buffet ramadhan,

Menu tambahan di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat bersempena Ramadhan 2016.

June 19, 2016 emi 0 Comments


Kalau korang masih ingat, aku pernah ceritakan tentang D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam. Boleh baca SINI. Steamboat ni memang best kalau makan beramai-ramai dengan family or kawan-kawan. Aku kalau nak makan steamboat memang akan terfikir D'Kayangan Shah Alam. Sebab dah agak terbiasa makan steamboat kat situ. Dah sinonim sangat nama Grill & Barbeque Steamboat D'Kayangan Shah Alam ni. Bersempena bulan puasa ni dorang ada menu tambahan untuk berbuka. Steamboat and grill masih ada macam biasa. Menu lain yang ada pada hari-hari biasa pun masih ada seperti biasa. Cuma terdapat beberapa menu tambahan yang lain pada bulan Ramadhan.

Ikan patin masak tempoyak

Antara menu tambahan yang disediakan oleh pihak D'Kayangan Steamboat adalah Nasi Briyani Gam, Ayam Kampung Goreng Berempah, Gulai Kawah Daging Cincang, Gulai Kawah Ayam, Sup Tulang, dan Ikan Patin Masak Tempoyak. Maaf la, tak semua menu aku snap gambar. Sibuk makan aje kerjanya. Kekeke nampak makanan terus tak ingat dunia. 


Nasi Briyani Gam

Gulai Kawah Ayam

Ayam Kampung Goreng Berempah

Menu-menu lain tetap ada, sama macam waktu bukan bulan Ramadhan. Korang masih boleh enjoy makan steamboat dan grill, icy moonster dan sebagainya. Hihi.

Icy moonster. Sedap tau!




Lamb grill is a must!


Some desserts.






ABCDEFGHI..kekeke.




Nasi goreng, mee goreng, bihun goreng pun ada jugak.




Pakej berbuka puasa di D'Kayangan Steamboat and Grill ni hanya RM49.90++ untuk dewasa dan RM24.00++ untuk kanak-kanak (5 - 11 tahun). Restoran ni ada bahagian luar dan bahagian dalam. Kalau nak duk dalam penghawa dingin, boleh la request duk bahagian dalam semasa booking. Kalau rasa nak feeling-feeling angin malam, duduk je kat luar. Surau pun ada disediakan untuk pengunjung disitu.

Buffet Ramadhan 2016 D'Kayangan:
Bermula 06 Jun 2016 - 05 Julai 2016
5.00 pm hingga 1.00 am

Alamat:
No. 1, Apartment Servis Sri Acapella,
Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13
Shah Alam


Untuk tempahan korang boleh hubungi talian :
012-297 1091
017-507 6274
03-5523 4979

You Might Also Like

0 comments: