Short Escape to Penang. - emilinda

Friday, April 7, 2017

Short Escape to Penang.


Tajuk dalam bahasa Inggeris, tiba-tiba content dalam bahasa Melayu. Lol.

Dengan macam-macam masalah lately ni, rasa agak terbeban. Emotionally & mentally tortured. Bila mental dan emosi terganggu, fizikal pun akan cepat penat dan tak boleh nak focus. Mula la rasa tak larat, stress, migraine start datang balik, lesu, fatigue. So i decided to take a short break and lupakan seketika semua tu. Kebetulan classmates masa dekat universiti dulu kahwin, kenduri kat Kedah around last 2 weeks. So alang-alang tu why not pergi ke utara kejap spend some times with my girls. Nak cuti lama-lama tak boleh la sebab kerja makan gaji kan, bukannya ada banyak cuti. So pergi kejap jela, weekend sampai Isnin.


Wedding Wan & Kak Seha

Hari Sabtu around tengahari jugak la kitorang sampai ke rumah Wan kat Sg Petani, Kedah. Ni kira majlis belah pihak lelaki. Majlis pihak perempuan kat Perak, tak pergi pun. Oh ye, actually Wan dengan Kak Seha ni dua-dua merupakan classmate saya masa zaman degree dulu. Kitorang ambik Multimedia sebagai elektif, so mostly memang sekelas la masa final year. Dari zaman belajar lagi dorang ni bercinta, alhamdulillah dah kahwin pun. Sama cantik sama padan dua-dua ni.



Dannok, Thailand

Before ke sana lagi kitorang dah plan nak ke Dannok kejap nanti. Cross border kejap je, pi makan. Lol sangat. Pi Dannok untuk makan malam je. Hahah. Gigih bawak passport tau. Ni first time saya cross sempadan Thailand. Walaupun saya membesar di Kelantan yang sememangnya dekat dengan Thailand. Lepas kenduri Wan & kak Seha tu kitorang terus gerak ke Alor Setar untuk check in hotel dan mandi. Dah bersiap semua baru kitorang gerak ke Dannok melalui Changlun & Bukit Kayu Hitam. Pergi sebuah kereta. Proses dekat imigresen Malaysia senang je takyah turun kereta pun. Just bagi passport atau border pass untuk dorang cop. Then terus gerak pergi ke imigresen Thailand pulak. Dekat imigresen Thailand ni kita kena turun dari kereta dan pi beratur kat kaunter untuk pemeriksaan passport. Sebelum beratur, kena ambik satu form dan isi butiran kita dulu. Lepas tu baru pi beratur kat kaunter. Melalui pembacaan saya kat blog-blog lain, masa nak bagi passport tu kena selit duit RM2. Saya pun tak tahu apa fungsi RM2 tu. Duit kopi lah kot eh? Sebab dia takde bagi resit pun. Masuk poket dia la kot RM2 tu. Entah la, bila fikir balik rasa macam konsep dia sama macam konsep rasuah la pulak. Wallahualam. Orang suruh bagi, saya bagi je, Kat tempat orang ni takut pulak saya, padahal sempadan je pun. Hahah. Dah setel pemeriksaan imigresen, terus gerak pi Dannok. Kitorang pi malam, dan sekejap je. Pergi makan, pastu masuk a few kedai je. Then balik. Masa nak balik pun lalui proses yang sama jugak. Melayang lagi RM2. RM2 per passport okayyy. Masyuk poket dorang ni. Kedai yang kitorang makan tu not bad la, sedap. Mintak tomyam semangkuk, banyak gila kot isi. Makan 5 orang tak habis. Ada order lauk pauk lain jugak la, Kalau kedai kat Malaysia ni saya perasan kuah je banyak, isi ayam bape ketul je. Balik hotel malam tu saya & Wahida sakit perut asyik keluar masuk toilet kahkah. Kitorang syak puncanya adalah pulut mangga yang kitorang makan tu. Saya dan Wahida je yang makan pulut mangga, dan memang kitorang berdua je yang sakit perut.


