Ainaa Cleanser & Ainaa Serum dari NSA Beau - emilinda

Sunday, December 30, 2018

Ainaa Cleanser & Ainaa Serum dari NSA Beau

Alhamdulillah, setakat ni belum pernah lagi saya mengalami masalah kulit muka breakout teruk, atau kulit muka bermasalah yang teruk. Memang la muka saya ni taklah jelita flawless bagai. Almaklum, pure Malay. Bukannya ada mix pape pun, sahih la cenggini je mukanya, kan? Haha. Tapi bagi saya, ianya sesuatu yang sangat saya syukuri bila kulit muka saya tak terlalu bermasalah. Yela, kat sekeliling saya ni saya tengok ramai lagi insan lain yang tak bernasib baik bila kulit muka mereka mengalami masalah breakout dan sebagainya. Kiranya saya ni patut bersyukur sangat-sangat dah. Kadang-kadang ada la naik jerawat sikit lepastu hilang balik. Masalah kulit kering pun kadang-kadang ada, kulit berminyak pun ada jugak kadang-kadang. Whitehead, blackhead pun ada. Tapi semua tu kejap-kejap je, semuanya masih terkawal bila saya amalkan rutin penjagaan muka dengan betul. Paling teruk pun masa tingkatan 3, naik jerawat besar kat tengah-tengah hidung. Waktu tu malu gila rasa tak nak pergi sekolah sebab jerawat tu besar sangat dan macam merah-merah berkilat. Tak tahu la jerawat batu ke jerawat apa. Kat sekolah berjalan sambil tutup hidung dengan tisu kot, hahah. Nasib baik sekarang dah takde.


Bagi saya, nak jaga muka dari jerawat ni sebenarnya tak susah sangat pun. Kena pastikan rutin lengkap penjagaan skincare kita tu je setiap hari. Tapi kena pastikan dulu skincare yang kita guna tu elok ke tak, serasi ke tak dengan kulit kita, ada bahan kimia merbahaya ke tak. Jangan sembarangan guna je. Lagipun keperluan skincare setiap orang adalah berbeza. Bukan apa, banyak kes saya perasan yang dari muka elok licin terus jadi berlopak la, berparut la, berjerawat berjeragat la. Puncanya apa? Sebab pengambilan skincare yang salah. Main beli je yang mana menjanjikan kesan drastik tanpa selidik dulu skincare tu sesuai atau tak dengan muka kita. Lagi teruk kalau tersalah pakai skincare yang ada bahan kimia merbahaya contohnya yang jenis krim timbang kilo tu. Ini memang nightmare bagi setiap individu. Hidup boleh berubah bila dah tersalah pakai produk yang membahayakan kulit. Mana tidaknya, tahap keyakinan diri makin merudum bila kita dah tak selesa dengan kondisi kulit kita. Mintak jauh sangat-sangat dari terjadi kat diri sendiri. Bila dah terkena sekali, nak merawat semula kulit yang dah rosak tu bukanlah sesuatu yang mudah. The struggle is real. Walaupun saya tak alami sendiri, tapi ramai je kenalan saya yang alami situasi sebegini.



Dalam nak merawat kulit yang rosak tu, pastinya macam-macam produk korang akan cuba kan? Waktu ni memang nak kena ambil risiko sikit. Tapi seeloknya stop ambil apa-apa produk dulu. Bagi tempoh bertenang kepada kulit kita tu dulu. Sebab risau kalau dah sambung guna macam-macam produk, bertambah rosak pulak muka tu. Bila dah okay sikit barulah korang boleh mulakan guna skincare yang dipercayai untuk merawat dan menambahbaik kondisi kulit korang tu. Banyak je rangkaian skincare yang korang boleh guna. Salah satunya adalah rangkaian Ainaa Skincare dari NSA Beau. Rasanya ramai yang dah tahu bahawasanya NSA Beau ni diasaskan oleh instafamous Syafiqah Aina dan suaminya Hafiz Mahamad. Alah, pasangan yang viral dulu celebrate birthday bawak naik limousine tuuu. Masa awal-awal dulu saya sangkakan si Syafiqah Aina ni memang flawless dan lawa sejak azali. Rupanya Syafiqah Aina sendiri pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk, tapi sekarang dah cantik sangat. Kagum betul bila tengok muka dia dulu dengan muka dia yang sekarang.


