emilinda: motherhood
Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Friday, May 10, 2024

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

May 10, 2024 0
Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Nak kongsi pengalaman bersalinkan anak kedua saya, Sara Alyssa dekat blog ni tapi asyik tertangguh aje. Anak kedua saya tu umur dah nak masuk 7 bulan dah, baru saya sempat nak coretkan kat sini. Terasa rugi kalau tak coretkan pengalaman tu kat sini. Bukan apa, boleh juga saya baca semula lain kali. Ingatan kita ni bukanlah tajam sangat kan, jadi bila diabadikan dalam coretan macam ni boleh dibaca semula berulang kali. Pengalaman bersalinkan anak kedua saya ni alhamdulillah lebih lancar & mudah jika dibandingkan dnegan pengalaman melahirkan anak pertama dulu. Kot korang nak baca pengalaman bersalinkan anak pertama, boleh baca di sini - Pengalaman Tumpah Darah Ketika Bersalinkan Anak Pertama.

My second born


Untuk kandungan kedua ni, due date sepatutnya pada 23 Oktober 2023. Seperti kandungan pertama, mengandung kali kedua ni pun saya ada GDM juga. Bila dah makin sarat, memang saya selalu duk mengharap supaya baby cepat-cepat keluar bila dah sampai waktu yang bersesuaian. Tak larat nak bawa perut sebenarnya. Sekali haaa baby keluar awal 12 hari ye, haha. Baby keluar 11 Oktober. Seminggu terakhir sebelum bersalin tu memang dah mula kerap rasa Braxton Hicks. Dah la masa tu Yusuff baru baik demam. 


10hb sekitar 9.30 malam saya mula rasa contraction & ada spotting. Bila tengok ada spotting tu, saya yakin dah itu bukan Braxton Hicks. Tapi santai-santai dulu layan Yusuff main, minum milo & makan biskut sikit. Dah la malam tu memang kitorang tak masak apa-apa sebab petang tu dah makan kudap-kudap so kitorang tak lapar sangat. Bila dah ada spotting, risau juga kot tak larat nak meneran sebab takde tenaga bila tak makan makanan berat. Tapi redha jela, nak masak nasi pun tak sempat dah. Kitorang bersiap-siap & gerak untuk hantar Yusuff ke rumah Tokma dia. Nak tinggal Yusuff tu pun berat hati, risau semua ada. Dah la dia baru baik demam. Anak kita, kita faham sangatlah ragam dia yang manja & kuat tantrum tu. Duk pujuk dia sebelum gerak ke hospital pun dah makan masa. Sempat singgah beli air & roti, kitorang sampai hospital sekitar jam 11.30 malam.


Register & tunggu turn segala bagai, sekitar jam 1 pagi baru dorang check bukaan. Bukaan masa tu baru 3cm, dan contraction still manageable. Jam 2.20 pagi check bukaan lagi & masih 3cm. Dorang cakap dorang akan hantar ke wad dulu la. So saya whatsapp suami suruh masuk hantar beg & suruh dia balik dulu temankan Yusuff. Yela, risau kot sebab diberitahu Yusuff menangis non-stop kat rumah Tokma sejak tadi. Maka berjalanlah saya ke wad sambil bawa beg sendiri, ada yang nurse tolong bawa. Jam 2.45 pagi sampai kat wad, saya terus ke tandas untuk kencing & pakai pad. Balik je ke katil, saya whatsapp suami cakap dah masuk wad. Lepas je saya whatsapp, saya baru je nak baring terus bunyi pop ketuban pecah. Yeee, ketuban pecah berbunyi rupanya haha. Anak pertama dulu doktor yang tolong pecahkan ketuban. So sebaik saja ketuban pecah, contraction terus menggila ye. Hangat je rasa air ketuban keluar. Dengan blurnya saya cakap kat patient katil sebelah "Awak, ketuban saya pecah. Nak kena bagitau nurse ke?". Dia pulak yang tolong panik "Eh yela kena la bagitau. Takpe, kejap saya panggil nurse". Terus dia capai tudung & panggil nurse. Nurse check bukaan katanya baru 3-4cm. Tapi saya cakap dah sakit sangat ni. Nurse lagi sorang check bukaan katanya dah 5cm. "Nurse, sakitttt. Saya rasa nak meneran ni, tolong!". Panik dorang "Haaa kalau dah rasa nak meneran, jom lah turun ke labor room balik". Tak sampai 10 minit ye kat wad tu, terus ditolak ke labor room.


