Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa di Hype Motorsports Hotel KL - emilinda

Tuesday, October 16, 2018

Pakej Perkahwinan Eksklusif Enak Rasa di Hype Motorsports Hotel KL

Tak lama lagi dah nak hujung tahun. Hujung tahun ni selain cuti sekolah, musim kenduri pun ye jugak. Zaman sekarang ni dah jarang sangat orang buat gotong-royong kan? Lagi-lagi kalau kat bandar, semua nak mudah ambil catering je. Memudahkan semua orang. Kalau kat kampung, masih ada yang mengamalkan konsep rewang, termasuk kampung saya sendiri.


Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri majlis pratonton pakej perkahwinan eksklusif kolaborasi dari catering Enak Rasa dan Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur. Hype Motorsports Hotel KL merupakan sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang bukan sahaja mempunyai 3 buah dewan serba cantik dan mewah, bahkan lokasinya juga sangat strategik. Oleh kerana lokasinya yang sangat strategik, ianya amat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majlis korporat mahupun majlis tertutup. Dewan yang dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projektor ini mampu memuatkan hampir 500 tetamu pada satu masa. Parkir kenderaan di hotel ini juga mampu menampung sehingga 500 kenderaan.


Pakej perkahwinan istimewa hasil kolaborasi pihak catering Enak Rasa dan Hype Motorsports Hotel KL ini bernilai serendah RM29000 sahaja. Kadar yang sangat berpatutan untuk golongan marhain macam saya ni. Untuk golongan marhain macam saya ni kadang-kadang nak jugak buat majlis elegant dan eksklusif kat hotel, tapi pada kadar harga yang minimum. Pakej ini bukan sahaja menyediakan lokasi perkahwinan yang serba lengkap, bahkan turut merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Senang kata, pakej all in lah. Bersempena perasmian ini, 5 pelanggan terawal akan menikmati diskaun sebanyak RM4000. Lebih menarik lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam tempoh promosi ini layak menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di lokasi-lokasi percutian di dalam dan luar negara.




Bersama pengasas Enak Rasa

Ketika majlis pratonton tersebut, saya berkesempatan merasai sendiri menu-menu makanan yang disediakan oleh pihak catering Enak Rasa. Antara menu yang disediakan : ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur, sambal udang, dan pelbagai lagi. Selain menu makanan Malaysia, Enak Rasa juga turut mengetengahkan menu dari negara jiran, Indonesia dengan masakan Sunda sebagai sedikit kelainan untuk pelanggan. Pernah dengar tentang nasi liwet? Haaa ini la dia menu masakan Sunda yang saya cuba pada hari tersebut. Unik betul masakannya. Jangan salah sebut pulak. Nasi liwet, bukan nasi liwat. Berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat para pelanggan.







Ayam bakar

Sambal cibiuk

Sambal cibiuk

Nasi liwet

Selain pakej di Hype Motorsport Hotel KL, Enak Rasa turut menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain untuk lokasi majlis. Antaranya ialah Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya, Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2, Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang, Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa, Colosseum Glenmarie, Dewan Perkahwinan Banquet UIAM Gombak, Rumah Tradisional Frim, Cassa Detik Ampang, Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi, Emerald Ballroom Selayang, Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam, Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam dan Dewan MZ Bangi. Enak Rasa turut mempunyai hubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggan seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah KL, dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang.

Dengan wujudnya pakej sebegini, diharapkan lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian mereka untuk mengadakan majlis walimatulurus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Promosi pakej menarik ini akan berakhir pada 31 Disember 2018. So korang jangan tunggu lama-lama. Boleh hubungi talian kat bawah ni :

Cik Nurul Afni 012-2374867
Tuan Haji Aidil 016-2580734
Puan Hajjah Salmi 010-2250734
Mohd Rusdi 011-35579805

30 comments:

  1. Suka catering yang buat hidangan tradisional yang dah lama2 dan susah nak jumpa macam acar, dendeng..

    ReplyDelete
  2. Wow hrganya bole thn tp okla sesuai dgn pakej diberikan.. Tgk menu pon sedap2 je semuanya kan..

    ReplyDelete
  3. fuhhh..senangnyer sekarang ni kan...yang penting sediakan duit ajelah..

    ReplyDelete
  4. Hidangan dia tu adoii terliur betul tengok.. Pakej2 dia pun nampak best

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah.. menu2nya sedap2 belaka.. nampak lazattt.. terliur tengok

    ReplyDelete
  6. Hidangan tu semua nampak sedap..pakej pun berbaloi...terus rasa nak kawen la.

