Cremorlab Mineral Treatment Essence & Fresh Water Gel. - emilinda

Tuesday, June 28, 2016

Cremorlab Mineral Treatment Essence & Fresh Water Gel.


Sejak usia makin meningkat ni, minat aku terhadap produk kecantikan dan penjagaan diri semakin menebal. Pantang tengok ada produk yang menarik, nak cuba aje. Especially kalau produk skincare dan kosmetik dari Korea. Siapa tak mahu cantik, tak gitu? Almaklum la, kulit kita tak semulajadi lawa macam sesetengah orang yang tak pakai pape pun dah cantik. Isk. So kena la usaha untuk jaga kulit sendiri agar lebih sihat dan berseri. Gittew! Kali ni aku nak review 2 produk dari brand Cremorlab. So far ini merupakan kali pertama aku try produk Cremorlab. Selalu je baca review best-best pasal produk Cremorlab ni. Aku memang berhantu sikit dengan produk Korea ni, hihi. 


Aku perasan fokus utama produk Cremorlab ni adalah untuk hydrating. Dua produk Cremorlab yang aku maksudkan tu adalah Cremorlab Mineral Treatment Essence dan Cremorlab Fresh Water Gel. Masa memula tengok packaging produk ni, i was like omg comelnyaaa! Packaging dia sangat menarik perhatian, ada doodle art gitu. Ralit pulak aku duk belek botol dia. Hahah.

Cremorlab Mineral Treatment Essence || RM 136.80/270ml

Let me go through one by one. Kita cakap pasal Mineral Treatment Essence dulu. MINERAL TREATMENT ESSENCE ni fungsinya adalah untuk hydrating, pore care, anti-wrinkle dan juga untuk memutih. Dalam bentuk cecair jernih yang langsung tak oily. Fresh je bila sapu kat muka. Aku asyik nak apply aje benda alah ni kat muka, sebab rasa segar. Dah pakai pun, kejap lagi rasa nak pakai lagi. Hahah. And oh, memang takde bau yang pelik-pelik ye. This part paling aku suka. Yela, mostly produk skincare lain ada macam-macam bau yang kadang-kadang boleh buat kita rasa pening. Yang ni takde bau pelik weyh, suka. Mineral Treatment Essence ni bebas dari Paraben, pewarna tiruan, pewangi, alkolhol, mineral oil, Petrolatum dan Benzophenone. Ianya mengandungi bahan mineral semulajadi yang membantu mengecilkan liang pori, mengurangkan kedutan, dan mencantikkan texture kulit. Kiranya boleh mengembalikan seri kulit yang asal.


Cara penggunaannya senang aje. Boleh guna kapas atau guna jari je, tak kisah. Tapi kalau guna jari, make sure jari tu dah bersih dari kotoran. Eh suka sangat haa dengan Mineral Treatment Essence niii. 

The watery texture


FRESH WATER GEL pulak tak kurang menariknya. Yang ni dalam bentul gel berwarna putih susu. Gel ni takde la merimaskan bila sapu kat muka sebab texture dia agak light. Tak oily, tak sticky! Cream gel macam ni la yang aku suka. Krim ni berfungsi sebagai pelembap, soothing gel dan juga melindungi kulit dengan cara membina lapisan lembap yang bertujuan untuk protect kulit. Gel ni mengandungi Bulgarian rose oil yang sangat bagus dalam memberi kelegaan kepada kulit dan sangat senang meresap ke lapisan dalam kulit.

Cremorlab Fresh Watery Gel || RM 126.20/100ml


Bila nak guna Fresh Water Gel ni? Sapu kat seluruh wajah setiap pagi dan malam lepas dah pakai toner dan eye cream. Like seriously bila dah sapu kat muka, boleh rasa kot kulit tu lebih lembap. Macam kulit aku ni jenis yang more to dry skin, so i'm totally happy with this 2 products! Memang sangat bagus untuk melembapkan kulit. Kulit muka pun rasa tegang je lepas sapu Fresh Water gel ni. 


Sebab immediate effect yang kita boleh rasa lepas sapu kat muka tu, aku rasa nak aje bawak Fresh Water Gel ni letak kat ofis. Yela, berjam-jam dalam air-cond, muka sometimes rasa rimas sangat. So macam nice jugak la kalau sambil-sambil duk hadap kerja tu, main sapu benda alah ni kat muka. Kekeke. Over sangat kau ni Emi. Kang officemates pandang semacam aje. Hahah.


Kat mana nak dapatkan produk Cremorlab ni? Ada dijual di Watsons terpilih : Alamanda, One Utama, Paradigm Mall, The Mines, Citysquare JB, KLCC, dan Suria Sabah.


1 comment:

  1. betul tu langsung takde bau pelik pelik kan.... btw just found ur blog while blogwalking, nice blog...

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.