Kitar Semula Botol Skincare Kosong Untuk Dapatkan Produk L'Occitane Secara Percuma - emilinda

Sunday, April 4, 2021

Kitar Semula Botol Skincare Kosong Untuk Dapatkan Produk L'Occitane Secara Percuma

Korang tahu tak, botol atau tube produk skincare korang tu kalau korang recycle dekat tempat tertentu korang boleh dapat reward? Bukan setakat botol produk penjagaan wajah je tau, tapi botol shampoo & botol mandian pun boleh. Yeeee, instead of korang buang botol & bekas kosong tu, ada baiknya korang recycle. Dah alang-alang nak recycle, why not dapatkan some reward untuk diri sendiri kannnn? Hehe. Kedai L'Occitane en Provence ada buat satu recycle program yang dipanggil Big Little Things programme dimana kalau korang bawak botol/bekas skincare yang kosong ke kedai L'Occitane ni untuk dikitar semula, korang boleh dapat free L'Occitane products


Macam saya sendiri dah lama tahu pasal program Big Little Things ni, tapi tak pernah try hantar empty bottles kat kedai tu. Lama dah duk teringin nak buat macam tu. Tapi tak buat-buat jugak. So baru-baru ni time tengah kemas barang untuk pindah rumah, saya jumpa banyaaakk sangat barangan mekap & penjagaan diri yang dah expired (MCO setahun dah, duk rumah memang malas gila nak belek-belek buat skincare routine, apatah lagi nak mekap). Time tu dah separuh dah dibuang baru la saya terfikir nak recycle dekat kedai L'Occitane. So yang masih belum buang, saya kosongkan & basuh bersih-bersih. Keringkan, then letak dalam satu bag. 


Hari terakhir saya kat rumah tu, saya ajak husband singgah Sogo KL sebab nak pergi kedai L'Occitane ni. Gigih kan? Hehe. Nasib baik suami melayan je. Masa kat kedai tu pergi je kaunter, cakap nak recycle botol. Dia akan mintak kita isi satu borang (kalau kita first time recycle kat situ), then botol-botol tu dia ambil untuk dipilih. Iye, bukan semua jenis botol/bekas diterima kat situ. Bekas-bekas kosmetik macam bekas lipstick, eye pallete semua tu antara contoh yang tak diterima. Oh ye, full size bottle je ye yang diterima. Yang travel size tak diterima. 



Lepas dia dah pilih, then dia akan bagi free produk L'Occitane berdasarkan berapa banyak botol yang kita bawak. Macam saya haritu dapat 2 travel size products. 


Boleh refer kat bawah ni untuk tengok product apa yang kita boleh redeem as reward. Dapat free yang travel size pun dah happy sesangat bhahahah. Saiz kecik-kecik macam ni sangatlah berguna time travel ye kawan-kawan.


Now rasa makin berkobar-kobar nak kumpul lagi botol-botol kosong ni untuk redeem lagi, hehe. 

No comments:

Post a Comment

Kindly leave your comment/feedback here.