Apa Yang Menarik di Bagan Datuk, Perak? - emilinda

Tuesday, April 10, 2018

Apa Yang Menarik di Bagan Datuk, Perak?

Berpeluang turut serta dalam rombongan fam trip ke Bagan Datuk, Perak bersempena Program Road to Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk yang dikelolakan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), saya merasakan ianya merupakan satu pengalaman yang cukup bernilai. Mana tidaknya, saya dapat lebih mengenali dan belajar perkara-perkara menarik yang ada di Bagan Datuk. Rupa-rupanya terdapat banyak tarikan dan perkara menarik tentang Bagan Datuk. InshaAllah akan saya kongsikan apa yang menariknya di Bagan Datuk.


Sebelum saya teruskan perkongsian, sepanjang fam trip ke Bagan Datuk, kami menginap di Homestay Pak Ngah di Kampung Pasang Api, Bagan Datuk. Alhamdulillah, penginapan yang selesa.  Ruangnya cukup luas, memang sesuai kalau nak menginap ramai sekalipun. Harga pun sangat berbaloi. Hanya RM200 untuk satu unit rumah (2-3 bilik setiap unit, dilengkapi dapur, ruang tamu dan kemudahan asas).


Industri Berasaskan Kelapa

Kat Bagan Datuk ni, boleh dikatakan perkara yang paling diperkatakan ramai adalah tentang industri berasaskan kelapa. Sepanjang fam trip itu, kami berkesempatan melihat sendiri pelbagai produk yang dihasilkan menggunakan kelapa. Semua bahagian kelapa boleh dimanfaatkan untuk dijadikan produk. Pada hari pertama, kami dibawa melawat ke kilang sabut kelapa yang bernama Sentosa Fibre Sdn Bhd. Saya agak kagum kerana baru tahu banyak benda yang boleh dihasilkan menggunakan sabut kelapa. Kalau kat kampung, kebiasaannya ayah saya bakar je sabut kelapa tu. Tapi kat kilang Sentosa Fibre Sdn Bhd, sabut kelapa diproses menjadi fibre yang kemudiannya dihantar ke kilang lain untuk dijadikan pelbagai produk seperti tilam, tali, tempat duduk kereta, baja untuk tanaman dan pelbagai lagi. 



Dijadikan baja untuk tanaman

Selain itu, kami juga dibawa melawat ke kilang Santan S&P. Kilang Santan S&P yang mula beroperasi sejak tahun 1983 ini merupakan pelopor kepada penghasilan santan serbuk. Santan serbuk ini bukan sahaja dipasarkan di dalam Malaysia, bahkan turut dieksport ke luar negara. Jujurnya saya tak terbiasa memasak menggunakan santan serbuk kerana kat Malaysia ni tak susah nak dapatkan santan cair. Tapi santan serbuk ni sangatlah praktikal untuk dibawa travel atau untuk dieksport kerana sifat serbuknya yang tahan lama.



Bukan itu sahaja, penduduk Bagan Datuk sememangnya memanfaatkan penggunaan kelapa sepenuhnya apabila mereka turut menghasilkan kraftangan yan diperbuat dari sabut dan tempurung kelapa. Sungguh kagum, gigih betul mereka. Bukan senang tau nak buat kraftangan lagi-lagi menggunakan kelapa.


Kraftangan menggunakan tempurung kelapa


Rumah Tradisional di Bagan Datuk

Sepanjang melalui perkampungan di Bagan Datuk, saya perasan masih terdapat rumah-rumah yang mengekalkan ciri-ciri tradisional. Saya sangkakan rumah sebegini hanya boleh dilihat di negeri bersejarah seperti negeri Melaka sahaja. Ternyata di Bagan Datuk juga terdapat rumah tradisional yang masih dikekalkan struktur senibina aslinya.


Kami sempat singgah ke salah satu rumah tradisional yang tertua di Bagan Datuk. Rumah milik Tuan Hj, Baharudin @ Mohamed Daim B. Mohamad yang terletak di Kampung Sungai Hj. Mohamad ini telah berusia 100 tahun. Walaupun telah berusia 100 tahun, tetapi rumah ini masih elok terjaga.


MARDI Bagan Datuk

Apa yang uniknya MARDI Bagan Datuk ni berbanding MARDI lain? Haaaa, kalau nak tahu..MARDI Bagan Datuk ni specilize in coconut tree. Kalau pernah melawat ke MARDI lain, kebiasaannya dipenuhi pelbagai pokok buah-buahan lain. Tetapi kat MARDI Bagan Datuk ni, memang korang akan jumpa pelbagai spesis pokok kelapa aje.



