Percutian ke Langkawi. - emilinda

Wednesday, April 15, 2015

Percutian ke Langkawi.



Sepatutnya entry ni dua bulan lepas aku karang dan publish . Tapi entah apa yang aku sibukkan sangat , sampai tak sempat nak mengarang entry . Masa cuti Chinese New Year hari tu , aku dan kawan-kawan pergi bercuti kat Langkawi . Pergi 3 hari 2 malam ( 20-22 February 2015 ) . Actually kitorang ni dari zaman belajar lagi kemain plan nak pergi bercuti tapi asyik tak jadi  Ni dah tak lagi bergelar pelajar baru la berkesempatan pergi bercuti sama-sama . Bertolak berempat dari KL ke Kedah around pukul 1 pagi kalau tak silap . Aku , Nad , Yana dan Wan kawan Nad . Wan tak ikut pergi Langkawi , dia orang Kedah kebetulan nak balik Kedah time tu . Wan yang drive . Aku dan Yana elok je layan mimpi kat belakang , kahkah . Sampai dekat Kedah dah dekat Subuh , singgah hospital kat Sungai Petani buat surprise kat Wahida yang tengah kerja kejap . Wahida kena kerja hari tu , so dia takleh gerak sama - sama dengan kitorang ke Langkawi . Hari kedua kat sana baru dia join kitorang .

HARI PERTAMA 20 FEB 2015

Siap melepak-lepak di lobby hospital lagi pepagi buta

Lepas tu teruskan perjalanan ke  . Memandangkan ada baanyak lagi masa sebelum kitorang gerak ke Langkawi , so Wan bawak kitorang pusing-pusing kat Kedah tu . Pergi Menara Alor Setar pepagi buta memang takde orang . Breakfast roti jala dekat area stadium . Pusing - pusing lagi sekitar Kedah Jelapang Padi tu . Apa yang dapat aku simpulkan , life dekat Kedah memang lebih kurang dengan life dekat Kelantan . 

Menara Alor Setar

Apa tah nama masjid ni , lupa dah . Tapi cantikkk .

Memandangkan tiket ferry kitorang agak lambat lagi , tengah hari . So Wan bawak kitorang singgah makan kat rumah dia dulu kat Pokok Sena . Emak Wan siap suruh makan lagi kat situ . Perut aku ni pulak sejak dari KL sebelum bertolak ke Kedah lagi asyik masuk angin tak henti-henti . Nak makan pun seksa . Sampai kampung orang terus feeling-feeling balik kampung sangat ha . Ditambah pulak kampung yang penuh dengan sawah padi . Padahal kampung aku kat Kelantan pun ada padi jugak . Dan dan je bila kat orang lain punya kampung baru nak teruja tengok padi . Haha . Tapi seriously suasana kat kampung Wan tu buat aku teringat suasana kat kampung sendiri zaman aku kecik-kecik dulu . Zaman kecik dulu selalu jalan-jalan pusing kawasan sawah padi yang orang kampung aku usahakan , ikut abang dan adik-adik aku main waktu petang . Kejar rama-rama la , pepatung la . Kejar biri-biri yang ayah bela la . Haha . Rindunya . Tapi sejak dah tak kanak-kanak lagi ni , tiap kali balik kampung memang memerap dekat rumah je. Segan nak jalan-jalan pusing kampung .


Tengah hari sket , Wan hantar kitorang ke Jeti Kuala Kedah . Kitorang pergi time peak season , memang penuh la orang dekat jeti tu . Kebetulan seat aku dalam ferry tu betul - betul dekat dengan air-cond , memang sejuk gila . Ditambah pulak aku macam selesema siket time tu . Sampai Langkawi , makin menjadi-jadi selesema . Ambik teksi kat Jeti Pulau Langkawi ke airport sebab kitorang janji nak ambik kereta yang kitorang sewa tu dekat airport . Sampai airport , memang agak panas hati jugak la bila brader tu cakap kereta sewa yang kitorang nak guna tu ada problem sikit , kena tunggu kejap . Lama weyh tumggu , siap melantak dekat Marry Brown lagi nak tunggu kereta siap . Dah la penat . Sewa kereta untuk 2 hari tak silap aku RM200 , lupa dah . Dah dua bulan berlalu , memang dah banyak lupa lah . Kereta Viva kalau tak silap . Haha , memang dah banyak yang aku lupa ni . Lama sangat nak tulis entry sampai lupa serba serbi .

