Monday, November 30, 2015

UNTUK PARA IBU : PENYUSUAN BADAN SECARA EKSLUSIF


Sape kat sini masa baby dulu mak dia fully breastfeed sila angkat tangan? Hehe. Dah kenapa dengan kau emi tetiba je cakap pasal breastfeeding. Dah macam emak-emak sangat. Hahah. Bahana banyak lepak dengan kakak-kakak dan kawan-kawan yang memang dah bergelar ibu. Kalau ikut kakak aku lepak dengan kawan-kawan dia, memang ini la antara topic hangat. Pasal anak-anak, pasal breastfeeding. Dengar aje la. At least boleh jugak timba ilmu untuk masa akan datang. Kalau kat ofis pun sama, masuk je surau ofis time nak solat memang confirm setiap hari ada aje perbualan dari akak-akak situ pasal breastfeeding ni. Macam-macam yang dorang bincang, more to perkongsian ilmu dan pendapat serta tips penyusuan badan. Macam mana nak kasi susu banyak, kalau baby kurang minum susu apa nak buat, tension baby nak susu tapi susu tak banyak, blablabla. Hari-hari dengar, sedikit sebanyak aku tahu la pasal pentingnya breastfeeding ni especially terhadap baby berusia 6 bulan ke bawah. Kakak-kakak aku sendiri pun mostly memang breastfeed anak dorang. Agak-agak dah besar sikit baru dorang kasi susu formula dan makanan pejal. Dulu aku pernah la tanya mak aku, kenapa nak kena bagi susu badan kat baby sedangkan susu formula banyak je dijual kat pasaran. Lagipun sesetengah ibu yang baru lepas bersalin, condition dorang memang sangat lemah. Terbaring aje takleh nak bangun. One of my sister memang macam tu. Everytime lepas bersalin, memang agak teruk condition dia. Tak boleh nak gerak sangat. Terbaring aje. Tapi tetap dia usaha jugak untuk bagi susu badan dekat baby dia. Mak aku cakap, baby tu kecik lagi. Susu formula takkan sama dengan susu ibu. Susu ibu ni banyak khasiat dia. Baby memang sangat memerlukan khasiat dari susu ibu untuk membesar dengan lebih sihat. So nak tak nak, si ibu kenalah gagahkan jugak diri untuk menyusu baby tu.


Memandangkan aku sendiri belum bergelar isteri, apatah lagi seorang ibu makanya sangatlah tidak adil untuk aku judge ibu-ibu diluar sana yang bagi susu formula instead of breastfeed baby dorang. Mungkin sesetengah orang ada sebab tersendiri. Aku faham. Kita tak berada di situasi mereka, so kita tak tahu apa masalahnya. Tapi seeloknya usahakan untuk breastfeeding baby at least sehingga umur baby cecah 6 bulan. Lagi bagus kalau teruskan breastfeeding sampai la si anak mencecah umur 2 tahun. Thumbs up untuk ibu-ibu sebegini. Macam kakak aku dulu pernah la baby dia taknak menyusu sangat. Maybe susu tak banyak ke apa aku pun tak sure. Itu merupakan anak pertama dia, so pengalaman takde sangat. Memang dia risau la kan sebab baby minum susu sikit sangat. Sampai la satu tahap dia suruh pergi survey susu formula kat kedai in case dah terpaksa sangat nanti. Nak tahu la susu mana yang terbaik. Aku masa tu dengan jujurnya bagitahu dekat promoter yang jual susu tu, “Anak sedara saya umur 2 bulan, susu mana ye yang sesuai untuk dia?”. Memang kena lecture habislah dekat makcik tu. Kekeke. Masa tu mana la aku tahu bahawasanya baby bawah umur 6 bulan tidak digalakkan minum susu formula dan makanan pejal lain. Hanya susu ibu sahaja. Aku ni anak pun belum ada lagi, memang tak tahu. Hahah. Tapi Alhamdulillah, kakak aku berjaya breastfeed baby dia dengan jayanya. Yela, kalau susu badan kurang banyak je cara untuk boost penghasilan susu badan. Melalui pengambilan supplement, amalan pemakanan yang betul dan banyak lagi. Huyyoo, impress pulak dengan diri sendiri sebab tahu serba sedikit pasal ni. Haha. Almaklum la, kakak-kakak aku selalu bercerita pasal ni. Aku tumpang dengar jela.


Kenapa penyusuan badan sangat penting untuk baby? Sebabnya susu ibu membantu membina natural antibody untuk baby tu. Lagipun, bayangkan kalau kita bagi susu formula dekat baby, entah apa je bahan dalam susu formula tu. Entah sesuai entah tidak dengan perut bayi yang masih lemah tu. Silap haribulan lain jadinya, mendatangkan mudarat. Sama la jugak dengan makanan pejal. Perut baby tu lemah lagi, masih belum boleh terima makanan yang macam orang dewasa makan. Dulu aku pernah rasa kesian dekat baby baru lahir sebab setiap hari minum susu ibu semata-mata. Then mak aku cakap, susu ibu dah mampu buat bayi kenyang. Susu ibu banyak khasiat, bukan macam susu formula. Susu ibu ni dapat mengelakkan risiko bayi dari cirit-birit, jangkitan kuman, allergy dan banyak lagi. Perkembangan minda bayi jugak akan lebih berkembang. Penyusuan badan ni bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi, bahkan jugak kepada si ibu. Penyusuan badan ni boleh mengurangkan risiko penyakit barah payudara, dan dalam masa sama boleh membakar kalori.


Bagi ibu yang bekerja, mungkin agak leceh sebab nak kena pam susu untuk anakanda tersayang. Tapi, itulah namanya pengorbanan seorang ibu. Kasih seorang ibu. Lunch hour orang lain pergi makan dengan gembiranya, tapi si ibu makan dengan lajunya lalu bergegas ke surau untuk pam susu, bekalan untuk si anak. Ini situasi normal kat hampir semua tempat kerja. Demi nak melihat anak membesar dengan sihat. Bila bayi sihat, kita jugak yang rasa tenang, bahagia.

Untuk info lebih lanjut tentang penyusuan badan secara ekslusif, boleh lihat di www.infosihat.gov.my


P/s : Gambar-gambar adalah hasil google. Dah lupa dekat website mana. Harap maap.

0 bLOggEr cUmiL: