13 Sebab Kenapa Korang Mesti Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort - emilinda

Sunday, May 20, 2018

13 Sebab Kenapa Korang Mesti Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort

Tahun ini bukanlah kali pertama saya merasai sendiri keenakan juadah berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Seperti tahun-tahun sebelumnya, nama Bangi Golf Resort memang akan menjadi sebutan bila menjelang bulan Ramadhan. Almaklum, pakej buffet Ramadhan kat Bangi Golf Resort ni memang menjadi pilihan orang ramai. Dalam kalangan rakan-rakan dan keluarga saya sendiri pun, nama Bangi Golf Resort memang sangat dikenali. Pendek kata kalau ajak dorang berbuka puasa di Bangi Golf Resort, memang tak menolak punya. Seperti tahun sebelumnya, buffet Ramadhan Bangi Golf Resort kali ini tidak mengecewakan sama sekali. Meh sini saya kongsikan 13 sebab kenapa korang kena berbuka puasa di Bangi Golf Resort.

1. Restoran BGR Disahkan HALAL

Restoran BGR memang dah disahkan halal oleh JAKIM sejak 2009 lagi. Selain itu, BGR juga telah diiktiraf sebagai restoran paling patuh halal di Selangor dan telah menerima anugerah tersebut dari Dato’ Menteri Besar Selangor pada tahun 2017. So takde isu risau halal atau tidak lah ye? Boleh menjamu selera tanpa rasa was-was.



2. Kadar harga buffet Ramadhan yang berbaloi di BGR

Bagi sesiapa yang pernah berbuka puasa di BGR, pastinya tahu restoran ini terkenal kerana ianya menghidangkan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti untuk hidangannya. Lebih 200 hidangan mewah Melayu, Barat dan Timur dihidangkan untuk para pelanggan dengan kadar harga serendah RM59 (dewasa) dan RM29.50 (kanak-kanak).


3. Sajian Eksklusif


Sajian-sajian yang dihidangkan di buffet Ramadhan BGR sememangnya mampu membuka selera semua orang. Antara juadah popular ialah kambing bakar yang dipanggang dia atas api perlahan dan sup kambing mamak. Masakan dihidangkan dalam keadaan masih panas. Biasalah, kambing merupakan menu yang menjadi tumpuan semua orang pada bulan puasa termasuk saya sendiri. Selain itu, juga terdapat sate ayam dan sate daging, kway teow goring dan juga mi mamak yang dimasak secara langsung di hadapan para pengunjung. Menarik kan?



4. Hidangan Barat Moden

Masakan barat juga turut disediakan di BGR. Antara masakan barat yang dihidangkan adalah Sous Vide Egg dengan Cendawan Espuma. Yang ni memang menu wajib cuba kat sini. Setiap tahun memang ini la yang saya cari kat buffet Ramadhan BGR. Tak jumpa kat tempat lain. Kalau rasa nak hidangan barat yang lebih tradisional, lasagne ayam  dan spaghetti carbonara turut disediakan.



5. Masakan Melayu dan Tradisional

Bangi Golf Resort mempunyai “Kebun di dalam Bandar” yang berlokasi di dalam premis Bangi Golf Resort sendiri. Disitulah sayur-sayur organic dan bahan mentah dipetik untuk digunakan bagi menyediakan hidangan buffet Ramadhan BGR. Nasi kerabu dihidangkan dengan ikan masin, keropok ikan dan ulam yang ditanam sendiri di Bangi Golf Resort. Warna biru nasi kerabu juga datangnya dari kelopak bunga telang yang juga ditanam di kebun BGR. Selain itu terdapat juga menu lain seperti laksa Sarawak, laksa Singapura dan pelbagai lagi hidangan tradisional.



6. Sajian Timur Yang Dimasak Sempurna

Dengan penggunaan teknologi terkini, restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Ini merupakan salah satu kegemaran saya sendiri. Setiap ketulan ayam telah dimasak dengan secukupnya, memberikan rasa empuk dan juicy. Kiranya ayam tu takdela rasa kering je. Faham kan pa yang saya cuba sampaikan? Nasinya pula memang empuk dan kaya dengan lemak ayam, menjadikannya berkilauan dan penuh rasa. Sos bawang putih dan halia serta cili juga wajiblah ada. Memang penambah selera lah semua ni. Menu lain seperti daging masak hitam dan filet ikan goreng sos mentega juga ada disediakan.