Okay, berbalik kepada Ainaa Skincare. Baru-baru ni saya ada mencuba sendiri dua item dari Ainaa Skincare iaitu Ainaa Cleanser dan Ainaa Serum. Saya berani mencuba rangkaian Ainaa Skincare ni sebab kedua-dua item ini mempunyai kelulusan KKM, dan bila baca feedback pengguna lain rata-rata mengatakan produk ini selamat digunakan. For me, cleanser dan serum merupakan produk penjagaan asas kulit muka. Lagi-lagi bila dah meningkat usia ni, memang perlu pakai serum. Hehe.



AINAA CLEANSER – RM45 / 50ml

Pada awalnya saya sangkakan Ainaa Cleanser ni macam typical face cleanser lain. Tapi eh tak sama rupanya. Ini bukan sekadar pencuci muka yang korang pakai time nak mandi tu. Ainaa Cleanser ni selain untuk bersihkan sebum, minyak, kotoran dan segala benda kat muka korang, ianya juga bertindak sebagai makeup remover. Kiranya bertindak 2 dalam 1 la. Katanya Ainaa Cleanser ni sangat berkesan untuk pembersihan liang pori dan juga untuk bagi kesegaran kepada kulit wajah. Pembersih wajah yang didatangkan dalam tekstur gel ini bebas dari sulfat, paraben, mineral oil dan mengandungi formula PH balancing.


Saya perasan mostly cleanser yang bertekstur gel ni memang kurang berbuih bila kita guna. And for me, cleanser yang kurang berbuih tu la yang lebih elok. Sebab kebiasaannya kalau yang banyak berbuih, mestilah macam-macam bahan digunakan dalam penghasilan produk tu kan? Termasuklah bahan kimia. Tak semua bahan kimia adalah berbahaya untuk kulit. Tapi kalau tak berbuih ni, entahlah saya rasa lebih selamat kot. Ini pendapat peribadi sayalah. Kalau korang tak setuju pun takde masalah.

AINAA SERUM – RM65 / 15ml

Yang ni saya memang excited nak guna sebab ramai cakap besttt! Jujur cakap, saya dah try macam-macam jenama serum. Biasanya kriteria pertama yang saya tengok pada setiap serum adalah tekstur dia. Saya memang tak suka serum yang tekstur melekit dan berminyak. Nasib baik Ainaa Serum ni pun jenis yang lightweight, tak melekit, tak berminyak, dan mudah meresap ke kulit. Bonus lagi sebab bau dia just nice, tak terlalu kuat dan tak busuk.


Katanya serum ni mampu mengurangkan pigmentasi, memudarkan parut, mengecilkan liang pori, menambahbaik pertumbuhan sel, menganjalkan, melembap dan mencerahkan kulit. Senang kata, nak bagi muka glowing dan tampak lebih muda gitu. Selain kat muka, kat bahagian tubuh badan yang lain pun boleh guna jugak.

Kedua-dua produk dari rangkaian Ainaa Skincare ni sesuai untuk normal, oily & combination skin. Tapi pepandai korang la. Macam saya cakap kat atas tadi, lain orang lain keperluan skincare dia. So walau apa pun skincare yang korang pakai, kalau tiba-tiba muka korang jadi merah-merah, ruam, gatal-gatal lepas guna sesuatu produk tu, baik segera stop. Mungkin produk tu tak serasi & tak sesuai untuk kulit korang. K itu sahaja pesanan dari saya buat masa sekarang, hehe!


NSA Beau
nsabeaubiz@gmail.com
Beli di Shopee : https://shp.ee/8kbh35j

27 comments:

  1. airah dah baca banyak review produk ainaa ni kebanyakkan semua sesuai dengan kulit. tapi airah tak pernah try mana-mana produk dia. rasa macam nak try pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berminat ws saya di 0149746987. Saya nur stokis sah ainaabeauty 😊

      Delete
  2. Banyak skin care di pasaran. Tapi tak cukup masa nak try semua. Dulu saya rajin jaga muka. Biasalah zaman sekolah. Sempat berkawan dengan bebudak metroseksual. Now, asalkan ada cleanser. Dah cukup. The Face Shop my fave.

    ReplyDelete
  3. Banyaknya serum kat pasaran sekarang ni. Kena pilih yang sesuai dengan kulit. Nak cari seuai dengan kulit anak yang remaja. Dia tak leh pakai sebarangan. Kang naik jerawat.

