Berbuka Puasa Buffet Sajian Kampung di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur. - emilinda

Monday, June 20, 2016

Berbuka Puasa Buffet Sajian Kampung di Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur.


Around last 2 weeks tak silap aku berkesempatan iftar di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur. At first risau jugak sebab tak tahu macam mana nak ke Hotel Federal tu. Dah la hari bekerja, memang agak rushing la memandangkan bulan Ramadhan ni office hour hanya dipendekkan selama setengah jam. So everyday sepanjang bulan puasa ni aku habis kerja pukul 5 petang. Try google, katanya kat Bukit Bintang, berdekatan Low Yat. Okay, satu kali je aku pernah pergi Low Yat naik tren. Itu pun dah bertahun dulu. Nasib baik Sally cakap dia pun naik public transport jugak. So janji dengan Sally jumpa kat stesen monorail Imbi. Kalau sesat, sesat berdua. Gitteww, hahah. Nasib baik tak berapa nak sesat sangat. Yela, sebab berdua. Kalau sorang diri, sah-sah aku kelam-kabut dan agak menggelabah nak cari restoran tu.


Restoran Kontiki menyajikan Sajian Kampung Buffet bermula 10 June sehingga 2 July. Terdapat pelbagai hidangan yang boleh dipilih, lebih dari 100 hidangan. Menu yang disediakan di tukar setiap hari dengan 8 jenis menu yang berbeza. Suasana Restoran Kontiki ni sangatlah selesa. Aku teramat suka dengan susunan meja dan dekorasi yang sedap dipandang. Restoran Kontiki terletak bersebelahan swimming pool. 




Buffet Ramadhan dekat restoran Kontiki ni merupakan antara buffet Ramadhan yang aku rasakan menunya sedap-sedap dan memang teruja pun tengok pilihan hidangan yang banyak. Seriously recommended sangat-sangat. Menu dia sangatlah variety. Dekat bahagian dalam dah macam-macam menu, dekat bahagian luar pun ada jugak. Okay, taknak la bebel panjang-panjang sebenarnya. Korang layan je gambar-gambar makanan yang sempat aku snap. 

Hidangan kat bahagian dalam restoran

Yang ni pulak kat bahagian luar berdekatan swimming pool






























































Banyak sangat taktahu nak pilih apa kan? Ahaha, ini belum semua lagi tau. Tak larat nak snap semua. Memang banyak pilihan hidangan yang disediakan. Seriously taktahu nak makan yang mana dulu. Sedap-sedap pulak tu. 


Apa yang aku makan? First round aku ambik menu-menu yang macam dalam gambar-gambar kat bawah ni. Tamak betol, kan? Ahaha. Second round dengan third round memang aku dah tak ingat nak ambik gambar bagai dah. Dengan perut kenyang nya, usaha jugak nak habiskan. Lol.



Sate dia sedap sangat, cukup rasa.



Sajian Kampung Buffet Dinner dekat Restoran Kontiki, The Federal Kuala Lumpur boleh didapati bermula 10 Jun sehingga 2 July 2016, jam 6.30 malam sehingga 9.30 malam. Jangan lupa booking dulu, takut penuh. Buffet Ramadhan macam ni memang nak kena booking awal-awal, kalau tak memang meja fully booked la jawabnya.

Sajian Kampung Buffet Dinner
Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur
10 Jun - 2 July 2016, 6.30pm - 9.30pm
RM118 nett per adult, RM38 nett per child
50% off for senior citizen

Untuk booking, boleh call 03-21489166.


1 comment:

  1. Astagfirullah! Tergugat sungguh ena tengok menunya.. Terutama bab daging2 tu semua.. sluuurrrppp!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.