Hari pertama kitorang tak buat apa sangat . Penat sangat kot . Masing-masing tertidur , lepas Maghrib baru bangun siap-siap pergi makan . Oh ya , kitorang menginap dekat 8 Doors Inn berdekatan Pantai Chenang . Nad tempah awal-awal dekat Agoda . Satu bilik untuk dua orang , so kitorang tempah dua bilik . Satu bilik RM89 per night kalau tak silap . Actually boleh dapat yang lagi murah kalau pergi bukan time cuti perayaan macam ni . 8 Doors Inn ni memang dekat sangat-sangat dengan pantai Chenang , jalan kaki je . Underwater World pun depan tu je . Tapi kitorang tak masuk pun Underwater World . Waktu malam memang hidup betul suasana kat area situ , penuh dengan foreigner . Terus rasa macam tak duk kat Malaysia dah , kahkah .



Malamnya kitorang makan dekat restoran dekat-dekat situ je , dekat D'Khas Cafe . Lupa dah apa yang aku makan . Maggi goreng ke ? Dengan teh o panas . RM10 for both . Memandangkan time tu selesema aku makin teruk , memang tak larat dah nak pikir pape . Makan , survey-survey pakej island hopping , then jalan-jalan melepak dekat Pantai Chenang . Ada orang buat pertunjukan api . Bestnya kalau setiap hari dapat lepak kat pantai camtu .


HARI KEDUA 21 FEB 2015

Perancangannya nak bangun pagi-pagi pastu pergi naik cable car sementara tunggu Wahida sampai Langkawi . Wahida maybe around 12 tengah hari baru dia sampai . So aku , Nad , dan Yana plan nak naik cable car lepas tu naik parasailing . Pukul 2 nak pergi Island Hopping . Tapi memandangkan time tu musim cuti , ramai gila orang beratur nak naik cable car . Fikir punya fikir end up kitorang tak jadi nak naik cable car sebab kalau kitorang tunggu jugak nak naik cable car tu memang tak sempat la kitorang nak naik parasailing . Pukul 12 dah nak kena pergi pick up Wahida kat jeti . Faham-faham jela kalau pergi time cuti camtu , jalan nak masuk jeti tu memang jammed teruk . So kitorang bertiga pergi naik parasailing dekat Pantai Chenang . Actually bukan kat Pantai Chenang pun . Dorang akan bawak kita pergi satu pulau kecik dan akan naik parasailing dari pulau tu . Tak sure apa nama pulau tu . Before tu singgah makan dekat satu kedai ni , lauk pauk dia bagi aku sedap la . Not bad . Macam masakan orang Kelantan pun ada . Hihi .


Tak jadi naik cable car , bergambar jela . Haha

Get ready nak naik parasailing for the first time

Memula risau gak nak naik parasailing ni . Tapi dah alang-alang kat situ , try jela . Bila lagi kan ? RM60 per person . Mula-mula aku rasa macam mahalnya RM60 . Tapi bila dah naik , aku rasa berbaloi . Walaupun hanya sekitar 6 minit kat udara , tapi pengalaman tu memang priceless . Bila dah kat atas tu , tak sempat nak rasa gayat sebab dapat tengok pemandangan yang cantik dari atas . Dapat tengok pulau-pulau dan lautan dari atas tu cantik sangat sampai tak sedar senyum sensorang kat atas tu . Dengan tiupan anginnya , memang tak sempat pun nak rasa gayat . Haha . Omg seronok sangat-sangat naik parasailing ni . Nasib baik sekali naik RM60 , kalau sekali naik RM10 , dah berkali-kali kitorang naik . Hihi