Fuller Hotel, Alor Setar

Dekat Alor Setar kitorang menginap dekat Fuller Hotel. Around RM99 tak silap untuk satu malam. Nad booking sesiap masa kat KL lagi. Memandangkan kitorang bertiga je, so just ambik satu bilik. Basically kitorang memang balik untuk tidur je kat hotel tu. Fuller Hotel ni dekat dengan je dengan Menara Alor Setar. tapi tak sempat pergi pun Menara Alor Setar tu. Oh ye, dekat Fuller Hotel ni boleh naik ke rooftop dia untuk tengok view. Boleh nampak menara Alor Setar dari situ. Tapi kitorang balik lambat sikit malam tu, so masing-masing penat dan tak sempat nak naik ke rooftop pun. Iron board ada kat setiap floor. Untuk guest hotel ni parking disediakan tapi agak limited. Kalau parking kat Fuller Hotel ni penuh, dia akan suruh pergi parking dekat basement StarCity Hotel yang terletak kat depan Fuller Hotel ni. Mula-mula kitorang macam pelik, boleh pulak macam tu eh? Then staff dia tu bagitahu, owner Fuller Hotel dengan StarCity Hotel ni orang yang sama. Oh patutlah.


Roti Doll

Keesokan pagi lepas check out dari Fuller Hotel, kitorang gigih pergi cari roti doll. Ni first time saya dengar pasal roti doll. Gigih la kitorang cari, waze bawak kitorang ke kawasan kubur. Lololol, ini sangat tak lawak. Dah pusing kawasan kubur dulu, lama tu baru jumpa kedai yang dicari. Nakal tau waze ni. Roti doll ni rupanya roti canai yang kat atas dia diletakkan sebiji telur. Sedaplah, saya sampai repeat lagi satu pinggan. Hahah. Kitorang makan roti doll ni dekat Faroq Roti Doll, Jalan Hutan Kampung. Dah habis breakfast, kitorang bergerak ke Penang.



Penang Street Art

Cadangnya nak terus ke Penang Street Art, tapi masa dalam perjalanan hujan pulak. So kitorang ubah plan, pergi jalan-jalan kat Queensbay kejap. Dah habis jalan-jalan situ, teman Nad beli kasut, makan, then baru gerak pergi Penang Street Art. Masa tu dah tak hujan. Kat Penang Street Art tu kitorang sewa basikal sorang satu. RM10 untuk satu basikal. Faham ajelah, perempuan memang suka bergambar. Spend time lama jugak kat area Penang Street Art tu duk bergambar, haha. Pusing sana, pusing sini. Gigih kayuh basikal. Pantang nampak port lawa bergambar, kitorang stop.






Tune Hotel, Downtown Penang

Dekat Penang ni kitorang stay dekat Tune Hotel. Masa survey nak booking hotel,saya perasan mostly hotel kat Penang ni dia macam jenis yang street hotel, motel, hostel, dan shared bathroom. Almaklumlah, saya nak cari yang harga bawah seratus per night, tapi nak yang private bathroom. So last-last saya decide booking Tune Hotel je dekat Traveloka. At least ada private bathroom. Harga masa tu around RM81, tapi jadi RM68 je lepas apply discount voucher. Murah kan? Saya memang suka book ticket flight or book hotel melalui Traveloka sebab Traveloka selalu bagi discount voucher. Bukak je website Traveloka, nanti kalau ada discount promotion dia display besar-besar dekat banner yang bergerak-gerak tu. Oh ye, kat Tune Hotel ni yang tak syoknya sebab iron board ada satu sahaja which located at the lobby. Kalau nak iron baju memang kena turun ke lobby. Agak leceh sebenarnya. Parking pun takde free parking untuk guest hotel. Ada parking belakang hotel tapi kena bayar RM6 per entry. Kalau nak masuk kejap then keluar balik, kena bayar by hour RM1.50/hour. Ada parking lain area dekat-dekat tu tapi kena jalan sikit la nak ke hotel. Bilik agak sempit, tapi bersih dan paling suka sebab cermin dia besar. By the way staff kat Tune Hotel ni peramah semuanya.


