Skip to main content

Beauty box!



Beauty box is one of my current obsession :)


Tahu apa tu beauty box ? Beauty box is one of the concept box . Concept box ni pulak konsepnya macam ni , kita langgan or bayar certain amount setiap bulan atau certain bulan , then kita akan terima satu kotak / bungkusan mengandungi barang - barang / product tertentu . Dalam kes beauty box ni , product nya adalah product kecantikan , penjagaan diri , dan sewaktu dengannya . Means bila kita nak , kita bank in certain amount of money dekat dorang , then dorang deliver kat kita satu kotak yang mengadungi a few product consist of full size , travel size , and / or sample size . tengok nasib la . Dan , yang bestnya kandungan dalam kotak tu selalunya dirahsiakan . Means dah sampai kat tangan kita , baru kita tahu product apa yang kita dapat . Oh God , suka sangat perasaan tertunggu - tunggu nak tahu apa content dalam kotak tu . Suka sangat perasaan excited bila kotak tu dah ada kat tangan then dengan tak sabar nya kita unboxing that box just to find out what's inside . Well , beauty box is just a beauty treats wrapped in a beautiful box that deliver to your doorstep and surprise you every months :)


Dah lama dah tahu pasal beauty box ni , tapi tak pernah berani nak try . Now dah ada keyakinan sikit bila akak pun sekepala duk gilakan beauty box ni . Mihmih :D


Btw setakat ni ada a few beauty boxes in Malaysia :

1. Modbox



Setakat ni , ini beauty box yang paling murah ada kat Malaysia . RM9 + postage RM6 (WM) / RM9 (EM) = RM15 (WM) / RM18 (EM) . But as for me la kan , modbox ni tak berapa syok sangat sebab ada 3 product je dalam tu . Sikit . Tambahan pulak , tak surprise la modbox ni . Sebab awal -awal kita dah tahu product apa kita dapat . Dia yang suruh kita pilih masa nak subscribe tu . Pilihan pun tak banyak sangat .




Beauty box yang dikeluarkan oleh Box Culture ni dipanggil Cosmobox . Price RM33 + free postage to WM / postage RM5 (EM) . Cosmobox ni okei la , ada dalam 5 ke 6 barang kot . And , the content is always be a secret sampai la benda alah tu sampai ke tangan kita .


3. Mivva


Mivva box ni harganya RM38 . Kalau subscribe sebulan je , postage RM10 per box . Kalau subscribe 3 bulan atau 6 bulan , postage free . Dalam mivva box ni ada la dalam 6 ke 7 product consist of travel size , sample size , dan full size . Tengok nasib la kalau dapat banyak yang full size , memang happy giler kot .




Harga WonderBox ni RM45 per month . Free postage . Kat dalam WonderBox ni ada around 8 products and the products is a secret too . 




thelilacbox ni harganya RM49.90 include postage . Sometimes dia ada keluarkan special edition box . Special edition box tu kadang - kadang lagi murah or lagi mahal . thelilacbox ni pun ada lebih kurang 6 ke 7 barang . Baca review orang tentang thelilacbox ni memang aku rasa impressed sangat - sangat . One of beauty box yang sangat lah cepat laku. Setiap edition ada limit berapa kotak , so kena cepat - cepat subscribe bila dia dah bukak order . Yang the latest box dia keluarkan sold out in 4 hours only . And i'm one of the subscriber , wiheeee ! The lilac boxes just hotter than hotcakes yawww .




The price is RM50 per month including postage . Vanity trove ni macam best je . Bila baca review orang lain , macam gempak - gempak je product dia . Tapi yang kurang syok nya , kita boleh pilih product apa yang kita nak . 6 product semua . So kurang la surprisenya bila awal - awal kita dah tahu pe dalam kotak tu . but the best thing bila kita boleh pilih ni , kita boleh la cuba nasib mintak yang fullsize punye . Miehehe . Lagipun banyak pilihan kot .




Bag of Love punya price adalah 39.90 per box including postage . Bag of Love ni lain sikit dari beauty box lain . Kalau beauty box lain , dia kasi dalam kotak . Tapi Bag of Love ni  , dia kasi dalam cosmetic bag . Haaa . . . sesuai la bagi sesape yang tetiap bulan nak tukar cosmetic bag or sesape yang suka kumpul cosmetic bag . As for me , i would prefer a box instead of cosmetic bag .



Konklusinya , beauty box ni sesuai la bagi sesape yang nak cuba product baru tapi tak tahu nak cuba yang mana . Nak jadikan birthday gift untuk the girls pun boleh sangat . The best part about beauty box is the surprises . People who like surprises like me will definitely love it ! :D

Overall actually berbaloi la jugak product - product tu dengan nilai yang kita bayar . Yela , sometimes kita dapat full size yang harga much more expensive than the amount we paid . Kira okei la kan . Kalau nasib baik , kita dapat sampai 2 ke 3 full size product in a box . Such a lucky la kalau macam tu .





p / s : Setakat ni dah try subscribe Mivva box & the lilac box . Mivva box dah sampai last Monday . Later will post some review about it . The lilac box pulak tengah dalam perjalanan . Esok or lusa sampai la kot . Hihi tak sabar . Btw sesekali nak beli tu boleh la . Kalau tetiap bulan nak langgan , memang pokai . Unless ada orang sponsor . Haha . 





beautyboxes ,
bearyblossom



Comments

JANA said…
wahh, kte xtau pn bende ni wujud..hahaha
Liza Licha said…
modbox paling murah. hehe
tenku butang said…
Teman mmg x reti menda2 camni
Haziza said…
Nak cari yg paling murah je..

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…