emilinda

Friday, February 9, 2018

Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray Membantu Mengurangkan Masalah Hidung.

February 09, 2018 17
Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray Membantu Mengurangkan Masalah Hidung.

Korang ada alahan / alergik pada apa-apa makanan atau persekitaran tertentu tak? Sesetengah orang kadang tak ambil kisah sangat pasal alergik ni sebab tak terlalu serius. Macam saya, alergik terhadap beberapa jenis makanan. Tapi nak buat senarai pun macam tak berapa tepat jugak sebab selagi kita tak makan makanan tu dulu dan alami kesan alergik, kita tak tahu pun bahawasanya kita sensitif terhadap benda tu. Macam saya sendiri, ada la beberapa jenis makanan yang saya tahu akan menyebabkan simptom gatal-gatal kat hidung, kerap bersin, merah-merah sekitar hidung dan mata, susah nak bernafas sebab nasal passages blocked and swollen. Kadang-kadang kalau dah teruk sangat boleh menyebabkan sakit kepala dan demam. Puncanya sikit je tersalah makan, terus terpaksa mc tak pergi kerja. Waktu tidur pun terganggu bila kena sinus congestion ni. Itu yang menyampahnya. Sneezing all the time, sampai naik segan dekat colleagues. Yela, sebab kita asyik duk sneezing je, member sebelah nak buat kerja pun terganggu. Selain faktor pemakanan, saya juga alah kepada debu-debu dan habuk, serba bau-bauan yang terlalu kuat. Sungguh, boleh sampai demam dan migraine. Selain tu, kalau suhu terlalu sejuk pun boleh menyebabkan sinus. Itu antara alahan yang biasa saya lalui la. Lain orang lain alahannya.


Kebelakangan ni suhu kat Malaysia sejuk betul ha. Dah fefeeling kat oversea dah. Suhu sejuk macam ni pun menyumbang jugak menjadikan sinus lebih teruk. Duk sok sek sok sek je pergi kerja pun. Nak mc kerap sangat macam not nice la pulak untuk performance kerja kan. Simptom-simpton kecil macam ni la sebenarnya yang sedikit-sebanyak mengganggu rutin harian kita. Nak fokus buat kerja macam biasa pun payah. Memang terganggu la pendek kata. Itu untuk saya yang dewasa ni. Untuk kanak-kanak lagi la kesian, sebab antibodi dan system imunisasi tak sekuat orang dewasa.



Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray oleh seorang kawan. Katanya Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray menggunakan Invisible Airshield Technology, teknologi perlindungan AirShield yang berkesan dari UK. Mula-mula rasa macam “Eh, okay ke benda alah ni? Memang menjadi ke?”. Tapi dengar feedback positif dari kawan-kawan yang lain terus bersemangat nak cuba. Didatangkan dalam kotak yang kemas dan cantik, kira tak macam produk-produk cikai la. Nampak trusted. 



“Clinically proven to instantly kills 99.99% influenza virus, aspergillus, MRSA & Candida. Improves immunity to keep away sinus, nasal allergies and irritated nose. 1 spray, 12 hours protection and no alcohol”. Itu apa yang terpapar kat kotak. Selamat digunakan untuk bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung. Tapi Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni bukan sejenis ubat tau. Something like sanitizer la. So korang jangan pulak pi sembur direct dalam hidung ke kat kulit ke. That is not how we use this spray. Tapi kalau terkena kulit pun takpe, sebab ia diperbuat daripada mineral aktif dan langsung tidak merbahaya, walaupun terhadap kanak-kanak atau bayi. Teknologi “Self Sanitizing” (pembersihan automatik) yang telah dipaten ini mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh bertahan selama 12 jam.



