emilinda

Saturday, April 16, 2016

Comelnya face mask Mediheal!

April 16, 2016 1
Comelnya face mask Mediheal!


Jadi perempuan ni, nak tak nak kena kena jugak bagi perhatian soal penjagaan diri. Kena jaga penampilan. Kalau tak nak mekap-mekap sekalipun, at least kena la ambik tahu soal penjagaan kulit so that kulit wajah sentiasa sihat dan tak bermasalah. Dulu bila tengok orang lain cantik, melawa, aku memang rasa insecure betul. Nak jadi cantik macam dorang jugak. Then aku mula berjinak-jinak belajar calit mekap sesiket. Tapi lama-kelamaan aku sedar tentang sesuatu. Tak guna nak calit lipstik, blusher bagai kalau condition  kulit wajah kita tu kita tak jaga. Maksud aku, tahap kesihatan kulit kita tu yang penting. Kalau kulit kita sihat dan bebas dari sebarang masalah, tak mekap sekalipun tetap nampak sedap dipandang. Inikan pula kalau mekap, tak gitu? Sejak tu la aku dah mula menitikberatkan soal penjagaan kesihatan kulit wajah. Cuba seboleh mungkin untuk pastikan kulit tu bebas masalah, dan pastikan guna produk yang tidak merosakkan kulit. Kalau rasa kulit ada masalah, cuba untuk cari solution kasi muka tu bersih semula. Selain pemilihan set skincare yang betul, aku juga amalkan penggunaan pelembap wajah dan face mask. Untuk entry kali ni aku nak highlight tentang face mask.

Seperti yang korang sedia maklum, face mask ni ada banyak jenis. Ada yang jenis helaian tampal kat muka dan tunggu sampai dia meresap ke muka. Ada yang jenis gel/liquid yang kena basuh/bilas lepas dah kering. Ada jugak yang jenis peel off. Semuanya ada pro and cons la. Aku paling suka pakai yang jenis helaian dan peel off. Kalau yang nak kena wash off tu aku rasa agak leceh sket sebab rasa melekit. Yang peel off tu aku suka time nak kupas buang dari muka (childish much, is it? haha), tapi aku perasan mostly peel off mask tu buat muka rasa kering. So far paling aku suka guna yang jenis helaian tu la, senang satu paket untuk sekali guna. Dan kebiasaannya ia bagi effect muka rasa lembap dan sejuk.


Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan face mask sheet Mediheal. Kenapa nama dia Mediheal? Haaaa, Mediheal = medical healing. Paling sukaaaa sangat dengan packaging face mask Mediheal ni. Comel sangat, sampai rasa sayang nak guna. Rangkaian face mask Mediheal ni ada banyak jenis, tapi setakat ni aku belum try semua sekali lagi. By the way, Mediheal face mask ni bagus tau sebab ianya fokus pada jenis kulit yang berbeza-beza,

N.M.F Aquaring ampoule mask :
Omg ada gambar Hyun Bin oppaaaaa. NMF singkatan kepada Natural Moisturizing Factor. Yang ni bagus untuk melembapkan dan juga bertindak menghalang kulit kita dari kehilangan lembapan.


WHP White Hydrating Charcoal Mineral Mask :
Kandungan utama face mask ni ialah arang yang mengandungi natural castooil dan juga ekstrak buah-buahan yang mampu mencerahkan dan membersihkan muka.


I.P.I Lightmax Ampoule Mask :
For lightening / Brightening / Moisturizing / Skin vitality. Kandungan utama AA2G (Vitamin C), Albutin, Mulberry root. Face mask yang ada gambar cartoon ni aku suka sebab comel sangat. Bila bukak, rupanya mask tu pun ada ilustrasi kartun jugak.


P.D.F AC-Dressing Ampoule Mask :
For trouble / Low Skin Irritation / Pore Controls. Bahan utama Centella Asiatica, Pigweeds dan Salicylate.


