Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua. - emilinda

Thursday, February 8, 2018

Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua.

Kali ini saya akan teruskan penceritaan tentang fam trip ke Muar untuk hari kedua. Perkongsian hari pertama boleh dibaca di Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama.

HARI KEDUA - 28 Januari 2018


Sarapan pagi sate di R&H Cafe Station

Seawal jam 8 pagi, kami check out dari Muar Traders Hotel untuk meneruskan lawatan kami ke beberapa lagi tempat menarik di daerah Muar. Kami dibawa ke R & H Cafe Station bagi menikmati sarapan pagi gaya orang Muar.


Kalau nak tahu, salah satu keunikan orang Muar yang susah ditemui di tempat lain adalah mereka bersarapan pagi dengan sate. Kedengaran agak pelik, tetapi ianya sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Muar. Selain sate, terdapat pelbagai menu yang disediakan di R & H Cafe Station bagi juadah sarapan pagi.

Sarapan pagi gaya Muar

Jurassic Garden Don Hu

Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Jurassic Garden Don Hu. Sebaik sahaja mendengar nama Jurassic Garden Don Hu, apa yang terbayang di fikiran saya adalah dinosour. Yess, kami ke sana untuk melihat pelbagai jenis replika dinosour. Bukan dinosour yang statik tak bergerak tau, tetapi dinosour yang siap mengeluarkan bunyi dan dan bergerak-gerak. Seronok betul sesekali pergi ke tempat sebegini. Boleh teruskan pembacaan tentang Jurassic Garden Don Hu di sini - Jurassic Garden Don Hu, Muar (akan datang). Terdapat ratusan dinosour boleh dilihat sekitar Jurassic Garden Don Hu.



Tan Kok Leyong Nursery, Nursery Terbesar di Malaysia

Perjalanan diteruskan lagi ke Tan Kok Leyong Nursery yang merupakan tumpuan pusat penanaman dan pengeluaran nursery terbesar di Malaysia. Bila saya jejakkan kaki ke Tan Kok Leyong Nursery ni, orang pertama yang bermain di fikiran saya adalah emak. Emak saya kalau bab tanaman pokok bunga dan seumpamanya ni, dia tersangatlah minat.



Di Tan Kok Leyong Nursery, terdapat pelbagai jenis tanaman yang dibekalkan ke seluruh negara. Memandangkan terdapat banyak sangat gambar tanaman di Tan Kok Leyong Nursery yang mahu saya tunjukkan, saya turut menyediakan satu lagi artikel tentang tanaman di Tan Kok Leyong Nursery. Boleh baca di SINI (akan datang).

Nasuha Herbs & Spices

Lokasi seterusnya adalah di Nasuha Herbs & Spices. Pernah dengar tentang rempah ratus jenama Mak Siti tak? Haaa kalau korang nak tahu, rempah ratus jenama Mak Siti adalah keluaran Nasuha Herbs & Spices. Nasuha Herbs & spices merupakan ladang herba dan rempah ratus yang terbesar di Asia Tenggara dan Asia. Bangga pula rasanya bila ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia terletak di negara sendiri dan diusahakan oleh penduduk tempatan.



Sesampainya kami di Nasuha Herbs & Spices, kami dihidangkan dengan nasi beriyani yang dimasak menggunakan rempah ratus dari Nasuha Herbs & Spices. Sedap! Selesai makan, kami dibawa menaiki tram untuk melawat ke tapak herba di sekitar ladang. Luas betul kawasan Nasuha Herbs & Spices, dipenuhi pelbagai tanaman herba dan rempah ratus. Serious rasa kagum dengan keluasan ladang dan kepelbagaian tanaman herba yang terdapat di sana. Terdapat juga beberapa jenis binatang ternakan yang diternak untuk memastikan keseimbangan ekosistem ladang tersebut.

Antara kilang yang memproses produk hasil ladang Nasuha Herbs & Spices

Galeri Darurat Bukit Kepong

Akhirnya kami sampai ke penghujung lawatan dimana kami dibawa ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Di sana, kami disambut oleh pihak pengurusan dan diberi penerangan tentang Galeri Darurat Bukit Kepong. Pada pendapat saya, Galeri Darurat Bukit Kepong merupakan salah satu lokasi yang wajib dikunjungi oleh setiap warga Malaysia. Di sini, kita boleh pelajari dengan lebih jelas lagi tentang sejarah negara kita terutamanya yang melibatkan Bukit Kepong. Kunjungan saya ke Galeri Darurat Bukit Kepong sesungguhnya menambahkan lagi pengetahun saya tentang sejarah negara kita, disamping meningkatkan lagi rasa patriotik di dalam diri. Betapa penduduk sebelum kita berusaha keras untuk mempertahankan negara, termasuk menggadaikan nyawa. Boleh baca lebih lanjut tentang Galeri Darurat Bukit Kepong di SINI (akan datang).

Galeri Darurat Bukit Kepong

Maka berakhirlah sesi lawatan kami ke daerah Muar buat kali ini. Rombongan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7 petang. Oh ye, sekiranya korang ke Muar, jangan lupa beli mi siput. Mi siput sangat terkenal di Muar, dan rasanya sangat sedap untuk dijadikan kudap-kudapan.

