Rangkaian Althea Bare Essentials, Untuk Kulit Lebih Sihat - emilinda

Wednesday, May 30, 2018

Rangkaian Althea Bare Essentials, Untuk Kulit Lebih Sihat

Kalau nak shopping barangan kosmetik Korea, Althea sememangnya menjadi pilihan nombor 1 dihati saya. Memang regular customer la pendek kata. Berhantu sangat dengan Althea ni. Sebelum ni Althea ada keluarkan produk pertama dibawah jenama Althea sendiri iaitu Althea Petal Velvet Powder yang menjadi kesukaan para penggemar barangan kosmetik Korea. Di tahun 2018 ni, Althea sekali lagi membuat kejutan dengan mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit wajah tersendiri iaitu Althea Bare Essentials. Sebagai pengikut setia Althea, haruslah saya excited bila dapat tahu Althea nak keluarkan skincare sendiri.


Rangkaian Althea Bare Essentials memfokuskan terhadap penjagaan kulit wajah yang terdiri dari 3 item iaitu Contour Clenser, Primer Water, dan Fixer Cream. Hanya 3 langkah sahaja untuk tampil flawless dengan Althea Bare Essentials. My first impression bila tengok packaging Althea Bare Essentials ni ialah nampak simple dan eksklusif! Packaging Althea Bare Essentials ni sangatlah minimalist. Jom kita teliti satu persatu produk dibawah rangkaian Althea Bare Essentials ni.



Althea Bare Essentials Contour Cleaner 150g, RM23

Contour Cleanser ni mengandungi ice plant yang menghidrat dan meredakan kemerahan pada kulit, serta lemon myrtle yang dikatakan kaya dengan vitamin C dan antioxidants untuk menguatkan kulit. Didatangkan dalam bentuk tiub seperti kebanyakan pencuci muka, teksturnya agak creamy dan mengandungi biji-biji kecil yang selalunya ada dalam scrub. Tapi tak terasa kasar pun kat kulit sebab biji-biji scrub tu cepat cair bila kita dah start massage ke seluruh muka. Picit sikit je pun dah memadai untuk cover satu muka. Tak ada bau-bauan yang pelik pun, sama macam mostly pencuci muka kat pasaran. Cuma saya perasan dia macam ada sedikit rasa pudina yang buatkan kulit rasa segar lepas dah cuci muka. Best!


Pencuci muka yang biasa saya gunakan sebelum ni tak menghilangkan kesan mekap secara menyeluruh. Kiranya sebelum guna pencuci muka, kena guna make up remover dulu. Seriously saya sejenis yang agak malas nak guna make up remover. Kalau tak guna make up remover, muka rasa tak selesa dan melekit lepas dah cuci muka. Faham tak rasa macam cuci muka tapi tak bersih? Tapi bila start guna Bare Essentials Contour Cleanser ni, suka betul rasanya. Perasaan bila guna Contour Cleanser ni, rasa macam guna make up remover, pencuci muka dan scrub dalam satu masa yang sama. Muka rasa fresh dan bersih dari segala sisa mekap dan minyak. Sejak ada Bare Essentials Contour Cleanser, memang guna yang ni je setiap hari bila balik ke rumah.



Althea Bare Essentials Primer Water 200ml, RM43

Pada awalnya saya agak confused ini toner atau serum? Nak kata toner, tekstur macam pekat sangat. Kebiasaannya toner bertekstur cair. Nak kata serum, entahlah. Rupanya Primer Water ni bertindak sebagai toner dan primer sekaligus. Katanya Primer Water ni menghidrat dan melicinkan kulit wajah. Bila kulit wajah kita licin, apa maknanya tu? Maknanya lagi senang nak apply mekap dan pakai mekap sedikit pun dah memadai. Kandungan utama dalam Primer Water ni adalah snow lotus dan formulasi “dewdrop” yang dipatenkan. Bahan-bahan utama ni merupakan kunci untuk buat kulit kita jadi lebih sekata, licin, cerah dan cukup lembapan.


Ada sedikit bau bunga-bungaan, tapi tak kuat sangat. Kebiasaannya saya tak suka pakai skincare yang bertekstur pekat macam ni sebab mostly akan buat kulit rasa melekit. Tapi eh this one tak buat kulit kita rasa melekit pun. Rasa ringan je kat muka seolah tak pakai apa-apa. Dia buat kulit muka rasa smooth dan lembut. Suka teramat weyh!



Althea Bare Essentials Fixer Cream 50g, RM50

Fixer Cream sounds like it’s gonna fix our face, is it? Haha. Fixer Cream ni tak oily pun dan sangatlah cepat meresap ke kulit. Katanya krim ni mengandungi bahan yang mampu membekalkan kelembapan kulit sehingga 24 jam untuk kulit yang segar bertenaga. Ianya juga meresap jauh ke dalam kulit untuk menganjalkan. Yang ni ada bau macam mint dan citrus sikit, best! Tekstur dia lebih kepada gel dan didatangkan dalam balang kecil. The best thing is krim ni tak buat kulit rasa melekit pun.