Doktor dekat labor room be like "Eh awak bukan yang tadi saya check baru 3cm tu ke?". Masa tu labor room agak lengang, tak macam masa bersalinkan anak pertama dulu. Dulu ramai sangat nurse & doktor pelatih. Kali ni tak, sepanjang proses melahirkan tu hanya dibantu oleh seorang doktor, dan 2 orang nurse sahaja. Punya la sakit nak bersalin tu memang saya tutup mata je sepanjang duk tahan sakit & meneran tu. Awal-awal saya dah bagitahu doktor, "Saya tak reti nak teran ni doktor. Tolong saya please. Tolong guide saya". Doktor tu cakap "Dik, awak sakit nak lahirkan anak ni. Kalau tak teran memang takkan keluar baby awak. Selagi baby tak keluar memang takkan lega sakit awak tu. So bila rasa nak meneran, teran je". Memang kali ni saya lebih bertenang berbanding kali pertama, dan kali ni saya mampu ikut arahan doktor. Dulu doktor cakap jangan teran lagi pun saya keep on teran sampai habis tenaga. Kali ni lebih bertenang & tunggu arahan doktor. Tapi doktor kali ni memang suruh teran je, katanya bila rasa nak teran awak teran je kuat-kuat banyak-banyak kali sampai baby keluar. 

Fresh from oven gitu ha, first day of life.

Alhamdulillah, jam 3.30 pagi selamat melahirkan Sara Alyssa. Keluar-keluar je kemain nyaring suara dia menangis ye. Kali ni sempat merasa skin to skin dengan baby lepas bersalin. Dulu tak merasa sebab keadaan saya masa tu separuh sedar, dan baby pun perlu segera dihantar ke NICU. Kalau dulu saya tak sedar saat baby keluar, kali ni saya sedar & saya rasa saat baby dah keluar. Haha tak reti nak explain tapi memang berbeza. Yela dulu saya tak larat nak teran sampai pitam, dorang terpaksa vacuum untuk keluarkan baby. Kali ni saya yang berjuang push sampai baby keluar, dalam keadaan saya sepenuhnya sedar. Perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. 

After few days

Saya dan baby dapat discharge pada hari yang sama. Masuk wad beberapa jam je, tak perlu bermalam. Alhamdulillah, pengalaman kali ni sangat smooth dan dipermudahkan. Cuma tu la, kali ni pun suami tak dapat teman dalam labor room sebab labor room HUSM tengah renovation haha. Sedih bethollll. Tapi betul lah orang cakap, pengalaman mengandung & bersalinkan setiap anak itu memang berbeza. Terima kasih untuk doa-doa dari insan terdekat. Mungkin asbab doa dari salah seorang insan terdekat saya, Allah kabulkan. Trauma dengan pengalaman bersalin anak pertama, makanya sejak sebelum pregnant anak kedua pun saya selalu kirim doa agar dipermudahkan & dilancarkan urusan mengandung & bersalin anak kedua saya. Ye, tiap kali ada kenalan nak ke Mekah, inilah salah satu doa yang saya kirim. Terima kasih kepada semua nurse & doktor KK Jelawat, dan HUSM. 

Saya dah nak masuk 7 bulan dah, mama baru nak cerita kat sini kan


Monday, July 4, 2022

Buat Allergy Blood Test Untuk Yusuff

July 04, 2022 12
Buat Allergy Blood Test Untuk Yusuff

Hai korang! Kali ni nak cerita tentang pengalaman buat allergy blood test. Allergy blood test ni dibuat bertujuan untuk mengesan seseorang tu mempunyai alahan terhadap apa. Anak kitorang Yusuff Althaf memang sejak usia 7 bulan kami dapat tahu dia ada alahan terhadap susu formula. Cuma waktu tu kitorang tak pasti dia alahan terhadap susu formula jenis apa. Masa tu kitorang try bagi dia susu Dutch Baby, sebab konon nak start campur susu badan dan susu formula. Sekali baru 2-3 teguk dia minum, terus ada tindakbalas terhadap diri dia. Muka dia bengkak-bengkak termasuk kawasan mata & mulut (rasanya dalam mulut bengkak jugak sebab dia terus tolak susu & air). Suara dia berubah. Then dia start jadi macam tak bermaya, tertidur kejap. Tapi dia nampak sangat tak selesa, dan kitorang perasan seluruh tubuh badan dia start naik merah-merah yang banyak. Terus bawa ke hospital. Sampai je hospital, merah-merah kat badan dia makin banyak, dan dia start muntah. Dari situ kitorang tahu rupanya Yusuff Althaf ni ada alahan terhadap susu formula. Beberapa malam juga la berkampung di hospital. Disebabkan kejadian tu, kitorang buat keputusan untuk full breastfeed Yusuff Althaf sehingga umur dia 2 tahun.

