Buffet Ramadhan 2018 – Berbuka Puasa di Restoran La Maison, Silka Maytower KL - emilinda

Tuesday, May 29, 2018

Buffet Ramadhan 2018 – Berbuka Puasa di Restoran La Maison, Silka Maytower KL

Tercari-cari juadah berbuka puasa style kampung? Haaa, ni nak suggest pakej buffet Ramadhan kat satu restoran di tengah KL. Restoran La Maison yang terletak di Silka Maytower Kuala Lumpur ni menyajikan variasi masakan kampung untuk para pengunjung. Oh ye, kalau korang nak shopping baju raya sekitar Jalan TAR atau nak ke Jakel Mall pun memang tersangatlah dekat. Lokasi Silka Maytower ni betul-betul berhadapan dengan Jakel Mall. Kot-kot la ada plan nak bawa family shopping baju raya kat Jakel Mall atau kawasan sekitarnya, boleh la berbuka puasa di Silka Maytower terus.


Juadah-juadah yang disajikan di Restoran La Maison ini disediakan oleh Chef Mohd Fazi bin Ramli (Chef Fazi) yang merupakan Executive Chef di Silka Hotel. Buffet Ramadhan di Silka Maytower ini bermula jam 6 petang sehingga 10 malam dari 17 May 2018 sehingga 13 June 2018. Signature dishes dekat buffet disini ialah Nasi Kabsah Kambing, Daging Masak Kawah, dan Lemang dengan Rendang Ayam Kampung. Of course lah saya tak lepaskan peluang merasa nasi kabsah kambing. Haha kat mana ada kambing, kat situ la ada saya. Memang penggemar kambing.

Nasi kabsah kambing

Rendang ayam kampung

Pelbagai menu yang membuka selera dihidangkan di buffet Ramadhan Silka Hotel. Saya tak nak membebel panjang lebar lagi dah. Korang layankan je gambar-gambar makanan yang sempat saya tangkap semasa kat sana. Ada banyak lagi yang tak sempat saya tangkap.

Antara lauk pauk yang mencuri hati saya

Variasi kerabu

 Kuih-muih

 Goreng-gorengan

Pencuci mulut

Menu kesukaan saya di sini? Haaa ada beberapa menu yang sangat-sangat saya gemari disini. Antaranya ialah sate. Sate kat sini lembut dagingnya, diperap dengan perapan yang sangat sedap. Kuah sate pun memang sedap, kena dengan tekak saya. Selain itu, paling saya suka adalah telur itik masak lemak. Serious telur itik masak lemak kat sini sedap, sama macam mak saya masak. Telur kuning dia tu tak terlalu keras, pandai dia bajet tempoh masa untuk telur tu masak. Saya siap makan bertambah telur itik masak lemak kat sini. Ayam masak merah pun sedap, memang style kampung sangat cara dia masak. Sambal udang tak payah cerita la, memang umphhh sesangat. Berselera je makan hari tu.

 Sambal udang

Sate

Telur itik masak lemak

Ayam masak merah

By the way, saya suka suasana berbuka puasa di Restoran La Maison, Silka Hotel ni. Kenapa? Sebab jarak antara setiap meja tak terlalu dekat. Pihak Silka Hotel tak terlalu tamak ambil customer terlalu ramai pada sesuatu masa. Senang cakap, tak crowded sangat. Nak ambil makanan tak perlu bersesak-sesak. Nak bergerak pun punyai ruang yang mencukupi.

Harga buffet Ramadhan di Restoran La Maison, Silka Maytower KL adalah RM65 (dewasa), RM35 (kanak-kanak 6-12 tahun), RM45 (warga emas 60 tahun ke atas). Saya kira kadar harga sebegini sangatlah berpatutan dibandingkan dengan tempat lain. Bahkan harganya sangat berbaloi dengan kelazatan hidangan yang disediakan. Untuk tempahan buffet Ramadhan di sini, boleh telefon ke nombor 03-26929298 / 016-2011655 atau boleh juga emailkan ke sales.maytower@silkahotels.com .

35 comments:

  1. Betul emi.. Biasa kalau ada jarak ruang antara meja2 jauh skit bru rasa selesa dan senang nak bergerak.. Btw menu2 dia sedap2 zaza tgk 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, itu salah satu faktor yang buat customer selesa makan2 kat sesuatu tempat

      Delete
  2. Menarik menu yang ada. Bulan puasa, ramai yang cari menu kambing untuk berbuka puasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kambing dah macam jadi menu wajib dah

      Delete
  3. siap ada lemang dan rendang tu..kasi mood raya pada yang datang.. tengok sambal udang nya tu buat lapar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tetiba tak sabar nk raya sebab nak makan rendang dan lemang

      Delete
  4. Bagusla dekat dengan jakel dan jalan tar..lepas buka leh shoping kan..jarang makan telur itik..nampak sedp nengoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, senang nak shopping bulan2 puasa ni

      Delete
  5. wah.. TB baru bercadang nak survey baju raya dekat area jalan tar tu.. nanti kalau dah terlajak sampai berbuka.. boleh la try makan dekat Silka Hotel ni.. try buffet ramadhan dia. harga pun berpatutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa jangan lupa plan sesiap dan book berbuka kat sini.

