review,

Dengan TAG La, kini boleh missed call barang yang hilang,

June 26, 2016 emi 4 Comments


Ada tak antara korang yang selalu hilang barang? Asyik lupa letak kat mana, lepastu habis satu rumah kena selongkar semata-mata nak cari barang tu. Tak tahu la nak cakap ini merupakan simptom orang yang pelupa atau apa, tapi macam hampir semua orang pun pernah alami situasi macam ni. Bila dalam situasi macam ni, memang stress sangat especially kalau kita nak cepat. Boleh hilang mood tahu. End up seharian haritu buat satu kerja pun tak jadi, sakit hati punya pasal.


For example, my mom selalu lupa dia letak purse dia kat mana. Like seriously drama cari purse tak jumpa-jumpa ni kami dah hadap sejak dari kecik sampai la sekarang. Ahahaha, no my mom belum nyanyuk lagi. Masih sihat walafiat. Cuma dia selalu lupa kat mana dia letak purse dia. Pastu bila nak ke mana-mana mula la dia kelam kabut cari. Sometimes tak jumpa pun, terpaksa tangguh nak keluar. Selongkar sana-sini, duduk termenung cuba ingat, bebel kat kami ni kononnya kami yang sorok or alihkan, macam-macam. Kadang-kadang lepas dah siap kemas satu bilik pun masih tak jumpa. Lagi geram bila last-last purse dia tu kami jumpa dekat tempat yang dah berkali-kali kami check sebelum ni. Rupanya ada je terselit. Hahah.


Jangan kata emak aje, aku sendiri pun kerap mengalami situasi macam ni. Tapi kebiasaannya aku tak hilang purse. Dalam purse ada duit, memang tak la aku nak letak merata kan. Purse biasa memang aku letak je dalam handbag. So purse aku memang akan ada dalam salah satu handbag aku, no doubt memang kat situ je. TAPI ada satu benda yang lagi penting ni yang aku selalu lupa letak kat mana iaitu spek mata / kacamata. Untuk si gadis rabun macam aku ni, spek mata memang sangat penting. Takleh buat kerja weyh kalau takde spek. Hahah. Normal kalau bangun dari tidur je, aku tergagau-gagau cari spek, lupa letak mana. Almaklum, aku ni kalau tidur memang selalu beralih tempat. Elok-elok tidur dalam bilik, tengah-tengah malam kang tanpa sedar aku bangun pi tidur kat ruang tamu. Kadang-kadang bila bangun keesokan hari, elok aje landing dekat lantai kat ruang tamu. Hahah. Then nak pergi kerja memang kelam kabut la cari spek. Ibarat orang buta kalau takde spek. Dah la kerja memang seharian nak kena menghadap skrin laptop! Mula la merungut.

"Kalau lah boleh call spek tu macam kita call orang kan bagus!"

Baru-baru ni aku dah jumpa satu penyelesaian bagi masalah aku ni. Ternyata tak mustahil untuk aku buat missed call terhadap spek aku tu. Ada sejenis alat yang direka khas untuk manusia yang sering kehilangan barang macam aku ni iaitu TAG La Bluetooth Tracker. TAG La Bluetooth Tracker ni merupakan produk keluaran syarikat Malaysia sendiri iaitu TAG La Trading. Serious aku excited bila dapat tahu wujud alat yang macam ni.




Macam mana TAG La ni berfungsi? Okay sebelum aku terangkan macam mana ianya berfungsi, aku nak bagitahu bahawasanya saiz TAG La ni kecik aje, memang muat sangat la nak letak dalam purse, dalam bekas spek, nak gantung kat kunci, atau nak letak kat apa-apa barang yang korang sellau lupa tu.


