Impak & Aktiviti Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018 - emilinda

Thursday, April 5, 2018

Impak & Aktiviti Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018

Hujung minggu yang lepas korang ke mana? Mungkin ada yang keluar berjalan-jalan dengan keluarga, tak kurang juga yang hanya merehatkan diri di rumah. Kebiasaannya bagi yang dah berkeluarga, hujung minggu taklah membosankan kerana itu la masa terbaik untuk diluang bersama keluarga. Tapi tak kurang juga yang kebosanan bila tiba hujung minggu. Bagi saya sendiri, jarang sangatlah nak duk relaks kat rumah pada hujung minggu. Waktu hujung minggu kebiasaannya saya isi dengan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Salah satunya  dengan mengikuti kelas-kelas untuk tambah skill, atau mengikuti program-program bermanfaat yang diadakan dikawasan terdekat. Saya sejenis yang rasa tak produktif bila lepak kat rumah je pada hari minggu. Almaklum, duduk rumah bujang katakan.


Pada hujung minggu yang lepas telah diadakan Himpunan Usahawan Bumiputera (HUB) 2018, bertempat di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil. Program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri yang mengumpulkan 14000 PKS bumiputera dari seluruh negara ini diadakan selama dua hari bermula pada Jumaat, 30 Mac 2018 sehingga Sabtu, 31 Mac 2018.

Program Himpunan Usahawan Bumiputera ini merupakan usaha dan inisiatif menarik bagi usahawan Bumiputera untuk mendalami lagi penggunaan teknologi dalam perniagaan. HUB 2018 juga padat dengan perkongsian tentang strategi pemasaran transformasi minda, selok belok tentang kewangan dari pakar industri & usahawan selebriti dalam sesi Young CEO Summit (YCS).


Memandangkan saya sendiri memang minat bab perniagaan dan keusahawanan ni, rancangan asalnya memang nak pergi. Tapi terpaksa batalkan hasrat sebab kena punggah barang ke rumah sewa yang baru. Redha aje la tak dapat hadir. Frust jugak lah. Mana tidaknya, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat ada kat sana. Antaranya adalah sesi perkongsian dari usahawan selebriti dan juga sesi sembang bersama YAB Perdana Menteri. Paling teruja nak dengar perkongsian dari usahawan selebriti yang boleh dikatakan telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Saya memang dari duku suka sangat dengar perkongsian pengalaman orang yang dah berjaya, lagi-lagi dalam bidang perniagaan. Rasa termotivasi untuk turut sama mengorak langkah dalam bidang perniagaan. Selain itu, terdapat juga karnival Jom Niaga 2018, Bengkel Digital MDEC, Food Truck, Kapsul Kementerian, pameran satu daerah satu industri oleh MITi, gerai buah-buahan FAMA, street soccer, pelbagai pertandingan, demonstrasi, pertunjukan fesyen dan lain-lain.


Salah seorang speaker untuk sesi perkongsian Young CEO Summit (YCS) adalah Fizo Omar, seorang selebriti yang tidak asing lagi dan juga merupakan pengasas Fizo Omar Channel Sdn Bhd. Alamak, ada yang tak kenal Fizo Omar ke? Hehe.


Antara selebriti lain yang turut hadir menjayakan program ini adalah Faizal Tahir, Faizal Ismail, Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice, Izzue Islam, Fizo Omar, Fara Fauzana, Datuk Rosyam Noor, Abang Abu dan Datuk Prof. Dr. Muhaya .

Semasa berlangsungnya HUB 2018, para pengunjung juga dibolehkan membuat pembayaran untuk pembelian barangan menggunakan aplikasi BOOST. Haaa, mungkin ada yang belum tahu tentang aplikasi BOOST ni. Aplikasi BOOST ni boleh di install ke telefon pintar masing-masing. Jadi lebih mudah, tak perlu bawa wang tunai pun takpe. Saya sendiri pernah menggunakan aplikasi BOOST ni. Memang memudahkan urusan berbelanja.




Pelbagai impak dan manfaat yang para pengunjung boleh dapat sepanjang berlangsungnya HUB 2018 ni. Mana tidaknya, para pengunjung berpeluang untuk meneroka peluang perniagaan, mendapatkan informasi-informasi berguna, menambah jaringan kenalan dalam kalangan usahawan, serta memantapkan lagi ilmu keusahawanan. Saya faham, mungkin ramai yang berminat dalam bidang keusahawanan tetapi terhalang disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya ilmu dan pengetahuan tentang bidang keusahawanan. Makanya bila ada event sebegini, sangatlah memberi manfaat kepada kita semua. Nak berniaga ni tak cukup dengan hanya punyai modal dan idea bisnes sahaja. Tetapi perlunya pendedahan dan ilmu yang lengkap tentang perniagaan. Barulah dapat meneruskan kelangsungan perniagaan itu. Biasalah, risiko tinggi juga nak berniaga ni. Jadi, kalau tak punyai ilmu yang cukup, usaha timba ilmu tu. Tak rugi pun, sebaliknya membawa seribu manfaat.

Moga-moga tahun depan ada lagi HUB ni. Frust tahun ni tak dapat join sebab timing tak kena, huhu.

29 comments:

Ajay Chander R said...

Wow it seems to be nice hub show ..

tenku butang said...

Bagusnya kalau dapat pi HUB 2018 ni.. bamyak ilmu dan perkongsian dari mereka yang berpengalaman dalam dunia keusahawanan ni kan..

Wawa Ashihara said...