      Delete
  6. Kita suka hotel yg sediakan masakan kg sbb xsmua hotel ada menu kampung... Bgusnya servis dia..meja xterlalu dkt sng bergerak dan xcrowded mcm sllu org gi mkn buffet kan.. Harga pon berbaloi utk mkn buka puasa bln ramadhan dgn fmly tersayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekak melayu kan, puasa2 ni nak jugak masakan kampung.

      Delete
  7. Wah, jarang kan hotel setiakan makanan kampung banyak macam ni. Biasa menu kg tak banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu takpe. Biasanya menu kampung sikit je

      Delete
  8. Nasi kabsah kambing tuh nampak menarik dan sedap plak tapi akak tak makan kambing la

    ReplyDelete
  9. Harga RM65? Murah tu especially untuk bufet di tengah KL. Lazat sungguh, especially gorengan tu. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah rm65 tu considered murah kalau tengah2 kl.

      Delete
  10. Aduhai... Mengancam betul menu makanan yang disediakan. Harga pun berbaloi sangat! Setakat ni rasanya belum lagi rasa nasi kabsah untuk berbuka. Bolehlah cuba di sini nanti!

    ReplyDelete
  11. I've stayed at Silka Maytower before but did not realise that they have buffet Ramadan promotions as well. Next time I will go for its food cos this looks really good and budget-friendly as well.

    ReplyDelete
  12. Macam menarik je ni..selalu dengar nama Silka Maytower tapi tak pernah pergi pun..makanan semua menarik dan nampak sedap..harga pakej pun murah sebab bawah RM100

    ReplyDelete
  13. Honestly , Ty tak pernah pun tahu kewujudan hotel ni. tapi pa pun menu berbuka puasa dia sangat mengancam betul . xkeruan la klu dapat makan kat sini

    ReplyDelete
  14. wow menariknya nampak!  pelbagai pilihan ada sebenarnya kan? nanti nak cubalah makan dekat sini. nampak macam sedap sangat

    ReplyDelete
  15. Bestnya kalau berpeluang berbuka kat situ. Menu nya menarik. Telur itik masak lemak kita pestime rasa baru baru ni mil masak. Sedap rupanya.

    ReplyDelete
  16. Ari ni byk aida baca review berbuka. Aduhai. Pengsan da ni ha ha ha...
    Masakan kampung is pilihan aida la. Lauk-pauk yg dekat di hati, kan. Perut pon kenyang :-)

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat berbuka kat tempat yang sedap dan menarik macam ni kita tak tahu bila nak makan kat tempat exclusive ni.... Harga pun boleh tahan menarik dan mampu beli....

    ReplyDelete
  18. Not bad for the pricing. seems so affordable for so much choices there. surely eat till i drop there... hahaha...

    ReplyDelete
  19. All my favorite food under one roof, this place is really near to my house, since the price is so affordable, I'm gonna book myself a place this week.

    ReplyDelete
  20. ya Allah tak kuaddd rasanya membaca entri Emi nie pagi-pagi. rasa macam nak ngapp je semua benda. udang masak sambal petai and rendang ayam tu nampak menyelerakan sangat ! harga 65 ringgit je pulak tu. wow !

    ReplyDelete
  21. Sedapnya udang and telur itik masak lemak tu...favourite akak sangat tu...
    Mengences betul tengoknya...
    Harga pun consider affordable lagi la...
    Aduh tahan perut..tahan perut

    ReplyDelete
  22. Rendang Ayam Kampung tu sedapnya. Tengah Kl dapat harga buffet macam ni . Yang lain pun sedap . Murah Dan berbaloi.

    ReplyDelete
  23. Sedap yer semua lauk pauk di Buffet Ramadan Silka Maytower ni. Harga pun affordable. berbaloi sangat nak cuba

    ReplyDelete
  24. akak memang sejenis tak boleh nak tengok rendang2 yang bergelimpangan dengan minyak ni.. terus ya tohann sedappnyeee.. hahaha.. lagi satu, harga yang ditawarkan pon boleh tahan berpatutan untuk rakyat marhein .. anyway, thanks for sharing the info..

    ReplyDelete
  25. Terliur tgk sambal udang tu.. Sekali dengan petai ke tu? Kalau sekali petai mmg asyikkk la makan. Menu di Buffet Ramadhan ni semua mmg kena dgn selera saya. Harga pun berpatutan ni mmg boleh sangat nak plan berbuka sini next week.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.