Kat bawah ni aku senaraikan beberapa fungsi menarik TAG La Bluetooth Tracker :

  1. Boleh missed call barang korang yang hilang tu. How? Make sure korang letak TAG La tu bersama dengan barang korang tu. So bila korang nak cari barang tu, just tekan button "Alert" kat phone korang. Then TAG La yang korang letak bersama-sama barang korang tu akan berbunyi dengan sangat kuat.
  2. Hilang phone? Haaa pun korang boleh detect phone korang kat mana. Caranya senang! Korang just press button dekat TAG La korang tu, nanti phone korang akan berbunyi walaupun korang dah silent phone tu.
  3. Alert korang kalau korang tertinggal barang penting. Kalau jarak TAG La dengan barang tu lebih dari 23 meter, automatik phone korang berbunyi. So korang takde la tertinggal barang penting. 
  4. Track location. Haaa ini sangat berguna kalau korang jenis yang selalu lupa parking kereta kat mana. Masa korang park kereta korang tu, press button dekat TAG La. So location kereta korang akan disimpan. Dah puas shopping bagai, klik je Location List kat phone korang. Nanti senang korang nak cari kereta korang. Berguna sangat ni.
  5. Lagi senang nak selfie! Weehoooo, fungsi yang ni paling aku suka. Takyah nak guna kayu selfie bagai. Korang setting betol-betul kedudukan dan jarak phone tu kat mana, then dah ready nak selfie korang just tekan button dekat TAG La satu kali. Cool, is it?
  6. Boleh record suara. 

Alhamdulillah, berkurang sikit masalah aku sejak ada TAG La ni. Masa dapat dijimatkan sebab tak payah susah-susah selongkar sana sini untuk cari spek setiap pagi. Aku letak je TAG La tu dalam bekas spek aku tu bila nak tidur.


Aku rasa TAG La ni bukan sahaja bagus untuk prevent dari kehilangan barang, tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa kat luar sana untuk memastikan keselamatan anak-anak. Almaklum la sekarang ni banyak kes kanak-kanak hilang, kes culik. Kita yang dengar pun rasa risau. Letak je TAG La ni dalam poket baju anak, or sangkut dekat rantai leher anak jadikan macam loket. Kalau jarak anak korang 75 kaki dari korang, automatik phone korang akan keluarkan bunyi untuk alert. i'm so gonna recommend this to my sisters. Dorang sangat risau nak bawak anak-anak keluar dekat mall or tempat awam yang lain, sebab takut hilang or kena culik. Sometimes kita dah hati-hati, tapi terleka tak sampai seminit je anak dah hilang. Dunia sekarang ni scary sangat tau!

Selfie lebih mudah dengan TAG La!

Pasal macam mana nak setting TAG La tu, don't worry ada disertakan manual cara penggunaan. Bila baca fungsi yang ditawarkan oleh TAG La ni, rasa macam mahal je gadget yang ohsem macam ni. Aku sendiri pada awalnya expect TAG La ni harga dia ratusan ringgit. Tapi rupa-rupanya hanya RM59 satu. Affordable sangatlah. Kalau korang nak beli, aku ada diskaun nak bagi kat korang. Ada 6 warna semua, pilih je nak warna apa. Kalau korang guna voucher code ni, boleh dapat discount 10%.


Voucher Code : rosniemilinda

Nak beli boleh beli kat :


Atau untuk lebih information tentang TAG La ni boleh check Website, Intagram dan Facebook diorang :



Semoga info yang aku share kali ini bermanfaat buat insan-insan yang selalu kehilangan barang. Kalau takut hilang suami pun boleh jugak letak TAG La ni dalam poket encik suami. Kekeke. 


You Might Also Like

4 comments:

JMR said...

cam power je alat ni..nak kena cari satu gak ni

yang baik said...

macam nak tag semua benda pulak... hehehe

Haaa...mudah sangat kan kalau ada tracker macam TAG La ni...Sally pun dah ada satu...rasanya nak kena letak dalam poket ibu masa pergi shopping..hahahahaha...sebab manjang hilang je lepas tu jumpa je dah penuh tangan..hihihi...

Anonymous said...

tq share��...sbb sy pun selalu missing brg2...��