Cara yang betul untuk gunakan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni adalah dengan semburkan dekat pakaian, sembur dekat bantal dan tilam, atau sembur dekat udara sekeliling. Alah, sama konsep macam sembur perfume. Kalau korang jenis yang pagi-pagi asyik duk bersin merah hidung bagai tu, sebelum tidur korang spray Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray kat bantal. InshaAllah pagi esoknya kurang bersin-bersin tu. Dia bertindak macam sanitizer. Membunuh bakteria dan kuman-kuman disekeliling kita. Saya cadangkan supaya mengguna dosage seperti yang disarankan oleh THYMOS, sehari 4 semburan pada bahu atau bahagian dada, dan 6 semburan pada bantal atau katil sudah memadai. Satu semburan boleh bertahan kesannya sehingga 12 jam. Saya sembur dekat bantal jugak. Dah beberapa hari duk sembur Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray kat bantal sebelum tidur. Alhamdulillah memang membantu mengurangkan all those sneezing in the morning. Pergi kerja pun dengan mood lebih ceria dan sihat. Bila mood okay, nak buat kerja pun lebih semangat dan produktif.



Bila dah rasai sendiri keberkesanan penggunaan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni, rasa excited betul nak cerita kat kawan-kawan lain yang ada masalah sinus/nasal allergic ni. Tahu memang masalah ni dialami oleh ramai sangat orang. Dah jadi macam perkara biasa dah. Kat mana boleh dapatkan Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni? Boleh beli dekat Guardian. Kat tempat lain tak pasti pulak ada jual ke tak. Tapi kat Guardian ada jual pada harga RM69.90. Itu harga sekarang la sebab ianya harga pengenalan. Harga asal dia RM75. Tak pasti sampai bila ianya dijual dengan harga RM69.90 ni.

Sebelum korang beli tu, rajin-rajinkan lah diri usha lebih detail lagi tentang Thymos Anti Sinus/Nasal Allergies Spray ni kat website / Facebook dorang. Jangan kata sis tak kongsi benda baik ye, hehe.

Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/ 
atau 

Thursday, February 8, 2018

Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua.

February 08, 2018 23
Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua.
Kali ini saya akan teruskan penceritaan tentang fam trip ke Muar untuk hari kedua. Perkongsian hari pertama boleh dibaca di Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama.

HARI KEDUA - 28 Januari 2018


Sarapan pagi sate di R&H Cafe Station

Seawal jam 8 pagi, kami check out dari Muar Traders Hotel untuk meneruskan lawatan kami ke beberapa lagi tempat menarik di daerah Muar. Kami dibawa ke R & H Cafe Station bagi menikmati sarapan pagi gaya orang Muar.


Kalau nak tahu, salah satu keunikan orang Muar yang susah ditemui di tempat lain adalah mereka bersarapan pagi dengan sate. Kedengaran agak pelik, tetapi ianya sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Muar. Selain sate, terdapat pelbagai menu yang disediakan di R & H Cafe Station bagi juadah sarapan pagi.

Sarapan pagi gaya Muar

Jurassic Garden Don Hu

Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Jurassic Garden Don Hu. Sebaik sahaja mendengar nama Jurassic Garden Don Hu, apa yang terbayang di fikiran saya adalah dinosour. Yess, kami ke sana untuk melihat pelbagai jenis replika dinosour. Bukan dinosour yang statik tak bergerak tau, tetapi dinosour yang siap mengeluarkan bunyi dan dan bergerak-gerak. Seronok betul sesekali pergi ke tempat sebegini. Boleh teruskan pembacaan tentang Jurassic Garden Don Hu di sini - Jurassic Garden Don Hu, Muar (akan datang). Terdapat ratusan dinosour boleh dilihat sekitar Jurassic Garden Don Hu.



Tan Kok Leyong Nursery, Nursery Terbesar di Malaysia

Perjalanan diteruskan lagi ke Tan Kok Leyong Nursery yang merupakan tumpuan pusat penanaman dan pengeluaran nursery terbesar di Malaysia. Bila saya jejakkan kaki ke Tan Kok Leyong Nursery ni, orang pertama yang bermain di fikiran saya adalah emak. Emak saya kalau bab tanaman pokok bunga dan seumpamanya ni, dia tersangatlah minat.



