Cedok ilmu dari usahawan berjaya, Wan Nong Muzafar. - emilinda

Sunday, April 16, 2017

Cedok ilmu dari usahawan berjaya, Wan Nong Muzafar.


Ingat lagi tak tentang kisah Tuan Wan Nong Muzafar yang pernah diviralkan oleh The Vocket pada tahun lepas? Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang turut serta dalam sharing session bersama Tuan Wan Nong Muzaffar, seorang individu yang berpengaruh dalam bidang korporat dan keusahawanan. Sesi perkongsian yang diadakan dalam suasana santai itu bertempat di pejabat beliau sendiri, ILM Legacy Sdn Bhd. Dalam sharing session yang hanya beberapa jam itu, pelbagai ilmu yang dapat dicedok dari beliau. Bukan sahaja ilmu perniagaan, tetapi juga ilmu tentang turun naik kehidupan.



Siapa Wan Nong Muzafar?

Bagi yang tidak tahu, Tuan Wan Nong Muzafar merupakan seorang business consultant yang sudah mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam dunia korporat dan keusahawanan. Dengan pengalaman yang banyak dalam bidang korporat, beliau kini banyak memberikan konsultasi, ceramah dan merangka strategi untuk membangunkan sesuatu perniagaan bagi membantu para usahawan dan rakyat Malaysia yang memerlukan khidmat dan kepakaran beliau. Selain merupakan CEO di ILM Legacy Sdn Bhd yang diasaskan oleh beliau sendiri, Tuan Wan Nong Muzafar juga merupakan seorang penulis buku. Sehingga kini, beliau telah berjaya menghasilkan tiga buah buku best seller iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan Kuasai Perniagaan Internet Siri 2.


Semasa sharing session beberapa hari lepas, Tuan Wan Nong Muzafar ada berkongsikan tentang sejarah hidup beliau yang disulami pelbagai cabaran sebelum beliau berjaya seperti sekarang. Pernah hampir diisytiharkan muflis, namun beliau tidak pernah berputus asa dan terus gigih berusaha memperbetulkan keadaan. Beliau terpaksa berkerja bertungkus lumus dan bermula dari bawah semula demi menghadapi kesukaran hidup dan melunaskan hutang bank sehinggalah mampu bangkit kembali menjadi usahawan yang berjaya. Banyak perkara yang saya pelajari hasil perkongsian Tuan Wan Nong Muzafar. Dalam hidup ini, tak kisah la betapa teruk sekali pun hidup kita, jangan pernah putus asa. Pandang insan-insan yang kehidupannya lebih teruk dari kita, dan bersyukurlah. Satu perkara yang sangat ketara dapat saya perhatikan dalam keperibadian Tuan Wan Nong Muzafar ialah, beliau seorang individu yang sangat positif. Walau dalam apa keadaan sekalipun, beliau sangat positif dan tidak berputus asa, Beliau juga kelihatannya seorang ketua keluarga yang sangat penyayang dan menghargai keluarga. Mana tidaknya, sepanjang sesi perkongsian itu, berkali-kali beliau tekankan bahawa isteri beliau merupakan seorang insan yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan diri beliau sekarang, dan sangggup terus disisi memberi sokongan saat susah dan senang beliau. Part ni rasa terharu sangat bila dengar saat beliau ceritakan pada kami.

Tuan Wan Nong Muzafar bersama isteri dan anak-anak

Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017

Salah satu amalan yang berterusan pahalanya walaupun kita telah meninggal dunia adalah menyampaikan ilmu. Selagi mana ilmu tersebut diamalkan dan dimanfaatkan oleh orang lain ke arah kebaikan, inshaAllah pahala berterusan daripada Allah. Ini merupakan salah satu perkara yang diamalkan oleh Tuan Wan Nong Muzafar. Bagi beliau, perkongsian ilmu adalah satu ibadat. Justeru itu, beliau bakal mengadakan seminar 'Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP)' untuk berkongsi ilmu mengenai bisnes dan belajar menjadi usahawan yang berjaya dengan memberi penekanan kepada kandungan modul yang realistik dan praktikal. Mengikut Tuan Wan Nong Muzafar, teknik beliau mengajar bukanlah dengan menerapkan unsur-unsur khayalan yang pelik dan tidak masuk akal seperti sesetengah motivator lain, tetapi beliau lebih suka memberi penekanan yang lebih praktikal dan realistik. 


Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 pada 13 dan 14 Mei 2017 nanti akan diadakan di Ideal Convention Centre Shah alam (IDCC). Seramai 7 ahli panel akan berkongsi pengalaman dan tips usahawan berjaya, antaranya ialah CEO Jelitasari Tuan Wan Zaki, CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam, Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry, CEO Akademik Sinergy Tuan Fazrul Ismail, selebriti Puan Fynn Jamal dan Tuan Fizo Omar. Dalam seminar ini, Tuan Wan Nong Muzafar sendiri akan membentangkan strategi-strategi perniagaan bagi setiap komponen yang akan disampaikan nanti.

Anda tergolong dalam salah satu individu dibawah? Jika ya, anda patut hadir ke Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017.
  • Berminat menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang ‘STUCK’ atau berniaga yang cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaaan.
  • Usahawan yang ingin ‘UPGRADE’ perniagaan ke tahap yang lebih besar.

Sebarang info lanjut berkenaan seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017, boleh hubungi pihak ILM Legacy Sdn Bhd seperti dibawah :

Email : admin@wannongmuzafar
En. Ahmad : 013 610 9391

10 comments:

  1. No translation available. Hence don't understand. But seems like a fun event.

    ReplyDelete
  2. interesting to know of this. my first time know him here. shall check links for detail

    ReplyDelete
  3. enjoy to those who are joining. looks like a fun event

    ReplyDelete
  4. It would be fantastic and a great opportunity to listen to the CEOs and successful entrepreneur, and help us be motivated. Being mentored is a huge bonus!

    ReplyDelete
  5. great event! will definitely see if it can fit into my schedule. :D thanks for the info.

    ReplyDelete
  6. I have not heard of Tuan prior to this but reading his background, I am impressed by how he made something successful out of life. This is a challenge that most of us face. You are indeed lucky to be able to listen to him share his experiences.

    ReplyDelete
  7. have not quite heard about him but from what I read, he does seem like an inspiring individual... I am impressed too

    ReplyDelete
  8. Wah seronok betul! Harap harap ada masa untuk dapat tips business juga

    ReplyDelete
  9. Suka dengar kisah kejayaan dan motivasi dan macam mana nak bangkit dari kegagalan.

    ReplyDelete
  10. Wow thanks for the sharing. I wish to learnt how to be a successful entrepreneur too.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.