Sista Stardust Colla Rose Collagen, Untuk Yang Mahu Kulit Cantik - emilinda

Monday, May 7, 2018

Sista Stardust Colla Rose Collagen, Untuk Yang Mahu Kulit Cantik

Bila usia dah makin meningkat ni, mula la duk tercari-cari makanan tambahan untuk diri sendiri. Bukan saja untuk kesihatan tubuh badan, tapi juga untuk kecantikan. Almaklum, kulit muka kita ni takde la selamanya kekal seperti remaja kalau usaha nak kekalkannya pun takde. Pengambilan skincare yang bagus sahaja pun sebenarnya tak mencukupi. Kulit kita perlukan supplement untuk kekalkan tahap kesihatan dan kecantikan kulit. Tepek mekap? Haaa mekap ni sifatnya sementara. Tak dinafikan bila pakai mekap kita akan rasa diri lebih cantik dan lebih confident. Tapi bila dah tanggalkan mekap, maka terlihatlah kulit kusam dan pucat umpama mayat hidup tu, hahaha. Sebab tu kena ambil serius tentang penjagaan kulit. Supaya kalau nak keluar jumpa kawan-kawan tanpa pakai mekap pun, tetap tampil confident! Macam saya kalau keluar waktu malam, ya ampun malas gila nak letak bedak ke apa ke. Tudung pun main selempang aje. Inikan pulak nak tepek mekap, lagilah malas. Sebab malam kan, rasa rimas kalau ada something kat muka. Waktu malam rasa nak rehatkan kulit muka tanpa sebarang solekan. Rajin nak calit lipstick sikit pun dah cukup hikmah dah tu bila keluar waktu malam. Bukan apa, takut orang terkejut je muka pucat sangat hahaha. Kalau muka jenis yang natural beauty dan tetap berseri walaupun tak pakai mekap takpelah. Tapi kita sejenis yang sedar diri wak, hahah. Bukan ada baka mix ke apa ke. Pure Malay gitu, muka biasa-biasa sahaja.


Sista Stardust Colla Rose Collagen. Hari ni nak cerita tentang supplement ni memandangkan sekarang ni saya sedang mengamalkan pengambilan supplement ni. Bab nak pilih supplement ni, dilemma betul tau. Yela, kita ambil supplement sebab nak cantik, nak sihat. Tapi kalau korang perasan la, harga supplement kat pasaran sekarang ni kemain mahal. Nak cantik nak sihat pun perlukan banyak duit, hmmm. Kejam sungguh dunia haha. Pejam mata je kita nak bayar. Demi nak cantik katakan. Tak cantik menawan kang, boyfriend lari. Eh hahahah, k gurau je. Kita tahu boyfriend awak semua setia *sila muntah*. Okay berbalik kepada Sista Stardust Colla Rose Collagen ni, sebenarnya saya baru lagi cuba produk ni. Belum sampai sebulan pun, sekitar 3 minggu. Tapi memang dah duk usha lama dah sebab tengok member-member ramai yang duk share kat social media tentang produk supplement Sista Stardust ni. Kita tak tahan godaan wak! Kita pun nak flawless macam awak semua jugak.


Actually kalau tengok dekat website Sista Stardust, ada 3 jenis supplement yang hampir sama tetapi sedikit berbeza. Setelah diteliti ketiga-tiga jenis supplement, saya dengan yakinnya memilih Sista Stardust Colla Rose. Yang kotak warna pink ni Colla Rose. Saya bukan pilih sebab kotak dia pink semata-mata, tetapi kerana rasanya berbanding Fibre Rose dan Berries Rose, Colla Rose lebih bersesuaian dan diperlukan oleh saya. Fibre Rose lebih sesuai untuk yang nak kuruskan badan. Obviously not for me sebab dah memang sedia kurus. Berries Rose lebih sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit berjeragat, pigmentasi, dan bintik-bintik hitam. Alhamdulillah so far kulit saya masih belum tahap sebegitu. Makanya saya pilih Colla Rose sebab kebaikan Colla Rose ni lebih saya perlukan.


