Buffet Ramadhan 2018 - Berbuka Puasa Selera Malaya di The KL Journal Hotel - emilinda

Tuesday, May 22, 2018

Buffet Ramadhan 2018 - Berbuka Puasa Selera Malaya di The KL Journal Hotel

Sebelum ni saya pernah tulis pengalaman saya menginap di KL Journal Hotel selama 2 hari 1 malam. Dalam penulisan tersebut ada saya ceritakan tentang restoran Kedai Kopi Journal yang terletak di tingkat bawah Hotel KL Journal. Kali ini saya nak ceritakan pula tentang pakej buffet Ramadhan yang disediakan di Kedai Kopi Journal, Hotel KL Journal pada tahun ini. Biasalah kalau dah bulan Ramadhan ni, memang tercari-cari pakej buffet Ramadhan yang berbaloi dan lain dari yang lain. Ini merupakan kali pertama saya berbuka puasa di Hotel KL Journal. Tema buffet Ramadhan yang dibawakan oleh Hotel KL Journal kali ini ialah “Selera Malaya”.


Memandangkan tema yang dibawakan kali ini ialah Selera Malaya, makanya Hotel KL Journal menyediakan variasi hidangan klasik dan moden Malaysia untuk memenuhi selera warga Malaysia. Antara contoh hidangan ialah kari kepala ikan, ikan pari asam pedas, rending daging, ayam kapitan & percik, kambing masak kurma, soto ayam, tom yam seafood, otak-otak Muar, kuih-muih, kaunter Lok-lol, kaunter ulam-ulaman, rojak buah, pasembur, keropok, chocolate fountain dan lain-lain lagi.


Apa yang menarik dan luar biasa sikit kat buffet Ramadhan di KL Journal Hotel ni? Haaa, yang menariknya bagi saya adalah ruangan “Lok-lok Stop”. Dekat Lok-lok Stop ni, terdapat  lebih dari 30 pilihan skewer yang boleh dipilih. Saya sememangnya penggemar skewer. Memang duk aim skewer ni je dari awal sampai, lol.


Bila pergi dekat bahagian kuih-muih, terus teringat suasana kampung. Tak tahu la kenapa, haha. Mungkin sebab pilihan kuih-muih yanga da tu memang kuih-muih tradisional sangat. Macam kuih yang mak selalu buat. Rindu pulak kat mak.



Kalau nak rasa suasana berbuka puasa dengan dikelilingi juadah-juadah yang memang Malaysia sangat, boleh la pertimbangkan untuk ke KL Journal Hotel. Harga buffet Ramadhan di KL Journal Hotel adalah RM118 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 6-11 tahun). Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah boleh makan secara percuma.


Untuk maklumat lebih lanjut atau nak buat reservation berbuka puasa kat KL Journal Hotel, boleh contact pihak restoran hotel di (+603) 2110 2211 atau boleh email ke fbm@kljournal.com .

inquiries@kljournal.com 

35 comments:

  1. I still remember the dinning experience at the KL Journal as it was such a good experience. The KL Journal also such a tempting Ramadhan Buffet such as Satay, Tom Yum seafood, and Raya kuih muih. I like the Lok Lok station too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too, i love the environment at the dining area.

      Delete
  2. pebret ais potong tu.. dlu de nginap sini dan mmg sedap makanan dia.. buat buffet cmni konpom lagi sedap.. nnti klu pi kl nk try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ais potong tu wajib try before balik, hehe

      Delete
  3. Terliur tengok hidangan yang disediakan. Banyak juga pilihannya. Chocolate fountain dan aiskrim pasti menambat hati anak-anak yang berbuka puasa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan anak2 je, mak anak2 pun tertambat jugak haha

      Delete
  4. KL Journal memang port selalu lepak sebelum bulan puasa. Suka gila dengan Kari Kepala Ikan dia, sure buffet ni makanan dia sedap gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kari kepala ikan dia not bad.

      Delete
  5. Alamak mata akak dari tadi merenung kat itik tu..mesti sedap dan juicy kan..dah la akak ni pencinta itik..eh..eh..banyak betul hidangan kat sini..harga pun not bad..