7. Kepelbagaian Pencuci Mulut

Pergi buffet Ramadhan kalau takde pencuci mulut memang tak bestlah. Juadah pencuci mulut ni dah jadi satu kemestian kat mana-mana buffet. Antara pencuci mulut yang terdapat di buffet BGR ialah Churros Sepanyol (dengan sos coklat pekat), tiramisu itali, kuih-muih Melayu tradisional, pudding dan agar-agar, serta buah-buahan. Tak lupa juga gelato yang disediakan secara segar dengan perasa durian dan bunga kantan pun ada juga.


Bab pencuci mulut ni memang tak habis kalau nak cerita. Buffet kali ni, juadah pencuci mulut lebih banyak berbanding pada tahu lepas. Rambang mata weyh nak pilih. Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan juga Cendol Mousse. Meriah kan?



8. Harga Istimewa Untuk Durian!

Yang ni memang teruja sangat nak cerita. Bermula tahun ni, BGR membuka tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk iftar dan hari raya. Tempahan pra majlis boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/ .



9. Persembahan Live

Berbuka sambil ditemani dengan persembahan muzik secara live memang best lah kan? Persembahan secara live di BGR ni bermula jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Duduk la korang makan kat sana sambil dengar muzik sampai kenyang!



10. Parking percuma!

Nak ke mana-mana memang isu parking antara yang menjadi faktor penyumbang juga la kan. Paling malas nak pergi tempat yang susah nak dapatkan parking lagi-lagi di bulan Ramadhan. Don’t worry, kat BGR ni parking memang banyak je. Terdapat lebih 800 lot parking, dan yang paling best, parking kat sini FREE je.


11. Kemudahan Surau dan Tandas

Ruang solat disediakan untuk para tetamu. Ruang solat dan tandas kat situ memang selesa. Biasanya saya akan gilir-gilir dengan kawan. Lepas buka puasa, saya pergi solat dulu. Then lepas tu masuk balik sambung makan sampai kenyang. Hehe.


12. Berbuka Puasa Sambil Beramal

Sepanjang bulan Ramadhan ni, restoran BGR akan menyumbangkan 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada yang lebih memerlukan.


13. Kurangkan Pembaziran

Bagi mengurangkan kadar pembaziran, restoran BGR bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan dari buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Jadinya, hidangan yang masih berbaki di penghujung buffet tidak dibuang begitu sahaja. Sebaliknya dibungkus elok-elok dan disumbangkan kepada yang lebih memerlukan.


Macam yang saya cakap tadi, restoran BGR ni antara restoran yang wajib saya kunjungi setiap tahun untuk buffet Ramadhan. Oh ye, korang jangan pulak main pergi je pada hari kejadian. Tak boleh walk-in, nanti sesia je sebab dah penuh. Korang kena booking dulu di https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ . Jangan tunggu lama-lama, plan sesiap dengan family atau kawan-kawan. Dah pilih tarikh, terus booking tau!

29 comments:

  1. Satu sebab saja I nak pergi makan sana.. nampak sungguh delicious~ yummy!!!!!!!! drooling d...

    ReplyDelete
  2. I nampak durian.. my favourite ni.. nak makan banyak banyak there.. ahhaha~

    ReplyDelete
  3. I was just there last night for berbuka, the food is very delicious indeed. I especially loved the sup kambing. Had 3 bowls of it!

    ReplyDelete
  4. dapat jemputan tapi tak sempat nak pi lah, rasa rugi plak lah. tengok menu-menu kemain best2 lagi

    ReplyDelete
  5. tiap-tiap tahun ke sini. tapi tahun ni agak sedikit kecewa lah sebab durian tu jauh sangat lepas tu menu dia rsa tahun ni sedikt kureng, hopefully time berbuka kat sini rasanya dah diperbaiki dan sedap

    ReplyDelete
  6. Pernah berbuka kat BGR tapi tak berapa selesa kerana terlalu ramai orang. Suasana pun agak bising. Tak selesa nak solat dan nak beratur kat station makanan sebab terlalu ramai orang. Harap2 BGR boleh kurangkan sikit pengunjung supaya pengunjung tu ada 'personal space' dan selesa.

    ReplyDelete
  7. Alahaiii... Terliurnya tengok laup pauk tu. Tak pernah berbuka dekat Bangi Golf Resort lagi. Tapi teringin nak pergi sebab ramai review kata makan dekat sini best.

    ReplyDelete
  8. While reading your post, am feeling hungry and wishing that these foods will magically pops-up on my screen! Thanks for sharing these foodie :)

    ReplyDelete
  9. Ahad ni akak bawak family akak berbuka kat BGR...x sabar nak merasa kambing yang sedap tu..tengok gambar ni semua terus rasa lapar sangat dah..hehehe...banyak je makanan yang sedap kat situ kan..pilihan pun banyak..