Supplement yang berasaskan campuran bahan botani semulajadi ini mempunyai ramuan istimewa iaitu Ekstrak Kelopak Rose (Japan Whitening) yang merupakan ramuan berpaten No.3818483 dan collagen yang mana mampu merawat masalah kulit seperti kulit kusam, jeragat, kulit kering, parut, dan pelbagai lagi. Don’t worry, Sista Stardust ni mempunya kilang bertaraf GMP dan juga mempunyai kelulusan KKM. Kalau takde kelulusan KKM, tak berani la kita nak cuba pun, hehe.



Supplement yang didatangkan dalam sachet macam ni senang, kalau nak bawa ke mana-mana pun mudah. Lebih praktikal la, tak perlu nak bawa sebalang besar supplement. Contoh kalau nak pergi travel 5 hari, bawak je 5 sachet dan 1 shaker. 1 sachet untuk 1 hari. Bila waktu malam sebelum tidur, campur 1 sachet tu dengan 150ml air suam. Kacau atau goncang sampai dah larut, then boleh minum. Tapi make sure kena minum banyak air kosong. Korang minum la supplement apa sekalipun, memang kena minum air kosong yang mencukupi. Pengambilan air kosong yang mencukupi merupakan salah satu kunci keberkesanan sesuatu produk supplement. Disebabkan saya sejenis yang malas nak panaskan air, makanya most of the time saya tak guna air suam pun haha. Tapi susah sikit nak larut kalau tak guna air suam. Rasanya kena guna air suam la kot untuk kesan yang lebih optimum.


Korang kalau jenis yang payah nak telan supplement pahit dan payau, memang geng lah kita. Nasib baik Sista Stardust Colla Rose ni rasa dia sangat sedap. Tak pahit atau payau langsung. Siap ada rasa manis-manis buah gitu. Warna dia bila dah bancuh lebih kurang warna air jambu batu. Bau dia? Takde bau pelik-pelik. Memang bau fruity sikit. Oh ye, paling suka sebab rasa jimat sikit monthly budget allocation untuk supplement. Mana tidaknya, satu kotak Sista Stardust ni ada 60 sachet, which means boleh guna untuk 2 bulan. Sekali bayar untuk 2 bulan terus, jimat la tu nak banding dengan supplement lain. Harga satu kotak Sista Stardust Colla Rose ni hanyalah RM150 sahaja. 



Lepas ni kalau tak gorgeous dan flawless lagi tak tahu la, hehe. Raya pun dah nak dekat. Haruslah nak tampil cantik menawan dan yakin kan? Oh by the way, untuk ibu mengandung dan ibu menyusu, seeloknya minta pendapat doktor dulu sebelum ambil apa-apa supplement. Korang tak nak join sekali ke? Info lebih lanjut korang boleh dapatkan kat website dia.


19 comments:

Rabiatul Adawiyah said...

Bagusnya produk camni. Buka sachet dan shake. Terus minum. Suplimen ni kena konsisten minum. Masa muda kita minum, bila berusia 30 tahun kita stop, tak boleh tau. Kena konsisten sampai la akhir hayat kita. Cuma Tukar-Tukar ikut apa yg lebih concern. Sekarang semua sibuk cantik kan kulit. Nanti nak kuatkan tulang dan slim kan badan. Macam akak la. Hahahaa

nor nazliana said...

wahhh menarik la packaging dia warna pink gitu..memang sesuai sgt dengan wanita..banyak juga ya kelebihan mengamalkan minuman ni..hurm kena try beli sekotak tgk

Kin Naz said...

Bila dah ada produk sachet macam ni lebih mudah dibawa ke mana saja. Warna yang menarik dan packaging yang unik membuatkan pengguna lebih tertarik memilikinya di tambah pula dengan khasiatnya yang dapat membantu mengembalikan keanjalan kulit dan langsing. Harganya pun berpatutan. Teringin pulak nak mencuba sebab dah ramai bagi feedback yang positif

luqman zakaria said...