Kiri : Masa kat rumah, tak sampai 5 minit lepas minum susu. Bengkak mata & mulut
Kanan : Kat hospital, start merah-merah seluruh tubuh termasuk kepala

Kitorang ingat episod alahan Yusuff Althaf hanya setakat itu sahaja. Rupanya eh ada banyak episod ye, hehe. Dia alahan bukan setakat pada susu formula sahaja, tapi banyak lagi benda lain. Antara beberapa kejadian lain yang trigger allergic dia ialah : Nak bagi kelainan kot dia bosan makan bubur nasi, so bagi baby noodle yang organic punya tu. Tapi trigger allergic sampai dia lembik-lembik macam orang pengsan. Bergegas ke hospital, tapi sampai je kat hospital elok je semua merah-merah hilang & dia pun kembali cergas. Doctor pandang kitorang semacam je as if "elok je tu anak awak" haha. Kejadian lain, try bagi dia telur pun sama jugak trigger allergic. Lain-lain kejadian tak teruk sangat trigger allergic, setakat merah-merah bengkak yang hilang setelah 2-3 jam. Ada juga masanya kitorang tak pasti apa yang trigger allergic Yusuff, tahu-tahu je dah merah-merah bengkak-bengkak. Susah hati? Ye, memang susah hati. Rasa macam susahnya la hai nak besarkan anak. Itu belum lagi bila tiap kali balik rumah parents saya, Yusuff gigit botol susu cousin dia. Biasalah budak, tengok botol susu orang lain terliur agaknya. Memang bengkak habis la ceritanya. Bukan setakat botol susu, mainan pun kalau dia masukkan dalam mulut memang akan naik merah-merah sebab bertukar-tukar masuk dalam mulut cousins dia, pastu masuk mulut dia pulak. Kan mulut cousins dia tu lepas minum susu formula. So sikit punya saki-baki susu formula yang melekat dekat mainan tu pun boleh trigger allergic dia. Mahu nya tak stress mama papa Yusuff? Haha. Dugaan nak besarkan anak.


Banyak kali kitorang tangguh untuk buat allergy blood test ni, antaranya sebab pandemic Covid-19 ni la. Tapi bila Yusuff dah masuk usia 2 tahun, kitorang buat juga allergy blood test ni. Untuk pengetahuan korang, allergy blood test ni tak boleh dibuat di fasiliti kerajaan. Kiranya kalau klinik kesihatan atau hospital kerajaan, memang takkan buat allergy blood test ni. Kalau nak buat, boleh tanya dekat mana-mana hospital swasta. Kalau klinik swasta tak pasti buat ke tak, tapi kalau hospital swasta biasanya ada buat allergy blood test ni. Harganya agak mahal sikit. Allergy blood test yang kitorang buat untuk Yusuff Althaf ni harganya RM441, kitorang buat dekat Kota Bharu Medical Centre (KBMC). Prosedurnya senang je, dorang cuma ambil sampel darah untuk dihantar ke makmal. Sampel darah tu dorang akan uji dengan  36 jenis allergen. 36 jenis yang diuji tu terdiri dari common allergens la. Doktor cakap allergens ada banyak. Kalau nak buat semua memang banyak, tapi biasanya 36 jenis ni la orang buat. So lepas beberapa hari, keputusan ujian darah tu akan keluar. Macam kitorang haritu, assistant pakar kanak-kanak hospital tu yang call kitorang, cakap keputusan dah keluar. Kitorang mintak dia hantar melalui whatsapp. Tapi dalam masa sama kitorang buat appointment dengan pakar kanak-kanak tu untuk review keputusan allergy blood test tu sama-sama. Yela, nak lebih faham benda tu sebab ada term yang kitorang tak faham.


