Escape With Traveloka - Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly Projects - emilinda

Tuesday, January 16, 2018

Escape With Traveloka - Percutian Singkat 2 Hari 1 Malam bersama The Butterfly Projects

Keluar jumpa kawan-kawan pada hujung minggu pun dah gembira. Apatah lagi bila dapat merehatkan diri bercuti bersama, kan? Tapi bila sebut pasal bercuti dengan kawan-kawan ni, agak leceh nak organize terutamanya kalau pergi dalam kumpulan yang besar. Selama ni kalau arrange percutian dengan kawan-kawan, selalunya adalah dalam kumpulan kecil sekitar 4 orang. Yela nak plan jadi susah bila dah ramai. Nak pilih tarikh sesuai agar semua dapat join, dan pilih lokasi yang dipersetujui semua orang memang mencabar sikit. Sebab tu selama ni kalau pergi bercuti hanyalah dalam kumpulan kecil. Sebelum tahun 2017 berakhir, sempat sertai percutian singkat yang dianjurkan oleh pihak Traveloka dengan kerjasama pihak The Butterfly Projects. Serious rasa berbesar hati dan gembira sangat-sangat bila dapat turut serta dalam percutian singkat yang melibatkan seramai 40 orang rakan blogger ini. This is my first staycation that involves so many people, and i'm soo excited!


Memandangkan pada minggu tu agak sibuk dengan macam-macam kerja kat pejabat dan juga kat rumah, memang tak sempat nak packing barang awal-awal. Malam sebelumnya memang pulun siapkan sebanyak kerja yang mungkin, sebab nak bercuti tanpa perlu bawa kerja bersama. Pada hari kejadian baru lah packing barang serba sedikit untuk kegunaan sepanjang 2 hari 1 malam tu. Nasib lokasi percutian singkat kali ni tak jauh pun dari rumah. Lokasi pilihan kali ini terletak ditengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, iaitu di Bukit Bintang. Nak bercuti rehatkan minda, tapi pergi tempat sibuk macam Bukit Bintang. Mula-mula macam "Ada ke tempat yang best dan selesa kat Bukit Bintang untuk tenang-tenangkan diri? Bukan kat Bukit Bintang tu macam crowded ke?".

ESCAPE WITH TRAVELOKA - DAY 1




Sampai di KL Journal Hotel, Bukit Bintang sekitar jam 10 pagi. Terus ke kaunter pendaftaran di Tingkat 1, dan jumpa rakan blogger lain. Masa tu belum ramai yang sampai. So sempat la bergambar bersembang dulu sementara menunggu yang lain sampai.



Sewaktu pendaftaran, setiap seorang dari kami diberi goodie bag oleh pihak Traveloka, dan kami diberi pilihan beberapa workshop menarik untuk disertai nanti. Terdapat 4 jenis workshop, dan setiap seorang boleh memilih satu workshop untuk disertai. Turut disediakan beberapa menu ringkas untuk brunch.

Brunch

Sekitar jam 11 pagi apabila semua blogger sudah sampai, diadakan pula sesi ice-breaking. Yela, dalam 40 orang yang datang tu tak semua saling mengenali. Seronok jumpa kawan-kawan yang dah kenal, dan seronok juga dapat kenal kawan-kawan baru. Untuk sesi pertama ice-breaking, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk saling berkenalan dan memulakan beberapa simple game bersama kumpulan lain. Untuk sesi kedua ice-breaking, kami semua dipecahkan kepada dua kumpulan. Game kali ni paling best dan meriah. Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu barisan panjang dan berpegangan tangan antara satu sama lain. Lepas tu kena passing syiling dari hujung kiri ke hujung kanan dalam keadaan mata tertutup.


Aplikasi Traveloka

Selesai sesi ice-breaking, kami diperkenalkan pula dengan big boss Traveloka. Banyak yang diceritakan tentang bagaimana mereka memulakan perniagaan Traveloka, dan banyak benda lagi la. Kami juga diberitahu tentang aplikasi Traveloka yang kini boleh dimuat turun ke telefon pintar untuk memudahkan orang ramai membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan.


Jujurnya aplikasi Traveloka ni bukanlah baru bagi saya. Selama ni memang saya duk beli tiket flight dan buat tempahan hotel menggunakan melalui Traveloka. Jadinya aplikasi Traveloka memang sudah di install di ipad saya. Mudah nak tempah hotel dan tiket penerbangan dengan kadar harga yang lebih jimat. Dulu-dulu suka book melalui website Traveloka. Tetapi sejak dah ada aplikasi mudah alih Traveloka, saya buat tempahan menggunakan aplikasi Traveloka terus. Lebih banyak kelebihan berbanding tempah melalui website. Lebih praktikal dan mudah untuk digunakan. Aplikasi Traveloka ni available untuk iOS dan juga Android.



Selesai sesi bersama big boss Traveloka, tiba masa untuk isi perut. Untuk makan tengahari, kami dibawa ke Kedai Kopi Journal yang terletak di ground floor KL Journal Hotel. Kedai kopi gaya hipster gitu. Dekorasi dan susunan meja sangat kemas dan tampak moden. Banyak sudut yang menarik untuk bergambar. Terdapat hidangan buffet untuk makan tengahari. Tetapi untuk main course, saya pilih Signature Grill Beef Wagyu Burger. Sedap, juicy sangat dagingnya.


Signature Grill Beef Wagyu Burger

With kak Farah

Releasing Butterflies Ceremony

Lepas dah makan tengahari, kami semua berkumpul semula di Terrace Bar & Grill, di tingkat 1 KL Journal Hotel. Cuba teka untuk apa? Haaa sebenarnya masa ni dah tak sabar-sabar nak masuk bilik. Tapi katanya tunggu kejap, ada something kat tingkat 1. Bila ke sana, tengok ada a few sangkar cantik yang dipenuhi rama-rama. Simbolik kepada The Butterfly Projects, kami ada sesi melepaskan rama-rama di balkoni The Terrace Bar & Grill. Butterflies are beautiful, and they should be free. Same goes like us. Everybody is beautiful and unique in their own way, and everybody should feel free to live their life the way they want. Don't you think so?





Masa lepaskan rama-rama tu, cantik sangat. Banyak rama-rama yang berterbangan rendah. Siap hinggap kat bahu, baju dan jari kami lagi. I even took one of the butterfly to my room, lol. Dia jinak, hinggap kat tangan saya dan tak nak terbang jauh-jauh dah. So i took it up to my room, biarkan dia dalam bilik.



Oh by the way, lepas sesi melepaskan rama-rama tu kami terus masuk ke bilik masing-masing. Satu bilik dua orang. And my roommate for this short staycation is kak Farah. Actually this is my first time jumpa dan kenal kak Farah. She's from Penang, if i'm not mistaken. Datang jauh dari utara semata untuk staycation ni. Yela, berkumpul ramai-ramai dengan rakan blogger, seronok kot. Bukan selalu pun.


Tentang suasana dan keadaan bilik, nanti akan saya ceritakan lebih lanjut di artikel berasingan. Boleh rujuk artikel ini untuk baca lebih lanjut tentang hotel KL Journal ni : 2 Hari 1 Malam di The KL Journal Hotel, Bukit Bintang. Tapi bilik memang sangat selesa dan cantik. Siap boleh nampak view KLCC dari bilik kami.



Traveller Leather Passport Holder Workshop


Jam 3 petang, kami turun semula ke tingkat 1 untuk DIY workshop. Saya memilih Traveller Leather Passport Holder Workshop. Sepanjang workshop ini berlangsung, kami diajar cara-cara untuk membuat passport holder dari material kulit. Dari nak asah untuk ratakan kesan potongan leather, tebuk lubang, jahit leather tu, ketuk untuk customize nama, semua diajar. Mula-mula ingat senang je since i have basic skill of sewing, lol. Tapi rupanya nak jahit dekat kain dengan jahit dekat leather ni tak sama oii. Hahaha lenguh bahu, lengan dan jari nak siapkan satu passport holder. Sebelum tu siap nak kena ketuk-ketuk leather tu guna hammer. In other way, rasa macam release tension pun ye jugak bila join workshop macam ni. Yela nak ketuk kepala orang tak boleh, ketuk leather pun jadilah. Release tension!



Ambil masa berjam juga nak siapkan satu passport holder tu. Yang lamanya masa nak jahit, sebab leather kan tebal. So tak boleh nak expect senang jahit macam jahit kain ye kawan-kawan. Kena guna banyak tenaga. Itu belum cakap pasal hasil jahitan tu kemas ke tidak, hahaha. No wonder la barangan berasaskan leather terutamanya yang handmade harganya sangat mahal. K lepas ni kalau beli barangan handmade, janji tak merungut kata mahal lagi dah. Bila dah siap, puas hati sungguh walaupun kualiti jahitan tu agak teruk lol. Hello, bukan senang nak siapkan satu tau!

Can you see? It got my name on it.

Disebabkan workshop yang saya join ni paling lambat siap berbanding workshop lain, makanya lepas tu laju-laju ke bilik mandi bersiap tukar baju apa semua, kemudian turun ke Kedai Kopi Journal untuk makan malam. Makan malam berkonsepkan buffet, memang macam-macam la ambik kan. Almaklum dah berpenat siapkan leather passport holder tadi. So kena la recharge balik energy. Waktu ni la nak makan banyak-banyak menu pelik-pelik yang kita tak jumpa pada hari biasa. Lepas makan malam, ada sesi gift exchange. Sebelum datang ke sini kami dah diberitahu awal-awal tentang sesi gift exchange ini. So setiap orang kena prepare hadiah untuk roommate masing-masing. Lupa nak tangkap gambar masa ni sebab tengah kenyang membuntang kahkah!

Dekat balkoni The Terrace Bar & Grill

Dah selesai exchange gift, lepas tu aktiviti bebas dah. Ada yang keluar jalan-jalan kat area Bukit Bintang tu, ada yang stay di situ untuk enjoy performance di Kedai Kopi Journal, dan ada yang pulang ke bilik. Kami? Hihi kami pergi melepak kat bilik Sally & Kak Anil, bertukar-tukar cerita. Pillow talk gitu, haha. Penat punya pasal, lepas tu tidur nyenyak betul.



ESCAPE WITH TRAVELOKA - DAY 2

Keesokannya pagi-pagi lagi dah bangun tapi hati ni berat sangat nak tinggalkan katil So sambung tidur sampai la Syafiera call kejut ajak pergi breakfast.


Turun breakfast sambil mingle around, lepas tu naik ke tingkat paling atas untuk pusing-pusing tengok view sekitar infinity pool. Awalnya macam tak mandi kot sebab malas nak basahkan baju bagai. Tapi tengok orang lain mandi, hati terpanggil-panggil je nak terjun sama. Apa lagi, terjun jela untuk 30 minit. Lepas tu balik ke bilik untuk berkemas-kemas. Berat hati nak balik sebab best sangat duduk situ.

Breakfast


Sebelum check out, Syafiera dan kak Aiin ketuk pintu bilik ajak ke tingkat atas lagi sekali. Kali ini bukan untuk mandi, tetapi untuk bergambar. Dah puas bergambar, kami turun ke lobi untuk check out. Tiba-tiba rasa sedih nak berpisah dengan kawan-kawan. Tak tahu la sedih nak berpisah dengan kawan-kawan, atau sedih nak berpisah dengan tilam empuk hahahah!


Best sangat 2 hari 1 malam staycation bersama rakan butterfly yang lain. Penuh dengan pengisian, dan sangat enjoy sepanjang kat sana. Siap bertambah kawan-kawan lagi. Yang dah kenal pulak makin erat hubungan. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Moga-moga next time dapat join lebih banyak aktiviti sebegini.