Di Tan Kok Leyong Nursery, terdapat pelbagai jenis tanaman yang dibekalkan ke seluruh negara. Memandangkan terdapat banyak sangat gambar tanaman di Tan Kok Leyong Nursery yang mahu saya tunjukkan, saya turut menyediakan satu lagi artikel tentang tanaman di Tan Kok Leyong Nursery. Boleh baca di SINI (akan datang).

Nasuha Herbs & Spices

Lokasi seterusnya adalah di Nasuha Herbs & Spices. Pernah dengar tentang rempah ratus jenama Mak Siti tak? Haaa kalau korang nak tahu, rempah ratus jenama Mak Siti adalah keluaran Nasuha Herbs & Spices. Nasuha Herbs & spices merupakan ladang herba dan rempah ratus yang terbesar di Asia Tenggara dan Asia. Bangga pula rasanya bila ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia terletak di negara sendiri dan diusahakan oleh penduduk tempatan.



Sesampainya kami di Nasuha Herbs & Spices, kami dihidangkan dengan nasi beriyani yang dimasak menggunakan rempah ratus dari Nasuha Herbs & Spices. Sedap! Selesai makan, kami dibawa menaiki tram untuk melawat ke tapak herba di sekitar ladang. Luas betul kawasan Nasuha Herbs & Spices, dipenuhi pelbagai tanaman herba dan rempah ratus. Serious rasa kagum dengan keluasan ladang dan kepelbagaian tanaman herba yang terdapat di sana. Terdapat juga beberapa jenis binatang ternakan yang diternak untuk memastikan keseimbangan ekosistem ladang tersebut.

Antara kilang yang memproses produk hasil ladang Nasuha Herbs & Spices

Galeri Darurat Bukit Kepong

Akhirnya kami sampai ke penghujung lawatan dimana kami dibawa ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Di sana, kami disambut oleh pihak pengurusan dan diberi penerangan tentang Galeri Darurat Bukit Kepong. Pada pendapat saya, Galeri Darurat Bukit Kepong merupakan salah satu lokasi yang wajib dikunjungi oleh setiap warga Malaysia. Di sini, kita boleh pelajari dengan lebih jelas lagi tentang sejarah negara kita terutamanya yang melibatkan Bukit Kepong. Kunjungan saya ke Galeri Darurat Bukit Kepong sesungguhnya menambahkan lagi pengetahun saya tentang sejarah negara kita, disamping meningkatkan lagi rasa patriotik di dalam diri. Betapa penduduk sebelum kita berusaha keras untuk mempertahankan negara, termasuk menggadaikan nyawa. Boleh baca lebih lanjut tentang Galeri Darurat Bukit Kepong di SINI (akan datang).

Galeri Darurat Bukit Kepong

Maka berakhirlah sesi lawatan kami ke daerah Muar buat kali ini. Rombongan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 7 petang. Oh ye, sekiranya korang ke Muar, jangan lupa beli mi siput. Mi siput sangat terkenal di Muar, dan rasanya sangat sedap untuk dijadikan kudap-kudapan.

Pengalaman melawat ke daerah Muar telah membuka mata saya bahawasanya terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Muar. Daerah Muar mempunyai keunikan yang tersendiri dan mampu menjadi tarikan para pelancong.


Wednesday, February 7, 2018

Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama.

February 07, 2018 23
Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Pertama.

