Weekend Brunch Buffet di Mandarin Palace, Hotel Federal KL - emilinda

Tuesday, October 31, 2017

Weekend Brunch Buffet di Mandarin Palace, Hotel Federal KL


Korang biasa brunch makan apa? For me, selalu weekdays tak brunch pun sebab sibuk kat ofis tak sempat pun nak brunch bagai. Just take a light breakfast, then lunch baru makan nasi. Tapi berbeza pula kalau hari minggu. For weekend, most of the time i don't take breakfast. Obviously because i woke up late, hahaha! Tapi takde la sampai tengahari baru bangun. It is just too late for breakfast, and too early for a lunch. So normally if i have no plan to go out, i will just cook simple dishes for brunch. Tapi kalau ada rancangan nak keluar, memang makan kat luar jela.

Hari ni nak kongsi tentang satu lokasi makan untuk weekend buffet brunch. Jarang kan kita jumpa restoran yang sediakan buffet for brunch? Typically they have buffet for lunch & dinner, but not for brunch. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur atau nak berjalan-jalan sekitar kawasan Bukit Bintang pada hari minggu, korang boleh cuba brunch buffet di Restoran Mandarin Palace, Hotel Federal Kuala Lumpur. Restoran Mandarin Palace yang terletak di tingkat 2 hotel Federal Kuala Lumpur menyediakan brunch buffet bertemakan chinese cuisine.




Bagi penggemar masakan cina, pakej bufet di Mandarin Palace sememangnya menjadi pilihan. Mana tidaknya, suasana restoran pun dah rasa macam berada di tanah besar China. Dekorasi hotel yang bercirikan seni binaan klasik dinasti diraja China. Alah, macam yang dalam cerita cina yang berlatarbelakangkan zaman pemerintahan diraja cina suatu masa dulu tu. Siap ada tiang dan dinding yang berukir bentuk naga, berwarna keemasan (simbolik kekayaan).


Ruang makan yang luas mampu  menampung ramai tetamu pada satu masa. Dengan 60 hidangan masakan cina yang pelbagai dan lazat pastinya menggugat selera makan. Ruang makan yang luas juga adalah sangat sesuai untuk majlis keraian, majlis perkahwinan dan seumpamanya. As for me, i love dim sum & dumpling so much. Makanya pakej bufet masakan cina memang menepati citarasa la. Bila makan buffet for brunch macam ni, kenyang sampai ke petang. Boleh la fokus shopping je kat mall-mall berdekatan lepas tu. Malam atau petang sikit baru makan lagi.



I am seriously in love with their Salted Egg Yolk Custard Bun (refer above image). Sebelum ni pernah makan menu ini kat beberapa kedai lain yang menyediakan masakan cina, tetapi kebanyakannya agak mengecewakan. So far Salted Egg Yolk Custard Bun kat sini lebih sedap.


Pakej weekend brunch buffet di restoran Mandarin Palace, The Federal Hotel Kuala Lumpur tersedia hanya pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 2.30 petang. Harga serendah RM39 (kanak-kanak/warga emas) dan RM78 (dewasa). Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 03-21489166 ext 2202 atau 03-21488744.


16 comments:

Felicia Grace said...

Macam tak berape worth je bgi RM 78. I expect like banyak variety lagi from tempat ni.

Sam Pui Yee said...

Slurppp!! Tak tahan tengok custard tu..

xx
Puiyeesss

Rawlins GLAM said...

Lamanya tak makan kat Federal Hotel. Dulu selalu lepak makan dimsum situ.
Now teringat terus rasa nak pergi - lagi-lagi dah tengok your pictures.

Sreekar said...

Wow. The spread seems awesome. So much to choose from. loved the Salted Egg Yolk Custard Bun. Seems very yum!

Cindyrina Rina said...

Never try this place before. OMG! I want that custard bun.

Isaac Tan said...

bestnye makanan.. tapi paling best photo last tu, OOTD!

Miera Nadhirah Tan said...

Oh wow.. nice dimsum... I so need to check it out lor

Emily said...

What a generous spread for brunch. If I go for this, tak payah lunch at all. Just fill my tummy full full during brunch!

Sam Chauhan said...

Salted Egg Yolk Custard Bun seems to be interesting.. will surely try it sometime.

Shub B said...

Wow! I would love to visit this Mandarin Palace Restaurant with my family. The foods are really tempting and I really love to try these.!

dr-Life said...

so hungry seeing your post... the price still not bad and worth to give it a try

Racheal

MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman said...

Wah, memang nampak menyelerakan lah masakan Chinese ni

myfarrahdise said...

All the food looks so good! I wanna try this buffet too when I'm in KL. Thanks for sharing.

Anonymous said...

Seems to be a great place for hanging out with friends over food or to throw a party.
The atmosphere seems to be a pleasant one and the food seems to be mouth watering.

Amelie Yap said...

Im drooling while looking at the pictures. Sounds like a good deal that shouldnt miss.

Busyra Takiyudin said...

Hai. busyra singgah sini.. sedapnya smua makanan tu. hehe