Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam - emilinda

Tuesday, May 29, 2018

Shopping Baju Raya di Butik Haqqi Shah Alam

Hai, selamat hari raya. Eh, terawal pulak hahah. Puasa belum pun separuh lagi, dah tak sabar nak beraya. Sebenarnya persiapan raya untuk diri saya sendiri, sebelum bermula Ramadhan lagi saya dah uruskan. Kenapa? Sebab kononnya malas nak bersesak shopping waktu bulan puasa. Tapi kelengkapan raya untuk mak dan ayah belum beli lagi. Tengok kawan-kawan ramai post kat social media pasal butik Haqqi, macam menarik pulak. Butik Haqqi merupakan hab produk kelengkapan ibadah haji, umrah, dan fesyen patuh syariah. So hari Ahad yang lepas saya ke butik Haqqi untuk belikan kurta untuk ayah. Gigih betul ke Shah Alam tau, sebab kawan-kawan cakap kat sana banyak pilihan dan harganya berbaloi-baloi.


Plan awalnya memang nak pergi cari kurta semata-mata je. Tapi eh bila dah masuk ke butik Haqqi, tershopping untuk diri sendiri la pulak. Banyak la pulak terberkenan baju-baju kat sana. Serious banyak betul pilihan kat sana dan semuanya lawa-lawa. Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Buat seketika saya jadi lupa niat asal saya ke sana adalah untuk belikan kurta buat ayah. Saya jadi lupa bahawasanya saya dah pun beli baju raya untuk diri sendiri. Ralit sangat duk belek-belek baju raya kat sana. Saya sempat fitting beberapa pasang baju raya yang saya berkenan.


Suasana kat sana tak payah cakap la, memang ramai betul orang. Tak henti-henti orang datang beli persiapan raya kat situ. Nasib baik fitting room pun ada banyak, taklah kena tunggu lama sangat untuk fitting baju. Oh ye, selain baju raya, butik Haqqi juga turut menyediakan kelengkapan umrah dan haji. Pakaian raya kat situ pun semua patuh syariah. Terdapat dari saiz XS hingga XXXL.


Lama tau saya kat sana sebab tak boleh nak buat keputusan yang mana satu nak beli. Berjam-jam jugak la. Nak kena beli lagi ke sedangkan baju raya dah beli? Tapi kalau tak beli kang nanti balik rumah teringat-ingat. Lepas dah fitting beberapa pasang baju, end up saya beli yang lain haha. Almaklum banyak sangat, rambang mata jadinya. Fitting yang lain, tapi beli yang lain.


Yang bestnya kat butik Haqqi ni, dekat musim raya macam ni dorang selalu buat jualan happy hour. Meriah sangat-sangat. Masa saya kat sana, sempat tengok dorang buat jualan happy hour. Baju kurung lace yang harga hampir RM300, boleh dapatkan dengan harga RM150 sahaja waktu happy hour. Mahunya tak tergoda kan? Haha. Kurta dan baju melayu pun murah-murah dan banyak pilihan. Kurta dijual serendah RM60 untuk 2 helai. Murah teramat weyh. Untuk ayah saya belikan kurta Izzuexclusive dengan harga hanya RM45 selepas diskaun! Berbaloi sangat sebab material sangat bagus dan design pun cantik. Rasa berbaloi sangat nilai wang.


Baju raya saya? Hmm mana boleh tunjuk lagi. Nanti tak surprise la! Yang saya duk tunjuk kat sini semua bukan baju raya saya tau. Ini semua yang saya fitting semasa dalam proses nak decide beli yang mana. Tak beli pun walaupun berkenan. Saya beli yang lain. Nak tahu, tunggu la raya nanti. Sedikit sebanyak saya rasa menyesal jugak la sebab dah beli baju raya berpasang-pasang sebelum bulan puasa. Kalau belum beli, mesti saya dah sambar baju-baju yang saya fitting kat Haqqi ni. Boleh la beli lebih dari sepasang kat butik Haqqi. Harga pun berbaloi-baloi beli musim raya ni.


Lokasi butik Haqqi kat Shah Alam ni sederet dengan Wisma Jakel. Ini merupakan HQ butik Haqqi. Selain kat Shah Alam, butik Haqqi juga terdapat di TTDI dan di Bangi Sentral. Korang boleh rambang mata kalau ke butik Haqqi ni. Baju-baju raya sekarang ni tengah dilelong dengan kadar harga yang tak masuk akal. Murah sangat! Stress pulak kita yang tengok ni, takut terover beli banyak sangat. Kalau korang tinggal jauh, boleh beli online jugak.

NO 37, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
info@haqqi.com.my
03-5523 6430

31 comments:

  1. Ada tengok kawan2 duk share pasal butik ni..harga kurta pun murah gak ye.. Koleksi baju2 dia pun cantik2 zaza tengok.. Oh ya emi dah beli ke baju raya? Hehe.. Zaza belum cari lagi..

    ReplyDelete
  2. Maybe I should visit this place soon to get some Kurta for my kids for Raya. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. The prices are so friendly, and it is timely when all Muslim friends re looking for new baju Raya! I would drop by too if I lived nearer. Gah!

    ReplyDelete
  4. butik ni nampak bagus lah... boleh bershopping dengan puas di butik ni.. untuk baju raya.. banyaknya pilihan..

    ReplyDelete
  5. Cantik2 koleksi baju dkt haqqi ni.. Siap buat lelongan tu... Rugi siapa yg xgrab koleksi dr haqqi ni kan.. Tgk rmi juga yg serbu lately...

