Pengalaman di Nights of Fright 6, Sunway Lagoon. - emilinda

Sunday, October 7, 2018

Pengalaman di Nights of Fright 6, Sunway Lagoon.

Baru-baru ni saya dijemput ke pelancaran Nights of Fright 6 (NOF6), Sunway Lagoon. Saya ni bukanlah sejenis yang berani, tapi saya sukakan cabaran. Suka nak takutkan diri sendiri. Kalau ada filem hantu tu, sengaja nak pi tengok waktu malam. Ada perkongsian pasal kisah seram pun sama, suka la duk baca. Tapi sebenarnya penakut, hahah. Takutkan diri sendiri, lepastu mula la terpekik-pekik sebab terkejut. Tapi bila dah habis fasa terkejut bagai tu akan rasa puas hati. Rasa macam ada keseronokan dalam ketakutan, hahah. Saya sorang aje ke yang macam ni?


Nights of Fright ni disambut setiap tahun bersempena musim Halloween. Dalam Bahasa mudahnya, Nights of Fright ni lebih kurang macam taman tema hantu. Kalau kat negara barat, benda ni dah memang jadi satu tradisi dah bersempena Halloween. Tapi sebab kat Malaysia kita tak sambut pun Halloween, makanya tak semua orang aware tentang festival of fear macam ni. Tahun ni merupakan tahun ke-6 Nights of Fright (NOF) diadakan di Sunway Lagoon, Malaysia. Tapi 5 tahun sebelum ni saya tak pernah pergi pun. Seawal jam 6.30 petang saya dah terpacak kat situ. Gigih ke sana lepas habis kerja. Tapi tak nak pergi sorang sebab takut, so ajak Ekin join sama haha. Nights of Fright 6 bermula pada 28 September 2018 sehingga 31 Oktober 2018 (Jumaat – Ahad), dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Sebaik sahaja sampai, kitorang ke meja pendaftaran dan dapatkan devil’s horn dan bloodbag. Barulah feel sikit nak berdepan dengan hantu-hantu jadian sekalian. Cool gila bloodbag tu, nampak macam darah betul. Padahal dalam tu sebenarnya air minuman, hehe.


Memandangkan itu merupakan hari pertama, so berpeluang la kitorang tengok beberapa persembahan bersempena pelancaran Nights of Fright 6. Siap ada hantu menari-nari, hehe. Waktu dah masuk, kitorang bergerak dalam kumpulan. Almaklum, hantu merata-rata duk berjalan ke sana sini. Bukan setakat hantu je, karakter-karakter yang psiko pun ada jugak. Jangan terkejut kalau korang tengah berjalan tiba-tiba ada hantu yang datang dekat atau kejar korang, haha. Tapi bagi saya la, kalau korang tunjuk yang korang sebenarnya takut, lagi la hantu tu suka nak usik korang. So nak selamat, korang buat-buat cool dan berani je. Make sure berjalan dalam kumpulan, manalah tahu kot-kot terserempak hantu betul, kahkah. K gurau je. Apa yang ada kat NOF6 ni? Haa meh nak cerita.



1 Haunted Theatre
Boleh imagine tak korang masuk tengok wayang cerita hantu tapi at the same time rupanya cinema hall tu berhantu? Haa macam tu la kisahnya. Korang duduk kat kerusi dalam cinema hall tu dan akan dipasangkan cerita seram pendek. Tapi kat sekeliling korang kejap-kejap ada hantu muncul, melintas, merangkak. Ada berani? Haha.

7 Haunted House
Kalau masuk sorang-sorang memang idok lerrr, haha. Kitorang masuk secara berkumpulan (7-14 orang), lepastu berjalan dalam keadaan satu barisan pegang bahu orang depan. Lepas tu pakat duk terpekik-pekik bila hantu muncul secara tiba-tiba dan bila ada perkara mengejutkan. Yang duk depan sekali tu nasib la, haha. Kat bawah ni saya listkan ghosthouse yang ada di NOF6.



  1. Ghostbusters Halloween in New York - Kat Ghostbusters Halloween in New York, ada macam-macam jenis hantu duk berkeliaran. Hantu psiko, hantu yang nampak lucu, hantu yang scary gila. 
  2. Zombie Zoo - Bila masuk dekat Zombie Zoo, korang kena bersedia untuk diserang oleh zombie. Korang akan dapat tengok jugak zombie-zombie yang dah dikurung dan tengah struggle nak lepaskan diri.
  3. Horrorwood Studios – Dekat Horrorwood Studios ni lagi lah, dia macam rumah lilin tapi karakter-karakter patung lilin yang berupa hantu tu akan bergerak-gerak untuk menakutkan korang.
  4. Slaughterhouse 13 - Kat slaughterhouse ni macam creepy gila sebab ada banyak makhluk psiko tengah sembelih orang, get ready nak dapatkan mangsa sembelihan seterusnya. Maka berlarianlah korang semua hahah. Eh tapi real gila kot Nampak dorang duk sembelih, siap dengan kapak bagai. 
  5. Wendigo – The Legend in The Mist. Wendigo ni kira macam hantu paling legend la kat NOF6 ni. Wendigo ni dah la badan dia besar, pastu hodoh pulak tu.
  6. Phobia – Coulrophobia The Fear of Clowns. Ni bagus kalau korang jenis takut kat badut. Boleh jadi terapi nak hilangkan takut, kahkah. Yeke? Entahla. Saya tak takut kat badut, Cuma tak suka. Sebab macam annoying.
  7. Ghost Face – The Face to Make You Scream! Alive! In UV3D. Yang ni bila korang dah masuk, akan ada banyak gila muka hantu yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Oh yang ni sebelum masuk dorang akan bagi cermin mata 3D. 
Wendigo