So Yusuff Althaf ni allergic kepada apa? Banyakkkkk hahahaha, stress mama awak anak oiii tengok keputusan ujian darah awak. Kitorang fikir sebab dia allergic susu formula berasaskan lembu, boleh la try susu kambing atau soy based. Tapi susu kambing pun dia allergic jugak, apa-apa yang berkaitan soya pun dia allergic juga. So nampak gayanya struggle jugak la nak wean-off menyusu badan ni, sebab takde susu formula sebagai gantinya. Selain tu, Yusuff allergic terhadap daging, dairy products, kekacang, telur kuning, telur putih, coklat, ikan kod, debu-debu, habuk dan hama. Total Immunoglobulin E (igE) juga menunjukkan very positive, which means tubuh badan dia memberikan tindakbalas yang berlebihan (overreacts) terhadap benda-benda yang dia allergic tu. Apa yang saya faham, immunoglobulin E ni merupakan antibodi yang dihasilkan oleh immune system kita apabila immune system bertindakbalas secara berlebihan terhadap bahan-bahan yang kita allergic tadi tu. Doktor pun cakap, bertabahlah ye nak besarkan anak yang allergic macam-macam ni. Memang kena betul-betul jaga dengan teliti terutama time kecik ni la. Dah besar nanti takpe, pandai-pandai la dia.


Ada 2 soalan saya ajukan kepada doktor. Apa punca terjadinya allergic ni? Faktor keturunan ke? Doktor cakap, faktor keturunan mungkin turut memainkan peranan. Tapi ada banyak je lagi faktor lain yang turut memainkan peranan. Soalan kedua, Yusuff akan allergic selama-lamanya ke? Haa yang ni penting. Kesian la kan kalau allergic sampai bila-bila. Doktor cakap, dia takde jawapan yang tepat untuk soalan tu. Lain orang lain pengalamannya. Ada yang makin besar, allergic makin hilang. Ada juga yang allergic sampai ke tua. So dari semasa ke semasa boleh try buat allergy blood test lagi bila dia dah besar nanti. Mana la tahu kan kot time tu tiba-tiba dah boleh makan daging!


Harap perkongsian kali ni membantu sesiapa yang ada anak allergic, atau diri sendiri allergic. Berbaloi ke buat allergy blood test mahal-mahal ni? Ye, berbaloi sebab kitorang tak lagi berteka-teki Yusuff allergic apa sebenarnya. Sekarang lebih yakin nak bagi dia makan, dan memang sangat membantu dalam pemilihan pemakanan dia (walaupun tak banyak choice sangat sebab mostly makanan ada dairy products, telur, etc). Oh by the way, doktor cakap buat blood test ni insurans tak cover tau. Walaupun buat blood test time dia warded, memang tak cover. Ini doktor yang cakap lah. Saya pun tak try claim dengan pihak insurans. Untuk yang bekerja & company cover perubatan anak, boleh try claim dengan company. Tapi sebelum proceed buat allergy blood test tu, tanya la dulu HR company korang kerja tu, dorang cover ke tak buat allergy blood test tu? Sebab macam company tempat saya bekerja, dorang tak cover for blood test. So the trick is, korang mintak doktor buat surat menyatakan kenapa anak korang tu kena buat allergy blood test. Bukan saja-saja nak buat blood test. Bila ada surat sokongan macam tu, inshaAllah boleh claim dengan company. Itu yang saya buat, saya minta doktor buat surat sokongan. Alhamdulillah, berjaya claim dengan company. 

Wednesday, September 15, 2021

Yusuff ke Pantai.

September 15, 2021 0
Yusuff ke Pantai.

Nasiblah anak-anak yang lahir dikala dunia dilanda pandemik. Jarang sangat dapat tengok dunia luar. Yusuff most of the time memang kat rumah je. Kalau hujung minggu kitorang bawak la dia ke rumah atuk neneknya. Alhamdulillah tinggal berdekatan, so boleh la jenguk-jenguk. Baru-baru ni kitorang bawak Yusuff ke pantai. Kesian ye, dah setahun lebih tapi macam tak pernah jejak pasir pantai. Masa dia masih baby pernah bawak ke pantai sekali, tapi masa tu dia kecik sangat lagi. Now dah boleh jalan & lari, kita bagilah dia merasa pasir pantai kejap.


Risau dek pandemik ni. Almaklum, keadaan masih tak okay. So kitorang terjah beberapa buah pantai berdekatan untuk tinjau suasana kat situ. Pantai pertama memang ramai orang, so kitorang tak keluar pun dari kereta. Proceed pantai kedua - tak seramai pantai pertama, tapi nampak ada polis meronda. Kitorang proceed ke pantai ketiga. Yang ni tak ramai orang. Ada beberapa buah keluarga je bawa anak-anak main pasir pantai. Memang lokasinya kurang famous pun. So boleh lahhh. 