    ReplyDelete
  7. Wow! best juga setup and makanan yang dihidangkan, nanti i check lebih lanjut.

    ReplyDelete
  8. Nasi liwet tu rasa apa? First time tengok, first time jugak dengar nama nasi unik macam tu.
    Then tertarik betul dengan tawaran diskaun tu. Banyak juga less tu.

    ReplyDelete
  9. Menu yang disediakan sedap sedap belaka. Dekorasi dewan pun cantik

    ReplyDelete
  10. Sedap-sedap menu dia, tawaran tu kena grab cepat jimat sikit. Hiasan dewan pun cantik

    ReplyDelete
  11. wah semua hidangan memang menyelerakan..memang lauk kenduri..hehe..senang kan semua dah ada, siap ada diskaun lagi tu..siap ada bercuti honeymoon lagi dibagi..bagus betul..sesuai la siapa nak kawin ni

    ReplyDelete
  12. Sng dah ada pakej perishing, tgk menu dia pun sedap2 pasti pelanggan puas hati

    ReplyDelete
  13. tk pernh dgr nama hotel ni.. rupanya nama lama nouvelle hotel...byk diskaun tu rm4000..utk2 bakal pengantin bole grab promo ni..hidangan menu tu nmpk menyelerakan

    ReplyDelete
  14. Makanan yang disajikan tu tertelan airliur. Ni liwet tu macam makanan orang indonesia sunda je. Pernah rasa. Ala ala nasi kat KFC. At least banyak la alternatif pilihan orang yang nak melangsungkan perkahwinan ni kan?.

    ReplyDelete
  15. nampak esklusif tapi harga berpatutan, so sesiapa yang tengah cari service catering ni bolehlah rekomen company ek

    ReplyDelete
  16. Set up nampak sangat eksklusif..pakej pun menarik..nanti dania nak kawen bleh la survey katering kkat sini..hahaha..macam x sabar je nnak dpt menantu kan

    ReplyDelete
  17. wow berpatutan harganya.. boleh rekemen kawan2 ni.

    ReplyDelete
  18. wow first time dgr nasi liwet tu! tgk gmbr nampak mcm nasi minyak ek. tapi mcm mana rasanya? or apa yg ada dlm nasi liwet tu? teringin jugak nk tau hehe. anyway, not bad jugak nampk mknn semua mcm sedap2 belaka & suasana pon mcm best je hehe

    ReplyDelete
  19. Baca ni kat few other blogs.
    Bagusbla ada paker affordable ni.
    Pengantin x payah pening2. All in one roof. Lauk pauk Melayu yg sedap! Terbaik.

    ReplyDelete
  20. wow! such a great package.. must introduce for my friends whom is planning to get married ya..

    ReplyDelete
  21. Wah makanan nampak sedap. Pakej yang disediakan pun berbaloi denga harga. Mesti pilih

    ReplyDelete
  22. Unik jugak menu kat sini. Nampak macam sedap-sedap je ni. Boleh share dengan member yang plan nak kawen nanti, boleh usha-usha caterer ni

    ReplyDelete
  23. Baru-baru viral pasal kes pengantin dengan keluarga kena tipu dengan perancang perkahwinan memang tak patut pun jadi macam ni. Tapi bila ada tempat dan juga lokasi macam ni kita yakin sikit...

    ReplyDelete
  24. Masa memula dengar nama ingatkan tempat tengok kereta racing ke apa. Tetiba tempat buat majlis makan-makan. Unik betul nama dia.

    ReplyDelete
  25. Kali pertama dgr nama hype motorsport hotel ni.. baru tahu ada hotel nama ni.. besar jugak la hotelnya coz ada dewan untuk majlis kenduri ni.

    ReplyDelete
  26. Sy tinggal sekitar Nilai juga, bolehlah share promosi dengan rakan-rakan nanti.. menarik pakej yg ditawarkan suasana pon nampak selesa

    ReplyDelete
  27. The wedding package they offer look good. Many variety of food and decoration look good.

    ReplyDelete
  28. Zaman skrang nak mudah kerja better amik je catering dan dewan pakej lengkap.Tak yah nak penatkan tuan rumah.Habis majlis balik berehat je.Takda dah nak royoh periuk ke apa kan.Senang kerja.

    ReplyDelete
  29. Bestnya tengok semua menu yang ada ni. Zaman sekarang amik pakej camni lagi berbaloi..sediakan sedikit duit dan kita tak payah nak berpenat gotong royong bagai

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.