Kidzania Go! di Quill City Mall. - emilinda

Sunday, April 22, 2018

Kidzania Go! di Quill City Mall.

Ingat tak sekitar bulan lepas, ada saya war-warkan tentang Kidzania Go! yang bertempat di Quill City Mall? Kidzania Go! tu bukanlah sepanjang masa ada kat sana. Hanya ketika cuti sekolah bulan Mac yang lepas sahaja. Memang dah niat nak bawa anak-anak buah ke sana, nak buat dua beradik tu happy. Alih-alih last minute tak dapat bawa sebab Qaira warded. Dah macam tu terus tak bawak dua-dua sekali sebab nak bagi adil. Walaupun tak bawa anak buah, tapi mak cik dia ni pergi jugak tau! Haha. Pergi meninjau aje la, bukan pergi main sama. Dah alang-alang tak jauh dari rumah. Sempat masuk tengok sendiri aktiviti-aktiviti yang tersedia kat sana.



Sesampai aje kat sana, dah nampak ramai orang. Parents ramai duk beratur beli tiket dan beratur tunggu turn. Keseluruhannya ada 8 aktiviti untuk kanak-kanak sertai kat Kidzania Go!

Aktiviti 1 : Volvo - Stop, look and wave


Aktiviti pertama ni mendedahkan kanak-kanak tentang situasi di jalan raya. Kalau jadi driver, bila waktunya boleh jalan. Bila waktunya boleh gerak. Kalau lampu isyarat warna merah, apa kena buat. Macam tu la lebih kurang.


Aktiviti 2 : Sharp Air Quality Control


Pendedahan tentang kualiti udara. Suka tengok kanak-kanak bagi tumpuan dan tanya macam-macam soalan untuk lebih faham. Biasalah kanak-kanak kan, curiosity tinggi.


Aktiviti 3 : Court house


Dekat court house ni, kanak-kanak diberi pendedahan tentang kerjaya sebagai peguam dan hakim. Excited je tengok muka masing-masing. Saya dulu kecik-kecik tak faham sangat tentang kerjaya seorang peguam. Dulu-dulu mana la ada Kidzania ni.


Aktiviti 4 : Mc Donald's Fitness Centre



Aktiviti 5 : Magic Studio


Kat magic studio ni, kanak-kanak ditunjuk beberapa trick silap mata. Comel je reaksi masing-masing, haha. Terhibur pulak saya yang tengok.


Aktiviti 6 : Scott's Research Lab


Saya pulak yang teringin nak join sekaki untuk aktiviti ni. Mereka diajar cara untuk buat vitamin. At the end of the session, mereka diberi vitamin sorang satu.


Aktiviti 7 : TV Studio


Dekat TV studio ni, mereka didedahkan dengan cara stesen tv buat recording. Bermain dengan camera dan sewaktu denngannya. 


Aktiviti 8 : Recycling centre



Aktiviti terakhir ni, mereka diajar tentang kitar semula. Bagus sangat la, bagi kesedaran awal-awal dekat kanak-kanak tentang kitar semula.

By the way, dekat sebelah tu ada game lain jugak. Mula-mula saya ingat itu termasuk sekali dengan Kidzania. Rupanya tak. Nak main game tu kena bayar asing. Tapi murah jela. 


Itu sahaja cerita untuk kali ini. Thank you for reading!

19 comments:

Amanda Suria said...

Banyak aktiviti untuk kanak- kanak kalau melibatkan Kidzania kan..seronok diorang explore dan belajar dunia pekerjaan..so diornag tau susah senang dunia kerja..

Eyqa Hasnan said...

Banyaknya aktiviti menarik. Kalau eyqa sampai sana, memang eyqa pun excited. Hahahahaaa

Cindyrina Rina said...

Great activity for kids. Interactive and educational. I love it that our children expose to this kind of learning environment.

Ezna Ahmad Khalili said...

Ni kira Kidzania on the go ni. Mereka bawa Kidzania ke KL. Memang bagus Kidzania ni sebab memberi peluang kanak-kanak belajar sesuatu yang baru. Baru mereka tahu...kena kerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Maha Mahu said...

Cuti hari Buruh ini boleh lah keluarga dan ibu bapa bawa anak-anak untuk datang ker sini habiskan aktiviti yang berfaedah dan sangat membantu mengembangkan minda.

Qeela Aini said...

Haha so cuteee tengok adanya aktiviti-aktiviti macam ni for kids! Bagus jugak untuk mereka kan, boleh luaskan creativity dan pengetahuan mereka jugak basically sambil having fun. Super cute work mocking section! And part tmpt mainan tu pon nampak best hehe!

Jane Chua said...

I saw lots of kids had attended this event. Good initiative by Kidznania so that more peoples could benefit with the role playing.

Kin Naz said...

Bagusnya program ni. Buat pulak time cuti sekolah. Kira cuti sekolah tu ada masa terisi dengan join aktiviti macam ni. Selain dapat ilmu baru, anak-anak juga dapat kawan-kawan baru.

Nadia Johari said...

Haritu nak pergi tapi tak jadi. Sebab husband busy edit gambar. Tengok macam best je. Kidzania bagus untuk anak-anak. Ada je program dia yang buat anak-anak seronok. Tunggu Fariza besr pergi kidzania dekat damansara tu..ehhee

Mimi Azirah said...

Nasib baik jauh dan kebeulan ime uh kerja.kalau tak memang dah heret anak anak datang sini. Bagi diorang enjoy dengan aktiviti akiviti yang diadakan.memang confirm diorang seronok kan

Zharif Azis said...

Eyhhhh tempat nie mengundang betul. Nie bukan budak2 je yg seronok. Mak pak budak pon nak join sekaki ! Hahaha. Menarik dan pelbagai aktiviti dilakukan. Confirm budak2 suka

AyuArjuna BiGoshh said...

Macam2 aktiviti menarik untuk anak2 ada kat sini. Bagus sbb blh manfaat cuti sekolah anak2 dengan melakukan aktiviti berfaedah

Jia Shin Lee said...

These are such great activities for our kids, Kidzania is always creating new ideas and ways for kids to learn and play. Can't wait to bring my daughter.

dr-Life said...

So nice having this at the mall.... More exposure to the people and children could really learn and have fun there... Me just can't back from kidzania with my family

Hanny Abdullah said...

Bagusnya Kidzania buat Kidzania Go ni..sekurang kurangnya kanak2 dapat belajar dan dalam masa yang enjoy dengan aktiviti yang ada. Kalaulah sis ada anak kecik sure sis bawak ke sini..nampak gaya kena tunggu cucu pulak hehehe

Lia Hasty said...

Bestnya kanak-kanak zaman sekarang kan. Dah banyak aktiviti yang beri pendedahan awal. Kanak-kanak pun cepat belajar.

Rabiatul Adawiyah said...

Bagus Kidzania sediakan Lokasi event utk anak-anak experience bagaimana seronoknya ke Kidzania KL yang besor tu. Lokasi di Quill City Mall tu bagus. Senang nak datang. Hehe. InsyaAllah kalau ada lg. Nak bawa Adam dan Alif. Hehe

Suzlin Azreena Nordin said...

baguslah kidzania ni. kalau boleh every week nak hantar anak pergi sini. they could learn a lot! and it's fun too. confirm mengukir senyuman

tenku butang said...

Wah.. ni kalau harraz tengok, suka la dia.. even dia kecik lagi.. boleh la bawak pi cuci mata.. hahaha.. yang penting ada game kat situ.. boleh gak harraz main-main.. tapi dah lepas program ni.. huhu.. TB tak perasan tarikh tu.. haha