beauty,

Mamonde bakal berada di pasaran Malaysia pada Ogos 2016.

June 06, 2016 emi 2 Comments



13 May yang lepas, AmorePacific Malaysia telah membuat pelancaran preview produk terbaru iaitu Mamonde. Mamonde berasal dari perkataan Perancis  bermaksud 'duniaku'. Produk Mamonde ni berasal dari Korea Selatan dan dijangkan akan mula dijual di pasaran Malaysia pada Ogos 2016, melalui pembukaan beauty counternya yang pertama di Aeon Bandar Utama. Terima kasih kepada AmorePacific Malaysia dan The Butterfly Project kerana menjemput aku untuk menjadi antara orang terawal yang merasai sendiri produk Mamonde ini. Kalau korang tak tahu, AmorePacific ni merupakan company yang sama untuk brand terkenal Korea yang lain seperti Laneige, Sulwhasoo, Etude dan Innisfree



Semasa di majlis pelancaran preview Mamonde, we're given an immersive brand experience as we enter the 'World of Mamonde'. Majlis dimulakan dengan pengenalan tentang brand Mamonde dan diikuti pula oleh exploration session ke dalam 'Taman Mamonde'. Dekorasi yang cantik, bagaikan berada dalam sebuah taman yang segar. Kami debri penerangan yang lebih jelas tentang R&D Mamonde yang menekankan 5 jenis bunga yang digunakan dalam formulasi Mamonde, teknologi sains bunga-bungaan, dan sifat-sifat bunga itu sendiri.




"Mamonde merupakan produk kosmetik dan penjagaan diri yang pertama di pasaran yang menggunakan hanya bunga-bungaan sebagai bahan utama dalam formulasi bagi semua rangkaian produknya." kata Margaret Chin, General Manager bagi Amorepacific Malaysia. Dengan pelancaran Mamonde di Malaysia, AmorePacific Malaysia akan mempunyai empat jenama dibawah syarikat tersebut iaitu Mamonde, Laneige, Sulwhasoo, dan Innisfree. 




Diinspirasikan Oleh Bunga-bungaan.

Bunga-bungaan dan kecantikan sememangnya sangat sinonim. Seringkali bunga dikaitkan dengan kecantikan. Mana tidaknya, fizikal bunga-bungaan tu sendiri dah memang cantik dan indah. Selain itu, bunga-bungaan ni kebiasaannya memang mempunyai kebaikan tersendiri. Bau bunga-bungaan itu sendiri mampu memberi kesan terhadap emosi dan fikiran kita, sangat menenangkan. AmorePacific Research Institute telah menemui hubungkait yang sangat rapat antara bunga dan kecantikan wanita.  Kajian yang lebih teliti kemudiannya dijalankan terhadap pelbagai jenis bunga-bungaan, bermula dari akarnya, batang sehinggalah kelopak bunga yang mana kemudiannya membawa kepada penemuan kuasa dan tenaga yang dimiliki oleh bunga-bungaan tersebut. Kajian membuktikan bahawasanya bunga-bungaan mengandungi bahan yang boleh melembap, menyubur dan memberi keseimbangan terhadap pengeluaran minyak pada kulit sekaligus memberi impak kulit yang berseri dan sihat.



Kajian selama bertahun-tahun diakhiri dengan permulaan inovasi yang unik dan formulasi yang menggunakan perahan dari bunga-bungaan untuk mengilhamkan kecantikan. AmorePacific menamakan inovasi ini sebagai Mamonde, satu jenama yang mengilhamkan kecantikan feminin dengan bunga-bungaan melalui teknologi sains bunga-bungaan. 



Mamonde menyerlahkan kecantikan wanita dengan menerapkan khasiat semulajadi yang ditemui dalam bunga-bungaan ke dalam produk mereka. Ini mengilhamkan mereka untuk menyediakan produk penjagaan muka  dan juga kosmetik yang amat sesuai untuk para wanita. 



Duta bagi produk Mamonde ni tak lain tak bukan, actress Korea yang menjadi kegilaan penggemar drama Korea, Park Shin Hye. Comel betul dia ni, kita yang perempuan ni pun suka tengok dia. Rangkaian produk Mamonde ni bukan sahaja set skincare, tetapi juga produk kosmetik. 



Antara produk kebanggaan Mamonde termasuklah First Energy Essence/Serum, Cover Powder Cushion, Age Control Power Eye Cream, Moisture Ceramide Cream, Lotus Micro Cleansing Foam, Rose Water Toner dan Floral Hydro Cream. 











I'm soooo in love with their cosmetics. Omg, ahaha lately ni sangat gila dengan barang mekap. Produk skincare pun suka jugak, tapi mata ni terlebih fokus dekat barang mekap. Lama tau duk tilik-tilik barang mekap Mamonde ni. I'm so gonna buy them later. Produk skincare dia semua wangi-wangi tau!

Oh by the way masa pelancaran haritu, kami ada buat aktiviti yang seronok. Kami diberi bahan-bahan untuk buat collage. Tapi bukan collage kertas tau. Kami disuruh buat collage menggunakan kelopak bunga. Omg i'm so excited walaupun tengah blank taktau nak create apa. Kami diberi 30 minit.


And here goes my flower petals art!! Buruk, is it? Hahah i don't care. We're just having some fun. 







So korang, jangn lupa dapatkan produk Mamonde ni pada bulan Ogos nanti ye!


You Might Also Like

2 comments:

Perghh exclusive hiler eventnya.. mesti produknya pun memang auummmlahhhh

ieyra h. said...

I'm liking their Rose Water toner! :D tak sabar nak tunggu August ni. Hehe