N.M.F Aquaring Ampoule Mask :
For moisturizing / pore caring / skin purifying / hydrating. Bahan utama hyarolonic, ceramide NP, LS 8865.

Aku paling suka la nak pakai mask bagai ni. Time ni la nak relax sikit kulit tu. Dah la comel siap ada gambar cartoon dekat mask tu. Rasa sejuk je kulit ni, silap haribulan boleh tertidur sementara tunggu mask tu kering. Hahah.


Nampak tak gambar cartoon tu? Haaa ini kalau dapat kat anak-anak sedara aku, memang terpaksa la aku korbankan mask aku ni kasi kat dorang. Hahah.



Produk face mask Mediheal ni boleh didapati dengan harga Rm13.90/pcs dekat Watsons, Sasa, AEON Wellness stores. Boleh jugak layari website dan page Maystar untuk informasi lebih lanjut,


Website : www.maystar.com.my
Facebook : Maystar
Instagram : maystarmy


Monday, April 11, 2016

Semarak Cinta RunwayShow Zeeta Zarith

April 11, 2016 22
Semarak Cinta RunwayShow Zeeta Zarith

Pejam celik pejam celik sekarang dah bulan April. Cepat betul masa berlalu. Tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma, then lepas tu kita semua akan sambut hari raya Aidilfitri. Baju raya dah beli belum? Amboii, tanya pasal baju raya ni, puasa ganti dah habis ke? ihiks! Aku sendiri belum beli lagi baju raya. Biasalah, aku ni memang pesen suka beli last minute. Dah besar panjang ni kadang tak rasa pun perlunya baju baru untuk raya. Baju yang beli bukan untuk raya pun ada lagi yang belum sempat pakai. Hahah. InshaAllah kalau ada rezeki lebih, aku akan beli jugak baju untuk raya tahun ni. Macam aku ni tak risau sangat beli last minute pun sebab saiz senang nak cari. Kalau terlebih besar or labuh sikit pun, boleh mintak mak tolong alter. Almaklum, emak kita memang pandai menjahit, hihi. Korang yang jenis susah nak cari saiz tu, dah tempah baju raya belum? Baik usha dari sekarang. Kalau tak nak tempah, beli yang dah siap pun boleh. Kat mana nak beli? Haaa meh sini nak cerita tentang satu jenama busana muslimah yang makin meningkat naik. Teruskan pembacaan.


Pernah dengar tentang busana mulismah dibawah label Zeeta Zarith? Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin jugak ada yang belum pernah dengar. Label pakaian muslimah Zeeta Zarith ini diasaskan oleh Puan Zaiti Noordin. Kerana minat dan kecenderungan Puan Zaiti Noordin di dalam bidang fesyen yang tidak pernah dilupakan setelah hampir 6 tahun ditinggalkan, buat julung kalinya Puan Zaiti Noordin membuat comeback dibawah jenama Zeeta Zarith, Comeback kali ini dengan kerjasama inhouse designer menampilkan lima design terbaru yang ringkas, selesa, elegant dan urban.


Pada 26 March yang lalu, aku berpeluang hadir ke Semarak Cinta Runway Show Zeeta Zarith yang bertempat di Hotel Laman Seri, Shah Alam. Tujuan diadakan runway show ini adalah intuk memperkenalkan 5 design terbaru dari jenama Zeeta Zarith. Yang menariknya tentang event kali ini, hanya melibatkan kaum hawa sahaja. Lelaki tidak dibenarkan turut serta. Sebelum fashion show bermula, kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh seorang penyanyi. 

Maaf, due to short term memory makanya aku lupa nama penyanyi ni.