Kami dibawa ke ladang penanaman pokok kelapa menggunakan lori angkut. Meriah betul walaupun cuaca tersangatlah panas. Disana kami ditunjukkan dan diterangkan tentang proses pendebungaan pokok kelapa. Jakun pulak rasanya sebab walaupun kat kampung saya sendiri memang banyak pokok kelapa, tapi saya tak tahu pulak perlunya proses sebegini untuk pokok kelapa. Haha. Sempat saya rakam video pendek tentang demo dan penerangannya. Boleh tonton video dibawah.


Di penghujung lawatan ke MARDI, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis air kelapa. Selama ni saya fikir buah kelapa ada satu jenis je. Rupanya ada banyak jenis, haha. Ada kelapa gading, kelapa telur, kelapa pandan dan macam-macam lagi.


Jeti Beting Beras Basah

Jeti Beting Beras Basah ni merupakan salah satu tempat bersejarah di Bagan Datuk. Beting bermaksud pepasir atau tanah yang terkumpul dan timbul di tengah lautan. Manakala beras basan pula adalah bersempena air basuhan beras yang digunakan untuk rawatan tradisional Melayu. Air basuhan beras tu berwarna putih, tetapi mengikut sejarah boleh juga dijadikan warna kuning dan hitam. Jika mahu berwarna kuning, campur dengan kunyit. Jika mahu hitam, campur dengan arang. Mengikut sejarah, tiga warna itu mewakili tiga orang kerabat diraja iaitu putih mewakili Haji Ahmad, kuning mewakili Tengku Panglima Salleh, dan hitam mewakili Panglima Atan Besi. Jangan tak tahu, toga warna inila yang seterusnya diangkat menjadi warna bendera negeri Perak. Putih itu raja memerintah, kuning itu raja muda dan yang hitam itu raja dihilir.



Ada cerita disebalik wujudnya Jeti Beting Beras Basah ni. Tetapi saya sendiri kurang pasti dan kurang arif. Takut pulak kalau tersalah bagi maklumat, haha. Mungkin orang Perak tahu kot tentang salasilah Jeti Beting Beras Basah ni.


gambar yang kena photobomb jugak yang cantik

Memandangkan tempoh fam trip kali ini agak singkat, tempat yang sempat kami lawati juga agak terhad. Antara tarikan lain yang tidak sempat kami lawati di Bagan Datuk adalah Blue Tears dan Sky Mirror. Mungkin lain kali boleh ke sana lagi.

Oh by the way, kalau ke Bagan Datuk, jangan lupa singgah ke kedai makan Tok Moh Tom Yam untuk makan malam. Kalau tak silap, restoran ini agak baru dibuka. Tetapi menu dia sedap-sedap. Saya order bihun tom yam, memang tak dinafikan sedap. 



--------
Artikel ini diterbitkan bersempena Program Road to Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).




31 comments:

  1. Seronoknyaaaaa...selain dapat berjalan tengok tempat orang dapat juga ilmu pengetahuan kan..best betul..makanan pun nampak sedap tu ha..

    ReplyDelete
  2. bestkan dapat kenali hasil produk tempatan lebih dekat..apatah lagi kelapa yg memang famos banyak kegunaannya

    ReplyDelete
  3. Banyak tempat juga boleh melawat ni kat Bagan Datuk. Kalau bukan post awak, tidak tau juga!

    ReplyDelete
  4. Hasil crat tu cantik. Seni sangat. Seronok ye dapat berjalan sambil belajar tentang apa ada Malaysia. Tq sharing info

    ReplyDelete
  5. Rawlins suka dengan inisiatif sebegini - membangunkan ekonomi tempatan dan sekaligus membangun masyarakat setempatnya. InsyaAllah dan moga berkekalan usaha murni begini.

    ReplyDelete
  6. Such interesting trip at Bagan Datuk. I like visit the coconut farm as you get to learn the process and what can coconut can be used for beside drink the water. Lovely trip and do wish can join you for the next trip.

    ReplyDelete
  7. Syok la dapat visit Bagan Datuk ni. Banyak jugak sejarah - sejarah yang dapat kita pelajari. Untungnya dapat pergi sana. Terima kasih atas infonya. :)

    ReplyDelete
  8. Seronok nya dapat jelajah tempat yang ramai tak tahu. Eh! Kerrr Nina jer tak tahu. Huhuu....
    Cantik laaa plak tengok bakul craft dari sabut kelapa tu.