Luqman plak try sista stardust fibre rose! pada pendapat luqman sista stardust ini adalah makanan tambahan yang sangat berpatutan harga dia. RM150 untuk dua bulan kot kan..berbaloi untuk beli..lagi satu lulus KKM tak perlu risau dah.

Afizah Abd Rahman said...

Betul tu Emi.. Memang dilema bila kita nak beli supplement untuk kecantikan luaran dan dalaman ni sebab ada banyak jenama yang khasiatnya lebih kurang sama juga. Tapi harga lah yang berlainan. Kalau serasi, boleh teruskan. Tapi sista stardust ni macam best je.

Shesyira As said...

Airah memang tengah mencari supplement yang ad collagen ni sebab memang sangat diperlukan oleh kulit.sampai umur berapa entah airah lupa memang badan akan kurang produce collagen kan

Ezna Ahmad Khalili said...

Setuju memang dalam sachet ni senang nak bawa ke mana2. Memang praktikal. Kita kena ikut aturan pemakanan untuk keberkesanannya. Nak pilih supplement memang la bukan senang. Kena juga dengan lifestyle kita.

Ana Suhana said...

Ada beberapa jenis produk rupanya. Bagus sangat bila ada dalam bentuk sachet macam ni. Senang nak minum dan senang nak bawa ke mana2. Takde lah kes terlupa nak consume kan. Yang penting ada sijil kkm.

Khai Artzfar said...

ada baca pasal ni haritu. tau juga pasal kelebihan collagen. cumanya tak pasti ianya bagus atau tak jika terlebih atau terkurang. mungkin boleh dapatkan info passal ni

AyuArjuna BiGoshh said...

selain mekap, penjagaan diri dalam dalam juga penting. nak kelakkan kecantikan secara semula jadi memng kena rajin amik suplemen

Betty Liew said...

Really a lot of collagen brand in the market. Some in a bottle packaging . Distance Stardust Collagen rose seem seeing the result and I like small packet packaging. Easy to carry.

Nina Mirza said...

Teruja tengok ramai gak yang dah cuba kata bagus. Packaging jenis sachet tuuu sangat memudahkan. Senang bawak travel.

Mrs Liez said...

supplement mmg boleh diamalkan dr usia muda untuk mengekalkan tahap kolegan dlm badan. tgk packaging dah cantik dan ramai yang cakp sista stardust mmg terbaik. boleh cuba

Nurhasanah Ismail said...

bila dah masuk umur 30 series ni saya pun baru la nak betul2 jaga kesihatan dan kecantikkan kulit. hopefully tak terlalu lewat nak mula. sobs2. so far baru nak cuba skincare2. mungkin boleh juga amalkan supplemen utk kulit macam ni.

Zharif Azis said...

Owhhhh ini lah rupanya rahsia kecantikan emi selama nie. Padanlah sentiasa cantik dan sentiasa nampak fresh je. Betul, umur semakin meningkat nie mmg perlu supplement tambahan untuk kekalkan keremajaan gitue. Nak cuba juga lah nanti

Lia Hasty said...

Wanita memang kena dah mula jaga penampilan dan kesihatan tubuh badan. Kena ambil supplemen tambahan. Nak harap makeup ja temporary yang penting kulit kita cantik bebas dari segala cela kan. Nak cuba supplement sista stardust collagen ni.

Absolute Yana said...

I would love to try it just because there is rose and collagen elements in it. When nearing the age of 30, realised need to up my 'beauty' game-plan. Hahaha

Sunshine Kelly said...

I baca banyak good review ttg product ini, tergerak hati nak cuba pulak. Plus the packaging pun cantik and nampak sweet.

Hanny Abdullah said...

Ramai yang review produk ni kata bagus, nampak gaya kena cuba jugak lah, manalah tahu sesuai pulak dengan sis ni. Dah berumur ni memang kena cari produk yg buatkan sis tak di mamah usia dan kesihatan yang sihat