Saturday, November 21, 2015

My first contact lens - Bausch + Lomb Lacelle Jewel



Aku start pakai  spek masa umur aku 15 tahun. Actually before tu lagi aku dah mula perasan bahawasanya penglihatan aku ni agak kurang jelas especially masa kat sekolah. Kadang-kadang tak nampak apa yang cikgu tunjuk kat depan. Tapi aku diamkan aje. Sampai la satu hari tu pihak Kementerian Kesihatan ke apa ntah datang buat pemeriksaan mata kat sekolah. Sah, aku rabun. Makanya pergi buat spek. Tapi menyampahnya la hai bila pakai spek ni. Tudung tak menjadi haaa. Mencik! Tapi redha jela masa tu. Pakai jela. Tapi aku pakai masa kat kelas jela. Luar kelas aku tak pakai. Rela kau jalan dengan pandangan kabur semata-mata taknak tudung senget benget. Hahah. Sampai la sekarang. Sesetengah kawan or sedara mara ada yang tak tahu bahawasanya aku ni rabun sebab aku just pakai spek time kat kelas atau time menghadap skrin laptop/tv sahaja. Terfikir nak pakai contact lens, tapi aku ni jenis penakut sket. Takut nak masukkan benda dalam mata. Even nak titis ubat mata pun perlukan bantuan orang, ini kan pulak nak masukkan contact lens. Hahah. Tapi tipu la kan kalau aku cakap aku takde keinginan untuk pakai contact lens. Tengok orang lain cantik je tanpa spek yang sangat mengganggu tudung tu, aku pun nak jugak camtu. Tapi takut punya pasal, aku asyik beralasan aje. Tak sakit ke masukkan benda tu dalam mata? Tak bahaya ke? Kalau dah masukkan tapi tak reti nak keluarkan camne? Hahah. Lately ni aku kuat makan, so bentuk muka aku pun makin bulat. Iskkk, makin tak sesuai pakai spek. So aku cabar diri aku untuk try jugak pakai contact lens tu. Aku pilih contact lens Bausch + Lomb Lacelle Jewel untuk first try ni.



So, here we go. Lepas beberapa jam, akhirnya aku berjaya jugak masukkan contact lens ke dalam mata. Beberapa jam hokayyyyy! Hahah. And surprisingly pakai contact lens ni rasa macam tak pakai pape pun. Nipis je, tak rasa pun ada benda dalam mata. Dulu aku ingat pakai contact lens ni buat mata jadi pedih dan tak selesa. Rupanya tak pun. Elok selesa je dalam mata. Excited betul bila dah berjaya pakai. Paling excited sebab tak payah pakai spek pun boleh nampak dengan jelas. Let say kalau aku tak pakai contact lens Lacelle Jewel ni everyday pun, at least untuk certain occasion boleh la aku pakai contact lens instead of glasses, to be more confident.


Zoom siket! Contact lens Bausch + Lomb Lacelle Jewel yang aku pakai ni color Crystal Gray. Ada 7 pilihan warna. Setakat ni aku ada 2 colors which is Crystal Gray dan Melanite Black. Color Topaz Brown macam lawa je. Akan datang nak jugak try color lain, InshaaAllah. 


Oh by the way, sekarang ni pihak Bausch + Lomb sedang mengadakan satu social media contest yang akan berakhir pada 30 November 2015. Aku dah join dah pun. Jom korang join. Steps untuk join contest I Love Lacelle Jewel ni senang je :

  1. Post a photo of yourself in your Facebook wearing any Bausch + Lomb Lacelle cosmetic lens. Hash tag  #ILoveLacelleJewel
  2. Describe why you would love to try Bausch + Lomb Lacelle Jewel Cosmetic Lens.
  3. Remember to make your post public. Get as many friends to ‘Like’ your posting. To qualify, each post must at least receive 50 likes.
  4. Upon reaching 50 ‘Likes’ PM Bausch and Lomb Facebook to inform us and 30 lucky winners will receive a free pair of Bausch + Lomb Lacelle Jewel cosmetic lens. Please PM us before 1st December 2015.




Okay, itu je nak cerita kali ni. Till next entry.

2 bLOggEr cUmiL:

ieyra h. said...

Kita sama! Pakai masa driving and study je. Jalan2 tak pakai sangat. Haha. But I still don't know how to put on contact lenses :( still takut2!

ieyra h. | blog

Beeha Azman said...

nice entry. Jum singah blog saya pulak. Done follow you.