TAK SAYANG MUKA? SILAKANLAH GUNA PRODUK NI. - emilinda

Friday, November 6, 2015

TAK SAYANG MUKA? SILAKANLAH GUNA PRODUK NI.


Assalamualaikum,


Amboi tajuk entry bikin kontroversi aje kan? Hahah. Actually kali ni nak bercerita tentang kulit muka. Ewahh, kata busy tapi ada jugak masa nak bercerita tentang muka bagai ni. Biasalah kalau dah perempuan tu. Kannn? Haha. Entry ni lebih kepada aku nak ceritakan kronologi keadaan kulit muka aku yang membawa kepada kenalnya aku terhadap produk Seqy Beauty. Paham ke ayat aku yang macam berbelit ni? Ah, buat-buat paham hokayyy. First of all as a girl aku macam jugak perempuan lain kalau boleh nak sentiasa tampil cantik, melawa sesiket. Zaman sekolah dulu aku bukan jenis yang duk pakai krim itu pakai krim ini. Masa tu mungkin aku agak hingusan lagi *lambat matang, kahkah*. Pakai bedak Johnson’s baby je kalau rajin. Pencuci muka pun pakai sebab mak yang excited belikan untuk anak perempuan dia yang makin meningkat remaja time tu. Kalau balik dari asrama tu mak siap tanya lagi, “Pakai tak pencuci muka yang mak belikan tu?”. Haaa mak korang ada? Mwahaha. Time tu akak aku yang sulung selalu pot pet pot pet bagi peringatan kat aku supaya jangan duk mengada pakai produk merapu-rapu sebab katanya time tu muka masih bersih dari sebarang bahan kimia yang boleh merosakkan kulit kita.  Ingat lagi ayat kakak aku, “Kau tak sayang muka? Kalau tak sayang pakai lah produk mengarut-ngarut tu sume”. Time tu memang aku tak ambik port langsung kata-kata akak aku tu sebab aku memang belum berminat dengan produk penjagaan muka bagai ni. Masih hingusan katakan.


Sekarang? Sekarang dah dewasa, takde la aku abaikan kulit muka aku. Penjagaan kulit muka yang basic tu memang aku guna. Krim pun dah start guna lepas habis sekolah dulu, pengaruh rakan. Tapi aku takde la try produk yang merapu-rapu yang aku sendiri tak pasti selamat ke tak nak guna. Dulu-dulu zaman lepasan sekolah dan zaman belajar kat university aku kebiasaannya akan memilih produk yang dah dikenali, sebab kebiasaannya produk camtu kita rasa yakin la sikit nak guna. Tapi disebabkan aku ni jenis yang kulit sensitive, ada certain brand yang aku pernah cuba memang tak sesuai dengan aku. Dulu aku tak perasan sangat sebab aku main pakai je. Setahun dua kebelakangan ni baru aku pay more attention pasal hal ni bilamana kadang-kadang kulit muka jadi terlalu kering, jadi menggelupas, jadi merah-merah. Tengok kulit muka orang lain elok je licin *rasa rendah diri kuasa sepuluh time tu, isk* . Rupa-rupanya kulit muka aku ni sensitive terhadap compact powder. Haaa, bila pakai compact powder je kulit aku mula jadi gatal-gatal, jadi macam naik bintik-bintik merah. Dah gatal, aku garu jugak la kadang-kadang. Sebab tu la dia jadi merah-merah dan menggelupas. Dah a few brand compact powder yang aku try, mostly memang buat kulit muka aku jadi gatal-gatal. Haru betul. Takkan la nak keluar rumah tak pakai bedak kan? Kalau semulajadi kulit lawa gila tu takpelah jugak. Kalau pakai krim semata-mata sah-sah muka Nampak berminyak. Sebab tu la aku duk pakai jugak compact powder tu walaupun muka jadi gatal-gatal. Itu dulu la. Lama-lama aku mintak recommendation dari kakak-kakak aku sebab aku risau pulak kot-kot lama kelamaan kulit muka aku jadi makin teruk. Muka kot, haruslah sayang. Ada jugak terfikir nak try a few product yang kononnya boleh bagi kesan kulit cantik dalam masa singkat. Tapi aku takut pulak nak try. Masa tu aku teringat-ingat kata-kata kakak aku yang sulung tu, “Kau tak sayang muka? Kalau tak sayang pakai lah produk mengarut-ngarut tu sume”. Terus tak jadi. So kakak-kakak aku suggest a few foundation yang kononnya bila dah pakai nanti tak pakai bedak pun takpe. Kebetulan masa tu BB Cream pun tengah femes. Macam-macam BB Cream ada kat pasaran. Okay, aku try. Memula suka la. Tapi dah lama pakai, aku rasa rimas sebab muka ni rasa macam sarat dengan krim dan berminyak bila dah lama pakai. Especially kalau outdoor, memang rasa rimas. Rasa nak pergi selam muka dalam kolam. End up kalau nak keluar aku just pakai pelembap, sunblock dan bedak johnson’s baby yang dalam botol tu. Hahah. Actually aku tak suka sangat pakai sunblock, tapi sebab taknak hitam punya pasal kan maka relakanlah diri.