Pada minggu lepas, saya berpeluang menyertai fam trip 2 hari 1 malam ke Johor bersama rakan-rakan media yang lain. Fam trip ini merupakan kelolaan Travel Writers Association Malaysia (TRAM) dengan kerjasama pihak Tourism Johor dan pihak Tourism Muar. Ini merupakan kali pertama saya ke Muar. Walaupun saya pernah belajar di Batu Pahat, Johor selama hampir 4 tahun, tetapi saya langsung tidak pernah singgah ke Muar. Padahal kedudukan Muar dan Batu Pahat hanyalah bersebelahan. Pada awalnya saya agak tertanya-tanya, apa yang menariknya di daerah Muar? Dalam banyak-banyak daerah di negeri Johor, kenapa mesti Muar? Untuk lebih mengenali sendiri daerah Muar, saya bersetuju untuk menyertai fam trip kali ini.


HARI PERTAMA - 27 Januari 2018

Kami berkumpul seawal jam 5.30 pagi di MATIC, Kuala Lumpur. Setelah semua rakan media sampai, 2 buah bas bertolak ke Muar sekitar jam 6 pagi. Ketibaan kami di Muar Traders Hotel pada jam 8.30 pagi disambut dengan paluan kompang dan seni silat Muar oleh pihak Tourism Muar. Selesai pendaftaran dan sarapan pagi di Ballroom Meritus Muar Traders Hotel, majlis resepsi pun bermula.


Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail. Menurut beliau, penganjuran fam trip ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Johor melalui pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Johor. Dalam pada itu juga, ianya bertujuan untuk mengetengahkan lagi daerah Muar sebagai tempat pelancongan. Menurut beliau lagi, Muar menawarkan keistimewaan yang tersendiri sebagai tarikan pelancong.

Muar yang terkenal dengan panggilan Bandar Maharani Bandar Diraja turut mempunyai persatuan pelancong yang tersendiri iaitu Persatuan Pelancongan Muar. Menurut beliau lagi, mereka akan melancarkan 20 pakej palancongan dalam usaha meningkatkan lagi kadar kemasukan pelancong ke Muar.

Menurut Pegawai Daerah  Muar, Haji Onn Jabbar, Muar telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bandar Pelancongan Bersih Asean (ACTCA) 2017. Tidak dinafikan, Muar merupakan salah satu bandar yang menitikberatkan isu kebersihan. Pastinya Muar tidak akan menjadi bandar yang bersih dan cantik tanpa kerjasama dari para penduduknya sendiri dan pihak-pihak berwajib.

Logo rasmi Tourism Muar

Setiausaha Tourism Muar, Chua Teck Boon turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Muar sehingga berjaya mendapatkan Anugerah Bandar Pelancongan Bersih Asean. Menurut beliau lagi, kewujudan Persatuan  Pelancongan Muar dalam masa yang sama telah berjaya menyatukan para pengusaha dari pelbagai bidang. Hal ini akan lebih memudahkan lagi urusan mempromosikan Muar kepada para pelancong. Sejujurnya saya sendiri merasa agak kagum dengan kerjasama pelbagai pihak di Muar dalam usaha menaikkan nama dan reputasi daerah Muar itu sendiri. Perkara ini seharusnya dicontohi oleh daerah-daerah lain di seluruh pelosok Malaysia.

Pelancaran Muar Travel Map 1.0

Pelancaran Muar Travel Map 1.0

Turut diadakan juga pelancaran Muar Travel Map 1.0 dan ikon pelancongan Muar iaitu Taleeb Mizad. Usai sahaja majlis, kami dikejutkan pula dengan kehadiran puluhan kereta mewah dan kumpulan berbasikal yang akan mengiringi kami berarak ke lokasi seterusnya untuk acara lawatan di bandar Muar. Penunggang basikal yang hadir adalah terdiri dari ahli Kelab Batu Berendam Basikal Tua Melaka dan Kelab Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia. Seronok pula melihat mereka berbasikal beramai-ramai mengiringi rombongan kami. Terasa kemeriahannya.


Sebelum bertolak ke lokasi seterusnya, kami sempat bergambar beramai-ramai di Tangga Agong Muar, Pejabat Daerah Muar. Pejabat Daerah Muar terletak tidak jauh dari Muar Traders Hotel. Hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana.