    ReplyDelete
  9. Seronoknya!!
    Bagus jugak ada trip-trip macam ni, sebabnya Malaysia banyak sangat tempat-tempat yang best, cuma kita tak perasan atau tak tahu pun...

    NAnti boleh explore Bagan Datuk!

    ReplyDelete
  10. Best juga aktiviti macam ni. Pengalaman tengok tempat orang. Budaya baru. Pengalaman baru. Kraftangan bakul dari sabut kelapa tu macam ala ala sarang burung pulak saya tengok.

    ReplyDelete
  11. Banyak juga tempat menarik di Bagan Dato' rupanya..tak pernah sampai lagi ke sana. Boleh masuk list untuk destinasi cuti-cuti.

    ReplyDelete
  12. Siapa sangka BD ada banyak tempat best.
    Cantik dan very classy rumah tradisional tu. Tak jumpa dah dekat KL rumah macam tu.
    Hopefully ada rezeki ke sky mirror pula lepas ni ye.

    ReplyDelete
  13. wah baru tahu bagan dato ada banyak tmpt menarik. before this tahu nama je tapi tak pernah pergi

    ReplyDelete
  14. Dulu kita hanya tahu ia sebagai satu kawasan perkampungan sahaja tapi bila dah tengok kat sini rupanya ada banyak yang menarik untuk dilawati hehehe tapi tak tahu bila dapat pergi..

    ReplyDelete
  15. Wah emi.. syoknya dia dapat pi aktivit macam ni.. TB sendiri pun belum pernah pi Bagan Datok, nama je orang perak.. hahaha.. TB suka tengok rumah yang masih mengekalkan ciri2 tradisional tu.. pandai pakcik tu jaga kan.. wah.. teruja pulak TB tengok kraftangan yang dihasilkan menggunakan tempurung kelapa dan sabut kelapa tu.. kreatif kan diorang

    ReplyDelete
  16. baru tahu di bagan datuk ada tempat menarik.
    thank you for the post!

    ReplyDelete
  17. Setakat ni tak pernah lagi pi Bagan Dato walaupun kite ni orang perak jugak. Rupanya banyak tarikan menarik kt sana. Eh, pokok kelapa tu memang rendah ekk. Memang spesis macam tu ke? Senang la nak kutip buah kelapa kalau rendah macam tu.. hehe

    ReplyDelete
  18. Suka dengan suasana kampung dekat bagan dato ni.tenang jee.dah lama tak datang sana

    ReplyDelete
  19. Yang Abby tahu di Perak itu punya banyak kelapa hehee. Beberapa teman blogger pun sdh ulas ini di blognya jadi Abby makan kaya ilmu nih. Makasiiih byk sharing

    ReplyDelete
  20. Dengar juga pasal Bagan Dato ni tapi tak tahu plak banyak juga tempat menarik yang boleh dilawati dan sejarah yang tersendiri.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  21. should have be there with u guys but due to some emergency, too bad i have to skipped this.. else for sure will grab the fun with you guys

    ReplyDelete
  22. Tak pernah ke Bagan Dato dan tak tau ada tempat-tempat menarik macam ni kat sana. Insyallah lain kali akan ke sana untuk tgk tempat org

    ReplyDelete
  23. Nampak makin membangun kawasan Bagan Dato sekarang nie... peluang kerja dan peniagaan juga terbuka luas untuk anak tempatan...

    Erm, nak bercuti dekat sana la nanti

    ReplyDelete
  24. Menariknya..teringin nak join program macam ni..tapi tu lah ada komitmen ni susah nak dapat join macammni..untung awak

    ReplyDelete
  25. Bestnya .. Lama dah tak jalan2

    ReplyDelete
  26. Although I have been to Bagan Datoh before, I have never explored the town thoroughly. After reading your post, I feel like I know about Bagan Datoh so much deeper.

    ReplyDelete
  27. I haven't been to this place and thank you for virtually touring us around. It was beautiful and I like those handmade baskets.

    ReplyDelete
  28. This place looks so much fun to visit! Its really fun to able to back to nature again after hectic work life in city.

    ReplyDelete
  29. Wah menarikmya kraf tangan. Pandai mereka. Sekali sekali bercuti dari pada kebisingan bandar. Bagus ni

    ReplyDelete
  30. Saya orang bagan datuk pun tak explore lagi kilang n rumah tu

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.