Cara ke IOI City Mall Menaiki Pengangkutan Awam - emilinda

Thursday, October 25, 2018

Cara ke IOI City Mall Menaiki Pengangkutan Awam

Perkongsian kali ni nak bercerita tentang cara ke IOI City Mall, Putrajaya dari Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, tak ada masalah la. Tapi bagi yang banyak bergerak  menggunakan pengangkutan awam, diharapkan perkongsian ini bermanfaat. Almaklum, bila guna pengangkutan awam, antara kriteria yang perlu diambil kira adalah kos dan tempoh masa. Kalau rasa banyak duit, boleh je naik Grab, tapi agak mahal berbanding bas dan tren.

Setakat hari ni memang tak ada mana-mana tren yang direct terus ke IOI City Mall, so kena la cari alternatif lain untuk ke IOI City Mall. Pada awalnya saya fikir nak ke sana menaiki ERL dan Grab. Tapi faham-fahamlah, tambang ERL mahal. Kalau boleh berjimat, kenapa nak membazir kan? So cari punya cari, baru saya tahu rupanya ada disediakan shuttle bus di MRT Kajang dan KTM Serdang untuk terus ke IOI City Mall dengan kadar tambang hanya RM1.


Memandangkan saya sangatlah tak suka naik KTM sebab slow sangat, so saya buat keputusan untuk naik MRT. Dari Stesen MRT Pasar Seni ke Stesen MRT Kajang memakan masa sekitar 47 minit dengan kadar tambang RM3.20 sahaja (menggunakan kad Touch n Go). Korang boleh pilih nak naik dari mana-mana stesen MRT yang terdekat dengan korang. Tapi pastikan korang dah merancang perjalanan korang terlebih dahulu. Ewahhh, bunyinya kemain. Padahal nak pergi ke IOI City Mall je pun haha. Bukan apa, kena rancang supaya korang tak terlepas shuttle bus tu nanti. Kekerapan shuttle bus ke IOI City Mall dari MRT Kajang hanyalah 4 kali sehari.


Shuttle bus paling awal dari MRT Kajang ke IOI City Mall adalah pada jam 10.45 pagi. So pastikan korang sampai ke sana sebelum jam 10.45 pagi. Kalau terlepas shuttle bus pertama, kena la tunggu yang kedua pada jam 2.15 petang. Bila sampai ke MRT Kajang, korang keluar ikut Pintu A - Jalan Reko. Kat situ korang akan nampak banyak bas rapid tengah tunggu penumpang. Jangan naik bas rapid. Korang cari bas Nadi Putra berwarna kuning. Kat depan bas tu ada tulis nombor 101 kalau tak silap. Bas ni biasanya tunggu kat bahagian paling depan/hujung sekali berbanding bas rapid. pandai-pandai koranglah tinjau bas warna kuning, hehe.




Bila naik, bayar je RM1. Rasanya tak boleh guna Touch n Go, tak pasti. Bayar guna cash sahaja. Tepat jam 10.45 bas akan bergerak dan memakan masa 15 minit untuk sampai ke IOI CIty Mall bus terminal. Senang je rupanya. Lebih jimat berbanding naik Grab. Petangnya kalau nak balik, tunggu bas yang sama kat IOI City Mall bus terminal jugak. Tapi pastikan korang check jadual perjalanan dulu, barulah tak lama menunggu kat situ. Kalau korang rushing dan nak kejar masa, naik Grab pun boleh. Sekian perkongsian kali ini.

Terminal bas IOI City Mall

37 comments:

  1. Saya tak pernah lagi guna bas di KL. Lagi selesa guna LRT atau Grab je. Haha. Tapi sesekali teringin juga mencuba. Iyalah, mana tahu dalam waktu emergency. Boleh refer entry ni. hihi

    ReplyDelete
  2. i am really bad with public transport in Klang valley. lolz. however really thanks for your information and i can follow your guide to learn the ride!