Nasib baik landing smooth je tepi pantai . Nad pulak sampai terseliuh kaki dia sebab kaki macam terpeleot sikit masa landing . Bagi yang takut-takut nak naik parasailing ni , don't worry . Biasanya kalau kita tak biasa naik parasailing ni , sorang instructor dia akan naik sekali dengan kita  . Yang aku kagumnya , instructor tu tak pakai life jacket pun , dan hanya berpaut pada tali je . Instructor tu akan berpaut pada tali dan kiranya dorang akan berada kat belakang kita , Selit kaki dia sikit dekat tempat kita duduk tu so that dia tak terjatuh . Naik tinggi kot , tanpa pakai life jacket . Kalau jatuh kang sia-sia je . Instructor kat situ terdiri dari orang Thailand . Dorang boleh cakap bahasa Melayu jugak la . Dorang ni nampak je kurus keding tapi sekali tolak tarik bot memang kuat . 




Masing-masing muka puashati dah berjaya naik parasailing . Then kitorang balik ke Pantai Chenang , balik bilik tukar baju . Tak sempat rehat terus keluar konon nak pergi pick up Wahida kat jeti . Tapi jalan jammed pulak . End up Wahida naik teksi dan kitorang jumpa dekat tanjung apa ntah untuk pergi island hopping .

Wahida.

Island Hopping ni dia bawak pergi 3 tempat iaitu Pulau Dayang Bunting , Pulau Singa Besar , dan Pulau Beras Basah . Harga RM25 per person . Masa dekat Pulau Dayang Bunting tu , kena jalan dan mendaki sikit la untuk ke Tasik Dayang Bunting .

Dalam perjalanan nak ke Pulau Dayang Bunting , kita boleh nampak gunung yang menyerupai seorang perempuan terbaring dengan bentuk kepala , dada , dan perut yang sedang bunting . Nampak tak ?


Ramai jugak orang yang mandi manda kat Tasik Dayang Bunting . Ada disediakan kawasan cetek untuk mandi . Tapi kitorang tak mandi pun . Duduk-duduk berendam kaki sambil cuci mata je . Wahida terpaksa bawak beg-beg dia sekali sebab dari jeti dia terus pergi island hopping , tak sempat balik bilik .


Dekat Pulau Singa Besar pulak , pengunjung akan dapat tengok helang kat situ . Kiranya kat situ port helang cari makan la . Actually kat Pulau Singa Besar ni kita tak turun pun , just duduk dalam bot tu je dan tengok helang-helang berterbangan dalam jarak yang lebih dekat .

Paling suka gambar ni .

Dekat Pulau Beras Basah pulak , kitorang just lepak-lepak sambik borak-borak tepi pantai bawah pokok kelapa . Tak mandi pun . Oh ye , dekat Pulau Beras Basah ni pun boleh naik parasailing jugak tapi tak sure berapa harga kat sini .


Balik bilik , rehat . Malam kitorang keluar pergi Haji Ismail Group , shopping coklat . Ambik punya ambik , amboiiii banyak jugak ye . Haha . Aku punya RM222.40 . Itu pun setelah di tapis berkali-kali , kahkah . Yela , takkan nak beli untuk diri sendiri je kan ? Mesti la beli untuk family jugak . Pastu perut dah lapar , kitorang terus makan dekat kedai-kedai yang macam food court depan HIG tu je . Dah siap makan , kitorang pergi Dataran Helang kejap . PErgi kejap je sebab ramai orang dan masing-masing dah lemau . Kesian kat Nad dengan kaki terseliuhnya .

Bapak helang .

Balik bilik . Memandangkan esoknya dah nak balik , so kitorang gagahkan diri pergi jalan-jalan lepak-lepak tepi pantai . Tapi Nad tak ikut sebab kaki dia sakit . Nad stay kat bilik je . Around pukul 2 pagi camtu , balik bilik then packing barang siap-siap .


HARI KETIGA 22 FEB 2015

Lepas Subuh pepagi kitorang pergi mandi pantai . Hihi . Yela pagi-pagi best sikit mandi sebab lengang lagi takde orang . Around pukul 8.30 pagi , kitorang balik bilik siap-siap untuk check out . Lepas check out , pi airport untuk hantar kereta . Then terus ke jeti . Penat gak . Tak sempat nak makan . Makan roti je masing-masing . Sampai jeti Kuala Kedah , Wan datang ambik dan terus gerak balik KL . Singgah hospital Sungai Petani kejap hantar Wahida , sebab dia dapat call mengatakan mak sedara dia kritikal . Balik KL jammed gila kot . Tengah malam baru sampai . Yana sampai terlepas tiket bas nak balik Johor . Tak pepasal kena skip kerja keesokan hari . 