Koleksi terbaru dari jenama Zeeta Zarith yang diperkenalkan pada hari itu adalah Zarith Amani, Zarith Hanna, Zarith Zara dan Zarith Sofea. Satu perkara yang paling aku suka tentang koleksi dari Zeeta Zarith ni adalah dari segi sizing. Dari yang bersaiz kecil macam aku ni hinggalah yang berbadan berisi pun boleh menggayakan rekaan dari jenama Zeeta Zarith ni. Jom cuci mata tengok beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang fashion show tu.

Zarith Amani

Zarith Hanna
 

Zarith Sofea


Zarith Zara


 And heyyy, ada pelakon Anis Al Idrus kat situ. Seriously she looks prettier in person compared to in tv.

Yang sebelah Anis Al Idrus tu (tudung soft pink) adalah founder Zeeta Zarith, Puan Zaiti Noordin.



Untuk dapatkan koleksi2 dari Zeeta Zarith ni bolehlah layari: 

Instagram : @zeetazarith 

Friday, April 1, 2016

Rawat bibir kering dengan Magic Jelly

April 01, 2016 24
Rawat bibir kering dengan Magic Jelly


Cuaca sekarang ni panas betul, gara-gara El Nino. Kena kurangkan buat aktiviti luar, banyakkan minum air. Selain kerap sakit kepala, kulit pun jadi cepat kering. Paling ketara, dekat bibir. Ya Allah, tension betul bila bibir kering melampau-lampau. Tekak pun selalu sakit dan pedih-pedih. Padahal dah kurangkan berada tengah panas.

Korang pernah dengar tentang Magic Jelly tak? Magic Jelly ni dulu zaman aku baru-baru habis belajar, aku memang dah pernah dengar orang duk heboh kata Magic Jelly ni bagus. Tapi masa tu aku tak try pun, sebab tak terasa sangat perlunya aku pakai produk tu. Malas nak study pasal produk tu pun satu hal. Kekeke. Dah lama berlalu, baru-baru ni one of my friend introduce produk Magic Jelly ni kat aku. Awalnya aku ingat produk amenda la Lovera ni. Almaklumlah, aku kenal produk ni dengan nama Magic Jelly. Bila kawan aku sebut Lovera, aku ingat produk lain. Bila dah ada depan mata baru aku macam "eh laaa Magic Jelly ni keee. Magic Jelly ni kan memang dah lama femes orang duk cakap bagus".


No wonder la nama dia Magic Jelly, memang magic pun. Boleh pakai bukan sahaja kat muka, tapi seluruh tubuh tau. Macam-macam kegunaan. Kalau ada rasa gatal-gatal kat lengan, try sapu Magic Jelly ni. Rasa sejuk je, dan rasa gatal tu berkurangan. Formulasi yang menggabungkan 4 bahan semulajadi dalam satu botol iaitu Aloe Vera, Timun, Sengkuang dan Bunga Chamomile ni memang bagus bukan sahaja untuk kecantikan, tapi juga untuk kesihatan. Don't worry takde bahan berbahaya. Buktinya, selamba aje aku sapu kat bibir setiap malam before tidur. Sebab bibir aku bila bangun pagi memang terasa kering, so aku cuba la sapu kat bibir ni. Sejuk je rasa, dan tak berminyak. Berbau busuk pun tidak. Sejak duk sapu Magic Jelly ni kat bibir, bila bangun pagi je bibir tak kering macam kebiasaannya. Bahkan bibir rasa lembap dan lembut gitu. Betul-betul berkesan merawat bibir kering. Suka weyh.



Selain sapu kat bibir, aku jugak sapu dekat bahagian badan yang lain. For those yang kenal rapat dengan aku, tahulah bahawasanya kulit aku ni terlalu sensitif. Kalau kena habuk ke, air yang kotor sikit ke, kena gigit nyamuk ke, hatta berpeluh sekalipun cepat aje badan ni rasa gatal-gatal. Pastu mula la merah-merah. Bila sapu Magic Jelly ni, kurang la merah-merah tu. Memang boleh melegakan rasa gatal-gatal kulit sensitif, ruam-ruam dan sebagainya. Oh ye, kalau nak rambut lembut boleh la sapu dekat rambut. See? Magic Jelly ni sesuai untuk guna kat mana-mana bahagian badan.




WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

NUMBER PHONE:
+6011 32348255 (Order & Hotline)
+6016 6600600 (Nak Jadi Pengedar Sahaja)

Thursday, March 31, 2016

Golden Rose Cosmetic - Kualiti tinggi pada harga mampu milik.

March 31, 2016 27
Golden Rose Cosmetic - Kualiti tinggi pada harga mampu milik.

Last year aku ada dengar pasal kosmetik Golden Rose ni melalui rakan-rakan. Tapi masa tu aku tak ambik port sangat sebab yela, nama tu sangat asing pada aku. Tak pernah dengar. Tapi baru-baru ni aku diberi peluang join make up workshop yang di anjurkan oleh pihak Golden Rose. Make up workshop ni menampilkan MUA Eiman Masdzar yang merupakan official make up artist untuk brand Golden Rose ni. Make up workshop yang diberi nama "Beauty Is Confidence Makeup Workshop" ini diadakan di outlet Golden Rose di Sunway Putra Mall. Memandangkan aku sampai awal masa tu, so sempat la aku linger around tengok barang mekap Golde Rose ni. Harga affordable.

Ralit duk test lipstick



MUA Eiman Masdzar ada tunjukkan demo make up dan share tips mekap untuk kami. Seriously tips dan apa yang diajar sangat membantu untuk orang yang tak reti make up macam aku ni. Bila tengok hasil dan cara penggunaan produk Golden Rose ni, terjatuh hati la pulak. Paling suka dia punya Velvet Matte Lipstick. Lawaaaaa.




With MUA Eiman Masdzar

Tak keruan tau sepanjang berlangsungnya beauty workshop tu. Mata asyik nak menjeling barang-barang mekap dekat rak, ahaha. Masa tu aku dah aim a few color yang aku berkenan untuk Velvet Matte Lipstick tu. Mascara pun, yang Eiman Masdzar tu recommend, memang aku nak sangat beli. Tengok dia mekapkan dekat model tu, jatuh hati terus. Tapi malangnya warna-warna yang aku berkenan tu out of stock. Iskkk, mascara tu pun habis stok. Frust jugak. Nasib baik rumah sewa aku tu dekat dengan Sunway Putra Mall, lepas balik kerja pun boleh singgah beli. So untuk hari tu, aku just purchase 3 item je which is Velvet Matte Lipstick Code 05, Matte Lipstick Crayon dan Eyeliner sahaja. Next time ke sana memang aku akan dapatkan color yang aku berkenan haritu.


Kenapa aku suka sangat dekat lipstick tu? Before ni aku dah try macam-macam brand untuk matte lipstick, tapi bibir aku ni jenis yang cepat kering. So bila pakai matte lipstick, tak sampai 2 jam dah nampak bibir macam menggelupas. Nak tak nak aku kena pakai lip balm dahulu sebelum pakai matte lipstick supaya dapat kurangkan menggelupas tu. Tapi tu la, bila dah pakai lip balm dahulu makanya warna lipstick tu dah tak sama dah macam warna asal. Lagipun pakai lip balm tu just melambatkan bibir jadi kering je. Tapi bila aku try Golden Rose Velvet Matte Lipstick ni, seriously aku terkejut sebab tak mengeringkan bibir. Tekstur lipstick ni pun lembut aje bila apply ke bibir. Warna pun tahan lama. Dah la RM25 je, affordable sangat. Happy betul diperkenalkan dengan lipstick ni. 


Wednesday, March 30, 2016

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum tidak mngecewakan!

March 30, 2016 21
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum tidak mngecewakan!

Rasanya nama Ephyra memang tak asing lagi bukan sahaja dalam kalangan wanita, tetapi juga dalam kalangan kaum lelaki. Baik kanak-kanak, bayi, yang muda, yang tua semua beroleh manfaat hasil penggunaan produk Ephyra. Ingat lagi kalau beberapa tahun yang lepas bila sebut je Ephyra, satu aje yang terbayang di fikiran iaitu minuman kesihatan Ephyra. Mana tidaknya, itu produk pertama dibawah jenama Ephyra. Aku sendiri merupakan pengguna setia Ephyra sejak tahun 2013. Bukan aku sorang je tau, tapi adik beradik aku yang lain pun mostly pengguna Ephyra jugak. Habis kawan-kawan pun aku duk pengaruh suruh minum Ephyra jugak time tu. Kalau nak tahu cerita perkenalan aku dengan produk Ephyra ni, boleh baca kat SINI.

Bermula dengan minuman Ephyra, pihak Oceanlife kemudiannya mengeluarkan produk baru secara berperingkat iaitu Ephyra Skin Bar, M2flex, Inteemor, dan yang paling terbaru adalah Ephyra Skin Nano. Aku memang sentiasa follow perkembangan produk-produk keluaran Oceanlife ni. Almaklum lah, pada aku produk-produk dari Oceanlife ni sememangnya berkualiti dan bagus. In fact, sampai sekarang aku masih setia menggunakan produk minuman Ephyra dan Ephyra Skin Bar, cuma kadang-kadang TERskip guna tu normal la. Heheh. Untuk produk terbaru Ephyra Skin Nano ni, semestinya aku sendiri tak terkecuali mencuba produk ini.


Apa bendanya Ephyra Skin Nano ni? Haaa fyi, Ephyra Skin Nano ni merupakan sejenis serum berteknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland dan telah diuji secara klinikal. Aku pantang dengar serum ni, laju je nak try. Nak nak lagi, brand Ephyra lagi la aku percaya untuk cuba. Aku memang yakin dengan produk keluaran Oceanlife ni sebab so far aku duk amalkan minuman Ephyra bertahun dah, memanjang perubahan positive je yang aku rasa. Takde side effect macam sesetengah produk dekat pasaran tu. Kira trusted la.

Apa kelebihan Ephyra Skin Nano ni berbanding dengan serum jenama lain yang melambak dijual kat pasaran tu? Kalau korang perasan la, partikel serum biasa hanya bertindak di permukaan kulit sahaja dan sukar meresap ke dalam kulit. Bila dia tak meresap ke dalam kulit, permukaan kulit jadi cepat rasa berminyak. Kenapa? Sebab partikelnya agak besar. Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni menggunakan teknologi Nano yang menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap ke lapisan kulit yang paling dalam. So, lagi berganda la kesannya dalam memperbaiki lapisan kulit kita. Partikel serum yang dah meresap masuk ke lapisan kulit tu bertindak memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaan kulit anjal serta tak berminyak.



Serum ni adalah gabungan  formulasi bahan antioksida yang mencerah dan menaikkan seri wajah. Kombinasi Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E memberi manfaat kepada kulit untuk :

  • MEMULIHKAN :Memulih dan mengembalikan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia turut memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.
  • MEMPERBAHARUI : Menyerap jauh ke dalam sel kulit menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima, untuk hasil kulit yang anjal, lembut dan tampak bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.
  • MELINDUNGI : Melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses oksidasi. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaan dengan menjadi agen anti-oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan Vitamin E kepada kulit.



