LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Popular Masa Kini - emilinda

Thursday, May 31, 2018

LOKA Malaysia, Hub Fesyen Selebriti Popular Masa Kini

Biasa pergi NU Sentral? Pernah dengar tentang butik LOKA Malaysia? Haaa kalau korang selalu lepak atau shopping kat NU Sentral, mesti korang perasan akan kewujudan LOKA Malaysia ni. LOKA Malaysia berada di tingkat 1 NU Sentral, dan betul-betul bersebelahan dengan butik H&M. Saya sendiri memang kerap ke NU Sentral untuk shopping, makan-makan, lepak dan tengok wayang. Almaklum, lokasi NU Sentral tu strategik, berdekatan dengan kebanyakan public transport. Kalau nak jumpa kawan pun biasanya saya selesa berjumpa di NU Sentral. Setiap kali saya ke NU Sentral, memang saya perasan tentang kewujudan LOKA Malaysia ni, tapi saya tak pernah masuk ke butik LOKA Malaysia. Kiranya duk lalu kat depan tu, duk jeling-jeling je. Nak masuk rasa segan sebab tak tahu sangat apa yang dijual kat dalam tu. Ada la nampak baju bergantungan. Tertanya-tanya juga tentang butik LOKA Malaysia ni.


Baru-baru ini saya berkesempatan ke majlis Meet & Greet Bersama LOKA Malaysia. Kebetulan baru balik dari Shah Alam, then member ajak join dia ke majlis tu. Dah alang-alang saya kat sana, saya join jela. Sambil-sambil tu boleh jugak tahu lebih lagi tentang apa yang dijual kat LOKA Malaysia. Awalnya saya sangkakan LOKA Malaysia ni merupakan sebuah butik yang mengeluarkan produk pakaian dibawah jenama LOKA sendiri. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. LOKA Malaysia merupakan hub fesyen yang menggabungkan jenama-jenama tempatan termasuk jenama-jenama dari selebriti popular tanah air kita. Ketika majlis Meet & Greet tersebut, turut diadakan mini fashion show bagi pakaian yang dijual di butik LOKA Malaysia. Sempat saya rakamkan sedikit.


Di LOKA Malaysia, terdapat sekitar 60 jenama fesyen serta gaya hidup tempatan digabungkan di bawah satu bumbung. Banyak kan? Jika tidak salah pemahaman saya, konsepnya lebih kurang macam vendor boutique. Bezanya, LOKA Malaysia berjaya menjalankan operasi butik mereka di pusat beli-belah ternama di Kuala Lumpur. Yela, kebiasaannya vendor boutique lain beroperasi di premis berasingan seperti rumah kedai dan sebagainya.


Turut hadir ke majlis Meet & Greet tersebut ialah beberapa orang artis tempatan yang turut mengambil bahagian dalam menempatkan jenama mereka di gedung fesyen LOKA Malaysia. Antaranya ialah Raja Ilya, Avaa Vanja, Normah Damanhuri, Didie Alias, dan ramai lagi. Apa yang saya suka tentang LOKA Malaysia ialah ianya berusaha mengetengahkan jenama-jenama tempatan sebaris dengan jenama antarabangsa di pasaran pusat beli-belah. Dengar-dengar, di masa akan datang pihak LOKA Malaysia akan turut membawa jenama-jenama tersebut ke peringkat antarabangsa. Bagi saya, ianya satu inisiatif yang bagus bagi menaikkan lagi industri fesyen Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.


Antara jenama yang terdapat di butik LOKA Malaysia adalah Georgeous dan Precious Luxe daripada Rozita Che Wan, WD Exclusive daripada Wak Doyok, Fazbulouscom daripada Fazura, Tumeric Mask daripada Avaa Vanja, Abam Brands daripada Abam Bocik, dan Raja Ilya Edition daripada Raja Ilya. Selain itu, turut mengambil bahagian adalah Erma Fatima menerusi jenamanya Khalif, Asyraf Zainal, Akma Xclusive by Akma AF, Iman Hood, Iona Scarf, Bateklah, Mariamah, Sambal Merican, Wardrobe.IM, Kuih Raya Salina Saibi, Blaugrun dan banyak lagi.

 Avaa Vanja dan produk Tumeric Masknya

Selain menawarkan ruang promosi yang serba luas dan teratur, LOKA juga mempunyai satu ruangan yang luas bagi sesiapa yang bercadang untuk membuat sebarang aktiviti di dalam premis berkenaan dengan kadar sewa yang berpatutan. Agak luas juga event space di LOKA Malaysia. Majlis Meet & Greet pun turut diadakan di situ. Lokasi strategi LOKA Malaysia yang terletak di pusat beli-belah di tengah Kuala Lumpur sememangnya salah satu keistimewaan yang dimiliki oleh LOKA untuk menarik perhatian lebih 2.2 juta pengunjung yang berkunjung ke NU Sentral setiap bulan.



Instagram : @loka.malaysia 
Phone : +603-22764128 / +603-22764129 

8 comments:

  1. Wahh 60 jenama dalam satu bumbung. Memudahkan pengunjung nak membeli belah dengan kepelbagaian barangan ada di sana :)

    ReplyDelete
  2. Rambang mata tengok.. Zaza mmg suka shopping baju2.. Sng nak cari kat loka ni sbb ada bnyk jenama terkenal ada.
    😍

    ReplyDelete
  3. Sally pernah gak jalan dalam ni...ade nampak satu kasut batuk harituuu...cantik yakmattt tapi mahai pulerr..hahahaha...makin banyak vendor ni..

    ReplyDelete
  4. Pernah gi tapi x perasan pulak.. lepas ni gi kena cari la.. usha2 kot berkenan..

    ReplyDelete
  5. I have been to the place before, there are many local brands and products are good too.

    ReplyDelete
  6. cantik-cantik baju dia..boleh usha ni nanti..barang-barang artis punya pun ada..pergh..ni pun pertama kali dengar pasal Loka..hehe

    ReplyDelete
  7. Ingat lagi sebelum ni jalan-jalan NU Sentral buat don't know je bila pandang LOKA ni. Now, bila dah masuk, ya Allah tak sangka banyak jugak koleksi pakaian selebriti tempatan. Rugi sangat lah kalau rakyat Malaysia tak singgah. Kalau dah terikut-ikut fesyen artis, haaa .. inilah peluangnya nak grab kan ..

    ReplyDelete
  8. Akak pusing2 NU Sentral sorang last year, almost sesat! So, kalau nmpk LOCA depan mata pun x mmg sedar. Tapi tpt tu mmg convenient, senang utk pergi.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.