Peluang untuk fresh grad - SL1M dalam bidang Keusahawanan. - emilinda

Tuesday, November 24, 2015

Peluang untuk fresh grad - SL1M dalam bidang Keusahawanan.


A quick update kali ni. I'm helping a friend of mine untuk war-warkan peluang bagi fresh grad lepasan degree yang masih mencari-cari peluang pekerjaan. Pernah dengar tentang Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)? Program ni merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu para graduan bagi mempersiapkan diri mereka sebelum menempuh alam pekerjaan. Lebih kurang macam internship, tapi before on-job training para graduan akan menjalani classroom training dahulu. Tempoh training bergantung pada company tersebutlah.Ada banyak company yang ambik graduan lepasan degree untuk program SL1M ni. Tapi untuk yang ni, merupakan joint venture antara Khazanah Nasional dengan Zubedy. Elaun bulanan minimum RM1500 akan dibayar oleh pihak Khazanah Nasional.


Pihak Zubedy akan kasi classroom training selama 22 hari, and then barulah graduan akan di hantar menjalani on-job training selama 6 bulan kat company yang akan ditetapkan oleh pihak Zubedy. Pengambilan diadakan 2 kali iaitu pada bulan Disember dan Februari. Pengambilan kali ini lebih difokuskan dalam bidang Sales & Marketing. Untuk info lebih lanjut boleh tengok kat poster kat bawah ni. Untuk permohonan, boleh emelkan resume ke sl1m@zubedy.com atau boleh tengok iklan dekat Jobstreet.


Hantar resume dekat sl1m@zubedy.com ye adik-adik.

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.