Skip to main content

First beauty box : October MIVVA box !



Good morning readers !


Okei , entry ni nak story tentang my first beauty box , which is MIVVA box . Kalau tak silap , last monday kot dapat . Not sure la . tak ingat dah . Haha . Akak yang jaga kaunter depan ofis call , cakap ada bungkusan sampai . Secepat kilat turun bawah , ambik . Yes , i use company address . Sebab kalau buat address rumah , takde orang nanti bila orang tu nak deliver kotak tu .

Okei , ini la rupanya bungkusan tu . Mivva guna Pos Malaysia . 


Kotak hitam . Keras la kotak ni . Boleh guna balik untuk simpan barang .



Tema Mivva box kali ni adalah SNOW WHITE .


Haaaa . . ni la dia content dalam kotak tu . Ada 7 item . First impression bila bukak kotak ni , rasa frust . " Ala , kenapa kecik - kecik je . Baca review orang lain yang bulan - bulan lepas dapat full size la , takde la kecik camni " . Masa tu kat ofis . Then tutup dulu kotak . Balik rumah bukak balik .

Okei  , meh nak story satu - satu pasal produk - produk ni sekalian . 



#1 . BeautyMate Bird Nest & Lilium Candidum Firming Rejuvenate Nano Mask ( 1 pcs )
Mengandungi khasiat sarang burung yang dipercayai boleh restore & nourishing skin . Sodium Hyaluronate yang terkandung dalam ni jugak boleh melembapkan kulit dan mengecilkan liang pori . So kiranya benda alah ni fungsi dia melembap , anti - penuaan , dan mencerah la . Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya bagi sesape yang kulit kusam dan kering . Tak sempat nak try lagi benda alah ni . Almaklum busy , kahkah . Btw harga benda alah ni RM49.90  for 7 pcs .



#2 . ONL Oceaniq 3D Antiwrinkle Total Solution CC
Yang dalam sachet tu . Ini pun belum try . Benda alah ni dia bertindak sebagai toner + essence + lotion + primer + BB cream sekaligus . Sangat bagus untuk kulit . Harga RM149.90 for 35ml

#3 . ONL Ecopure Wite Balance Skin Toner & Emulsion 
Haaa . . yang dalam botol dua tu adalah toner & emulsion . Yang ni sesuai untuk sesape yang mahukan kulit jadi bright , moisture , dan dalam masa sama penuh khasiat . Harga RM89.90 untuk 120ml .




#4 . UNICO Pearl Scar Cream 
Gosh ! This one paling aku suka dalam kesemua produk dalam kotak ni . Menghilangkan parut dan menghalang munculnya parut baru . I think i need this . Tak tahu la kenapa tapi suka sangat yang ni . Padahal kat muka takde la ada parut sangat pun . Okei je . Kalau ada pun kecik - kecik je . Yang kecik - kecik tu la kita nak hilangkan . Well , sapa taknak muka yang flawless tanpa kesan parut kan ? Yang ni harganya RM198.90 for 15g . Oh my God , agak mahal kot . Tapi yang dia kasi ni bukan full size , it's 7gm . Okei la tu , nearly half size . Berbaloi sangat okei dengan amount yang dibayar untuk satu kotak Mivva ni . Will try this soon  :)




#5 . Hydra 24 Cracked Heel Cream 
RM23.90 for 50g . I tried this for few days . Okei , rasa okei sangat . Terasa lembap tapak kaki . Apply bila nak tidur malam . Pagi selalu lupa sebab rushing nak pegi ofis . But i think i don't really need this . Tapak kaki tak merekah sangat pun . Maybe i can give this to my mom . Orang tua , banyak buat kerja dari dulu sampai sekarang , tapak kaki merekah pun diorang steady je . Sayu jugak kadang - kadang bila tengok jari mak macam ada parut kena minyak la , tumit merekah tu tak payah cakap la . Betapa kerja keras mak ayah nak besarkan anak - anak :')



#6. SecretLeaf Argan Hydrating Cleanser 
Finally , it's time for the last one . Another cleanse in the house ==' . I've had enough cleanser already . Yang tengah guna sekarang pun masih tak ahbis - habis . Tapi takpe , dah habis yang sedang guna sekarang , boleh la guna yang ni . Or else kalau memang tak guna boleh distribute kat kakak - kakak or emak . So tak membazir . Current cleanser of mine is from Enuca . Tak habis - habis lagi . Oh btw SecretLeaf cleanser ni full size tau . It's 95ml . The price is RM21.90 for 95ml .





Overall not bad la . Got full size cleanser , a piece of mask , travel size cracked heel cream  and scar cream , and also sample size CC cream , toner , and emulsion . Who said it's not worth it ? Berbaloi okei , scar cream tu aje kalau diikutkan the price is nearly hundred for 7gm they gave me . And i paid RM48 only for the whole box . Good deal , is it ? Boleh cuba that product dulu , kalau sesuai dan serasi dengan kulit kita then baru kita purchase the actual size of that product . Oh i love beauty box . Eksaited tahu tunggu box ni sampai hari tu . Hihi .





Apa lagi , moh le register account dengan MIVVA . Register je dulu . Boleh godek - godek MIVVA punya website . Nak subscribe beauty box ke tak , itu belakang kira :) 





Comments

berbaloi dengan harga tu..box pun exclusive je tengok :)
Liza Licha said…
hm.. berbaloi jgk :) UNIQO tu prnh try dpt dri MODBOX
tenku butang said…
Pergh.. ekceli.. teman suka cara review kamu

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…