Skip to main content

Harga terlajak murah di Lazada Online Revolution Sale.


Sape kat sini pernah shopping kat Lazada? Dulu-dulu aku macam was-was sikit nak beli barang kat Lazada ni sebab takut kena tipu. Manalah tahu kot-kot dalam gambar lain, bila dah sampai tak seperti yang digambarkan. Almaklum, tengok Lazada asyik buat promotion kasi discount. Harga lagi murah dari harga pasaran. So rasa macam, boleh percaya ke Lazada ni? Haaa nampak tak mentaliti orang-orang seperti aku ni? Paranoid tak kena tempat. Belum cuba lagi dah nak berprasangka bukan-bukan.Kehkeh. Tapi dalam pada was-was tu, pantang ada masa terluang je confirm aku bukak website Lazada, cuci mata tengok apa yang menarik. Haritu masa tengah sembang dengan akak aku, aku bagitahu dia bahawasanya aku tengah berkira-kira nak beli printer kat Lazada tapi takut tertipu. Akak aku cakap, "Tipu apanya? Elok je selama ni aku duk beli barang dari Lazada. Dah macam-macam yang aku beli kat Lazada. Even hadiah untuk Family Day ofis aku pun ada yang aku beli kat Lazada. Puas hati je. Tak pernah pulak kena tipu. Nak-nak lagi time tengah promotion, memang berbaloi. Servis pun cepat.". Time tu aku macam "okayyyy nampaknya aku yang risau tak bertempat". Hahah.


Hari-hari biasa yang takde sale pun harga yang Lazada tawarkan boleh dikatakan jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Inikan pulak time Lazada buat sale besar-besaran. Aku perasan Lazada ni kalau buat sale harga dia memang murah kaw-kaw punya berbanding harga asal. Sekarang ni pun Lazada tengah mengadakan Online Revolution Sale. Harga yang ditawarkan memang kadang-kadang rasa macam tak masuk akal, murah sangat. Tapi kualiti tetap sama. Lazada Online Revolution Sale ni akan berakhir pada 12.12.2015. Aku dah aim a few items dah untuk grab. InshaAllah, kalau tak terlebih bajet bulan ni boleh la beli dah alang-alang tengah sale ni. Kalau tengok pada gambar kat atas ni, antara item yang aku tengah aim adalah Mango Leopard Print Bag dan bean bag. Dah berzaman aku teringin nak ada bean bag.


Awak awak sekalian yang memang gila shopping tu, silalah prepare duit secukupnya. Kalau dah berkenan, beli aje dah alang-alang harga yang ditawarkan kaw-kaw punya murah ni. Tak beli kang, nyesal pulak bila Online Revolution Sale ni dah tamat. Tengah stress kat ofis tu, rehat la kejap ambik mood layan http://www.lazada.com.my/online-revolution/ . Heheh :P



Sempena Online Revolution Sale ni jugak, pihak Lazada ada buat contest untuk blogger. Klik banner kat atas atau klik SINI untuk maklumat lanjut tentang contest. 12 orang pemenang akan dipilih. Bagi yang takde blog, don't worry. Pihak Lazada ada jugak anjurkan pelbagai contest dekat Instagram @lazada_my.


Okay, bye. Jom berangan pergi bercuti dengan Air Asia.

Comments

Nona Qiyah said…
woww! bestkan, hehe~

all the best tau !

http://nonasani.blogspot.my/2015/12/rugi-tak-grab-30-000-free-free-jer.html
Wanie Seuk said…
hyeeee
saya ada juall kain songket cetakk. nice to make baju raya actually. have a look dear, http://wanieseuk.blogspot.com/2015/12/songket-part-1.html

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…