Mudahnya Buat Masker Kunyit! - emilinda

Friday, May 24, 2019

Mudahnya Buat Masker Kunyit!

Jujur saya cakap, selama ni kalau bab face mask memang saya beli yang dekat drugstore je. Kiranya memang tak cukup rajinlah nak bancuh masker sendiri. Tapi sebab dah nak kawen ni, rajinkanlah diri cuba. So saja la nak share kat sini tentang cara-cara yang saya guna untuk buat masker kunyit. Sebenarnya benda ni kalau google banyak je. Yang ni saya dapat dari bff. Dorang cakap boleh cuba buat masker kunyit, untuk kulit wajah lebih berseri, cerah dan glowing.

Bahan-bahannya

Hanya guna 3 bahan iaitu serbuk kunyit, yogurt perisa asli, dan madu. Nasib baik ada madu yang dapat masa pergi wedding Siti hari tu, bolehlah manfaatkan. Saya tak suka makan madu, so memang tak pernah beli madu. Honey is too sweet for me, walaupun madu ni bagus untuk kesihatan.

Okay, so first step is saya cari bekas yang memang dah tak nak, untuk saya buat bancuhan masker ni. Tapi tak jumpa bekas plastik yang dah taknak. End up saya guna plastik cerah tu je. Gunting bahagian tepi dia, then bancuh dalam plastik tu hahahahah. Senang kerja! Dah siap nanti boleh terus buang.

Bancuh dalam plastik je

Campur 1 sudu yogurt , 1 sudu madu, dan 2 sudu serbuk kunyit. Saya guna sudu yogurt tu je. Orang cakap kalau nak scoop madu, jangan guna sudu besi, takut hilang khasiat madu. Nak senang, guna aje la sudu plastik yogurt tu. Lagi pun muka saya ni bukan besar sangat pun, guna sudu kecil macam ni dah cukup untuk cover satu muka. Bila dah masukkan dalam plastik, then gaul-gaul sampai sebati.


Then lumurkan kat muka guna belakang sudu tu. Kalau guna tangan nanti habislah kuning tangan. Bila dah lumur kat muka, biarkan selama 30 minit untuk dia mengering. Dah kering, boleh cuci muka dengan air suam. Lepas dah cuci guna air suam, cuci lagi guna cleanser dan scrub untuk hilangkan kesan kuning tu kat muka. Senang je rupanya. Kalau la amalkan buat macam ni dari dulu.


Jangan pulak expect buat sekali terus boleh jadi cantik dan flawless. Kenalah rajinkan diri buat beberapa kali dalam seminggu. So far saya baru buat sekali. Cadangnya nak buat 2 atau 3 kali seminggu.

11 comments:

  1. Wahh. Mcm menarik je kalau cuba ni. Biasala benda2 organik ni memang tak akan on the spot. Takes time nak berkesan.

    ReplyDelete
  2. Yougurt kita ingat minum jer buat masker pun boleh wakakaka ok lah nanti kita cuba hehehe jimat dan mudah tapi kena basuh bersih-bersih nanti penuh semut bangun pagi wakakakaka...

    ReplyDelete
  3. Wahhh mcm best jer...bahan2 pun mmg ada..tp kena rajinlah nk dpt kulit cantik kan..tambah2 nak raya ni sempat lglah nak apply

    ReplyDelete
  4. Waaa.. masker kunyit.. best ni.. boleh try.. kunyit ni memang bagus untuk kulit.. orang india suka guna kunyit untuk mencantikkan kulit..

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this recipe looks so simple will try it out soon

    ReplyDelete
  6. semua barang yang murah dan senang dapat kat dapur! Nanti boleh buat juga ni kalau stok mask habis. Dulu rajin jugak buat dengan beras tapi sekarang dah malas sebab tak sempat

    ReplyDelete
  7. Kalau Rawlins, mau termakan yogurt dan madu tu hahaha
    Thanks sebab sharing kaedah mudah menyediakan nie.
    Ada masa boleh la Rawlins cuba.

    ReplyDelete
  8. Good sharing... Semua tu banyak manfaatnya. Nina pun suka kaedah homemade. Kalau nina suka bikin mask putih telur campur madu kadang lemon. Alhamdulillah serasi.

    ReplyDelete
  9. Eiza pula suka makan yogurt je sebab salah satu manfaat yogurt ni mampu pudarkan jeragat. best la pakai masker homemade ni. kita tak perlu risau sebab semua bahan bebas dari bahaya. Salam Pengantin Baru ye.

    ReplyDelete
  10. Owhh mcm ni caranya..ingatkan hanya tepek kunyit je kat muka tu , mmg dgr org letak kunyit kat muka bagus bagi kulit licin. Dah tahu cam ni caranya bolehlah sis cuba nanti. Tq bg tips ni ya

    ReplyDelete
  11. jimat dan lebih naturel..kena cub auga..tapi tengok yogurt tu rasa nak makan jer ahahhaha..badan sihat muka cantek..memang terbaik...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.