    ReplyDelete
  10. Tahun ni tak dapat join preview bgr ni , tapi nanti memang nak berbuka kat sini lagi heheh

    ReplyDelete
  11. Akak suka sous vide egg with mushroom espuma..sedap sangat. Tahun nih merasa akak gi bgr..firdt time tau. Akak suka nasi kerabu. Sedap. Makanan lain pun nampak sedap tapi tak semua akak try sebab banyak sangatkan

    ReplyDelete
  12. Alaaaa tahun ni tak sempat nak ke BGR, sobsobsob... rindu sup dia tu haaaaaaa..... InshaAllah kalau ada ruang dan peluang nak gak stay kat sini.. BGR makanan dia kalau ikut tahun lepas not badlah...seronok...

    ReplyDelete
  13. mcm2 jns hidangan ada ya. semua nmpk sedap. tapi mmg betul ada byk parking, toilet pun luas mmg puas hati...

    ReplyDelete
  14. Bangi Golf Resort ni waktu Ramadan preview memang tip top. Tapi bila pergi sana pada bulan Ramadan. Memang kecewa. Susunan meja kerusi sepadatnya. Makanan habis tak refill pun. Orang ramai. Bising giler.. Malu ruby masa tu. Dah la tempah utk 20 orang. Semua orang tua kawan-kawan mak ayah pula tu. Makanan sedap tapi Lokasi tak best. Ruby takmo la ambil risiko. Sebab kami dr Damansara. Maybe sekarang dah ok kot kan? Tapi Takpelah. Sedih.

    ReplyDelete
  15. Hari Ahad baru ni baru je sis pergi berbuka di BGR ni. Makanan dia not bad, sama aje macam preview hari tu, tak ada perubahan cuma setting tempat je yg lain..maklum nak menampung ramai org.

    ReplyDelete
  16. Sekarang setiap hotel dan lain-lain tempat sibuk promosi Ramadan dan semestinya BGR pun nampaknya juga buat promosi buffet Ramadhan npk menyelerakan

    ReplyDelete
  17. Selalu dengar BGR ni.. menu dia paling tertarik tu kambing bakar lah.hehe.. ada satay lagi. Yang paling penting keselesaan. Kadang parking senang pon seat pulak susah nak cari. Kena tunggu turn berbuka.tapi masa tu ok la lama sampai 2jam.

    ReplyDelete
  18. Pernah juga berbuka puasa kat Bangi Golf Resort ni. Memang berbaloi sangat sebab banyak menu buka puasa. Lepas tu tak bosan sangat sebab diorang ada sesi yang lebih mesra pelanggan dan interaktif. Tapi sebagai peminat kambing, memang selalu tertarik dengan kambing bakar tu. Sedapnyaaa..

    ReplyDelete
  19. Ouhhh itulah 13 sebabnya yer. Menariklah berbuka puasa di BGR nie. Hidangan nampak menyelerakn. Pelbagai pilihan pulak tu. Dari menu tradisional sehinggalah menu barat. Harga pula berpatutan !

    ReplyDelete
  20. Okay! I am sold! Hahaha after reading your blogpost I wanna go so badly, the lamb will be the first to catch my eye and my favorite will be the durian! First time seeing buffet that serves durian!!!

    ReplyDelete
  21. I have buka puasa there before a few times and their food memang ok la. Tak pernah jemu going back again and again.

    ReplyDelete
  22. Too many reasons to justify breaking fast at Bangi Golf Resort. I love the array of buffet spread, from traditional Malay to Pantai Timur and Western. Looks so yummy from your photos!

    ReplyDelete
  23. Belum lagi berkesempatan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort. Juah sangat dari rumah, dorang ada beberapa kali jemput mai berbuka disana, tapi keadaan tidak mengizinkan.

    ReplyDelete
  24. Betul, memang berbaloi sangat kalau berbuka kat sini. Especially kalau nak bawa ahli keluarga yang ramai kan.

    ReplyDelete
  25. variety of food here looks really good, must buka puasa with friends here one day

    ReplyDelete
  26. makanan di Bangi Golf Resort ini memang sangat-sangat sedap nampaknya....Bonda harus membawa keluarga untuk berbuka puasa disini....terdapat berbagai pilihan masakan dan menu yang dihidangkan....pasti memukau selera

    ReplyDelete
  27. The Nasi kerabu looks so yummy! I want to take a bite too.

    ReplyDelete
  28. After reading and all the reasons why, I also want to dine in here! Food looks delicious and affordable ni.

    ReplyDelete
  29. BGR memang salah satu tempat wajib pergi berbuka puasa..suka telur tu..makanan lain pun sedap..berbaloi dengan harga dia, murah , banyak lauk dan dessert pulak tu

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.