Tangga Agong Muar

Muar Mural Trail

Kami kemudiannya dibawa melawat ke Muar Mural Trail. Terdapat beberapa mural besar yang menjadi kebanggaan warga Muar. Sekiranya anda ke Muar, memang tidak sah kalau tidak melawat mural-mural yang menarik disana. Setiap mural mempunyai cerita yang tersendiri. Mural di bawah diberi nama Adikku Sayang. Mural Adikku Sayang merupakan mural terbesar di Malaysia dan dilukis oleh Julia Volchkova, seorang pelukis mural dari Rusia. Ianya menggambarkan kasih sayang dua beradik yang jelas terpancar pada ekspresi wajah dan mata mereka. Sikap kasih sayang sesama keluarga inilah seharusnya dipraktikkan oleh orang ramai.

Mural Adikku Sayang / Loving Sisters

Melawat Kuil Hindu Nattukottai Chettiars Sri Murugan

Kami juga sempat singgah melawat ke Kuil Hindu di Jalan Meriam. Kuil yang dikenali sebagai Kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan ini merupakan kuil Hindu tertua di daerah Muar. Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki di kuil Hindu.

Kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan 

Seni bina kuil ini ternyata sangat menarik sekali. Memandangkan ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke dalam kuil, saya merasa agak kagum dengan kehalusan seni bina kuil Nattukottai Chettiars Sri Murugan.




Asam Pedas di Parit Jawa

Menjelang tengah hari, kami dibawa ke Pantai Leka yang terletak di Parit Jawa untuk menikmati juadah makan tengah hari. Dikatakan tempat ini diberi nama sebagai Pantai Leka kerana keindahan pemandangan matahari terbenam yang dapat dilihat disitu sehingga mampu membuat pengunjung terleka. Jangan tak tahu, Parit Jawa merupakan lokasi popular masakan asam pedas di Muar. Asam pedas merupakan salah satu menu kesukaan saya sejak dahulu lagi. Pantang nampak restoran yang menyediakan masakan asam pedas, mesti nak cuba. Tapi kalau mahukan rasa asam pedas terbaik dari Muar, Parit Jawa merupakan lokasi yang patut dituju.

Pantai Leka, Muar

Asam pedas muar

Tarian Singa dan Naga Kung Seng Keng

Setelah masing-masing kenyang dengan hidangan makan tengah hari, kami dibawa pula melihat persembahan tarian singa dan naga Kung Seng Keng. Tarian Singa Dan Naga Kung Seng Keng merupakan juara bertahan Kejuaraan Dunia Tarian Singa seluruh dunia. Kagum betul, dan banyak trofi hasil kemenangan mereka ada dipamerkan di Kung Seng Keng Trophy House. Saya sempat merakamkan tarian singa yang dipersembahkan pada hari tersebut.


Kagum betul saya dengan penari-penari tarian singa ni. Bukan senang nak menari di atas tiang. Silap hari bulan boleh menyebabkan kecederaan. Jangan kata menari atas tiang, menari tanpa tiang pun saya tak pandai! Haha, Oh ye, kami diberitahu bahawasanya penari-penari disini bukanlah kesemuanya berbangsa Cina, tetapi terdapat juga penari dari bangsa Melayu dan India. Sekali lagi saya merasa sungguh kagum, ianya menunjukkan perpaduan kaum yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Desa Keroma Eco Resort, Muar

Selesai melihat persembahan tarian singa, kami dibawa ke Desa Kerome Eco Resort dan Muar River Cruise. Pengalaman di Desa Kerome Eco Resort merupakan satu pengalaman yang amat berharga bagi saya. Untuk perkongsian pengalaman di Desa Kerome Eco Resort, anda boleh teruskan pembacaan di sini : Pengalaman Mangrove Tour di Desa Keroma Eco Resort, Muar Johor .



