Thursday, June 9, 2016

Pakej Buffet Ramadhan Laman Kayangan Shah Alam 2016.


Ramadhan dah pun bermula. Setiap kali Ramadhan, selain beribadah semua orang pun duk kalut fikir berbuka nak makan apa. Kan? Haha. I know...kita semua sama sahaja. Pasal makanan takleh tolak tepi. Kadang puasa belum start lagi dah sibuk fikir nak book tempat berbuka puasa. Lagi best bila dapat berbuka beramai-ramai dengan family or rakan-rakan bersama hidangan buffet pilihan hati. Salah satu port buffet Ramadhan yang menjadi pilihan saban tahun adalah Laman Kayangan, Shah Alam. Every year mesti rasa macam rugi sangat kalau tak pergi berbuka puasa dekat Laman Kayangan ni. Buffet Ramadhan di Laman Kayangan pada tahun ni bertemakan Asean Bazaar. Hidangan yang disediakan tentulah masakan dari negara-negara Asia.

Sebelum aku ceritakan detail tentang harga dan cara booking seat, jomlah kita cuci mata tengok antara gambar menu yang dihidangkan kat sana. 

Kambing! Yang ni menu wajib bila makan buffet. Rasa tak lengkap kalau takde kambing

Grilled lamb merupakan menu pertama yang aku ambil setiap kali ke sini.


Yang ni Vietnamese roll ke apa ntah nama. Not bad.

Zoom sket bila dah campur kuah sos.






















Harga untuk pakej buffet Ramadhan di Laman Kayangan adalah :
RM59.00 untuk dewasa
RM35.00 untuk kanak-kanak dan warga tua


Antara menu yang disediakan pada buffet Ramadhan tahun ini,

Masakan Malaysia: Kerabu, Keropok, Ulam-ulaman, Pelbagai jenis sambal, telur masin, sambal bilis goreng, paru berlado, ikan masin, nasi putih, nasi special, ayam masak merah, ayam goreng berempah, daging masak kicap, sotong sambal, kari ikan pari dan bendi, ikan masak asam pedas, tumis kacang panjang dengan telur, bayam tumis air, telur kurma, bubur lambuk, nyonya mee curry, cucur udang dan keropok lekor.
Masakan Vietnam: Vietnamese beef noodles soup, vietnamese spring rolls
Masakan Indonesia: Gado-gado, pecal sayuran, urap seafood/daging/ayam, Sup sapi, Nasi Kuning, Opor ayam, Semur daging dengan kentang, keli goreng berlado, tempe goreng, tauhu sambal, bakso, soto.
Masakan Thailand : kerabu ayam, kerabu mangga, kerabu soo hoon dengan seafood, tom yam special, nasi putih, nasi goreng tahi, daging masak curry, ayam masak hijau dengan saun selasih, sotong kari merah dengan rebung, kailan ikan masin, mee celup campur.
Masakan Singapura : Singapura Chicken Rice, Rojak Singapura, Singapura Fried Mee Hoon/Fried Kway Teow
Masakan Brunei : Nasi Kabulu, Nasi Bukhari, Ayam Masak Kunyit, Daging Rebus Kedayan, Sayur Betik Muda dengan Ikan Bilis.


Selain datang bersama keluarga atau rakan terdekat, kalau nak booking untuk majlis buka puasa ofis atau mana-mana organisasi pun boleh jugak. Terdapat pakej yang lebih jimat seperti dibawah :


  • 10 meja = RM5,900.00 || Percuma : 1 Meja & 5 pax, 100 special gift ramadhan, discount coupon for next puchase
  • 20 meja = RM11,800.00 || Percuma : 2 meja & 5 pax, 2 VIP seating tables, 200 Special gift ramadhan, discount coupon for next purchase (percuma 2 hamper raya, 2 buntings & projector, PA system)
  • 30 meja = RM17,700.00 || Percuma : 3 meja & 5 pax, 3 VIP seating tables, 300 Special gift ramadhan, discount coupon for next purchase (percuma 3 hamper raya, 2 buntings, backdrop 10' x 10', projector & PA system)
  • 40 meja = RM23,600.00 || Percuma : 4 meja & 5 pax, 4 VIP seating tables, 400 Special gift ramadhan, discount coupon for next purchase (percuma 4 hamper raya, 2 buntings, backdrop 10' x 10', projector & PA system)



Untuk sebarang pertanyaan / tempahan, bolehlah hubungi talian berikut:
013-435 7935 / 017-556 3711 / 019-311 7443 / 03-3359 0561 / 017-218 1875 / 012-699 6634 
/ 011-1878 4681

Emel : info@segiseri.com

Laman Kayangan
Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor
Seksyen 7, Shah Alam


3 bLOggEr cUmiL:

I N A A I N A A said...

Rindu nak berbuka kat Laman Kayangan ni.. Rindu suasana kat sini... pergghhh

Nadia Johari said...

Sedap betul semuanya..macam2 ade

Mommy Cici said...

walaupun bukan peminat kambing, tapi teruja tengok . yummy. harga pun affordable