Skip to main content

#MyTravelokaEscapade - I need a holiday lah, and my destination is South Korea!


Kalaulah travel tu free, confirm sekarang ni aku kat pelusuk dunia mana entah. Yang pasti merata tempat dah aku pergi, takde kat Malaysia sekarang ni. Siapa tak suka travel, ye tak? Lebih-lebih lagi time masih muda dan masih larat ni la kalau boleh nak berjalan sakan. Tapi tu la, hakikatnya sebelum travel ke mana-mana, memang nak kena kerja keras kumpul duit dulu. Kalau tak, makanya mereputlah kau kat Malaysia ni. Travel ain't free. It cost a lot. Kalau memang lahir-lahir je dah mewah takpe la, itu lain cerita. But as for me yang bukan dari family yang senang, nak apa-apa pun memang kena usaha sendiri. Sama la jugak kalau nak travel pun, kena usaha kumpul duit sendiri.

Sembang pasal travel ni, ada banyak tempat yang aku teringin nak pergi. Pendek kata kalau boleh seluruh dunia aku nak pergi. But of course ada a few places yang memang berada di top list aku. Selain Turki, salah satu tempat percutian yang paling aku teringin nak pergi adalah Korea Selatan. Tengok tajuk entry pun dah tahu memang aku teringin nak bercuti ke Korea. Yang ni aku tak kira, memang aku kena pergi jugak nanti. Lambat atau cepat je, but for sure memang akan aku pastikan sampai jugak ke sana. Suka tau baca pengalaman orang lain pergi bercuti ke Korea. Pastu mula la berangan nak pergi sama. InshaAllah andai dipanjangkan usia, akan sampai jugak ke sana. Aku ni sejak sekolah rendah lagi duk layan drama Korea, so memang dari dulu duk berangan nak ke Korea. Banyak perkara yang buat aku teruja sangat nak ke Korea. Antaranya ialah..

1. Beauty products!
Korea memang terkenal dengan produk kosmetik dan skincare yang berkualiti dan bagus. Aku sendiri sememangnya pengguna barangan kosmetik Korea. Macam-macam brand ada macam Skinfood, Face Shop, Laneige, Nature Republic, Mamonde, Tony Moly, Cremorlab, etc. Produk-produk tu semua brand yang memang berasal dari Korea. Boleh dapatkan kat Malaysia, tapi normally harga lagi mahal la. All this while aku beli semua tu dari satu website yang memang jual produk Korea dan memang shipping pun direct dari Korea. Tapi teringin weyy nak pergi beli sendiri kat Myeongdong sebab member-member yang dah pergi cakap kat situ memang syurga beauty products. Macam-macam brand ada, dan of course harga jauh lagi murah. Yang penting, confirm original! Kalau dah pergi sana nanti nak borong facial mask banyak-banyak.



2. Makanan.
Kalau korang layan rancangan realiti TV Korea macam Running Man dan Family Outing, confirm korang pun tergoda dengan makanan yang dorang duk makan tu. Semua nampak sedap weyh, haha. Aku bab makan ni memang mudah tergoda. Odeng (fish cake), Hotteok, Gyeranppang, Bungeoppang, Tteobokki, Kimchi, Bibimbap, etc. Tengok geng-geng Running Man tu makan nampak best gila kot. Soal halal tu, aku pernah terbaca orang cakap kat sana tak susah pun nak cari makanan halal. Kalau rasa ragu-ragu tu tak payah la makan, kan?

Gyeranppang
Tteobokki

3. Pakaian Tradisional Korea
Kalau pergi Korea, aku akan make sure untuk pakai pakaian tradisional dorang, Hanbok. Pastu posing sakan, feeling-feeling macam gadis koreaa zaman Joseon. Pengaruh drama sangat ni!