    ReplyDelete
  4. Dengan pencemaran udara yang kita hadapai sekarang, memang lah kena jaga kulit kita yang selalu terdedah kepada kotoran kan? Saya rasa produk ini memang sesuai untuk digunakan. :)

    ReplyDelete
  5. Sis kulit sis memang dah lawaaaa huu jeles tau! Hehe

    Lepas guna Ainaa ni lagi flawless la nampak gayanya ya. Sy setuju yg skincare kurang berbuih tu lagi bagus sebab ia takkan buangkan minyak semulajadi pada kulit kita.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah jumpa yang sesuai dengan kulit, better stay dengan produk itu kan. Rawlins pun sejenis kulit yang super sensitif so bila dah jumpa yang sesuai, maka memang stay la. MOga istiqamah menggunakannya ye

    ReplyDelete
  7. I dengar banyak pasal brand ni. It look promising and the ingredients pun macam safe and good for skin. I would love to check this out soon. I tengah cari satu cleanser yang sesuai dengan kulit I.

    ReplyDelete
  8. Nanti review lah lagi bila dah guna lama sikit. Nak tau gak okay tak product ni. Kadang tu try2 skali tak okay frust je jugak beli habis duit. Huhu...

    ReplyDelete
  9. Tell me about it. I have very sensitive skin and easily breakout. So I just sticking to my sensitive skin product to avoid trigger acne.

    ReplyDelete
  10. Kalau cleanser 2 in 1 memang jadi pilihan sebab mudah digunakan dan fungsinya yang boleh membersih sambil menanggalkan mekap .Serum tu phn not bad juga fungsinya kan. Boleh try nanti

    ReplyDelete
  11. produk lokal ni byk diberikan feedback positif lately ni..suka dengan pencuci dia tu sebaba ada elemen 2 dalam 1...membersih dan memelihara kulit...serum tu pun nampak menarik...dah tua2 ni..dua benda ni wajib kena guna dalam penjagaan muka heheh

    ReplyDelete
  12. Serius 1st time tahu pasal Ainaa. Baru tahu gak founder dia instafemes. Good effort ramai berani hasil kan produk sendiri. Kita tertarik gak nak try terutama serum dia. Maklumlah usia gini kalau boleh semua serum pun nka try. Nak cari yang paling sesuai

    ReplyDelete
  13. Suka giler dgn baunya wangi sangat.. dan kak liez pakai seminggu memang ok dan takde nampak side effect lain.. serum dia mmg wajib pakai setiap pagi lepas mandi.. sbb best dan tak melekit

    ReplyDelete
  14. Dah tengok dah review Emi. Suka tengok sebab ada suara2 latar yg aman dan natural. Hihi. Baru tahu produk Ainaa ada produk terbaru. Nmpk sana sini review, mesti bagus produknie. Mudah je pulak tu nk apply k kulit.

    ReplyDelete
  15. Baru tau produk ainaa mi daripada syafigah dengan pasangan dia yang viral tu.. Ooo. .Bgus pencuci dia dua dalam 1..senang memag betul2 bersih muka..bab skincare serum penting sebb dia meresap terus dlm kulit.. Nice la. .Ramai baca feedback semua cakap bgus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat? Boleh pm sy.. Saya agen sah aina beauty.. 0187664693 / boleh buka ig: ainabeauty_melaka_kelantan

      Delete
  16. ooo Aina ni syafigah aina tu punya ker...follow diorang tapi sebab tak rajin bukak ig tu yang tak tahu...baca entry ni baru tahu....rasanya serum dia kot yang paling laris dan yang ai teringin nak cuba

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing! so many ppl share about this in their blog. good to know that you are loving their products and they are suitable to your skin!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  18. havent try Ainaa Skincare range before. the price is good, and the packaging pun best. I should consider it in the future hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat? Boleh pm sy.. Saya agen sah aina beauty.. 0187664693 / boleh buka ig: ainabeauty_melaka_kelantan

      Delete
  19. akak pun suka cleanser dan serum ainaa. Wangi je. Then boleh rasa kulit muka segar dan nampak sekata

    ReplyDelete
  20. TB suka Ainaa Cleanser ni dengan Serum dia.. sebab sikitpun takde rasa pedih atau iritasi kat muka TB yang sensitif ni.. malah boleh mengurangkan kesan kulit psoriasis.. syukur sangat

    ReplyDelete
  21. Replies
    1. Berminat? Boleh pm sy.. Saya agen sah aina beauty.. 0187664693 / boleh buka ig: ainabeauty_melaka_kelantan

      Delete
  22. If any of you guys interested in this do ws me at 0149746987

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.