Bagus ada program mcm ni diwujudkan.. Zmn skrg ni mmg perlu usaha lebih lagi... Xleh goyang kaki je..anak2 muda bgus join usahawan ni ... Tambah input & ilmu yg pnting..

Jane Chua said...

Good to have such program for young bumi. Hope next round, they will have such program for all of us too.

Cahaya Hayati said...

Bagusnya program macam ni dan barulah ramai ank muda jadi usahawan

Emily said...

What a great initiative to bring up young Bumiputera entrepreneurs. HUB is a must for anyone taking this route.

Rawlins GLAM said...

Rawlins suka ativiti ilmiah begini. Juga sebab kita akan nampak anak2 muda yang sanggup membanting tulang untuk berjaya. Tahniah semua

Marshalizadotcom said...

Mesti banyak usahawan yang berkumpul masa event macam ni kan. Nampak muda muda lagi semua

afzalsukasuki said...

Bestnya dengar kata ramai yang turun. Event pun meriah ngan acara. Kalau macam ni tahun depan hope blh diadakan lagi.

REEF OMAR said...

HUB2018 memang best! Meriah serta penuh informasi! Ramai giler crowd yg hadir haritu! Semoga acara ini dijalankan setiap tahun!

Emas Putih said...

Hub2018 mmg awesome ! fizo omar memang selalu buat event yang best-best yang berkaitan dengan usahawan. Fizo dah takdr bakat jadi pelakon, dia sesuai jadi usahawan mcm ni. Last event , melibatkan uni yg berkaitan bisnes. Kali ni berkaitan dentan himpunan artisnpulak. mmg terbaik..

amirnawawi said...

Wah! Emi g ke haritu?
Teringin nak gi juga sebab memang teringin nak dengar motivasi mereka yang telah ebrjaya ni. Nak juga dapatkan panduan menjadi usahawan yang berjaya.
Tapi haritu tak sempat nak join. Sedih.

AyuArjuna BiGoshh said...

majlis ilmu untuk usahawan agar mereka boleh pergi lebih jauh lagi. menarik sebab ianya platform terbaik untuk usahawan saling mengenali antara satu sama lain

Sharon Lee said...

First time heard about HUB and they have really good event! This gives more opportunity for those new entrepreneurs to get inspired too!

Shafyqah Azry said...

macam menarik aktiviti yang diadakan. kalau sha hari cuti memang nak duk kat rumah ja, tapi kalau ada benda best apa salahnya join. tambah pulak kalau kena dengan minat. hub ni buat satu tempat je eh? bukan negeri ke negeri?

Ezna Ahmad Khalili said...

Zaman sekarang ni kena cari peluang untuk buat duit. Maklumlah segala macam barang2 mahal kan. Aktiviti sebegini memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam keusahawanan untuk mencari prospek dan peluang juga menambahkan contact.

irra yyan said...

Ramai dah usahawan berjaya. Ya dengan ilmu akan buat kita pergi lebih jauh lagi.. jadi event sebegini sangat sesuai untuk para usahawan.. semoga terus berjaya!

Khai Artzfar said...

first time dengar! tapi pernah join yang fizo omar punya . best and inspired!

Afizah Abd Rahman said...

Tak pergi pon. Tapi memang best kalau dapat pergi event ni sebab banyak aktiviti dan perkongsian berkaitan perniagaan kan.

Betty Liew said...

Is a good program to welcome young and talented entrepreneurs. With this event, it gives opportunity for youngsters to market and become business owner.

Cindyrina Rina said...

Nice to see successful people. Especially the young one. Not anybody can become entrepreneurs or CEO. This is a huge responsibility. great event.

Abby Onety said...

Kata orang hidup ini keras sehingga tidak boleh nyamtai dlm hidup. Hidup itu butuh biaya sehingga wajib untuk mencari rejeki. Salah satux adalah dengM berwirausaha.

Lia Hasty said...

Bagusnya program usahawan macam ni sekaligus memupuk semangat untuk berniaga dalam diri kita. Program macam ni juga dapat memberi semangat kepada usahawan yang lain supaya mereka lebih mengetahui apakah langkah dan teknik yang perlu dalam perniagaan.

Rabiatul Adawiyah said...

Semua orang bleh jadi Usahawan. Tapi kadang-kadang beri peluang diri untuk hadir event mcm ni untuk buka kinda dan Tambah ilmu. Percuma pula tu. Rugi siapa tak join. Kan?

Dik bee said...

Nak jadi usahawan berjaya kena ada ilmu jugak kan. bagus betul ada program macam ni. Dapat la para usahawan berkongsi ilmu. Untuk yang bakal jadi usahawan pun boleh join jugak ni.. best best

Ainyy Zain said...

nak jadi usahawan bukan saja perlu ada modal tapi jugak perlu ada ilmu berkenaan bisnes. moga 1 hari ainy berpeluang ke majlis ilmu seperti ini.

Maha Mahu said...

Kita hari tu tak sempat nak hadir HUB 2018 ni walaupun dekat rumah jer hehehe tapi kita tengok memang acara ini bagus membantu usahawan baru dan juga bakal nak jadi usahawan lebih semangat nak berjaya...

Zayani Zulkiffli said...

Suka dengan penganjuran aktiviti convention macam ni. Selain dapat membantu usahawan kita berjaya, dapat ilmu baru jugak.

dr-Life said...

Look at those young success CEO... This is indeed a great job to built the dream of the youngster in pursuing their interested in doing business. Indeed we can't deny Norway's youngster have lots of unique ideas...