali.
Menu apa yang kami order kali ni? Memandangkan previously dah pernah rasa banyak menu Pretz n' Beanz, so kali ini kami just order sikit aje la. Takmo bazir. Perut bukan besar sangat pun. Yang sikit ini pun tak termampu nak habiskan.Oh ye, ada flavor baru untuk pretzel dan pizza. Untuk pretzel, ada flavor baru which is Poppy Seeds dan Sour Cream Onion Flakes (if i'm not mistaken, ingat-ingat lupa dah). Pizza pun ada a few new flavor.
Mocha Ice Blended and Quattro Fromaggi pretzel pizza.
Quattro Fromaggi ni merupakan salah satu flavor terbaru pretzel pizza dekat Pretz n' Beanz. Memandangkan kami ni penggemar keju, so staff Pretz n' Beanz suggest suruh kami try this flavor. Pretzel dough topped with pizza sauce, cheddar cheese, mozzarella cheese, monterey jack cheese, cream cheese and fresh tomato cubes. Haaaa, banyak betul dorang taruk cheese dalam pizza ni.
Aglio Olio Prawn Spaghetti
Memandangkan my sis penggemar aglio olio spaghetti, so kami order Aglio Olio Prawn Spaghetti ni. Selain itu, kami jugak order Chocolate Cookie Crunch Pretzel, dan Champignon Baked Egg. Champignon Baked Egg ni actually for breakfast. Tapi since dekat Pretz n' Beanz ni kita boleh order menu breakfast sepanjang hari, so why not kan? Lagipun before ni pergi Pretz n' Beanz, tak pernah rasa lagi this Champignon Baked Egg.
Champignon Baked Egg
Chocolate Cookie Crunch Pretzel
Suka pulak makan Champignon Baked Egg ni. Sedap. Memang aku jela yang hadap benda alah ni.
Pretz n' Beanz Bangsar ni a bit spacious compared to the one yang dekat Mont Kiara. Sesuai sangat for any occasion. Contohnya, nak lepak dengan kawan, dengan family. Nak have discussion with clients, ataupun nak celebrate birthday. Ada terbaca blogger Liyliz Yusof celebrate birthday rakan blogger dekat Pretz n' Beanz Bangsar. Nice jugak idea dorang pergi celebrate birthday kat situ. Terfikir nak bawak Mira, one of my bestfriend sejak prasekolah makan kat sini sebab dah janji nak belanja dia for her graduation (tak dapat pergi her graduation day sebab kerja). Tapi, macam Mira je yang kena bawak aku because i can't drive, kekeke.
PRETZ n' BEANZ Cafe Bangsar
No.9 Jalan Telawi 2 Bangsar Baru,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia.
03-22019026















