FEEDBACK SETELAH SEMINGGU MENGGUNAKAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM :

So far lebih kurang seminggu dah aku try Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni. Seperti yang disarankan, aku pakai waktu pagi dan waktu malam lepas bersihkan muka. Dah bersihkan muka tu, make sure lap muka dengan tuala bersih sampai kering dulu. Perkara pertama yang aku perasan bila first time cuba serum ni adalah ianya tidak melekit, bahkan kulit muka rasa sejuk dan relax. Seriously aku paling tak suka pakai produk yang melekit sebab rasa tak selesa. Serum ni alhamdulillah tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Tak sampai dua minit lepas sapu ke muka, dah tak rasa sebarang cecair dah kat muka ni. Kiranya laju jugak la dia menyerap masuk ke dalam kulit. Eksaited pulak rasa. Yela, serum lain yang pernah aku cuba sebelum ni mostly rasa melekit dan take time untuk serap ke kulit, Sebaik saja kita sapu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni, dah boleh rasa kulit muka tu macam supple gitu. Rasa sedap di usap. Kulit rasa moist aje dan tak berminyak. Dengan keadaan cuaca terlampau panas kat negara kita sekarang ni, actually aku sangat risau in case kulit jadi kering. Nak stay outdoor kejap-kejap pun fikir banyak kali takut kulit kering dan menggelupas. Tak daya pulak aku nak top up moisturizer kerap sangat ke muka ni sebab moisturizer yang aku pakai tu a bit oily sikit. Alhamdulillah, bila pakai serum ephyra ni so far kulit rasa moist je dan tak kering even cuaca panas sangat pun. Carefree gitu, even stay outdoor pun takyah nak risau kulit kering bagai. 



Lepas dua hari pakai Ephyra Skin Nano ni, aku dah mula rasa kulit muka ni macam lain sikit. Faham tak perasaan bila kita pegang muka kita dan rasa kulit kita macam lain dari kebiasaan? Rasa lebih anjal dan tegang dari kebiasaan. Pagi masa naik lift nak ke ofis, asyik nak pandang muka sendiri je kat cermin dalam lift tu. Hahah. Kejap-kejap pegang pipi sendiri, pastu senyum sensorang. Feeling-feeling muka rasa anjal dan lembut gitu. Hahah. Orang lain mungkin la tak perasan perubahan pada kulit kita sebab perubahan ni bukan perubahan yang drastik, tapi kita yang setiap hari duk pegang kulit sendiri ni sah sah la perasan perubahan pada kulit kita. 


Alhamdulillah, tepatlah jangkaan aku. Setiap produk yang dihasilkan pihak Oceanlife sememangnya tidak mengecewakan dan memberi manfaat yang berterusan kepada pengguna. Tak sia-sia setia jadi pengguna Ephyra. In love dah sangat dengan serum ni. Dengar kata lepas ni dorang nak keluarkan produk baru lagi. Tak sabar nak tunggu! 





Harg asal RM 88 (SM) || RM 92 (SS)
Harga Promosi: RM 68 (SM) || RM 72 (SS)

Instagram : @ephyra2u
019 7373 770 / 019 3999 238 / 019 3800 779

Sunday, March 27, 2016

Aidijuma lancarkan Scarf Machine

March 27, 2016 12
Aidijuma lancarkan Scarf Machine


Ada penggemar Aidijuma tak kat sini? Kalau yang suka pakai bawal, normally akan sangat suka dengan tudung bawal Aidijuma ni. Aku pun tak ketinggalan zaman belajar dulu sukaaa sangat tudung Aidijuma ni. Sekarang aku dah kurang pakai bawal, banyak pakai shawl. So koleksi tudung bawal yang terbaru memang aku takde sangat. Ada yang lama-lama je. Tapi sometimes aku pakai jugak tudung bawal, Kat mana korang beli tudung Aidijuma kebiasaannya? Ada yang beli dekat butik Aidijuma, ada yang beli online melalui agent. Depends la maisng-masing kan. Kalau aku dulu kebiasaannya aku beli tudung Aidijuma dekat karnival Jom Heboh atau dekat pesta konvo universiti. Sebab biasanya ada sale time kat situ, kekeke. Dah nama pun student masa tu kan.