Perancangan awal nak bagi dia pijak-pijak sikit je pasir pantai. Tapi amboiii, kemain sampai tahap basah lencun baju Yusuff. Awalnya dia macam takut-takut sebab tak biasa. Siap berpegang kuat kat baju mama. Tapi lepastu kemain galak dia nak main air. Dengan seluar mama sekali basah duk mengejar dia. Seronok betul dia sesekali dapat explore dunia luar macam tu. Terpancar reaksi teruja & gembira dia tu. Time ajak balik, meronta-ronta dia tak nak balik. Tak puas main kat pantai agaknya, hehe. Takpelah anak oii, next time kita ke pantai lagi.


Wednesday, April 28, 2021

Yusuff Turns One

April 28, 2021 1
Yusuff Turns One

Pejam celik kejap je, Yusuff dah setahun. Masih terbayang lagi detik-detik nak lahirkan dia, bukan senang. Dalam situasi PKP ni memang tak terasa sangat masa berlalu. Duk jaga dia seharian-harian, tahu-tahu je dah setahun. Alhamdulillah, setahun yang penuh makna. Macam-macam pesen & ragam, macam-macam jugak yang saya pelajari sejak ada anak ni. Tahun lepas Yusuff lahir beberapa hari sebelum puasa. Tahun ni ulang tahun kelahiran dia jatuh bulan puasa. Nak celebrate pun payah kalau dah bulan puasa, dah la musim PKP ni nak berkumpul ramai-ramai pun tak boleh. So kitorang decide just buat simple celebration waktu malam lepas Isya', sambut bertiga je. Alah, umur setahun Yusuff pun tak faham pape lagi haha. Mama papa je yang terlebih excited.


Saja la nak ada kenangan sikit. So saya buat 2 jenis kek - satu Lotus Biscoff cheesecake, satu lagi kek yang dibuat dari buah. Yela, Yusuff baru setahun. Belum boleh makan kek macam kita lagi. Lotus Biscoff cheesecake untuk mama & papa, kek buah untuk Yusuff. Yusuff memang suka makan buah pun. Buat simple deco dekat dinding, letak kek atas meja..tangkap gambar untuk kenangan. Masa nyanyi lagu happy birthday, Yusuff terkebil-kebil tak faham pape. Bhahaha. Next year kita try celebrate meriah sikit sebab masa tu dia dah besar. Itu pun kalau keadaan pandemic ni dah okay lah.


Nak dapatkan gambar kenangan ni kemain payah. Dia tengah tengok kartun masa tu. So marah la mama papa kacau dia, hahah. Umur setahun ni macam-macam dah dia pandai. Dah reti sebut macam-macam termasuk "mama" "papa" "air" "didi". Dah pandai joget-joget bila tengok kartun. Dah mula bercakap banyak - bahasa baby. Kalau nangis memang dia teriak kuat dah sekarang. Tengah belajar berjalan - dah boleh berjalan sesiket. Pandai turun naik katil dah, tapi kadang-kadang jatuh jugak. Paling suka main air. Siang biasa dia nap 2-3 kali. Malam payah nak tidur, berperang dulu la nak suruh dia tidur. Masa kecik dia sangat mudah tidur malam. 


Kartun favorite dia setakat ni Didi & Friends, Omar Hana, Upin Ipin, CocoMelon. Yusuff jugak suka tengok binatang. Kalau pasang rancangan macam NatGeo Wild tu, ralit betul dia tengok. Berat dia belum tahu lagi, next week baru appointment klinik. 

Thursday, January 28, 2021

Working From Home With Little Yusuff

January 28, 2021 15
Working From Home With Little Yusuff

Assalamualaikum korang. Thank you for those yang masih sudi baca blog ni (itu pun kalau masih ada lah, haha). Lama betul rasanya tak update blog bercerita santai-santai. Bukan saja-saja tak nak update, tapi terlampau sibuk. Ye, tak tipu memang sibuk. Kalau ikutkan memang banyak sangat benda yang nak diceritakan kat blog ni. Tapi tu lah, masa mencemburui. Gittew!