Pengalaman melawat ke daerah Muar telah membuka mata saya bahawasanya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Muar. Daerah Muar mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu menjadi tarikan para pelancong.


23 comments:

  1. meriahnya sarapan.. best kalau lawatan kita dah diaturkan dengan melawat tempat menarik

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat pergi trip macam tu.. dapat kenal makanan baru, temlat baru, pengalaman baru, orang baru. Nanti balik semangat pon mesti baru :-)

    ReplyDelete
  3. rasa macam dah lama sangat tak pergi johor. Banyak juga tempat menarik yang Jurassic Garden Don Hu mesti seronok kalau bawa budak2 hehe.. nanti lah nak plan ajak husband illy :)

    ReplyDelete
  4. Ya Auloh dia nya breakfast memang rare gile. Satay di pagi hari.. Bestnya gi tengok dinasour. Paling menarik is dapat belajar balik sejarah pasal bukit kepong.

    ReplyDelete
  5. Lama sangat tak ke Must. Semakin banyak daya tarikan yang Ada Di Muar. Semakin ramailah orang nak ke muar dan melawat lokasi menarik di sana.

    ReplyDelete
  6. Baru ana tau org muar breakfast sate. Mesti sedap sate muar kan. Ana kalau ke muar mesti ke kedai yg sama je sebab tak tahu apa yg menarik. Lepas ni tau lah nk terjah restoran mana. Yg Jurassic Garden Don Hu wajib g nanti.

    ReplyDelete
  7. Sedap pulak tengok breakfast tu. Best nya dapat join trip ni. Macam-macam tempat pergi.

    ReplyDelete
  8. Saya dua kali g Muar tahun ni sesaja bercuti..saya x minat sgt cafe maharani tu tp mmg sate dia sedap.
    Ohhh rasa.x puas nak makan kat bentayan tu yang foodcourt.

    Bestnye awakk..thanks share.

    ReplyDelete
  9. Lama betul tak ke Muar...hr tu ada gk dpt invitation ke muar tapi tak leh join..tak dak rezeki nk ke muar

    ReplyDelete
  10. Rindunya dengan bandar muo. Dulu ms kecik ingat lgi selalu pg the store kat bandar dan makan mee bandung muo

    ReplyDelete
  11. Lovely trip.. I pun nak pergi ke johor... Yummy food great place to visit..

    ReplyDelete
  12. Akak selalu ke Muar..semua tempat tu akak dh pernah jejak kecuali nursery tanaman tu..makanan memang sedap..kagum diorang makan satay waktu pagi..mee bandung superb...semuanya la...

    ReplyDelete
  13. r&h memang best. suka sgt.
    aida kalau nak balik pontian, dari melaka mesti lalu muar skang ni.
    sarapan di muar :) sodap!!!
    yg lelain tu lom pernah singgah, emilinda. biasa nyer singgah tempat makan aje hi hi hi...

    ReplyDelete
  14. Korang pergi Muar kat tempat rempah ratus Mak Siti kita menggunakan produk tu hehehehe. Tapi terkejur juga mula-mula tngok ada Dinasour kat luar pintu ingat ada taman tema hehehe...

    ReplyDelete
  15. best tu nursery terbesar,kalau bawak mak-mak memang tak habis pusing. btw, Good entry! kot tiba2 nanti nak pergi muar :D

    ReplyDelete
  16. Oh org Muar sarapan pagi makan satay? Baru tau ... dah lama tak ke Muar...

    ReplyDelete
  17. o la la, makanan yang super duper sedap, ada dinosaur lagi, awat siap ada rempah mak siti tu, i memang tak pernah skip dia punya sup powder stiap kali buat sup ayam, memang pekat kuah nya sedap je makan

    ReplyDelete
  18. Saya selalu jugak guna rempah mak siti tu. Senang gila nak pakai. Tak payah susah susah nak buat rempah or tumis sendiri

    ReplyDelete
  19. Seriously onie suka gila makanan orang johor. Tak pernah lagi tu sampai Muar.. hahah...sedih lak kita rasa wak

    ReplyDelete
  20. Makanan tu nampak sedap sekali... Boleh cuba kalau pergi situ nanti,Rempah Mak Siti memang sedap pernah guna, Galeri Darurat Bukit Kepong tu cantiklah bangunan tu... apa ada dekat dalam tu

    ReplyDelete
  21. Tak ada kesempatan lagi nk discover Muar. Lepas ni dah ada idea la nk roadtrip ke sana. Banyak temoat best.

    ReplyDelete
  22. thank you for this entry. syaza jadikan as rujukan nak short trip ke muar next week :)

    ReplyDelete
  23. Just about the most nerve-racking elements of the break time of year for many individuals could be the economic factor. Getting items, organizing out-of-town trips to be able to family, and also getaway celebrations go along with a huge price also check cannes attractions. These kinds of expenditures, sadly, usually are not necessarily possible to avoid. Nonetheless, no must be since nerve-racking.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.