Steamboat & BBQ Buffet di Restoran Pak John Steamboat & BBQ - emilinda

Monday, August 7, 2017

Steamboat & BBQ Buffet di Restoran Pak John Steamboat & BBQ


Siapa je kat muka bumi ni yang tak suka makan, betul tak? Everybody loves food. Tak terkecuali diri ni. Lagi-lagi kalau makan buffet style, tersangat suka sebab boleh makan sampai kenyang, tapi takkan terover budget. Motif sangat, haha. Alhamdulillah, nasib baik jenis yang kalau makan banyak pun takde nak risau badan naik whatsoever. Recently i joined my butterfly friends for lunch gathering at Restaurant Pak John Steamboat & BBQ, eCurve Damansara. Precisely, this is my first time steamboat-ing at Pak John Steamboat & BBQ. I know about this restaurant, tapi belum pernah cuba lagi. Sebelum ni kalau nak bersteamboat, pergi kedai lain. 


Apa favourite korang kalau makan steamboat? For me, kalau nak bersteamboat memang akan cari kedai steamboat yang ada sekali bbq / grill. Rasa macam rugi je kalau pergi makan steamboat semata, takde menu bakar-bakar ni because i am a big fan of bbq! Bbq daging paling suka. Pengaruh Running Man sangat ni, bila part dorang buat bbq daging, perghh menggoda. Haha.Menu steamboat dengan tom yam / sup ni makan jugak, tapi akan lebih kepada yang bbq tu. Every single time pergi makan steamboat memang akan macam tu. 



First thing yang buat bila sampai kat kedai, round dulu tengok pilihan steamboat & perapan daging/ayam/seafood , serta menu lainnya. Not bad, banyak choice. Almaklum, kadang sesetengah kedai steamboat ni charge mahal tapi menu tak variety. Kat Pak John Steamboat & BBQ ni okay la, untuk menu bbq tu pun ada banyak jenis perapan. Bahan-bahan untuk steamboat pun banyak. Taknak ulas panjang pun sebenarnya. Gambar-gambar ni merupakan sebahagian dari menu yang ada. Tak pasti pulak kalau dekat cawangan lain, menu betul-betul sama atau tidak.




Masa mula-mula round tu dah aim nak makan macam-macam dah. Tapi bila dah start makan, asyik duk repeat ambik beberapa menu kesukaan tu je jugak. Haha. Sayur tu tak payah cakap la. memang langsung tak sentuh. Tengah menaip ni terasa lapar pulak tengok balik gambar makanan, isk. By the way, servis pun bagus lah. Their staff checking on us regularly, tanya nak tambah apa-apa tak, nak tambah kuah ke, nak tukar bbq tray tak? Peramah pulak tu. Am i the only one yang kalau pergi kedai steamboat lain, staff dorang tak pernah tanya pun nak tukar bbq tray tak? The only thing yang diorang tanya adalah nak tambah kuah ke? Itu pun kalau dorang tanya la. Some of them langsung tak check customer okay ke tak, bila nak tambah kuah kita yang kena panggil bagitahu. Bila staff kat Pak John Steamboat & BBQ ni tanya nak tukar tray tak, i was like "eh boleh tukar eh?". You get what i mean? Serendipity management applied here. They make their customer pleased & extra happy. So for this Pak John Steamboat & BBQ, i am very satisfied with their service, compared to other steamboat restaurant. 

Nampak tak kitorang focus more pada bbq, sampai kuah tom yam tu macam tak berusik. Leuls.



Dim sum pun ada jugak tau.


Okay, now nak cerita tentang menu yang paling menjadi pilihan kat kedai ni. For me, dua menu ni yang paaaaling i suka. Memang duk repeat berkali-kali. First yang paling digemari ialah smoke duck (refer gambar kat atas). Kalau datang makan kat Pak John Steamboat & BBQ tapi tak try smoke duck ni, memang rugi besar. Serious sedap, recommended. Yang kedua, australian beef slice (refer gambar bawah). Yang ni pun memang sedap. Tapi dalam banyak-banyak, i love the smoke duck the most!


Bersama kakak-kakak yang sporting habis


Kitorang kat sana almost 3 hours. Itu pun masih ada yang teragak-agak nak balik, kekeke. Before balik, makan waffle dan aiskrim dulu la. Paling suka aiskrim yang warna hijau tu, perasa peppermint kalau tak silap. Rasa berangin je bila makan.





Memandangkan ini kali pertama cuba makan dekat Pak John Steamboat & BBQ, sebenarnya rasa lebih berbaloi dan puas hati berbanding beberapa kedai steamboat lain yang dah biasa pergi. Dari segi harga kira sangat affordable dan berbaloi. Dari serendah RM32.90 untuuk dewasa dah boleh makan steamboat & bbq puas-puas. Boleh refer gambar kat bawah untuk harga buffet steamboat di Pak John Steamboat & BBQ.




P/s : Kalau ke mana-mana outlet Pak John Steamboat & BBQ, jangan lupa try smoke duck tu. Memang terangkat!

13 comments:

  1. banyaknya pilihan. harga pun affordable. tapi kan i kalau pegi steamboat memang rugi. sebab dok makan benda yang samaa takpun takat fishball je >,<

    ReplyDelete
  2. Suka makan kat sini sebab banyak giler pilihan...sampai x tau nak pilih yg mana satu kan? Akak nak bawak anak dara akak makan kat sini la...

    ReplyDelete
  3. Yg paling best tu, bila nk steamboat / BBQ mesti kena banyak pilihan baru syokkkk. Somemore kan the price Sgt affordable. Terliur dh, mengidammmmmm!

    ReplyDelete
  4. Belum pernah cuba lagi makan kat sini. Serious food selection dia byk.

    ReplyDelete
  5. Have read quite a number of reviews recently. I remember eating at a Pak John Steamboat before but can't remember if it was this same restaurant.

    ReplyDelete
  6. Really wide selection of food. I'm sure you had a great time. I kinda stopped eating at buffets since my tummy gets full easily so it's a waste to eat at buffets but I do miss it. ♡

    ReplyDelete
  7. I am not a great fan of steamboat but sometimes I find it very easy to bond with each other during steamboat session, as we will tend to help each other to cook and check for each other's food during the session. :P
    Nice range of food here. :)

    ReplyDelete
  8. I bet a visit here is worth it. With these so many foods, omg better prepare yourself for the food challenge :)

    ReplyDelete
  9. It's simply worth the money looking at the food served there!

    ReplyDelete
  10. wew nice one, might be try that later

    ReplyDelete
  11. food look so yummy. I wanna have dinner there

    ReplyDelete
  12. Jarang makan steanboat tp ni nampak sedap... blm pernah cuba makan di sini... tgk harga pun ok je...

    ReplyDelete
  13. I love the way you arrange the food in your pictures - so artistic and beautiful and certainly made me want to eat there again. Hehe

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.