Satu dah nak habis, satu lagi baru nak guna.

Beberapa bulan lepas, akak aku try guna BB Cream Seqy Beauty. Memula aku buat tak tahu je. Tapi bila akak aku duk tayang muka dia lepas pakai BB Cream Seqy Beauty, terus aku terpengaruh sama. Bila dah try, jatuh cinta haaa. No wonder la akak aku kemain duk pujuk husband dia ajak singgah butik Fiska kat Shah Alam tu semata-mata nak beli BB Cream ni. Tapi before aku start pakai, aku ada buat research la jugak kat internet pasal produk ni. Bila dah yakin, baru aku start guna. Baru beberapa bulan aku pakai BB Cream Seqy Beauty ni. Rasanya dari bulan April lepas kot aku start guna. Alhamdulillah, sekarang ni memang aku tak pakai langsung compact powder. Sunblock pun aku pakai time nak berpanas lama-lama je. Everyday nak keluar aku just sapu BB Cream Seqy Beauty kasi rata seluruh muka dan tak payah sapu tebal sangat pun, lepas tu dah boleh proceed pakai blusher ke, eyeliner ke, mascara ke sesiket. Sometimes ada letak bedak johnson’s baby jugak la sikit tapi normally tak pakai pun sebab BB Cream Seqy Beauty ni bila kita pakai dia nampak macam kita dah pakai bedak. Dan yang bestnya, tak rasa sarat sangat kat muka ni, tak berminyak. Rasa macam tak pakai pape. Ringan je muka rasa. No more gatal-gatal kulit muka, no more kulit menggelupas. Takde dah rasa nak pergi selam muka dalam kolam. Hahah. BB Cream Seqy Beauty ni ada SPF30+ , so tak pakai sunblock pun takpe dah. Lain la kalau nak pergi berjemur kat pulau. Tahan lama jugak la BB Cream ni sebab dah banyak bulan aku pakai tapi sekarang baru menunjukkan tanda-tanda nak habis.



 
Kiri muka togel tanpa pape krim. Kanan muka after dah sapu BB Cream Seqy Beauty code 01 Fair sahaja.

BB Cream Seqy beauty aku yang pertama aku ambik code 01 Fair, sebab time tu aku perasan putih kejap. Wakaka. Tapi okay je dengan aku yang tak berapa putih ni. Elok je blend dengan kulit aku. Now untuk yang second aku nak try yang code 02 Natural. Oh ye, aku bukan aje pengguna BB Cream Seqy Beauty, aku jugak pengguna Sakura Mask Seqy Beauty. Masih tak habis lagi sebotol sebab aku sayang nak sapu banyak-banyak, nanti cepat habis. Mwahaha. Tapi sebenarnya memang dah tak banyak dah. Lagi beberapa minggu habis la aku punya Sakura Mask tu. Sakura Mask aku 50g punya. Tak silap aku sekarang dah guna packaging baru which is 30g. Pasal Sakura Mask tu lain entry aku cerita.


Bagi aku BB Cream Seqy Beauty ni banyak membantu memudahkan urusan harian aku. Nak pergi kerja pepagi pun tak take too much time untuk sapu macam-macam kat muka. BB Cream Seqy Beauty ni kejap je sapunya, dah siap. Water based pulak tu, sebab tu kalau pakai berjam-jam lamanya pun, tak berminyak. Kekal fresh je. Botolnya comel aje, senang nak bawak ke mana-mana. Recommended sangat-sangat kalau korang ni pesen aku jugak, jenis yang selalu terkejar-kejar masa bersiap nak pergi kerja sebab lewat. Hehe. A must have item okay. Kalau yang alami masalah kulit muka sensitive terhadap compact powder macam aku laaaagi la recommended sangat. Takyah nak pakai compact powder dah. Aku punya compact powder pun entah kat mana dah aku letak. Ada la kot dalam wardrobe kat rumah, sebab lama dah tak guna.

If korang berminat nak try BB Cream Seqy Beauty ni, rajin-rajinkanlah diri terjah official blog Seqy Beauty untuk baca info, baca testimony, dan order produk Seqy Beauty :

ATAU
boleh direct whatsapp ke 011-2107 6726 kalau nak beli. 

2 comments:

  1. hello ☺ I'm newbie.. please visit my blog ♡ have a nice day!
    smartiesmoo.blogspot.kr

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .

    Saya tag awak . Jom join segmen nie ^^

    http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.my/2015/11/1st-giveaway-by-mb.html

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.