Ayam Goreng Rangup Korea di Restoran Eung Chicken, Damansara Utama - emilinda

Friday, May 4, 2018

Ayam Goreng Rangup Korea di Restoran Eung Chicken, Damansara Utama

Kalau perasan beberapa tahun kebelakangan ni, makanan style Korea sememangnya menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Jangan kata yang layan kpop je, yang tak layan kpop pun turut terikut-ikut menggemari makanan Korea. Restoran-restoran makanan Korea pun semakin banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kat mana-mana pun mesti ada restoran makanan Korea, terutamanya kat area KL ni. Dari dessert sehinggalah ke main dish, makin banyak pilihan. Saya sendiri bukanlah pengikut setia lagu-lagu kpop. Tetapi sejak dari zaman belajar memang suka layan Running Man dan drama-drama Korea. Dari situ la duk terikut-ikut nak makan makanan Korea. Almaklum, dari gaya dorang makan dalam drama & game show, memang nampak sedap habis lah! Pandai dorang ni nak komersialkan makanan-makanan dorang.


Baru-baru ni saya ada cuba makan dekat satu restoran ayam goreng rangup Korea yang bernama Restoran Eung Chicken. Ada ke yang belum pernah makan ayam goreng rangup style Korea? Rasanya menu ayam goreng rangup ni memang dah tak asing lagi dah kat Malaysia sekarang ni. Tak dinafikan, saya sendiri gigih ke Damansara Utama semata-mata nak makan ayam goreng rangup ni. Sebelum ke sana sempat stalk Instagram dan Facebook Eung Chicken. Tengok ayam goreng crispy dia, mak aiii tergoda terus. Kiranya signature menu dekat Restoran Eung Chicken ni adalah ayam goreng Korea.



Huraideu Chicken yang membawa maksud ayam goreng rangup. Terdapat tiga perisa pilihan iaitu Original, Soy Sauce dan Spicy. Harga sekitar RM27 – RM58 bergantung kepada jumlah portion dan juga perisa yang dipilih.



Selain daripada itu, terdapat jugak Wingette dan Drumette. Haaa yang ni terpaling favorite. Bagi yang sepesen dengan saya jenis yang makan tak banyak, boleh la order yang ni. Boleh order serendah RM16 untuk 6 ketul. Untuk wingette dan drumette hanya terdapat dua perisa iaitu Spicy dan Soy Sauce. For those yang boleh tahan makan pedas, mesti korang suka yang spicy. Tapi memang pedas weyhh. Perut saya tak tahan pedas sangat, so saya lebih suka makan wingette dan drumette perisa soy sauce. Kalau korang tak pasti nak yang Spicy atau Soy sauce, don’t worry korang boleh request nak mix kedua-dua perisa. So boleh rasa dua-dua.


Ramyeon pun ada dijual di Restoran Eung Chicken ni. Ramyeon dia best, tak pedas sangat. One of my favorite ramyeon so far kalau nak dibandingkan dengan ramyeon lain yang pernah saya cuba. Apa itu ramyeon? Mungkin ada yang tak pasti ramyeon tu apa. Ramyeon adalah sejenis mi segera. Ramyeon yang dihidangkan di Restoran Eung Chicken ni ada letak cheese. Mula-mula risau in case rasa dia pelik. Tapi okay je rupa-rupanya. Sedap kot.

Menu dan senarai harga

Memandangkan Ramadhan pun dah tak lama lagi, pihak Restoran Eung Chicken tidak ketinggalan untuk menyediakan pakej berbuka puasa. Ada beberapa pakej yang boleh dipilih sepanjang bulan Ramadhan.

Iftar Set ( With complimentary Kurma )

2 person set ( RM49.90 )
2 x Drinks
2 x White Japanese Steam Rice
12pcs Wings ( Any two flavour )
2x Red Bean Mochi with Ice Cream

3 person set ( RM72.00 )
3x Drinks
3x White Japanese Steam Rice
18pcs Wings ( Any two flavour )
3x Red Bean Mochi with Ice Cream

4 person set ( RM95 )
4x Drinks
4x White Japanese Steam Rice
30pcs Wings ( Any two flavour )
3x Red Bean Mochi with Ice Cream

Sebenarnya lepas kali pertama pergi makan dekat Eung Chicken ni, lepas tu saya dah pun repeat makan kat sana lagi sekali. Almaklum, terbayang-bayang ayam goreng rangup di Eung Chicken. For now Restoran Eung Chicken ada satu cawangan sahaja iaitu di Damansara Utama.



RESTORAN EUNG CHICKEN, DAMANSARA UTAMA
No. 55G, Jalan SS21/60,
Damansara Utama Petaling Jaya.
Opening hours   :   12.30 pm - 11.00 pm (Sun - Thu) || 12.30 pm - 11.30 pm ( Fri & Sat) .
No. Contact :  011-1057 4388
Facebook : Eung Chicken
Instagram : @eungchickenMY

26 comments:

  1. Looks yummy. Thanks for sharing and will head there this weekend to try out the mee

    ReplyDelete
  2. Korean Fried Chicken!! It's like the king of all fried chicken. With so many flavours coated, it looks so yummy especially when covered with sesame seeds.