Traveloka




27 comments:

  1. Bestnya Emi ! KL Journal nie mmg sangat popular among bloggers kan ? Xpernah lagi jejakkan kaki ke sana.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Emi. Best kan cuti cuti dengan rakan blogger sambil menimba ilmu baru kan

    ReplyDelete
  3. seronoknya..lagi best bila yang join pun kawan2 yang ada minat sama dengan kita..kan??

    ReplyDelete
  4. Memang best gila kan emi dpt join event mcm ni.. Knl2 rkn blogger yg lain..kawasan dia pun cantik.. Sesuai kalau nk shoot2..

    ReplyDelete
  5. wahhh bestnya dapat join event macam ni.. dapat kenal rakan-rakan blogger.. uikk kak farah pun ada tu....

    ReplyDelete
  6. Wah, bestnya especially the butterflies ! rasanya nyaman sangat dikelilingi butterfly

    ReplyDelete
  7. syoknya emi dengan kawan-kawan blogger lain, join aktiviti macam ni memang beri kenangan yang menyeronokkan kan.. alahai.. kalaulah dapat join sekali.. dok pulak kat KL journal.. dengan kolaborasi Traveloka.. fuh.,.. mantopp

    ReplyDelete
  8. Wahh syoknya join butterfly... Teringin nk join tp mcm xlayak..dan jauh..huhuhu..byk input yg dpt kt sne kan..

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat bercuti, tak pernah lagi joint workshop butterfly

    ReplyDelete
  10. Rawlins tersangatlah jealous bila tengok gambar dan post perkongsian pengalaman para Butterflies semua. Best gila kan!

    ReplyDelete
  11. Menarik jugak kl jurnal hotel ni. Bestnya workshop. Penuh aktiviti.

    ReplyDelete
  12. Seronok tgk kawan kawan yang berpeluang join. Kita x dpt nk join + jauh + tuntutan masa.

    ReplyDelete
  13. escaping days yang best. Banyak benda belajar and great to know new friends. Teringin nk join tapi jauh and rasa mcm kerdil je kita ni. Hehe.

    ReplyDelete
  14. Bestnya tengok korang join event butterfly. pernah sekali je join, tapi tak boleh commit sebab tak reti nak bawak niche beauty. hehehe Insyaallah anti try beljar and tulis tentang beauty pulak.

    ReplyDelete
  15. Satu pengalaman yang menyeronokkan. Dapat jumpe blogger lain dan menginap di KL journal yg best tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Diakui mmg best join akticiti the butterfly ni.. hope dpt join lg

    ReplyDelete
  17. aktiviti butterfly memang best..nt nak join jug kalau ada rezeki

    ReplyDelete
  18. Best giler kan aktiviti masa ni..The Journal KL best...rindu nak gathering lagi

    ReplyDelete
  19. Fuhhh ,penuh pengisian aktiviti kat KL Journal .. tertarik pulak nak join . Boleh rest & relax ..ni kalau ajak anak-anak sure suka..

    ReplyDelete
  20. alaaaaaaaaaa rugi x join event ni sob sob sob

    ReplyDelete
  21. Lama tak tengok rama-rama. Mesti seronok kan berkumpul dengan 40 'Butterflies' di KL Journal Hotel. Aktiviti yang dibuat pun best-best saya tengok. Seriously best relaxs kat hotel ni. Konsep hotel pun saya suka!

    ReplyDelete
  22. Nice to meet you. Rindunya event ni balik bila tengok gambar2 ni kan. Rasa unik dan menarik konsep hotel ni. Paling best jumpa kawan blogger.

    ReplyDelete
  23. Wow!! best jugak dapat keluar ramai - ramai macama ni

    ReplyDelete
  24. Wah seronoknya spend time with bloggers camni..

    ReplyDelete
  25. best la dapat staycation dgn bloggers banyak banyak ni!

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.