Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International - emilinda

Sunday, March 12, 2017

Sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Stellavingze International


Rasanya semua orang tahu bahawasanya minggu lepas 8 March merupakan Hari Wanita Sedunia. Mungkin ada yang tak tahu. Tapi majoriti tahu la kot memandangkan dalam kehidupan seharian kita ni, kita dikelilingi oleh kaum wanita. Emak, kakak, isteri, adik, anak, sepupu sepapat dan saudara mara. Aku sendiri pun tak pasti kenapa 8 March dipilih sebagai Hari Wanita Sedunia. Tapi takpelah, tiap-tiap hari pun kita hargai insan yang bergelar wanita terutamanya kaum ibu dan isteri yang banyak berkorban demi keluarga. Bukanlah nak hargai kaum wanita hanya pada 8 March, cuma ianya dijadikan tarikh simbolik untuk meraikan kaum wanita seluruh dunia. Apa specialnya kaum wanita ni sampai ada sambutan Hari Wanita Sedunia bagai ni? Jangan tak tahu, besar peranan kaum wanita ni sebenarnya dalam kehidupan kita. Pentingnya peranan kaum wanita ni dapat kita lihat apabila setiap budaya yang berbeza ada pepatah tersendiri tentang kaum wanita iaitu :

  • Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia
  • Behind every successful man is a woman
  • Wanita menjunjung separuh langit



Dalam dunia moden sekarang, kaum wanida seringkali dilihat mendahului lelaki dalam pelbagai aspek. Kaum wanita kini boleh dikatakan mampu berdikari sama seperti kaum lelaki. Sebagai sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan, Stellavingze International telah mengadakan sebuah majlis makan malam untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa meraka dan menerokai potensi diri dan berusaha memajukan diri, keluarga dan negara dari pelbagai aspek.



Antara jemputan wanita-wanita hebat pada majlis makan malam anjuran Stellavingze International ialah:
  • Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
  • Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
  • Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
  • Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavinge International
Melalui ucapan Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail, peranan wanita amat penting dalam membina sebuah keluarga yang bahagia yang menyumbang kepada modal insan yang berharga kepada negara.


Datin Azizan Bt Hj Shariff pula berkata wanita yang cemerlang adalah aset negara yang paling berharga. Beliau mengajak wanita di Malaysia untuk meningkatkan ilmu dan skill dalam mengecapi impian masing-masing. Majlis sambutan Hari Wanita Sedunia ini telah membuka mata ramai wanita khususnya yang hadir untuk menjadi lebih maju dan berjaya.

5 comments:

  1. very nice event! yes, women plays an important part to nation building!

    ReplyDelete
  2. Lautan Pink semuanya.. Kita je tema lain..hihihi

    ReplyDelete
  3. such pink event! It's true that women contributes is important to our community =)

    ReplyDelete
  4. Wow, wish I can attend this meaningful pink event with all the ladies! BTW happy international women day!

    ReplyDelete
  5. This was indeed such a meaningful event. Would love to go for another seminar by them one day :)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.