Padang Kota Lama

Yang ni saya yang excited nak pergi. Sape tak suka makan hoiii! Dari Tune Hotel tu sebenarnya tak jauh pun nak ke Padang Kota Lama. Tapi kitorang agak sesat jugak la terpusing sana sini berkali-kali. Yela, kat Penang ni banyak jalan sehala. Ikut hati saya, tamak nak makan semua benda. Tapi Wahida dah warning sesiap "Kau tak takut sakit perut lagi? Makan macam-macam". Hahah, okay fine. Order char kway teow, tapi biasa je takde la sedap sangat pun. Mungkin beli salah kedai. Rasanya yang datang few years ago sedap je char kway teow sini. Wahida order sotong bakar ke apa ntah yang dia bakar jadi kering tu. Yang tu saya kurang suka sangat. Pastu order kerang bakar. Kerang bakar dia saya suka, sedap. Actually nak makan pasembur jugak, tapi perut ni takla besar sangat. Dah habis sepinggan char kway teow, dah agak kenyang. Next time la. By the way kan, saya suka betul la architecture dekat Georgetown ni. Bangunan dia semua lawa. Rasa nak tangkap gambar kat semua tempat, lol. Heritage city gitu, macam Melaka.


Bukit Bendera

Ni first time saya sampai ke Bukit Bendera. Lepas check out dari Tune Hotel, kitorang terus gerak ke Bukit Bendera. Sampai awal, belum ramai orang. Lagipun hari Isnin masa tu, orang ramai dah start kerja. Beli tiket tren pun tak payah beratur. Kat Bukit Bendera tu, sambung bergambar lagi. Lololol. Macam ni la perempuan, iye dok? Hahah. Jalan-jalan, makan. Pastu turun balik. Petangnya Wahida hantar saya ke Penang International Airport. Berakhirlah percutian singkat saya selama 3 hari ke Utara Malaysia.



Layankan tekak si Wahida yang teringin nak makan aiskrim ni dekat Bukit Bendera

Thank you Nad & Wahida. Thank you Wahida sebab apply cuti sampai 2 hari bila kitorang ke sana, pastu drive kan kitorang ke sana sini. Thank you sebab layankan sahaja kerenah diri ini. Thank you kepada semua yang berkenaan. Haha panjang sangat dah taip ni, so dah malas. Kikiki.

12 comments:

  1. Even though it was just a short trip, you did visit plenty of places! Life's so tough right now I need a break as well.

    ReplyDelete
  2. Seems like you have lots of fun traveling. I love traveling in a group.

    ReplyDelete
  3. I miss Penang... must make an effort to travel back to Penang someday...

    ReplyDelete
  4. dah lama tak visit Penang. Bukit bendara nampak banyak berbeza dari zaman u datang. harap-harap datang lagi.

    ReplyDelete
  5. The Best way to beat stress is by taking a vacation to rest , stepping away from the noise, hustling, and worries. You make the right choice by visiting Penang

    ReplyDelete
  6. Even though it was just a short trip, you did visit plenty of places! Life's so tough right now I need a break as well.

    ReplyDelete
  7. Looks like you girls had a great time cycling around :)

    ReplyDelete
  8. Those love_locks looks like macaroons :) Soo kawaii!!

    ReplyDelete
  9. That's my hometown, you can find lots of good food at reasonable price in penang.

    ReplyDelete
  10. Uih. Ni betul-betul jalan-jalan ni. Best kan ke utara. Banyak makanan sedap-sedap.

    ReplyDelete
  11. I love Penang! Specially the George Town. The beach side there is really relaxing for a short trip

    ReplyDelete
  12. I miss Penang!! Definitely need to travel there for short getaway =)

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.