    ReplyDelete
  3. Wow i like korean fried chicken! Please dont tell me you mukbang those all?!

    ReplyDelete
  4. Macam mana rasa dia emi? rangup dan pedas ke? terasa geram pulak tengok ayam-ayam ni.. haha.. tapi TB ni alergik ayam.. kalau dah lama tak makan boleh la try ayam ni.. nyam2

    ReplyDelete
  5. Eyhh!! Not bad la the pricing!!! and the food looks so good! Nak ajak hubs laaa hehe

    ReplyDelete
  6. mmg ayam ni semuanya nampak tempting sgt..masak gaya korea mmg feveret akk

    ReplyDelete
  7. I enjoy Korean fried chicken, though they can be really spicy. I like their fried chicken more than the common Korean grill.

    ReplyDelete
  8. Wow~ Laparnya! I suka makan fried chicken Korean juga.

    ReplyDelete
  9. The chicken serving looks finger linking good! I always enjoy Korea fried chicken, so yummy!

    ReplyDelete
  10. Bella memang suka makanan Korea dan Jepun. Kena dengan tekak Bella. Hehe.. Palau Fried Chicken Korea ni, Honey selalu menjadi pilihan dan pilihan kedua ialah Spicy. Nasib bak ada Spicy Fried Chicken kat restoren ni. Best jugak ada Iftar set ni. Cuma, lokasi tu jauh sikit kalau nak pergi semata2 untuk iftar. Hmm takpe, Bella plan dulu! Hehe..

    ReplyDelete
  11. I suka ayam goreng korea.. looks yummy, nak pergi makan ni... try try

    ReplyDelete
  12. Memang nampaknsedap giler ayam korea ni huhuhu. Tapi first time dengar nama restoran ni. Nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  13. good for those that like spicy chicken shall tell my sis of this as she love spicy food. I no go this place dine before shall tell my dear soon.

    ReplyDelete
  14. Alaaaa emi...sajer jer kan...terliur dah akak tengok ayam- ayam rangup tu..dah fav akak jugak..Ramyeon tu pun nampak sedap..kira ok la kalau tak pedas..akalu pedas melampau memang susah la nak makan kan....

    ReplyDelete
  15. Macam dh pernah makan kat sini..rasanyalah kot..hehehe. dah byk sangat pergi makan makanan korea ni sampai tak ingat dah yg mana satu dah pernah pwrgi..:)
    Fav sis ayam spicy diorg sedap..pedas2 manis gitu..x lah pedas melampau

    ReplyDelete
  16. Nampak rangup je ayam ni. Damansara Utama tu banyak kedai2. Nak parking agak payah la kat situ. Tak pernah cuba masakan korea lagi. Takut pedas berapi ala ala mee korea tu...

    ReplyDelete
  17. Allahu lemah semangat kite wak tengok gambar. ramen tu nmpak sedap sangat.ayam tu pun sama sebab sebelum ni ada cuba satu brand ni tapi mengecewakan,yang ni nampak lagi sedap jee

    ReplyDelete
  18. Sedapnya ayam goreng tu pedas tak hehehe kita memang suka kalau makanan Korea ni memang cukup popular dengan konsep makanan macam ni... Nanti boleh datang cuba makan kat sini juga..

    ReplyDelete
  19. Korean Food dah membanjiri Malaysia. Ada banyak sangat kedai macam-macam nama. Ayam goreng Korea memang signature kan.Nak cuba pulak dekat Eung Chicken nanti. Nak rasa ayam dia sedap tak dari yang lain.

    ReplyDelete
  20. Kalau ayam goreng korean style pernah makan dekat kyochon jer..tengok gambar gambar dalam nih terliur plak. nampak sedap..Ramyeon tuh pon sama..nanti kalau ada masa boleh ajak member2 makan sini. hehe

    ReplyDelete
  21. Silap timing lah baca blog emi tengah2 malam buta nie. Sedap betul melihat ayam2 itu. Tambah2 ada sambal belacan, ya allah sedap sangat !!

    ReplyDelete
  22. Ramai yang review kata ayam dekat sini memang the best. Aishh selamat belum puasa lagi. Kalau tak, ada yang telan air liur banyak kali tengok gambar2 emi ni. Nak kena try juga ni nampaknya.

    ReplyDelete
  23. Wow. Meleleh air liur kita baca artikel ni. Nampak gaya nak kena oergi carilah kot kejap lagi. Huhu

    ReplyDelete
  24. i have heard about this korean chicken and also heard that it was very spicy. wow.. if i gonna make my lips numb.. i think this gonna be the place i wanna visit next.

    ReplyDelete
  25. Untuk berbuka elok.la kalau dia tak pedas sangat.
    Kan perut dah seharian rileks, tiba2 berbuka dengan makanan pedas takut meragam pula perut kita kan

    ReplyDelete
  26. Sedapnya nampak ayam rangup tu. Memang suka ayam korea sebab pedas.Ramyeon tu pun not bad, nampak macam best je.

    Mudah sekarang, tak payah travel ke Korea. Kat Malaysia pun dah banyak makanan Korea yang boleh kita try

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.