Ruginya kalau ke Korea tapi tak try pakai Hanbok

4. Melawat tempat-tempat menarik
Bila aku cakap melawat tempat menarik ni, sebenarnya banyak kot tempat menarik kat Korea ni. Nak feeling-feeling macam Winter Sonata, boleh ke Nami Island. Kalau rasa nak buat kunci mangga yang ada nama dengan cinta hati, boleh ke Namsan Tower. Namsan Tower ni femes gak tengok dalam drama Korea. Nak bergambar ala-ala zaman Joseon, boleh pergi Bukchon Hanok Village. Nak shopping sakan boleh ke Dongdaemun. Kalau nak merasa pergi theme park kat Korea, boleh pergi ke Lotte World. Banyak tempat menarik kat Korea ni sebenarnya. Mana yang aku tahu tu adalah hasil layan drama Korea dan hasil pembacaan dekat blog orang lain yang dah pergi situ.

Padlock. Kuncilah cintahati korang tu kat sini. 
Nami Island


Travel memang bukan free. Tapi berangan free je. So sebelum tercapai impian nak ke sana, apa salahnya berangan dulu. Tak gitu? Hehe. Nak pergi bercuti banyak benda jugak kena fikir. Fyi, sekarang ni Traveloka ada menganjurkan You Need a Holiday lah Traveloka Online Contest. Why not korang try? Aku pun teruja join sama, mana la tahu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Kot-kot bertuah, lagi cepat la dapat ke Korea. Kan? Heee berangan tu free, so tak salah aku nak berangan sket, lol. So korang tunggu apa lagi? Jom share korang punya #MyTravelokaEscapade !



K la korang, jangan lupa join this contest!

Comments

south korea is an awesome place... been there last year and I do so want to go back there again.....good luck
It's apparently nice place to travel and i'm still saving enough money for it!
Abang Fadli said…
i had been to south korea last year during winter... i will be back again...
Rain Campanilla said…
So many places, so little time :) I'd love to go to South Korea too! <3
I teringin nak pergi Korea sebab cuaca, season dia and of course sebab barang kecantikan dia. Orang sana lawa-lawa belaka.
Absolute Yana said…
count me in on this!!! all that you have mentioned is exactly what i have been thinking for travelling to SK....now if only i hit a jackpot or something...
Amin Hakim said…
Kalau free, setiap negara nie saya nak terjah.. ehehe
Ivy Kam said…
Haven't been to Korea before, will bookmark this post for my travel reference :)
Rawlins GLAM said…
I love Korea too - bleh shopping sampai awal pagi kat situ haha
What a beautiful place to go to...Loved your photos.
GengQian said…
would love to visit! have heard so many good stuffs about Korea and perhaps it's time for me to plan a trip.
Joanne Cheah said…
Korea, first thing come to my mind was FOOD.
Ya...I'm craving for there food. Spicy Chessy Foods.
Sharon Lee said…
Definitely need to join this! My bf want to visit Korea for our honeymoon but I still prefer Japan =P
Yes, i agree, who dont like travel. I also love travel if got free flight and stay.
Isaac Tan said…
i;ve been to seoul, south korea twice in my life.. and can't wait to go back there again ><"
Emily said…
South Korea is one of my top travel destinations as well. It is so expensive, though. Yeah la, kena kerja keras kumpul duit dulu!
Chuen said…
I plan to visit SK one day too! Need to save money first..haha
Aliza Sara said…
South Korea is definitely a must place to visit. dah pergi mesti nk pergi lagi.
Pen My Blog said…
South Korea seems like an amazing place to visit, what with all the attractions, amazing dishes and more. Will certainly need to pen this down for my next holiday destination as well :)
仙妮 said…
I love South Korea too! Wish I can revisit again, so am checking out travel contest, hope can win a free travel :) cheers, SiennyLovesDrawing
Jacqueline Khoo said…
Wow, so tempted to visit Korea now, need to join this contest also! Wish to win also :P
Sunshine Kelly said…
Omg! I love Korea and all the food, shopping and beauty stuff there. Wish to go back again.
I would be be gaga if somebody send me to South Korea and touring for free! Hahaha my dream come true :)
Ah I miss the place. Gyeranppang is so yummy hehe
We are scheduled to go to Korea this May. I can't wait to see them with my own eyes :)
Oh you've chose the best! I would love to spend my summer in South Korea too and enjoy every places and even the not so touristic spots.
Joanne Cheah said…
Also wish to have a travel oversea. But with the currency today - SAD!.
The scenery and view was so nice.
Princess Mikee said…
Beautiful Korea! I wish I can go someday there too. Especially the Nami island! :D It's a romantic place.

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…