Balikkkkkk


Bestnyaaa pergi Langkawi . Rasa taknak balik . Terus rasa nak kawen dengan orang pulau , kehkeh ! 3 hari 2 malam tak cukup . Next time nak pergi kena pilih weekdays dan bukan musim cuti . Oh ya , budget keseluruhan aku taktau berapa sebab aku asyik tunda je nak buat kira-kira . End up aku lupa dah harga tol berapa , kos minyak berapa , kos makan berapa , semua-semua la lupa, Tapi aku agak around RM600 lebih kot sorang . Yeke ? Ntah .

Oh lupa pulak , ini la Wan yang drive dari KL-Kedah , Kedah-KL . Yang bawak kitorang pusing-pusing Kedah . Thanks Wan .


Thanks korang . Next time ada rezeki kita pergi bercuti sama-sama lagi ye :D

9 comments:

  1. pakwe baru nad ke tu??? hehehe... bestnya cuti sesama..hmmm~

    ReplyDelete
  2. @L-mi Redzz weyh sukahati kau je eh ckp pakwe. Baca dek pakwe nad terus jadi salah paham. Haha. Kawan la. KAWAN SAHAJA. Mcm kau kawan dgn aku, giteww Hahaha

    ReplyDelete
  3. Kuangajo Barney. Hahaha. Total sorang tak sampai 600 pun emi. 250 sorang je camtu. Heee :)

    ReplyDelete
  4. @miss nadeyra :
    eh sampai la 600 klu sekali dgn shopping2 coklat sume tuu

    ReplyDelete
  5. rm600 utk shopping, boleh tahan byk jugak..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    JOM BERKUNJUNG KE SABAH
    kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
    BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

    PAKEJ 3HARI 2MALAM

    01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
    1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
    1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
    1130 : Melawat Pekan Nabalu
    1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
    1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
    1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
    1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
    *Tour Tamat*

    02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
    0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
    1000 : Melawat Ikan Spa.
    1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
    1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
    1700 : Melawat Yayasan Sabah.
    1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
    1800 : Melawat Signal Hills.
    1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
    2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
    *Tour Tamat*

    03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
    0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
    0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
    1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
    1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
    1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
    1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
    1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
    *Tour Tamat*

    Pakej ini Termasuk :
    1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
    Van Pelancongan @ Taxi Limousine
    Pemandu
    Minyak
    Muatan Maksimum 10 Dewasa
    2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
    May Homestay Kundasang (1Night)
    Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
    3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
    Rumah Terbalik (up side down house)
    Ladang Lembu
    Hot Spring
    Ikan Spa
    4). Pulau Sapi & Manukan
    Tiket pulau Sapi
    Tiket pulau Manukan
    Insurance
    Bot
    Jaket Keselamatan
    Maks Snorkelling
    Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
    Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
    En Roslan 0168392919 (whatsapp)
    Email : borneoukinabalutour@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...

    'JOM KE SABAH'...

    Kami menyediakan kereta sewa pandu pelbagai jenis utk percutian anda di Sabah

    Myvi Rm120 sehari
    Saga RM120
    Alza Rm150
    Exora RM160
    Avanza RM170
    Innova Rm200
    Urvan Rm250

    Hubungi Raziman
    0129600702 Whatsapp/call

    Kami juga menyediakan pemandu sekiranya diperlukan... caj pemandu RM150 12 Jam

    Homestay bajet area Kota Kinabalu RM100 sehari

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Elang Lombok Tour.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke LOMBOK ISLAND, jangan risau hati sila hubungi :

    ELANG LOMBOK TOUR
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Lombok island dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, ELANG LOMBOK TOUR menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    AFFANDI
    IG : @pariwisatalombok
    Mobile : +62 8223 771 6583 ( WhatsApp )

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.