Baru-baru ni, pihak Aidijuma  telah melancarkan Scarf Machine. Scarf Machine ni macam kedai jual tudung bergerak la. Alahh, macam zaman sekolah dulu van Milo selalu datang sekolah, cuma yang ni bezanya kat dalam van tu ada tudung. Yang dijual adalah tudung. Kreatif betol Datin Norjuma ni. Senang la peminat Aidijuma nak dapatkan tudung lepas ni. Majlis pelancaran yang diadakan di Piazza The Curve ini bukan sahaja dihadiri oleh pihak media, tetapi dipenuhi orang ramai. Yang lalu lalang pun singgah nak tengok pelancaran Scarf Machine ni.


Artis jemputan untuk majlis pelancaran Scarf Machine tu merupakan Dato' Siti Norhaliza. Wahhh, riuh rendah kat situ bila Dato Siti datang. Dato' Siti siap menyanyi live dua buah lagu kat situ. Oh, tak lupa jugak, pengacara untuk majlis tu adalah Faizdickie.

Lawanya Dato' Siti dan Datin Norjuma ni

Semasa majlis pelabcaran Scarf Machine tu, pihak Aidijuma juga bermurah hati memberikan tudung Aidijuma secara percuma kepada para hadirin. Aku pun tak terkecuali untuk beratur ambik tudung free tu. Tak cukup dengan itu, aku pi Aidijuma store dekat The Curve, beli lagi 5 helai bawal. Kekeke. Almaklum, pada hari tu, Aidijuma store yang dekat The Curve tubuat sale, semua tudung RM10 sahaja kecuali white label, Rugi kalau tak beli. Nasib baik cash kat tangan cukup untuk beli 5 helai je, kalau tak makin banyak aku borong. Aku yang jarang pakai bawal ni pun boleh terbeli sampai 5 helai, ini kan pulak yang memang tetiap hari pakai bawal. Lawa betol tudung bawal Aidijuma ni.


FB : Tudung Aidijuma - cetusan idea Datin Norjuma 
Youtube : Aidijuma Channel 
Instagram : @aidijuma @aidijuma_brunei #BawalScarf #SehelaiPelbagaiGaya 
Customer Service : 0193252111 
9.00 pg-6.00 ptg (Monday-Jumaat sahaja) 

Thursday, March 24, 2016

PUPA Dot Shock Make Up Workshop

March 24, 2016 31
PUPA Dot Shock Make Up Workshop

Heyyy gegadis kat luar sana! Pernah dengar tentang produk PUPA Milano? Kalau korang ni jenis yang minat barang mekap tahap hardcore punya, confirm pernah dengar brand PUPA ni. Aku? Haha aku ni sekadar suka barang mekap, tapi tahu buat mekap yang sangat basic sahaja. Itu pun mekap diri sendiri je mampu, ikut taste sendiri. Tapi aku memang minat barang mekap. Kalau singgah Sasa, memang jenuh la korang nak tunggu aku keluar dari kedai tu. Rambang mata rasa macam semua nakkkk, tapi bajet tak cukup untuk beli semua. Mwahaha, beginilah nasib rakyat marhaen macam aku ni.


Fyi, PUPA ni merupakan salah satu brand make-up yang famous kat Italy. Last week aku berpeluang join PUPA Dot Shock Make Up Workshop yang menampilkan Giorgio Forgani, Pupa international make-up artist yang diterbangkan khas dari Italy untuk pelancaran rangkaian produk terbaru PUPA Limited Edition Dot Shock. PUPA Dot Shock Make Up Workshop ni bertempat di IOI City Mall Putrajaya. Rangkaian Dot Shock ni menampilkan trend polka dot yang agak feminine dan sesuai untuk wanita yang suka bereksperimen dengan corak dan geometri serta menggabungkan warna-warna lembut dengan shocking tones. Pada hari tu, kitorang berkesempatan melihat sendiri demo mekap dan mendengar sendiri tips mekap oleh Giorgio Forgani. Disamping itu, kitorang juga dihidangkan dengan rangkaian kosmetik PUPA Dot Shock, so memang sakan la kitorang duk main mekap-mekap kat situ. Well, girls and make-up are bestfriend!