    ReplyDelete
  3. Wah good sharing ! Tak pernah lagi naik kenderaan awam untuk ke sana. Biasanya tumpang kawan je. Mungkin lepas ini kalau ingin ke sana boleh cuba cara ini pula

    ReplyDelete
  4. Whoa! tips you bagus sangat. Weekend especially susah betul dapat parking.Ni dah ada tips pengangkutan awam senang kan...

    ReplyDelete
  5. Ok murah RM1. Tapi nak kene awalla supaya tak tertinggal shuttle bus. Naik kereta byr tol pun boleh tahan kan. Baguslah share buat org yg sukakan public transportation.

    ReplyDelete
  6. great sharing here,last time I went cost me about RM20 from Mahkota Cheras. Now you shared this info I can tell my parents too of it.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih diatas perkongsian ini... kesian sy dah tak reti naik bas sekarang dulu paling expert! he he he

    ReplyDelete
  8. Info yang berguna ni, manalah tahu tetiba teringin pulak nak cuba naik bas..dah tahulah caranya. Dah lama betul tak naik bas kat KL ni..selalu kat luar negara je atau ada blogger trip yg menyediakan bas..:D

    ReplyDelete
  9. Shutter bus ni ioi mall punya ke tak? Sebab biasanya kalau mall punya free je. Macam one utama punya kan, dieorang ada shutter bus sendiri, memang free je kalau sape sape ade one card dieorang

    ReplyDelete
  10. Akak dah lama tak naik trabsport awam.. Sebb tak berani naik sorg2..dahla tak tau nak pergi mana ke mana..kang tanya orang, nampak akk terkulat2, amik kesemmpatan pulak. .huhu. .Tapi tak slh klau nak pergi ioi mall macm emyvsuggest, kot boleh p ngan family.. Jimat

    ReplyDelete
  11. Wah bagus info ni. Sbb selalu ada event kat sana kan. Akk biasa bawa kereta jer tapi kalau nak naik public transport dah tau caranya hehe

    ReplyDelete
  12. Bagus info ni.. mcm liez mesti cari info tetang tranaport bila nak g event tempat2 yg tak pernah peegi atau jarang pergi. Kalau tempat tu jauh mmg malas bawak kereta so public transport la kesudahahnya

    ReplyDelete
  13. 2 kali jer jejak kaki di ioi ni.
    nak repeat, lom sempat...
    ni idea yg bagus, emilinda. elak tambah kereta kat jalan raya, kan.
    ada nyer mrt ni byk bantu kita-kita.
    aida plan khamis ni nak jengah ikea naik mrt.
    dari kajang juga :)

    ReplyDelete
  14. It's great to take public transportation if it's convinient.. no need to jam in the road ya.. right?

    ReplyDelete
  15. Info bagus ni utk orang ramai. Sbb kadang2 kita tak tau pun ada perkhidmatan shuttle bus dan juga option lain utk kemudahan Pengangkutan Awam ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Wah!! Thanks emi atas perkongsian.. cam tau2 plak AM memang perlukan info nak ke ioi city mall putrajaya.. yesss.. boleh guna info ini nak ke sana mggu depan..

    ReplyDelete
  17. Wah...untung org2 kt lembah klang sebab public transport kt sana bagus2 n sangat efficient...jelly ok...

    ReplyDelete
  18. Today tiba di MRT kajang ngam2, nasib baik baca ini, lari ke bas paling depan...hahaha thanks author

    ReplyDelete
  19. memang best jalan2 dekat ioi mall ni. saya suka tgk2 brg elektrik dan pakaian sukan

    ReplyDelete
  20. Ada kemudahan oku tak untuk menaiki bas pergi ioi mail putrajaya

    ReplyDelete
  21. Yang ni ioi yang mana ioi putrajaya atau yang kat puchong?

    ReplyDelete
  22. Bus tu mmg paling awal kul 10:45 erk?

    ReplyDelete
  23. I don’t knowla why but i dah sampai mrt kajang at 10.20, i tunggu la bas kuning but tak ada pun…. Now dah nak jam 11 still no sign of the bus. 🥹

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.