    ReplyDelete
  6. meriahnya! dorang sini antara lokasi yang menarik untuk berbuka. banyak pilihan dan harganya juga berbaloi! nanti nak try lah berbuka dekat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah lagi2 lokasi hotel ni yg terletak betul2 tengah area bukit bintang

      Delete
  7. Xpernah lg ke sini jd xtau apa istimewanya . Tp nk tye penggemar skewer tu apa ek? Huhu... Bagus juga dia punya tema selera malayam.cmpuran klasik & moden... Boleh rasa yg dahulu, dan mknn sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skewer tu yg ada daging dan lain2 yg dicucuk2 dengan lidi. alah, macam loklok tu

      Delete
  8. Aiskrim potong tu menarik lah hehehehe tak banyak hotel ada sediakan aiskri macam tu teringin lah. Tapi makanan kat sini banyak juga dengan harga yang berpatutan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, mula2 sampai dah aim nak aiskrim potong tu sebagai pencuci mulut

      Delete
  9. Kalau ena memang terjah lok-lok stop tu. Budak lagi la suka kan. Tapi ok la tu rate kanak2 bawah 5thn free.. kalau tak mcm rugi je bayar tak banyak makan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kanak2 kalau tak free, rugi jugak sbb budak2 tak makan banyak pun

      Delete
  10. I have not come across this hotel. Wonder where it's located, will need to check it out. Been a long time since I last had the satay celup

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is located in the middle of Bukit Bintang, KL

      Delete
  11. Tak pernah lagi berbuka puasa kat sini. Tengok lok lok tu, terasa nak berbuka kat sana, serius dah lama sis tak pekena lok lok ni..nampak sedap jeww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah x banyak hotel sediakan lok-lok

      Delete
  12. Menarik ehh menu masakan bufet Ramadan KL Jurnal ni. Ada ais krim potong my fav tu... Suka, suka, suka..

    nanti weekend bawa family ke situlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, best. boleh bawak family dan kawan2

      Delete
  13. Alah kita dapat invitation tapi tak dapat pergi. Kita x turun Kl time tu . Memang tahu Kl Journal Hotel makanan dia mmg terbaik Dan sedap juga. Tengok lok lok stall dah terliur.

    ReplyDelete
  14. eh Emi ada ke masa preview buffet ramadhan nie ? sbb nya zharif pon ada pergi tapi tak nampak emi pon. Ke Emi balik awal ?

    Apa-apa pon, makanan dia mmg terbaik. especially the otak-otak. sangat ebst. ouh ya, kari kepala ikan yg femes sangat tu, dah pon dpt cuba. mmg sedap. first time jejakkan kaki ke KL Journal setelah sekian lama dgr nama hotel nie drpd blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emi pergi review sehari sebelum zharif pergi. Hari lain2.

      Delete
  15. Menarik yer Lok-lok Stop. Serius memang tak pernah jumpa lagi kat mana-mana buffet ramadan di hotel lain. Tak pernah sampai The Journal ni, orang kata best.

    ReplyDelete
  16. Wah KL Journal punya bufet banyak rupanya. Akak tengok gambar tadi ingatkan simple camtu dan harga RM 118. Giler mahal. Hahaha. Sekali baca oh banyak rupanya. Hehe. Nanti bleh cuba berbuka di sini. Jarang sangat ke kawasan Bukit Bintang. Nanti nak dekat raya bleh la kesana. Cuci mata.

    ReplyDelete
  17. kl journal ni hotel dia memang cantik dan nampak baru..tapi problem dia parking adoi..orang kata kat sini yangglamour kari kepala ikan...makan sekali nak lagi katanya heheh tapi selection makanan iftar dia pun nampka menarik dan sedap

    ReplyDelete
  18. Oh yes I have tried the food in this hotel, memang ok la and their prices also quite reasonanle for hotel in KL city.

    ReplyDelete
  19. Wahhhhh awak pergi sini. Untungnya, makanan kat sana tu semua best-best kot. Tetiba rindu lak nak stay situ wak. Hmmmm, rugi lak tak p sini haritu.

    ReplyDelete
  20. The lok-lok stop is seriously one of a kind during buka puasa. I have not seen other restaurants/hotel offer it! It offers a different kind of experience to diners, I can imagine. Although I have been to KL Journal before, I have not dined at Kedai Kopi Journal yet. Time to go!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.