Melihat sendiri kawasan penternakan kupang

Muar River Cruise

Di Muar River Cruise yang terletak di Tanjung Emas pula, kami menaiki bot dan melalui perairan Sungai Muar. Waktu perjalanan bot memakan masa selama 30 minit. Muar River Cruise  beroperasi dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang dengan kadar harga tiket RM12 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak). Untuk mendapatkan harga tersebut, anda perlu pamerkan MyKad. Sekiranya tanpa MyKad, harga untuk seorang dewasa adalah RM15. Sepanjang menyelusuri Sungai Muar, kami dapat melihat dengan jelas bangunan-bangunan disekitar Sungai Muar.



Muar Traders Hotel

Masing-masing kepenatan setelah seharian melawat daerah Muar, makanya kami pulang ke Muar Traders Hotel untuk berehat dan membersihkan diri. Saya ditempatkan sebilik dengan rakan blogger, Neeza. Boleh teruskan pembacaan di Bermalam di Muar Traders Hotel (akan datang) untuk perincian lebih lengkap tentang Muar Traders Hotel.


Kepenatan tidak menghalang kami untuk terus menerokai daerah Muar. Selepas mandi dan menunaikan solat Maghrib, kami dibawa pula ke Restoran Marina Tanjung Emas untuk menikmati juadah makan malam. Sebelum menuju ke Restoran Marina, saya dan rakan sempat berjalan-jalan di Ringo Market yang terletak di Laman Ole-ole Maharani (bersebelahan Muar Traders Hotel). Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan peniaga di Ringo market terdiri daripada kaum Cina. Terdapat pelbagai barangan dijual di Ringo market.


Makan Malam di Restoran Marina Tanjung Emas

Lokasi Restoran Marina Tanjung Emas merupakan satu tempat yang menarik untuk menikmati makan malam. Makan malam dengan suasana angin sepoi-sepoi bahasa dan diiringi oleh alunan muzik. Kami turut dihiburkan dengan joget lambak dan tarian zapin. Di sekitar Tanjung Emas juga ada disediakan servis kereta / basikal berhias. Aktiviti sebegini amat sesuai untuk dilakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.



Menikmati Keenakan Sup Kambing di Muar Soup House

Lokasi terakhir kami untuk hari pertama adalah Uptown Maharani. Kami dibawa ke sana untuk merasai sendiri keenakan sup kambing yang terkenal di Muar Soup House. Sememangnya saya merupakan salah seorang penggemar daging kambing. Sup di Muar Soup House ternyata agak berlainan dengan sup yang pernah saya rasai sebelum ini.


Bagi saya, perbezaan yang ketara adalah dari segi rasa dan tekstur kuahnya. Sup di Muar Soup House lebih pekat berbanding sup di tempat lain. Selain sup kambing, juga terdapat variasi sup lain dan menu lain yang disediakan di Muar Soup House.


Berakhirlah sudah hari pertama fam trip ke Muar. Dek kepenatan yang teramat, balik hotel memang lena betul tidurnya. Rasa macam tak nak bangun keesokan harinya.

Boleh baca perkongsian hari kedua fam trip ke Muar di sini : Fam Trip TRAM ke Bandar Muar, Johor - Hari Kedua .

Friday, February 2, 2018

NYX Professional Makeup Store kini di Sunway Pyramid!

February 02, 2018 27
NYX Professional Makeup Store kini di Sunway Pyramid!
Semalam sempat ke Sunway Pyramid untuk NYX Professional Makeup store opening. Sebenarnya saya jarang ke Sunway Pyramid. Setahun ada la 5 atau 6 kali, itu pun kalau ada hal je. Takde hal memang tak ke sana. Almaklum la kat KL ni pun dah banyak mall tak habis pusing. Tapi kali ni gigihkan diri bangun pagi-pagi terus ke Sunway Pyramid, semata-mata nak hadir ke pembukaan cawangan baru NYX. Dah la hari cuti pulak tu. Saya bukanlah jenis yang pakai mekap berkepuk-kepuk tebal, sebab saya suka pakai nipis je. Tapi bab barang mekap ni memang saya minat sangat-sangat, dan NYX semestinya salah satu jenama barangan mekap yang menjadi pilihan saya. Lagipun bagi saya harga kosmetik NYX sangat mampu milik. Tak mahal pun, even student can afford NYX cosmetics. Rangkaian kosmetik NYX yang paling banyak dalam koleksi saya adalah NYX Soft Matte Lip Cream. Yang tu, macam-macam warna dah ada dalam koleksi.




Oh ye, berbalik kepada cerita tentang cawangan baru NYX Cosmetics. Kalau tak silap saya, ini merupakan NYX physical store yang ketiga di Malaysia. Cawangan pertama di IOI City Mall Putrajaya, cawangan kedua pula di KL Sogo. Dan akhirnya NYX buka satu lagi physical store kat Sunway Pyramid. I am soo excited sebab saya memang pengguna NYX sejak sebelum dorang ada physical store kat Malaysia lagi. Dulu-dulu gigih beli online dan beli dekat Sephora. Nowadays lepas habis kerja selalu menyinggah dekat NYX di Sogo. Almaklum, dekat sangat dengan ofis.

The ribbon so that i can entitle myself for RM50 discount



Physical store NYX yang ketiga ini terletak di ground floor G1.80 Sunway Pyramid (dekat dengan Wacoal). Saya sampai ke sana sekitar jam 10 pagi. Ingat dah cukup awal dah masa tu. Rupanya tengok dah berpusu-pusu orang kat depan NYX store. Ahahaha, orang lain lagi pantas weyh! Haruslah ramai yang datang ke opening NYX tu sebab masa ni la kalau nak jumpa dengan influencer, insta famous, blogger, artis, dan juga MUA. Pendek kata, memang segala jenis MUA pun ada semalam. Rasa kerdil je semalam sebab kita tak mekap lawa-lawa macam dorang haha. Nak tegur ajak bergambar pun segan. Makanya saya buat hal saya sendiri browsing through all those cosmetics, test yang mana okay, mingle around with some people, etc.

The crowd in front of the store 




Seronok pulak sebab MUA NYX pun ramai yang duk layan dan tolong cerita kat kita pasal mekap mana yang sesuai dengan kita, mekap mana yang elok untuk tona kulit kita dan sebagainya. Lagipun rangkaian produk yang ada kat situ macam lebih banyak berbanding kat Sogo je. And, not to forget their beauty bar! Kat situ la pakat duk bersidai test mekap.




NYX store dekat Sunway Pyramid ni lebih besar berbanding yang dekat Sogo. Yang dekat IOI City Mall saya tak pasti sebab belum pernah ke NYX IOI City Mall. Bila dah ada banyak barangan kosmetik NYX depan mata ni, terus jadi rambang mata. Kejap nak yang tu, kejap nak yang ni. Pendek kata nak semua! Tapi poket tak mengizinkan hahah. So terpaksa la tapis balik yang mana nak dibeli. By the way masa opening NYX store ni dorang siap ada bagi discount coupon dan juga lucky draw. Siapa tak suka kan? Haruslah spend time berjam-jam duk pilih barang mekap! Rela tahan perut yang kelaparan tau.



Below is my purchase from NYX Sunway Pyramid semalam. Total damage almost RM300 tapi dapat jimat RM50 sebab ada diskaun RM50. I’m a happy beauty addict!


NYX Total Control Drop Foundation – RM69
NYX Stay Matte But Not Flat Powder Foundation – RM57
NYX Ultimate Shadow Palette – RM75
NYX London Set Lip, Eye & Face Collection – RM75
NYX Ombre Blush – RM58
NYX Mini Liquid Suede Cream Lipstick – Free (lucky draw)