    ReplyDelete
  6. Banyak juga pilihan baju yang ada. Semua cantik cantik belaka. Mesti rambang mata nak pilih baju raya kan. Kalau akak mahu ambil masa nak pilih baju.

    ReplyDelete
  7. cantik baju-baju dia ye..ingat kelengkapan haji danumrah je, tapi ada baju raya juga..bolehla tengok nanti..baju raya pun belum nbeli

    ReplyDelete
  8. Cantik-cantik semua design baju di haqqi. Nanti nak shopping baju ooen house kat sinilah...

    ReplyDelete
  9. Oh wow! cantik nyer semua baju kat situ, kebetulan i pun tengah cari baju raya so will check it out.

    ReplyDelete
  10. sama la kita, saya pun sebelum puasa lagi dah beli siap2 baju raya...malas nak bersesak kat shopping mall time bulan puasa..dah la dengan letih berpuasa lagi..tapi kalau baju lawa2 cam kat butik haqqi ni, mmg daku pun boleh tergoda beli gak baju raya lagi..haha..raya kan sebulan...

    ReplyDelete
  11. Cecantik laaa design baju raya kat sini. Tergoda kita! Harga pun cun!
    Awak.... Baju purple yang awak try tu cantik ngan awak!

    ReplyDelete
  12. memang lawa-lawa design dekat butik HAQQI nih
    jealous pula tengok
    hehe

    ReplyDelete
  13. Akak pun dah pilih jugak Jubah kat Haqqi, cantik dan berkualiti, harga pun reasonable dan murah..suka tengok ramai kawan2 terjah butik Haqqi ni..tahun ni meriah raya dengan pakaian dari Haqqi kan..yang belum beli kerna cepat pergi beli..dengarnya ada lelong lagi Malam Jumaat nanti kan

    ReplyDelete
  14. wah ramainya blogger ke sini ya! nampak pun murah2 dan cantik belaka! nanti nak terjah lah mana tau ada yang berkenan

    ReplyDelete
  15. Cantiknya warna purple baju yang last tu. Nampak menyerlah sungguh. Baru tau kat Haqqi ni ada RTW Nur Sajat. Ingatkan fokus untuk barangan umrah dan haji ajer. Banyak pilihan dah eh?

    ReplyDelete
  16. Cantiknya baju yang Emi pakai tu. NIe dapat tahu yang Haqqi akan buat jualan Happy Hour yang harga gila-gila tu - terus rasa macam nak terjah.

    ReplyDelete
  17. Walaupun butik Haqqi ni jauh sikit dengan Bella (Bella di Kajang) tapi nampaknya banyak juga choices baju2 wanita dan lelaki yang ada. Boleh lah kalau ada masa free, Bella pergi ke Shah Alam sana. Dah la Shah Alam ni pun terkenal dengan tempat banyak choices baju2 dan tudung2 ni. Hehe

    ReplyDelete
  18. wah, emi ke haqqi juga.
    best tgk semua bloggers shopping ramai2 di sana.
    siap ada happy hours!
    menarik jugak fesyen yg ada yg aida tgk dlm gambo tu.
    harga pun ok. berbaloi lah kalau jumpa pilihan hati di sini, emi.

    ReplyDelete
  19. Kita tak sangaka juga yang Butik Haqqi ni ada banyak koleksi yang cantik dan menarik serta saiz yang sesuai dengan kita. Lepas ni boleh shopping lagi kat sini tak semestinya waktu musim perayaan jer...

    ReplyDelete
  20. Murah sangat tu harga happy hournya !! Kalau zharif datang sini pon confirm keliru xtahu nk pilih yg mna satu. Banyaknya koleksi cantik2 di Butik Haqqi. Nak terjah lah nanti !!

    ReplyDelete
  21. Wah shopping sakan.tuh la ramai betul orang suggest haqqi. baru je bagitau kakak pasal butik haqqi nih..nanti bila dah free nak g sana..boleh shopping baju raya kat sini..hehe

    ReplyDelete
  22. Wah makin banyak pilihan di Haqqi tahun ni. Tahun lepas yaya beli online telekung diorang. Nak cari baju raya untuk tahun ni kat Haqqi la hee

    ReplyDelete
  23. Suka sangat tengok koleksi pakaian wanita dan lelaki kat sini . Cantik juga rekaan dia dengan pelbagai pilihan Dan warna .Harga pun murah dan berbaloi . Yang menarik siap ada kelengkapan haji sekali .

    ReplyDelete
  24. Both are equally nice but i like the ash purple one more, i makes you look slimmer. That's my opinion only.

    ReplyDelete
  25. Kita pun dah gi shopping baju raya di Haqqi Shah Alam. Ingat ke dorang jual kelengkapan untuk umrah je. Rupanya baju raya pun semua ada. Dah berjaya rembat kurta izzue exclusive 2 helai, hehe.

    ReplyDelete
  26. Thanks for sharing with us sayang. Happy Hari Raya in advanced ya.

    ReplyDelete
  27. cantik nya baju baju raya ini. i love the colors

    ReplyDelete
  28. Cantiknya the baju-baju Melayu, did you manage to get one for yourself? With the price so affordable, they surely provide so many pretty choices for consumers.

    ReplyDelete
  29. I love to shop especially if it offers huge discount! How many dresses did you bought?

    ReplyDelete
  30. Amboi..posing sakan kan? Haaa...baju dia semuanya cantik2 belaka tak reti nk pilih sbb rambang matakan?

    ReplyDelete
  31. Cantik jugak baju2 dia ya..
    Senangla org Shah Alam..boleh pi try n beli dekat sini ja

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.