Selain tu, ada beberapa pentas kat open area dan scare zones yang mempersembahkan scene-scene scary. Penderaan, hantu, macam-macam. Eh ada banyak lagi sebenarnya tapi kitorang tak sempat habiskan kesemua sebab perut dah lapar sangat. Terus pergi makan dulu. Kat dalam tu ada banyak jugak la tempat makan. We end up eating burger at Marry Brown. Penat campur lapar duk berlari-larian dengan hantu, haha.


Selain rumah hantu, ada 11 amusement rides yang boleh korang main kat situ jugak. Tapi kitorang sempat main 2 jenis ride je malam tu – Grand Canyon River Rapids dengan apa benda ntah satu lagi. Seronok betul, terjerit-jerit masing-masing nak elakkan dari terkena air sepanjang menaiki benda alah tu.


Overall pengalaman kali pertama ke Nights of Fright ni memang menyeronokkan. Tak serik, kalau boleh tahun depan nak datang lagi, hehe. So kalau rasa nak cabar diri korang sambil hilangkan tension bekerja tu, jangan lepaskan peluang ke Nights of Fright 6, Sunway Lagoon. Info lebih lanjut boleh dapatkan di www.sunwaylagoon.com . Tiket pun korang boleh beli secara online.

NOTE : Kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk ke Nights of Fright 6.

18 comments:

  1. hahahha terkujat-kujat tgk muka masing2 nohh..kalau real ka mau kering darah hahahha :)

    ReplyDelete
  2. Awak... Kita sama! Sukakan cabaran. Takut tapi nak gak cuba. Rasa macam ada keseronokan dalam ketakutan. Hehee...
    Serius nampak best tu

    ReplyDelete
  3. suka juga kalo dpt peluang camni ..tp kena ada geng juga la..kalo sorg2 takut juga hehe..hah air tu dh mcm minum darah plak ye hehe

    ReplyDelete
  4. NOF mmg best. Rasa nk pergi lagi. Seronok terkejut2 dalam tu. Eh bukan saya pergi dengan awak ke NOF ni. Saya lupa lah. Kalau ad rezeki kite pergi sama2 eh wak tahun depan.hehehe.

    ReplyDelete
  5. Wow , memang best event macam ni cuma ada anak ni susah sikit nak bergerak haha

    ReplyDelete
  6. erk..kalau offer kat akak pun pun akakn jadi keras kat situ..akak dh la penakut dik..hahaha..ko bayar akak 300 pun akak x nak masuk de...terkencing2 akak kang

    ReplyDelete
  7. erk, hantu merata-rata tu tak boleh blah. kita ni dah la penakut. last masuk rumah hantu pun masa sekolah menengah dulu kat fun fair. kalau bagi tiket free ni, memang tak pergi la. bagi kat orang jer haha

    ReplyDelete
  8. Perghhh berani sungguh korang. Memang idok le sis nak gi sini. Umur dah le separuh abad..buatnya terkejut kat sana terus kejung tak bangun2 cam mana..

    ReplyDelete
  9. satu pengalaman yg x dapat dilupakan. pertama kali masuk NOF sunway lagoon nie. teruja ! paling best slaughter house rasanya. yg lain biasa2 je

    ReplyDelete
  10. Seronok pegi ke NOF dengan kawan yg satu kepala satu angin nie.. mcm2 karenah.. jeritan ketakutan jadi bahan lawak jadinya.. hahaha

    ReplyDelete
  11. Uish! Best ni. Agak mahal tapi berbaloi. Why not kan? hehe

    ReplyDelete
  12. Pernah masuk sekali haunted house di Sunway lagoon ni. Memang seram sgt. Menjerit2 dibuatnya. Sampai ada yang menangis. Tapi yang ni nampak lagi thrill. Boleh ajak kawan2 sekali lagi.

    ReplyDelete
  13. Bestkan nof6 kita sebenarnya c permah missed untuk join nof setiap tahun. Plg best hantu2 yg ada mmg hantu yg legend hehehe

    ReplyDelete
  14. Adoi..kalau akak mau tutup2 mata jugak ni...kang terbawak2 dalam mimpi and sampai takleh tidur...huuu scary ah

    ReplyDelete
  15. eh eh.. seram nya... so scary.. takut lah.. hahahah~ tapi.. kan ni the fun part of night of fright? heheheheh... sunway lagoon memang bagus untuk lawat..

    ReplyDelete
  16. Macam best je. Best sebab boleh jerit sepuas puasnya kan. Hehehe
    Tak tahu pulak kat malaysia ada Buat mcm tu. Haha
    Nmpk sngt tak ambik tahu.

    ReplyDelete
  17. wahhhh dah lain la tema dia. last time i penah pg 2 kali tp hantu dia sama je. bosan. haha skrg nampak mcm dah best je :D

    ReplyDelete
  18. Belum pernah lagi try Nights of Fright 6, Sunway Lagoon. Teringin betul nk datang disni dengan keluarga. Mungkin end of this year. Kami sampai hoho

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.