Legasi Bella Ammara - emilinda

Tuesday, June 28, 2016

Legasi Bella Ammara



Terinspirasi dengan kisah dua pasangan muda Belle Yahya dan suami, Carl Samsudin yang memulakan perniagaan mereka dengan bermodalkan sejumlah wang yang cukup sedikit dan kemudiannya berkembang membentuk sebuah legasi yang amat membanggakan. Koleksi telekung merupakan pertaruhan pertama pasangan hebat ini sebelum membuka butik sendiri yang menawarkan rangkaian pakaian Muslimah khusus untuk wanita berhijab seperti koleksi jubah moden, blouse Muslimah, baju kurung moden, seluar dan skirts serta yang terbaru, koleksi hijab. Apa yang lebih membanggakan, koleksi pakaian Bella Ammara ini juga kini telah memasuki pasaran antarabangsa. Thumbs up!


Kejayaan pasangan suami isteri ini banyak membuka mata ramai peniaga kecil yang lain dimana usaha keras yang berterusan semestinya memberikan hasil yang besar. Dan bersempena dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Bella Ammara juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan koleksi baju raya bagi para pembeli setia. Mengekalkan konsep moden dan mengikuti syariah, kesemua koleksi pakaian Bella Ammara sesuai digayakan oleh semua wanita Muslimah moden yang tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti trend fesyen terkini dan pada masa yang sama masih kekal sopan.


Selain boleh ditemui di butik Bella Ammara, koleksi baju raya Bella Ammara ini juga boleh anda miliki secara online di laman web rasmi Bella Ammara serta portal online popular, ZALORA Malaysia.


1 comment:

Kindly leave your comment/feedback here.