Overall saya suka sangat rangkaian produk Althea Bare Essentials ni. Hanya 3 langkah mudah je, tak perlu usung banyak sangat skincare. Orang yang mengalami masalah kulit kering confirm suka sangat pakai rangkaian Althea Bare Essentials ni. Harga pun tak mahal pun. In fact, I think the price is considered cheap. Even student can afford it. Nak beli kat mana rangkaian Althea Bare Essentials ni? Of course la beli kat Althea, https://my.althea.kr/ .

22 comments:

  1. memang best pakai althe ani..dah separuh akk guna..hehee..muka ni lembt je..licin je..nak tengok juga muka jadi contour tak..hahaha..primer water dia best

    ReplyDelete
  2. Best je tgk emi pakai.. Fixer cream tu rasa nak cuba la jugak.. Itu untuk melembabkan kulit kan.. Ada set produk gini mudah.. Pakai secara teratur dan berterusan insyaallah kulit jadi sihat kan.. ❤️

    ReplyDelete
  3. wawa suka dgn rangkaian BE yg baru ni lagi2 cleanser dan primer water dia... bila pakai sejuk dan cpt meresap.. tp krim dia ok je bg wawa cuma agk berminyak sedikitlah.. so far tiga2 ni okay....

    ReplyDelete
  4. I read many good reviews about this and now i m tempted to try it too. Love the clean and minimalist packaging.

    ReplyDelete
  5. Ramai pulak kata set ni bagus. Hari tu dah usha dah kat Althea.masuk website Althea boleh rambang mata dengan pelbagai jenis kosmetik korea tu uih. .

    ReplyDelete
  6. Patut kulit emi licin mulus. Ini rahsianya. Nak dapatkan satu produk althea nilah untuk mak. Nampak mcm bagus. Thanks for sharing emi =P

    ReplyDelete
  7. Eh, sama skincare kita. K.fiezz pun guna Althea BE ni.. Tiga2 best. Yg fixer cream tu betul, x berminyak & kulit rasa lembap sentiasa. Yg cleanser dia pun best. Primer water dia lagi la k. Fiezz suka..x melekit, cpt meresap.

    ReplyDelete
  8. Ramai yang dah guna produk ni kan....packaging nampak putih dan suci je. Kalau elok dgn kulit kena teruskanlah penggunaan. Maknanya serasi dengan kulit la tu.

    ReplyDelete
  9. Mana nak dapatkan produk althea ni. Memang tak up to date sgt. Packaging pun menarik

    ReplyDelete
  10. produk ni mmg naturel jer kalau pakqai..suka primer water dia..wangi giler...mmg lepas pakai muka jadi lebih berseri2...nak beli lawat althea website klik dr situ..mudah giler

    ReplyDelete
  11. Akak suka Althea nyer set ni dan masih guna sampai sekarang...suka Primer Water tu..lepas cuci muka rasa segar je

    ReplyDelete
  12. Aida suka ni sebab packaging nyer. Putih. Simple. Elegan. Ramai yg review produk ni ye. Produk korea ni skang da semakin bagus. Produk nyer byk da berunsurkan natural.

    ReplyDelete
  13. Memang betul packaging Athea nampak simple dan exclusive je. Athea ni organic skincare ke? Sebab kurang bau kan. Memang murah dan berbaloi klu ia jenis organik

    ReplyDelete
  14. bagus la althea ni. dah ada produk sendiri. setakat ni mmg baca banyak review menarik pasal bare essentials. semua ckp best

    ReplyDelete
  15. amboi althea juga hahah ramainya yang review produk ni. tapi takpe la bagus kan produk ni. macam nak try guna juga la. lelaki boleh pakai ke

    ReplyDelete
  16. Akak memang pakai Nare Essentials ni. Best kan emi. Walaupun kulit jenis berminyak tak perlu risau pakai sebab jenis cepat serap dan tak meninggalkan kesan minyak. Sejak pakai Bare Essentials kulit bampak cerah jugaklah

    ReplyDelete
  17. Memang best produk ni..sis memang sedang gunakan set dia. Ni dah tiba masa nak order lagi..dah tknggal sikit je dah..sis memang tak nak pakai lain dah..hehehe

    ReplyDelete
  18. Nampak lain betul Emi x pakai cermin mata. Mata tengok mana tu ? Hahaha. Dgr ramai yg beri feedback positif pasal produk althea nie. Tetibe rasa ingin cuba produk nie. Hopefully sesuai dgn kulit wajah

    ReplyDelete
  19. I'm using Bare Essential as well, my favorite product will be the primer. Loved how they made it so affordable.

    ReplyDelete
  20. Besarnya bekas dia. Memang jimat oiii. Bleh pakai berbulan-bulan lamanya. Jangan tak pakai tau. Konsistensi adalah kunci kecantikan. Ewahhh

    ReplyDelete
  21. nampak exclusive sangat design warna pakaging dia. produk dr althea ni pon memang ramai kawan-kawan guna. memang bagus

    ReplyDelete
  22. packaging dia sangat minimalist simple saja tapi kemas dan nampak exclusive..

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.