Okay kali ni nak nak update sikit how’s my current life. Sejak bersalinkan Yusuff di musim pandemic ni, kitorang stuck dekat kampung. My nature of work does allow me to work from home. Kiranya jenis kerja yang duk kat mana-mana pun masih boleh buat kerja as long as I have laptop & internet connection. Dan sejak musim pandemic memang company tempat saya kerja galakkan staff bekerja dari rumah. At first suka dapat kerja dari rumah. But then bila dah merasa sendiri ni barulah tahu ya Allah tak mudah ye bekerja dari rumah, apatah lagi bila ada anak kecik ni. Hazabedahhh wak. Kerja pulak menimbun, meeting pagi petang. Rasa takde life. Lagi susah bila work from home ni, people expect you to work  anytime 24/7. In other words, buatlah kerja siang dan malam pun. Terkejar-kejar buat semua benda, sampai rasa terabai diri & anak (maafkan mama Yusuff, mama try my best untuk keluarga kecil kita).



Memang terkejar-kejar nak buat semua benda. Pastu sebab kitorang stuck dekat kampung, hidup nomad sikitlah. Kejap kat rumah mak, kejap kat rumah mertua. Mostly kat rumah mertua sebab line internet kat rumah mak teruk sikit. Time sekarang pulak memang crazily hectic dengan kerja ofis, so sangat memerlukan internet yang stable. Thank you mak ayah & mertua banyak tolong. Atas ihsan mak ayah & mertua, ada la tempat berteduh. Masa Yusuff umur sekitar 4 bulan haritu kitorang ada balik KL. Around sebulan macam tu. Then kitorang balik kampung semula. Time tu kononnya nak balik seminggu dua je. End up stuck lagi kat kampung sebab kes Covid-19 banyak kat area Pantai Dalam (rumah sewa kitorang). Tak berani ambil risiko balik ke sana sebab blok bersebelahan blok rumah kitorang pun ada kes positive Covid-19.  Dan sekarang pun bersambung PKP dekat most of the state. Maka kami masih dikampung.



Stress, sedih semua ada bila kena work from home bersama anak kecil ni. I’m not saying that saya tak bersyukur, no. Just a fact that this situation memang sangat stress. Too hectic! I don’t really get to have proper sleep. Waktu makan, waktu mandi memang tak teratur. I have proper meals at least thanks to my mom & MIL. Allah je mampu balas budi baik mereka. Kalau bukan atas ihsan dorang, I guess most of the time I will eat Maggi or order foodpanda jela. Mana sempat nak masak? Meeting pagi petang. Pastu duk terkejar-kejar buat tugasan yang pelbagai tu. Makanan Yusuff pun nasib baik kitorang beli slow cooker. That really helps. Bangun pagi masukkan bahan, then sampai waktu makan tinggal kena blend & suap aje. Nak menyusukan Yusuff dah satu hal, memang terkejar-kejar. Yusuff so far fully breastmilk, dia allergic formula milk. So yeah, mama kena kental. Kadang sambil meeting pun terkial-kial sambil menyusukan dia. Can you imagine? It’s not easy, at least not easy for first time mommy like me. What I can say is, this pandemic betul-betul buat hidup saya caca-marba. I am thankful at least I have a supportive husband yang bila kita menangis mengadu, he’s willing to lend his ears & try his best to comfort us. Pasal menyusu Yusuff tu, sebelum ni saya ada pam susu & buat stok. So bila saya busy ada meeting, orang lain boleh tolong bagi dia susu. But then as he grows, tak sempat dah nak buat stok susu. Dia kerap menyusu dan dalam kuantiti yang banyak. Sampai masa nak pump memang tak dapat hasil sangat. So memang now direct breastfeed je. In a way, direct breastfeed lagi cepat sebab tak payah nak defrost susu, tak payah nak panaskan susu etc. But mama kena kental sikit la.


Nak tak nak terpaksalah hadap kan? Semua orang pun affected by this pandemic. Masih punya kerja & punya gaji bulanan di musim pandemic ni pun dah kira syukur sangat because so many people out there lost their job. Some don’t even have proper meal huhu. Moga segeralah penyakit Covid-19 ni hilang dari bumi yang kita diami ni, moga keadaan semua orang bertambah baik. Kalau nak cakap pasal stress, saya teramat stress dengan kerja saya sekarang. Tapi nak buat macam mana kan? Pujuk lah diri, orang lain lagi teruk dugaan hidup. Apalah sangat dugaan kita ni nak banding dengan orang lain kan? Lastly, I really hope that this pandemic phase cepat-cepat berlalu. It’s a painful phase for everyone. Not easy. I am physically, emotionally & mentally tired trying to survive during this pandemic phase. Let’s hope that Allah permudahkan semuanya dan kita semua diberi kekuatan nak hadap segala kesukaran yang mendatang.