We go crazy when in there is make-up buffet in front of us!!

Giorgio Forgani with his make-up demo

Aihh, nampak senang je Giorgio Forgani mekapkan model tu. Aku paling failed when it comes to eye make-up. Seriously kalau pakai eyeliner pun sometimes boleh jadi tebal sebelah. Need to practice more, I guess. Dia ada mention pasal pemilihan warna eye shadow. Nak kena pakai tone warna yang macam mana dulu, then lepastu kena taruk warna apa. Before ni aku memang main hentam aje la kalau pakai eye shadow, asalkan nampak okay dimata sendiri. Kekeke. And, please use brush for make up, elakkan guna jari jemari untuk calit mekap ke muka. Since I’m not really good in doing make-up, so one of Sasa staff offer untuk mekapkan muka aku. Pucuk dicita, ulam mendatang.

Simple make over in the making

And, TADAAAA! Camno, okay ke idok? Hihi

Aku lagi prefer light make-up macam ni instead of heavy make-up. Takde la rasa sarat sangat muka ni. Ringan je kat muka tak rasa macam pakai make-up sangat pun. Nampak tak dalam gambar tu, kening aku dah dirapikan oleh that Sasa staff (forgot to ask her name, but she’s so kind, sweet and friendly). Fyi, aku tak pernah reti nak kemaskan kening sendiri. Kalau mekap sendiri, aku tak pernah usik pun kening tu sebab takut nanti terlajak terang pulak aku lukis kening tu, hahah. 

Vibrant shocking tones, sophisticated soft shades

Dot Shock Eyeshadow Palette ni menggabungkan 5 warna dalam satu palette. Texture eye shadow ni ya Allah, lembut sangat. Sukaaaaaaa *giggles*. Didatangkan dalam 2 pilihan iaitu Sweet Romance dan Spring Sunset. As for me, I choose Spring Sunset. Texture eye shadow ni memang senang nak blend dengan foundation/bedak yang kita pakai. Bila sentuh tu, rasa lembut aje kat kulit. Meh nak story pasal eyeliner dia pulak. Haaa before ni aku dah try macam-macam brand eyeliner. Daripada yang jenis pencil eyeliner, eyeliner yang boleh pusing-pusing tu, liquid eyeliner, gel eyeliner, brush eyeliner..semuanya ada pro and cons la. Yang paling aku kerap pakai before ni adalah yang brush tu, sebab senang sangat nak pakai bagi amateur macam aku ni. But then first time tengok PUPA Vamp! Stylo Liner ni, terus berganda-ganda jatuh hati. Mana tidaknya, muncung dia tu jenis marker. Lagi senang pakai berbanding yang berus. Omg, kaler dia pun terang takyah nak tonyoh-tonyoh sangat.


Paling suka packaging Multicolour Pearl Dot Shock Blush ni. Pearl yang berwarna pink dan peach diletakkan dalam satu bekas bulat. Tekstur dia ringan, lembut dan menjadikan kulit lebih berseri dan glowing. Cara pakai dia senang je, sapu dekat tulang pipi menggunakan brush dengan pergerakan membulat. Bau dia best sangat, bau macam candy gitu.


Miss Pupa Ultra Brilliant Lipstick ni texture dia smooth sangat so bila kita pakai, bibir jadi nampak full dan mungil dalam masa sama mengekalkan kelembutan bibir. 

With the professional make up artist from Italy, Giorgio Forgani.

And hey, this is that friendly Sasa staff yang tolong make up kan muka kita. At first I thought she’s a Japanese girl sebab bila tengok face to face muka dia macam orang Jepun sikit. 

Oh by the way, where you can get this PUPA Dot Shock Limited edition range of product? Haa don’t worry boleh dapatkan kat mana-mana outlet SaSa.